Saturday, November 10, 2007

saje je...

Hehe, saje je ni. Update skit dikala keboringan melanda.
Gambar kat sebelah ni tk de kena mengena pun ngan pos ari ni. Haha..baju baru tu. Baju raya. Lawa tak? Ummi yang buatkan.
Tu semua idea ummi letak bunga2 tu. Tapi comeyla kan? Haha, puji baju sendiri. Tapi takpe. Kalau bukan kita sape lagikan nak puji. Wahaha~~ melalut aje.

Erm,,, isnin ni start final. Doakan saya semoga dapat buat yang terbaik okay. Saya doakan kawan2 pun dapat buat yang terbaik jugak.

Caiyok2..ada masa lagi ni

Go anis go!!!

Monday, November 5, 2007

study week


Tup tup, ari ni dah masuk first day study week. Tapi dengan assignment yang tak siap lagi buatkan ku pening. Waa..tak nak tension2. Esok dah nak start study dah. Macam mana pun, kena usaha jugak sebelum final ni.

Opss...lupa lak nak describe pasal gambar kat sebeleh. Tu sebenarnya my meja kat utp ni. Banyak spend ms kat situ setiap hari. Buat apa? Rasanya banyak buang masa daripada study =P

Pape pun i will miss this room. Next sem dh nk intern. Balik tak tau lagi duk bilik mana.

Sunday, November 4, 2007

Gathering yang best..


Waaaaaa, rasanya ari tu baru first time join gath. Tiba2 sekarang ni semua dh nak grad. Sy plok nk g intern, balik ni tk ramai doh hok tinggal. Hope, ade next generation yang akan smbg semua2 ni. Best gak leh kenal2, tukar2 citer. Kena mark ex hok behi ngenak. Lucu la ex ni. Ex, kim sale ko rumate. Hahaha!! Melor pun sama. Junior yang sporting. Nati ado maso Kak anis g bilik melor. Nati balik intern kito jupo plok. Syime. timo kasih byk, sokmo tny psl komp. Sya, jpo sokmo ms swim. Ni lamo doh tk g, kempunan!! =) Damey tu, jgo anis molek. Sy saye anis. hehe!! Napie. kena gtu2 jah. Deli pun sm jgak. Hehe!! Founder, cpo. sae sapa bilo2. Ding, jeh gtu jugok. Palie, jupo nati grad. Pali nok bungo ko?? haha..Fatin n the geng, sae2 fatin tu jge malu2 nok join. kito semo mace adik beradik jah blako. Ko gano?? = p Zahid & semo2 lah. Eh, cikro tinggal. adik kak anis hok comey ni. gno, ex shat?? haha

-sweet memory-

Sunday, October 28, 2007

Rindu ummi


Disebabkan kerja yang berlambak minggu lepas, terasa cuti raya ari tu dah lama berlalu. Macam dah lama kat utp. Rindu kat ummi =/

Dulu lepas spm ada jugak bercita-cita nak sambung study kat oversea. Tapi mungkin ada hikmat semua tu tak berlaku. Kalau tak mungkin masa ni aku tengah rindu yang teramat.
Ni baru je balik ari tu terasa nak balik lagi.

Tak saba nya nak abes final.

Monday, October 8, 2007

Love story in Harvard

Dua hari aku menghilangkan diri ke dunia yang aku cipta sendiri. LOve story in Harvard adalah sebuah cerita yang bukan fokus hanya cinta pada manusia je. Ia mengajar kita untuk pandai mengejar cinta hati dan pelajaran dalam masa yang sama. Akhirnya dapat mencapai apa yang diimpikan. Waaaaa...selalunya cerita yang direka selalu diakhiri dengan kebahagian, kejayaan dan kegembiraan. Namun itu lah yang kita nak kalau dah tengok cita kan. Haha!! Sebabnya realiti kehidupan tak semuanya indah.

Walaupun citer ni dah lama baru sekarang aku tergerak hati nak tengok. Melayan korean series ni boleh buat aku lupa diri kejap. Boleh ubah jadual harian dengan serta merta. Now, im back to normal. Tak leh layan series time2 ada kuliah macam ni. Bahaya2..haha

Friday, October 5, 2007

bukak puasa #kelate

best2..ehehe walaupun makan sikit je time tu tapi tetap rasa meriah. (jange tak tahu saya make pulok kat bilik) haha. Thanks ko melor sebab buat bukok poso rama2. Saje je testing buat puding nge tupak sotong tu. Tak panda pun bena =P

Lagi..presentation berjalan tersekat-sekat. Donno y my lever of nervousness increase. Maybe not so many practise, right? Erm..improve! improve! improve!

Actually, so many thing to write here, but i forgot already. Owh, about my etp project. All are going well although some time i feel like i not contribute much in this project. So sad, but i know u guys are good and more better than me. Keep up the good work. Thank you.

