Tuesday, November 18, 2014

Teknik marmet, perah susu cara manual

*Maaf entri ini mungkin mengandungi gambar yang tidak sepatutnya. Hanya 18sx boleh baca (Ini serious!)

Haha! yelah dah dua tiga hari ni asyik google pasal susu ibu kan. Tetiba dapat tahu ada Teknik Marmet pula. Jadi..

Apakah Teknik Marmet?
Selain menggunakan pump susu kita juga boleh perah susu badan secara manual. Iaitu melalui kaedah urutan. Sentuhan kulit ke kulit antara tangan dan payudara. 

Teknik Marmet ada 2 bahagian
1. Urutan
2. Perahan

MENGURUT
- Pastikan tangan bersih
- Tekapkan payudara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dalam air suam.
- Langkah-langkah urutan: Massage, Stroke & Shake

Massage
- Dengan menggunakan jari telunjuk dan tengah lakukan gerakan membulat dari hujung ketiak hingga ke aerola. 
- Tangan kanan mengurut payudara kiri dan tangan kiri mengurut payudara kanan. 

Stroke
- Dengan menggunakan kelima-lima jari tangan, tekan payudara secara lembut. 
- Selain itu, boleh jugak sikat payudara menggunakan sikat yang bergigi lebar dari hujung ketiak ke aerola.

Shake
- Condongkan badan ke hadapan.
- Goyangkan dada secara lembut.
- Dengan cara ini daya graviti yang terhasil akan membantu meransangkan pengeluaran susu. 

MEMERAH

Langkah 1

1. Cara letak jari

Cara pegang

- Gunakan 3 jari.
- Buat pegangan bentuk C
- Ibu jari bahagian atas (lebih kurang 1cm daripada aerola), manakala jari telunjuk dan jari tengah diletakkan di bahagian bawah aerola. 
- Anggap payudara seperti jam. Ibu jari pada pukul 12. Manakala jari telunjuk dan jari tengah pada pukul 6. (Rujuk gambar bernombor 1 kat bawah)

2. Tekan payu dara secara lembut ke arah dada tanpa memindahkan posisi 3 jari tadi.

Tekan ke arah dada
 3. Picit 3 jari tadi bagi menggalakkan pengeluaran susu melalui puting. Kemudian lepaskan dan ulang semula dengan melakukan pergerakan picit-lepas, picit lepas. 


Tekan dan picit

4. Ulang langkah 1 hingga 3 sehingga aliran susu berkurangan.

5. Kemudian pindahkan 3 jari dalam keadaan melawan atau mengikut arah jam. 
- Sebagai contoh jika ibu jari pada pukul 11, jari telunjuk dan jari tengah pada pukul 5 (Rujuk gambar bernombor 2)
- Jika ibu jari pada pukul 10, jari telunjuk dan jari tengan pada pukul 4
- Lakukan sehingga habis satu putaran lengkap.


6. Simpan susu perahan dalam bekas yang bersih. 

7. Lakukan langkah yang sama untuk payudara sebelah lagi. 

Langkah 2: Melancarkan aliran susu *Step ni tak tahu sangat cam mana, takleh imagine

1. Urut setiap saluran susu dengan menekannya secara lembut menggunakan kelima-lima jari ke arah dada bermula daripada bahagian atas. Lakukannya dalam gerakan memutar. Tumpukan pada satu tempat (saluran susu) bagi setiap masa untuk beberapa saat sebelum beralih ke tempat lain. 

2. Usap payu dara bermula daripada bahagian atas hingga ke puting menggunakan sentuhan geletek. Teruskan pergerakan ini di mana ia dapat menenangkan anda dan seterusnya membantu melancarkan aliran susu. 

Perlu dielakkan
1. Menarik puting payudara - menyebabkan lapisan lemak pada aerola rosak.
2. Meramas-ramas payudara
- melukai payudara dan memberi kesan kepada kilang susu
- payudara cenderung bengkak
3. Menggesel tangan ke payudara - menyebabkannya melecet

*Mengikut pembacaan Teknik Marmet ini adalah kaedah paling berkesan untuk mengosongkan susu. Cuma mungkin memerlukan lebih ketabahan sebab perlu lakukan 100% secara manual. Sedangkan pump manual pun taknak guna g beli pump elektrik. Eh!. Inikan pula nak lakukan semuanya secara manual. Apa-apa pun tepuk dada tanya lah selera masing-masing. Lain orang lain caranya. 

Selamat mencuba! 



Sumber:

2 comments:

Unknown said...

saya dulu pun tak pandai tapi lepas bersalin nurse kat hospital ajar..bila dah biasa tak sakit dah..memula je macam sakit sikit..

Siti Natrah said...

Banyak sebenarnya ilmu menyusu ni..yang penting kita enjoy kan...