Thursday, September 25, 2008

Omelanku..

Sudah lama aku tidak mengukir kata2 kat sini. Letih? Banyak keje? Entah, banyak faktor sebenarnya. Ada je idea kat dalam fikiran ni sebenarnya.

Kengkawan blogger

Kepada yang membaca blog ini, terima kasih aku dahulukan. Walaupun kadang2 jejak korang tidak meninggalkan kesan, kunjungan korang tetap memberi kepuasan kepada diri ini. Setidak2 nya aku tahu aku masih ade korang dan aku tidak sendirian di sini.

Sekufu

Bercakap tentang sekufu aku tidak tahu sebenarnya apa yang di maksudkan dengan sekufu. Adakah dari keturunan yang sama? Level of education yang sama? Sama2 bergaji 4 atau 5 angka. Kalau nak dikirakan ciri2 yang aku mahukan, aku mahukan yang semuanya perfect. Yang tiada cacat celanya. Rupa? Wang ringgit? Status? Education? Pekerjaan? Tapi siapalah aku untuk menidakkan segala aturan yang telah ditetapkan.

Kenangan

Pernah sekali aku mengenali seseorang yang seharusnya di sini aku terpaksa merahsiakan identitinya. Apa yang ada padanya kukira memenuhi segala kriteria yang aku inginkan. Dia, tiada cacat celanya. Semua orang juga seolah merestui keadaan tersebut. Namun terasa begitu terguris disaat aku mengetahui yang dirinya tiada walau sekelumit perasaan yang aku harapkan. Masa terus berlalu.

Lebih berhati-hati

Hadirnya sudah lama, cuma aku antara sedar atau tidak merasa kengkadang dia ada dan kengkadang tiada. Tidak mahu mengulangi peristiwa luka aku membuat andaian jika sesuatu itu belum nyata jangan menelah. Ya aku berjaya.

Di sini bermula

Seiring usia, fikiran aku juga kukira makin matang. Dulu setiap apa jua keputusanku pasti adalah pengaruh daripada seseorang. Namun kali ini aku bertekad, apa jua yang berlaku aku mahu tempuhi. Ya, dia seorang insan biasa. Yang jika kukhabarkan cerita ini kepada umum aku terpaksa terima segala bantahan, segala macam nasihat yang akan membuatkan keputusanku menjadi tidak lagi teguh.

Salahkah aku jika aku memberikan ruang kepada insan yang mampu bersabar denganku. Insan yang tidak berselindung dalam menunjukkan yang dia perlukan aku. Walaupun pada pendapat umum dia tidak punya apa. Aku juga begitu, beranggapan yang sama suatu ketika dulu. Namun seiring masa berlalu, pandangan aku berubah. Bukan 45 degree malah mungkin 180 degree.

Ketahuilah bahawa aku juga dambakan kehidupan yang senang di masa depan. Sapa yang mahu menempah tiket kesusahan. Sapa yang mahu membina mahligai yang kita sudah tahu tidak dapat bertahan lama. Aku tidak mahu.

Bila difikir dari sudut positif, aku memberi ruang dan peluang untuk aku berkongsi nikmat yang Allah s.w.t berikan. Mungkin jika rezeki ku lebih boleh kukongsi dengannya. Mungkin jugak sebaliknya. Siapa tahu.

Tahu tak? Bukan mudah untuk aku buat keputusan ni. Tapi "ulat dalam cacing pun boleh hidup" inikan kita yang telah diberikan kemudahan dengan bermacam cara.

Mungkin tulisan ini akan ada sambungannya dan mungkin juga tidak. Faktor kerajinan bakal menyumbang 99%. Jika tidak ceritaku sampai di sini sahaja.
___________________________________________________________________________________________

Sempena Hari Raya yang bakal menjelang tiba aku mengambil kesempatan ini untuk memohon sejuta kemaafan. MOga kehidupan mendatang mendapat cahaya keredhaanNya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Sunday, September 14, 2008

Tag ketiga

Opss..aku telah di tag oleh Wani & Zeti

1) First time naik kapal terbang

Take pernah lagi, tapi hope one day aku dapat merasa jugak.