Ah, i really2 not have idea. better for me to stop here.

Thursday, October 4, 2007

tudung baru

semalam berusaha giler pergi pasar malam naik bas. Terasa bukan duk kat Malaysia je. Almaklum lah sume yang naik tu foreigner.

yang bestnya sume dalam list dapat dibeli dengan jayanya. Tapi tak surela tudung tu match ke tak ngan baju. Pape pun berserah je sebabnya dah beli. Harap-harapnya time raya nanti pakai tudung tu bukan tudung lain.

petang ni presenatation pcs, harap-harap dapat buat ngan baik walaupun tak prektis sangat. This also my bad habit, not like much bab-bab menghafal. Actually, i not really sure ni bad habit ke tak =P

tuto cpdc hantar esok, baru buat 0.02%. Wake up anis. Kalau boleh try to do by yourself. I know you can do it! hehe. yang penting nak berjaya kena usaha. someone said, i dont know when and who. "Kejayaan adalah 99% usaha dan 1%genius". so what are you wait for??

Wednesday, October 3, 2007

sediiiiiiiiiihhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

WAaaaaaa, tak patut sedih. Tak patut sedih. Tapi dah sedih ni..tetiba tertengok shout out azhani "big girls dont cry" but lately I always cry. What happens to u haa?

Semalam boleh plak nangis sebab lab technicion tu cakap kuat-kuat . Maybe dia letih ke, atau banyak keje ke atau dia malas dah nak layan aku. Tapi aku mengharap sangat benda tu ada. Last-last aku kene terima yang benda tu memang aku tak leh dapat. So, pulang ngan tangan kosong lepas 2 minggu aku berusaha berulang alik ke lab. Kecewa tak?? mestilah kecewa..

Satu kelemahan aku, nangis bila apa yang aku nak tak dapat. Mesti banyak lagi air mata aku yang akan keluar pasni. Tak sanggup dah.

Opsss, semalam baru aku tahu sesuatu yang aku patut tahu. Walaupun dia tak bagitau aku sendiri. At least, aku dah tahu. Dan aku sebenarnya dah lama bersedia untuk benda yang macam ni. Tapi yang aku agak tak puas hati kenapa dia selalu buat aku berbaik sangka ngan dia. Aku respek dia. Yang sebenarnya tak. ENtah, entah, entah. . . .aku betul-betul letih ngan semua ni. Malas nak fikir dah. Let by gone, be by gone.

Tuesday, October 2, 2007

Di sana menanti di sini menunggu

Gembiranya dia bermain-main di gigi air. Kadang-kadang berlari-lari anak apabila dikejar ombak.
Walaupun keseorangan, dia begitu seronok melayan karenah ombak dan pantai. Satu tempat yang menjadi kegemarannya sejak dulu. Jika ada kelapangan pasti aku diajaknya berkunjung ke sini. Kerana dia juga lah hampir semua pantai di daerah ini aku jelajahi.

Aku??? masih lagi bungkam di sini. Sejak tadi bertenggek di atas batu ini. Tidak sanggup untuk mengganggunya menikmati keindahan alam semula jadi yang tiada tandingannya. Namun semua ini tidak mampu memadamkan perasaan bersalah aku terhadap dia. Desirangan ombak yang sejak tadi memukul pantai juga tidak meninggalkan apa-apa kesan. Perlukah aku berterus terang??

Seumur hidup aku
Ini yang pertama
Pintu hatiku diketuk
Oleh dua wanita
Punyai ciri selama ini ku cari
Berbeza wajah ayunya tetap asli

"Ayuni?? Ayuni buat apa kat sini?" Pertemuan yang tidak disangka-sangka antara aku dengan Ayuni sebulan yang lalu telah menggoyahkan pendirian aku terhadap cinta yang selama ini aku bajai dengan kasih sayang dan kesetiaan. Ayuni, seorang wanita yang aku kagumi sejak di alam persekolahan lagi. Tetapi perkenalan yang agak singkat antara aku dan dia membuatkan aku tak berkesempatan mengenali Ayuni dengan lebih rapat lagi. Dia terpaksa mengikut kedua ibu bapanya keluar negara kerana melanjutkan pelajaran.

Kalau ku pilih di sini
Apa kata di sana
Kalau ku pilih di sana
Di sini akan terluka
Perlukah aku pilih keduanya
Bahagi kasih adil-adilnya

Perasaan bersalahku membuak-buak.

Kematangan dan tutur kata Ayuni benar-benar membuatkan naluri kelelakian ku tidak tentu arah. Dan kerana itu jugak lah aku tidak berterus terang tentang statusku kepada Ayuni. Yang pastinya sehingga kini kami masih berhubung. Setakat ini, aku sudah menerima tiga keping kad daripadanya. Ternyata aku tidak bertepuk sebelah tangan.

