Wednesday, September 26, 2018

Hai blog, rindu!

Ok lah memang bila rindu baru teringat blog

PhD

Perjalanan PhD, selalu dikaitkan dengan perjalanan yang panjang. Everyday discover new things. Dah berpuluh kali repeat experiment yang sama. Saya berharap semoga perjalanan ini cepat2 menemui jalan penyelesaian yang memuaskan hati. 

PhD takde silibus. Jika sudah yakin, bagaimana nak jawab masa viva nanti tak jadi masalah dah. Masalah nya seriously rasa tak confident. Rasa macam banyak lagi benda yang tak tahu. Yang nak kena gali lagi. Doakan yang baik2 saja. 

Kereta buat hal

Terasa patah sebelah kaki bila kereta buat hal. Buntu. Kereta husband tak pandai nak bawa. Motor pun tak pandai jugak. Moga masuk workshop tak lama. 

Pregnancy

Sudah masuk minggu ke 31. Nurse cakap bila2 masa sudah boleh bersalin. Banyak pending work yang bermain2 di kepala ini. 

Data PhD tak cukup2 lagi. Jika data cukup boleh mengarang masa dalam pantang (Hope baby bagi kerjasama) Teringat masa berpantang Dahlia Amani gigih siapkan thesis sebab taknak bayar yuran untuk sem depannya tu. Alhamdulillah berjaya habiskan jugak. Tq kawan2 yang sudi bantu printkan softbound. 

Barang baby alhamdulillah da cukup. Beli sikit2 dan tambah mana2 yang patut. Selebihnya guna yang kakak punya. Barang mama ada satu dua lagi belum beli. 

Menulis

Lately rasa skill menulis sudah berkurang. Asyik merapu saja di FB. Tapi di FB pun nak merapu rasa tak sebebas dulu. Atas sebab2 tertentu kadang2 rasa macam fake. Huh! Tak suka perasaan ni. Mungkin kah kena masuk kelas menulis. Teringin sangat nak menulis buku sendiri. Semoga impian ini tercapai satu hari nanti. 

Di FB banyak kawan2 yang punyai bakat menulis semula jadi. Bila baca wow bestnya baca tulisan dia. Walau tulis panjang2 tetap tak boring baca. Serious mahu jadi macam mereka2 tu. Moga lepas ni makin rajin update blog sambil asah bakat menulis. Tapi thesis pun nak kena tulis juga oii ! Kita go parallel ok. 

Till we meet again. 

Salam Sayang,
Anis




Friday, June 29, 2018

Hai blog, rindu sangat!

Kiranya belum terlambat untuk ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua pembaca blog ini. Secara langsung mahupun tidak. 
Dah lama tak mencoret kat kat sini. 

Banyak cerita berlaku di sepanjang blog tak berupdate ni. 

PREGNANT

Alhamdulillah beberapa bulan lalu saya disahkan pregnant anak ketiga. Pregnant kali ini alahan dia lain macam. Study entah ke mana. Rumah tak terurus. Tapi alhamdulillah its getting better now. 

Tengah mencari mood STUDY balik. Plan nak abes tahun ni. Bila fikir jadi STRESS sangat sebab macam tak sempat je nak abes. Macam tak tahu nak mula balik dari mana. Moga Allah permudahkan Aminn. 

CACA MARBA

Lately banyak benda bermain2 dalam kepala ni. Rasa nak give up semua benda yang dah diusahakan sebelum ni pun ada. Jadi housewife je senang takyah pening2 kepala fikir banyak2 benda. Tapi entahlah. 

HOMESICK

Bila balik kampung lama2 serious homesick bila datang KL balik. Moga impian nak duk kelate termakhbullah walau cepat walau lambat. Tunggu husband pencen je ni lagi 8 tahun. Lepas tu insyaAllah jika saya takde komitmen dengan apa2 boleh lah ikut balik.. Yuhuuu rasa best je kan. Tapi tu lah kita tak tahu lagi masa depan macam mana. Buat masa ni just go with the flow. Kalau boleh tak nak lah stress2. Sekarang ni fikir nak abeskan mana yang dah dimulakan je. SERIOUSLY! 

Wednesday, April 25, 2018

Pengajaran daripada kisah hidup Aliff Syukri

Sebenarnya salah satu sebab Allah hadir kan bermacam2 ragam manusia untuk kita muhasabah diri kita jugak. 

Setiap isnin malam ada rancangan tentang Aliff Syukri. Entah macam mana tertengok jugak.

Mungkin betul. Dari satu sudut kita akan rasa dia berlagak. Tak sesuai perangai macam tu. Selalu bagitau beg jenama tu jenama ni. Kasut jenama tu jenama ni. Part ni serious rasa kena muhasabah diri sendiri. Sekiranya suatu hari nanti Allah bagi peluang untuk merasa nikmat hidup macam tu sekurang2 kita tak berkelakuan macam tu. Bila kita rasa tak elok. Amik pedoman. Dan jangan buat macam tu jugak.  

Tapi ada juga dari sudut positif yang kita boleh ambik. Bila nak keluar memana. Bawa bekal. Memang dapat jimat banyak sebenarnya. Sebab kadang2 makan tak seberapa. Tengok bil da puluh2 ringgit. 

Ok itu je nak komen. Semoga bermanfaat. 


Friday, April 13, 2018

Cara daftar akaun ASB online

Pertama sekali kena update no telefon di pejabat pos atau mana2 bank yang mempunyai agent asb. Contoh: CIMB, Maybank @ RHB. 

Kemudian pergi ke website http://www.asnb.com.my/

Dan ikuti cara2 seperti di bawah =)








Selepas tekan TAMAT

1. Akan dapat email untuk pengesahan. Bukak email dan sahkan.

2. Akan dapat password sementara. Log in dulu menggunakan password sementara. Kemudian tukar password baru. 

3. Log in kembali menggunakan password baru. 

Taraaaa.. sekarang da boleh cek bagi akaun asb di hujung jari sahaja =)


Untuk permohonan ASB Financing boleh contact saya EiraEixora - 019-9885546