Wednesday, November 24, 2010

Online dari rumah baru

hehehe~~ Tadi balik keje husband amik. Singgah umah lama jap amik barang mana yang patut. Then terus datang sini. Kemas2 barang sket. Masak2 sket. Sekarang da setel.

Tuesday, November 23, 2010

Things to update

Pindah

Hari tu saya pernah cakap we all akan pindah ke kem lepas husband posting. Syukur sangat2 lepas 1 week apply for quarters kitorang terus dapat. Padahal masa husband apply tu ramai lagi kawan2 dia yang apply before tu tapi sampai sekarang pun tak dapat2 pun lagi.

Plus umah yang kitorang bakal duduk tu lagi besar dari umah ni. Kira selesa sikit. Plus lagi ia adalah fully furnish so tak yah beli perabot2 sume.

2 3 hari ni da start pindah barang2 kecik, then esok husband + kawan2 dia akan angkut barang2 besar pulak. InsyaAllah esok malam da tido sana =)

Internet problem

Nak dijadikan cerita 2 minggu kebelakangan ni celcom coverage kat area umah saya ni prob. So, telefon dan juga broadband sume jadi prob. Call celcom center mati2 dia cakap telefon sy prob dan broadband kena setting balik la apa la. Bla bla bla....After gaduh2 (manja) kat phone ngan celcom careline tu baru la dia admit yang prob tu mungkin disebabkan oleh celcom coverage tu sendiri. LAst2 dua 3 hari pastu dapat panggilan dari celcom dia cakap ade prob kat pencawang sungai besi. Then, dia akan repair dalam masa seminggu. So, minggu ni baru oke sikit walaupun tak bape nak oke sangat lagi.

AIdil adha di KL

Buat pertama kalinya saya menyambut hari Raya bukan di Kelate. Dan buat pertama kalinya juga saya menyambut aidil Adha di KL. Herm, pagi2 lagi dalam kul 3.30a.m kejut husband sebab dia nak bersiap2 untuk ke kem sebab ade baris pagi kat kem dia. Dia cakap dia sembahyang raya kat kem. Pas sembahyang baru dia balik.

Alih2 masa saya baru bangun nak goreng bihun (bihun je mampu, benda lain tak bape pandai =/ ) tiba husband balik katanya ngantuk. So, pas bersiap kitorang sm2 g smbhyang raya kat masjid sebelah flat ni. Ramai jugak orang tak balik kg rupa2nya. Balik umah makan bihun, atie datang pastu g umah pakcik kat setiawangsa. Makan2 terus ke Putrajaya umah kakak ipar. Pun makan2. Then balik lewat petang g basuh umah kat dalam kem.

Moral of the story, walaupun pakai baju cantik2, g jalan2 umah sedara mara, makan macam2 ,raya tetap tak semeriah bila kat kelate. I miss that precious time.

Monday, November 15, 2010

Lelaki @ Perempuan

Dapat email dari sorang kawan;

Bayi lelaki

* Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk atau tiada langsung. (ye)
* Dengupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam masa seminit (ye)
* Anda rasakan beban berat di bahagian depan tubuh (tak pasti)
* Perut anda kelihatan bulat sempurna (tak pasti)
* Bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap (ye)
* Sukakan makanan yang masam dan masin (ye)
* Suka makan daging dan keju (tak berapa)
* Tapak kaki selalu berasa sejuk (tak pun)
* Tangan selalu kekeringan (tak, bibir adalah)
* Suka menghadap ke utara semasa tidur (tak)
* Bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badan (ye kot =))
* Anda kelihatan lebih berseri semasa hamil (mungkin)
* Hidung tampak lebih mekar (tak pasan)
* Selalu sakit kepala (tak)

Bayi perempuan

* Mengalami morning sickness di awal kehamilan (tak)
* Merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung (tak)
* Payudara kiri lebih besar daripada kanan (tak pasan)
* Rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya (tak kot)
* Bentuk perut condong ke arah atas (tak pandai nak tengok)
* Perut tampak agak lonjong (pun tak pandai nak tengok)
* Mengidam makanan yang manis (tak)
* Sukakan buah-buahan (ye)
* Suka minum air atau jus yang bersifat masam (tak pun)
* Anda lebih cerewet semasa hamil (cerewet tak, pemalas adalah)
* Mudah moody berbanding sebelumnya (ye)
* Kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil (tak)
* Tidak suka makan roti bersama kulit (makan je sume)
* Payudara kelihatan mengembang (ye)
* Suka menghadap wajah ke selatan semasa tidur (tak pasan)

Agak, baby saya ni lelaki ke perempuan. Huhuhu!! Saya pun tak tahu lagi sebenarnya. Pape pun doakan yang terbaik untuk kami berdua.

Wednesday, November 10, 2010

Agak penat

This week tiap pagi terpaksa bangun sedikit awal sebab husband hantar ke tempat keje. Dulu around 7 a.m baru terhegeh2 nak keluar rumah. End up belum tentu sampai ofis kul 7.45 sebab bas tak tentu. Banyak masa terbuang tunggu bas lama sangat.
Sekarang before 6 a.m da kena bangun sebab kluar rumah around 6.15 ke 6.30. Dalam 10 minit da sampai tempat keje. Cepat dan jimat. Takyah tambang bas bagai. Selepas 3 hari badan rasa penat + ngantuk. Malam ni nak tido awal. Zzzz..!!

Thursday, November 4, 2010

As requested by my sis

Huh! Her wedding is just around the corner. Dec is almost to come. But there are a lot of things yang tak setel lagi. Sampai saya pun naik pening sekali.

Pending list:
1. Beli anak tudung bersanggul tu
2. Survey cenderahati for her friends..nk simple dan murah, susahnya nak dapat.
3. Beli barang2 for goodies bag
4. Prepare for goodies bag
5. Tempah kek hantaran

Sape nak kawen ni?!!!// PENING