Sunday, October 28, 2007

Rindu ummi


Disebabkan kerja yang berlambak minggu lepas, terasa cuti raya ari tu dah lama berlalu. Macam dah lama kat utp. Rindu kat ummi =/

Dulu lepas spm ada jugak bercita-cita nak sambung study kat oversea. Tapi mungkin ada hikmat semua tu tak berlaku. Kalau tak mungkin masa ni aku tengah rindu yang teramat.
Ni baru je balik ari tu terasa nak balik lagi.

Tak saba nya nak abes final.

Monday, October 8, 2007

Love story in Harvard

Dua hari aku menghilangkan diri ke dunia yang aku cipta sendiri. LOve story in Harvard adalah sebuah cerita yang bukan fokus hanya cinta pada manusia je. Ia mengajar kita untuk pandai mengejar cinta hati dan pelajaran dalam masa yang sama. Akhirnya dapat mencapai apa yang diimpikan. Waaaaa...selalunya cerita yang direka selalu diakhiri dengan kebahagian, kejayaan dan kegembiraan. Namun itu lah yang kita nak kalau dah tengok cita kan. Haha!! Sebabnya realiti kehidupan tak semuanya indah.

Walaupun citer ni dah lama baru sekarang aku tergerak hati nak tengok. Melayan korean series ni boleh buat aku lupa diri kejap. Boleh ubah jadual harian dengan serta merta. Now, im back to normal. Tak leh layan series time2 ada kuliah macam ni. Bahaya2..haha

Friday, October 5, 2007

bukak puasa #kelate

best2..ehehe walaupun makan sikit je time tu tapi tetap rasa meriah. (jange tak tahu saya make pulok kat bilik) haha. Thanks ko melor sebab buat bukok poso rama2. Saje je testing buat puding nge tupak sotong tu. Tak panda pun bena =P

Lagi..presentation berjalan tersekat-sekat. Donno y my lever of nervousness increase. Maybe not so many practise, right? Erm..improve! improve! improve!

Actually, so many thing to write here, but i forgot already. Owh, about my etp project. All are going well although some time i feel like i not contribute much in this project. So sad, but i know u guys are good and more better than me. Keep up the good work. Thank you.

Ah, i really2 not have idea. better for me to stop here.

Thursday, October 4, 2007

tudung baru

semalam berusaha giler pergi pasar malam naik bas. Terasa bukan duk kat Malaysia je. Almaklum lah sume yang naik tu foreigner.

yang bestnya sume dalam list dapat dibeli dengan jayanya. Tapi tak surela tudung tu match ke tak ngan baju. Pape pun berserah je sebabnya dah beli. Harap-harapnya time raya nanti pakai tudung tu bukan tudung lain.

petang ni presenatation pcs, harap-harap dapat buat ngan baik walaupun tak prektis sangat. This also my bad habit, not like much bab-bab menghafal. Actually, i not really sure ni bad habit ke tak =P

tuto cpdc hantar esok, baru buat 0.02%. Wake up anis. Kalau boleh try to do by yourself. I know you can do it! hehe. yang penting nak berjaya kena usaha. someone said, i dont know when and who. "Kejayaan adalah 99% usaha dan 1%genius". so what are you wait for??

Wednesday, October 3, 2007

sediiiiiiiiiihhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

WAaaaaaa, tak patut sedih. Tak patut sedih. Tapi dah sedih ni..tetiba tertengok shout out azhani "big girls dont cry" but lately I always cry. What happens to u haa?

Semalam boleh plak nangis sebab lab technicion tu cakap kuat-kuat . Maybe dia letih ke, atau banyak keje ke atau dia malas dah nak layan aku. Tapi aku mengharap sangat benda tu ada. Last-last aku kene terima yang benda tu memang aku tak leh dapat. So, pulang ngan tangan kosong lepas 2 minggu aku berusaha berulang alik ke lab. Kecewa tak?? mestilah kecewa..

Satu kelemahan aku, nangis bila apa yang aku nak tak dapat. Mesti banyak lagi air mata aku yang akan keluar pasni. Tak sanggup dah.