2) First time beranak

Ni pun tak pernah lagi . . .


3) First time pergi oversea

Ni pun tak pergi lagi jugak...waaa!! banyaknya impian idup yang belum terlaksana ='(

4) First time duduk jauh dr famil

First time? Masa darjah 6. Kat sekolah rendah aku ada asrama 'asrama desa'. Best gak la duk asrama ni. Tapi satu je la masalahnya. Aku selalu je nak balik. Max balik untuk seminggu ialah 3 kali. Walau macam mana warden tak bagi pun aku akan balik jugak tapi guna jalan pintas. (Jalan ni kenderaan tak guna) Sebabnya aku tak nak bagi warden tahu. So, total aku balik 7 kali seminggu. Opss rumah aku ngan asrama dekat je. Jalan kaki pun sampai.


5) First time keje

Masa intern hari tu, sebabnya hari2 cuti biasa aku suka tolong ummi kat kedai. Walaupun tak dapat duit tapi leh ringankan keje dia. Dah la aku jarang2 balik umah. Ummi cam tak bape bagi keje. Samalah, aku pun tak bape nak sangat keje time cuti.


6) First time rasa diri gemuk

Setiap hari pun aku rasa diri aku gemok. Sebab aku memang gemok. Kan2?? Erm,, korang tahu tak, aku sentiasa nak kurus, tapi bila berat aku turun sekilo ke aku da tak rasa comfort ngan diri sendiri. Mungkin aku da terbiasa macam ni. So, aku lupa kejap niat nak diet. Aku makan banyak2 balik. And diet lagi. Then, makan banyak lagi. Begitulah recycle idupku ini. Just wait and see macam mana keadaan aku di suatu masa nanti.. Berjayakah aku mengontrol diri untuk tak rasa tak comfort bila rasa berat badan dah turun. (Walaupun orang lain tak nampak pun lagi apa2 perubahan yang berlaku, aku dah rasa tak selesa..haih!)


7) First time bercinta

Mungkin masa 2nd yr or 3rd yr kat sini (uTP). Bercinta tak semestinya couple kan? =) Haa pelik gler. But everything aren't happen as what we want. Just forgive and forget. Now, i am happy. Hopefully forever and ever. Wink! wink!


8) First time rasa diri cantek

Susah sket nak citer ni, aku pun lupa bila first time aku rasa diri ini cantik. Yang pastinya aku akan rasa cantik setiap kali pas mandi.

9) First time masuk cinema

Tahun lepas atau dua tahun lepas. Aku pergi teman Intan jumpa kawan dia. Tengok citer apa aku da lupa. Tapi seyes aku tak leh tengok wayang. Jam yang pertama aku mampu bertahan lagi. Pastu wayang yang tengok aku. La la la~~


10) First time admitted in hospital

Setakat ni tak pernah lagi..Alhamdullilah!!

Sekarang saya nak tag Kak Sue & My rumate =P

Sunday, September 7, 2008

Biskut raya...

Hari ni baru 6 Ramadhan, tapi dekat k5 dah ramai orang jual biskut and kek raya. Aku mungkin tahun ni buat sendiri kot biskut raya. Yuhuuu!! BUkan nya sebab pandai ke apa, tapi satu kepuasan kalau buat sendiri. Biasa nya aku tak ikut sangat resepi. Main letak je. Cuma kena ada bacis untuk buat. Biasanya biskut raya yang aku buat lebih kurang sama setiap tahun.

Biskut kacang sebab ummi aku suka
Biskut arab sebab bak aku suka
Akulak suka biskut coklat
Lagi aku suka buat biskut semperit sebab senang, tekan je. Yang lain susah sket.