Tamakkah aku??

Sungguh ku merasa resah
Untuk menilai sesuatu yang indah
Namunku ada pepatah
Yang aku gubah...

"Kenapa temenung je ni? tak de mood eh??" Sapanya mesra. Aku sekadar menangguk. Tak mampu memikirkan apa yang sepatutnya aku jawab supaya jawapan ku nanti tidak menyakitinya. Entah kenapa, ada-ada je kelakuan nya yang salah di mataku. Kenapa dengan aku?? Pertemuan kami hari itu berlalu begitu sahaja. Setelah menghantarnya, aku terus pulang ke rumah.

Kad-kad yang Ayuni hantar aku bukak. Setiap baris coretannya membawa maksud tersendiri. Aku terperangkap dalam perasaan yang sangat sukar untuk dimengertikan. Bayangan kedua-duanya silih berganti. Aku kah yang bersalah dalam hal ini?? Mengapa ia terjadi dalam hidupku??

Di sana hanyalah menanti
Sampai bila pun ku tak pasti

Dan di sini tetap menunggu
Berada jelas di mataku
Kasih tak luak terhadap aku

YA!!! aku tidak boleh terperangkap dalam perasaan yang aku cipta sendiri. "Hello". Suara Ayuni kedengaran di hujung talian. Ya Allah, kuatkan semangat ku. Akhirnya aku berterus terang jugak. Yang pastinya selepas itu aku tidak mendengar suara Ayuni lagi. Walaupun aku tahu dia masih ada di talian.

Ku terima satu nota
Ringkas tulisannya
Dia sedia undur diri
Dan memaafkanku
Katanya anggap ini satu mimpi

Yang datang sekadar...
Untuk menguji...

maafkan aku wahai kekasih

Sunday, September 30, 2007

Ramadhan, 19

Semalam dapat jugak makan nasi kerabu. Ikut Ainul peg bazar. Tq Ainul. hehe~~ tapi terbeli nasi dua pulak. Takpe.. asalkan suka hati.

Ari ni puasa cam biasa, tak letih sangat walaupun sahur 10 minit je. Terasa nikmat sangat sahur kejap ni. Sebabnya terpaksa makan banyak dalam satu masa. Azra sebagai saksi. Malu2~~ tapi nak buat cam mana memang tak sempat. Pastu minum air sikit je. Tido dalam kekenyangan.

Petang, buat-buat rajin. Sebabnya keje berlambak tak setel lagi. Assigment, projek, etp and so so many things to do. Tapi menulis tetap menulis. Habit yang sukar nak tinggal. Seronok bila dapat menulis ni. Kadang-kadang yang ada masalah jadi takde masalah. Yeke? Kadang-kadang. HEhe

Petang telefon ummi. Suka nya dah lama tak telefon ummi. Cakap lama-lama. Tak saba nak balik rumah~~

Friday, September 28, 2007

Jangan biarkan.........

Anis dearie,

Jangan biarkan ia ada di situ. Biarkan ia main jauh-jauh. Masih terlalu awal lagi ni. Ye, masih terlalu awal. Jangan mudah buat assumption. Wa, tak nak sakit lagi. Tak nak. Tak nak. Cukuplah pengalaman dulu.

Hidup mesti ceria, riang ria, suka dan gembira. Jangan pura-pura gembira. Tapi gembira lah dalam erti kata yang sebenarnya.

Ya Allah, bantulah hambamu ini. Semoga setiap pilihan dan gerak hatiku adalah yang terbaik

Ramadhan, 16

Assalamualaiku w.r.t

Hidup tanpa masalah adalah mustahil. Kadang kala masalah yang dihadapi mampu mematangkan kita.

So, fikirkan lah. Sesuatu yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Jadikan apa yang telah berlaku dahulu sebagai panduan untuk kehidupan di masa akan datang. Yang penting jangan ulangi lagi apa yang silap itu. Sekali lagi, jangan mudah untuk mengulangi kesilapan yang sama. Betul, sebagai manusia biasa, kita mempunyai hati, perasaan dan juga nafsu. Namun semua itu masih boleh dikawal dengan mengunakan akal dan imam kita.

Ingat Anis, berusahalah untuk menghadapi apa sahaja yang berlaku dengan tenang. Jangan mudah melatah. Yakin dengan diri sendiri. Walaupun sesuatu yang kita impikan tidak akan kita dapat sekarang, percaya lah jika telah ditetapkan ia milik kita pasti kita akan dapat rasainya juga suatu hari nanti. Namun, jika itu bukan juga milik kita terimalah dengan hati yang terbuka.