Tu yang wajib, yang lain aku men hemtam je. Waaa,, tapi memang best la dapat buat sendiri. Tahun lepas aku tak buat sebabnya cuti da dekat nak raya. So, ummi aku decide nak beli jer. Unfortunately, biskut yang ummi aku beli tu tak bape sedap. Harga leh tahan la. 50biji dalam rm20. Kalau buat sendiri ni, tak sedap sikit pun takpekan sebab kita yang buat sendiri. Lagipun untuk dapatkan 6 atau 7 jenis kuih hanya dengan rm50 je. Hehehe, economy gler aku. Tapi tular hakikat dia. Mungkin biskut ni mahal sebab amik masa kot nak buat satu2. Kalau home made la. Kalau kat kilang aku tak tahu.

Tapi aku ada aim satu kek coklat kat k5 tu, sebiji rm15. Ok lar, sebabnya aku tak suka buat kek. Pengalaman lepas2 aku buat kek asyik tak menjadi jerk. Last2, aku da surrender tak nak buat da. Bahagian kek aku serah kat ummi aku.

Ni gambar kek kat k5 tu. Aku da temppah dah. ErM,,, bestnye

Waaa..tak sabanya nak tunggu 25 @ 26 hb =P

Friday, September 5, 2008

Aku sedikit kecewa

Sebenarnya peristiwa ini sudah agak lama. Hari Kamis lepas. Aku agak excited nak tahu result intern. Petang Kamis tu aku bercadang nak balik kg. Tapi disebabkan ketidaksabaran aku, dan aku tahu result keluar hari kamis daripada pukul 2.30 sampai 4.30 kot kalau tak silap.

Aku dengan berianya pergi ke amik result. Dalam hati aku dah dapat rasa yang aku mungkin tak dapat macam most of kawan aku dapat. Pas aku bukak slip, yerp i only got A- for my 8 months internship. At that time i tried to be so cooled. Cool giler. Padahal aku jenis yang senang nangis. Tapi at last. Sampai2 kat bilik aku nangis jugak.

Sebab apa aku kecewa? mungkin sebab aku mengharap 4 flat untuk intern aku. Bagi student average macam aku, bila lagi aku nak merasa 4 flat selain masa intern ni. Tapi tuhan itu maha kaya, aku dapat A-. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Then, aku relize Dia masih sayangkan aku, sebabnya aku tak dapat B+ atau B. A- is ok what.

"Anis saba k. Tade beza pn A ngaN A-. Tape sem ni ko score K. Chaiyok2"

Ni one of my friend said. Thank you2. Terharu giler aku.

InsyaAllah, sem ni aku akan buat yang terbaik daripada sem2 lepas. Semoga detik2 akhir aku di UTP ini, aku mampu mencipta sejarah tersendiri.

Wednesday, September 3, 2008

My collection 2


Gambar yang ni tak lawa sangat
Tak brape pandai nak amik


Arctictis binturong
Cynogale bennettii


Yang ni nama dia tak brape nampak =)


Pelayaran Mengelilingi Dunia Secara Solo


Ekspedisi Gunung Everest
Ekspedisi Berpayung Terjun di Artik


Piala Thomas-Uber KL 2000


Permainan Tradisional Kanak-kanak
  1. Tarik Upih
  2. Ting-ting
  3. ___ Basikal
  4. Guli
  5. Layang-layang


Bunga2


Buah-buahan tempatan
  1. Binjai
  2. Salak
  3. Cerapu
  4. Jambu

My collection




Sejarah
  1. Vas Tembikar (New stone age)
  2. Tapak Penghentak Pintu (800AD)
  3. Genting Penutup Cucur Atap (100BC)


Seniman Agung P. Ramlee


Petronas Twin Towers


Buah-buahan tempatan
  1. Belimbing Besi
  2. Manggis
  3. Rambutan
  4. Nanas

Buah-buahan tempatan
  1. Asam Gelugor
  2. Pulasan


Sukom '98

Yes to life, no to drugs


World Cup Golf


Malaysian Grand Prix 1999 Sepang


The Silver Jubilee of KYDMM Sultan Pahang


Burung
  1. Burung _____ Telinga Perak
  2. Burung Sepah Puteri Hitam
  3. Kuang Raya
  4. Lang Merah
  5. Ayam Pakiak
  6. Lang Berjambul


Binatang
  1. Panthera Pardus
  2. Dicerorhinus sumatrensis


Mawar (Rosa hybrida)