Sekarang belajarlah untuk menghargai apa yang sudah dimiliki dan berada di depan mata. Gunalah peluang yang ada untuk membentuk masa depan yang gemilang. Jangan terlalu seronok dengan perkara yang melalaikan. Belajarlah menghargai masa dan apa saja peluang yang ada. Ingatlah diri ini terlalu bertuah berbanding dengan insan lain di luar sana. So, buktikan bahawa kita sebenarnya mampu.

Tolong anis, bantulah diri sendiri untuk menjadi insan yang lebih berjaya. Jangan terlalu hidup dalam kenangan dan jangan terlalu merancang untuk sesuatu yang belum pasti. Bersederhanalah dalam segalanya. Fokus kepada apa yang ada di depan masa.

Kita kena yakin yang kita kuat untuk semua itu. Semoga kejayaan milik kita.

Thursday, August 16, 2007

Fatimah Zahra

Kelembutannya menjadi kegilaan ramai lelaki di kampus suatu ketika dulu. Tutur katanya penuh keyakinan, susun langkahnya penuh kesopanan. Pergaulannya dibatasi dengan nur islam. Di wajahnya jelas terpancar cahaya keimanan. Sukar untuk mencari seorang wanita yang sesempurna Fatimah Zahra di zaman ini. Dia tega mempertahankan prinsip hidupnya untuk jatuh cinta hanya kepada suaminya sendiri.

Bukan sedikit dugaan yang terpaksa dihadapinya, namun dengan kekuatan dan pertolongan daripada Allah s.w.t dia berjaya mengharungi alam kampusnya sehingga bergelar seorang usahawan yang disegani.

Aku mengenali Fatimah Zahra semasa di kampus lagi. Tetapi aku pendam rasa hati ini. Terasa diri tidak layak untuknya. Namun setiap hari aku berhubung dengan Fatimah Zahra melalui sepotong doa yang tidak pernah aku tinggalkan setiap kali aku mengerjakan solat lima waktu. Entah mengapa pertama kali terpandang wajahnya aku merasakan yang dia lah wanita yang aku cari selama ini.

Isteri cerdik yg solehah
penyejuk mata
penawar hati
penajam fikiran

di rumah ia isteri
di jalanan kawan
di waktu kita buntu
dia penunjuk jalan

Airmataku menitis lagi setiap kali terdengar lagu itu. Fatimah Zahra selalu mendendangkannya untuk aku. Dia pandai mengambil hatiku. Tidak pernah membangkit rasa marah aku kepadanya.

Akhirnya Allah makhbulkan doa ku untuk bersama dengan Fatimah Zahra walaupun untuk seketika cuma. Tuhan lebih sayangkan dia. Dia pergi meninggalkan aku setelah setahun berkongsi kemanisan iman dan ketinggian ilmu agamanya. Sehingga kini aku tidak mampu memadamkan kenanganku bersama seorang isteri bernama Fatimah Zahra.

nasihat kita dijadikan pakaian
salah kita dia betulkan
penghibur diwaktu kesunyian
terasa ramai bila bersamanya

dia umpama tongkat si buta
bila tiada satu kehilangan
dia ibarat simpanan ilmu
semoga kekal untuk diwariskan

Aku tewas lagi bersama titisan air mata

Wednesday, August 15, 2007

berenang...

Anis terima kasih banyak-banyak ajak saya g swim. Dulu tak terlintas pun nak belajar berenang. Sekarang saya dah pandai yang paling basic. Tu pun dah cukup gembira.

Sebut pasal berenang, teringat pulak ke Anis. Walaupun Mawi goyak kito kembar Zimbabwe lah, kembar Burma lah takpo belako. Yang pastinya kalau kito jupo mesti banyak cerito. I miss that time. Pergi irc sama-sama. Studi sama-sama walaupun lain kos. G gath sama-sama. Cetim sokmo. Pete2 g jale2. Huhuhu. Saya teringat jugak ko Farah. Lamo tak dengar cito Farah. Mawi contact sokmo. Kot Fs, Gtalk. Zack baru jah dio mesej dua tiga hari baru ni. Nips tak dengar kaba jugak. Ari tu jah sekali dio PM. Best la kenal ngan awak-awak semo.

Tuesday, August 7, 2007

eira, eixora & anis

eira

kewujudan yang tidak disengajakan. Tapi amat bermakna kerana ia dapat menukarkan apa yang dirasa kepada ayat-ayat yang boleh ditafsirkan dengan perbagai makna. Walaupun tidak cukup puitis, tetapi akan ku usahakan kearah itu.

eixora

hadirnya juga tidak di rancang. Namun hidup dalam dunia ini banyak mematangkan aku. Mengajar aku tentang hidup ini. Nilai persahabatan yang tinggi. Walaupun ada pahit tapi banyak manisnya =)

anis

Susah nak describe. Datang dalam banyak versi. Kekadang macam itu. Kekadang macam ini.