Opsss, semalam baru aku tahu sesuatu yang aku patut tahu. Walaupun dia tak bagitau aku sendiri. At least, aku dah tahu. Dan aku sebenarnya dah lama bersedia untuk benda yang macam ni. Tapi yang aku agak tak puas hati kenapa dia selalu buat aku berbaik sangka ngan dia. Aku respek dia. Yang sebenarnya tak. ENtah, entah, entah. . . .aku betul-betul letih ngan semua ni. Malas nak fikir dah. Let by gone, be by gone.

Tuesday, October 2, 2007

Di sana menanti di sini menunggu

Gembiranya dia bermain-main di gigi air. Kadang-kadang berlari-lari anak apabila dikejar ombak.
Walaupun keseorangan, dia begitu seronok melayan karenah ombak dan pantai. Satu tempat yang menjadi kegemarannya sejak dulu. Jika ada kelapangan pasti aku diajaknya berkunjung ke sini. Kerana dia juga lah hampir semua pantai di daerah ini aku jelajahi.

Aku??? masih lagi bungkam di sini. Sejak tadi bertenggek di atas batu ini. Tidak sanggup untuk mengganggunya menikmati keindahan alam semula jadi yang tiada tandingannya. Namun semua ini tidak mampu memadamkan perasaan bersalah aku terhadap dia. Desirangan ombak yang sejak tadi memukul pantai juga tidak meninggalkan apa-apa kesan. Perlukah aku berterus terang??

Seumur hidup aku
Ini yang pertama
Pintu hatiku diketuk
Oleh dua wanita
Punyai ciri selama ini ku cari
Berbeza wajah ayunya tetap asli

"Ayuni?? Ayuni buat apa kat sini?" Pertemuan yang tidak disangka-sangka antara aku dengan Ayuni sebulan yang lalu telah menggoyahkan pendirian aku terhadap cinta yang selama ini aku bajai dengan kasih sayang dan kesetiaan. Ayuni, seorang wanita yang aku kagumi sejak di alam persekolahan lagi. Tetapi perkenalan yang agak singkat antara aku dan dia membuatkan aku tak berkesempatan mengenali Ayuni dengan lebih rapat lagi. Dia terpaksa mengikut kedua ibu bapanya keluar negara kerana melanjutkan pelajaran.

Kalau ku pilih di sini
Apa kata di sana
Kalau ku pilih di sana
Di sini akan terluka
Perlukah aku pilih keduanya
Bahagi kasih adil-adilnya

Perasaan bersalahku membuak-buak.

Kematangan dan tutur kata Ayuni benar-benar membuatkan naluri kelelakian ku tidak tentu arah. Dan kerana itu jugak lah aku tidak berterus terang tentang statusku kepada Ayuni. Yang pastinya sehingga kini kami masih berhubung. Setakat ini, aku sudah menerima tiga keping kad daripadanya. Ternyata aku tidak bertepuk sebelah tangan.

Tamakkah aku??

Sungguh ku merasa resah
Untuk menilai sesuatu yang indah
Namunku ada pepatah
Yang aku gubah...

"Kenapa temenung je ni? tak de mood eh??" Sapanya mesra. Aku sekadar menangguk. Tak mampu memikirkan apa yang sepatutnya aku jawab supaya jawapan ku nanti tidak menyakitinya. Entah kenapa, ada-ada je kelakuan nya yang salah di mataku. Kenapa dengan aku?? Pertemuan kami hari itu berlalu begitu sahaja. Setelah menghantarnya, aku terus pulang ke rumah.

Kad-kad yang Ayuni hantar aku bukak. Setiap baris coretannya membawa maksud tersendiri. Aku terperangkap dalam perasaan yang sangat sukar untuk dimengertikan. Bayangan kedua-duanya silih berganti. Aku kah yang bersalah dalam hal ini?? Mengapa ia terjadi dalam hidupku??

Di sana hanyalah menanti
Sampai bila pun ku tak pasti

Dan di sini tetap menunggu
Berada jelas di mataku
Kasih tak luak terhadap aku

YA!!! aku tidak boleh terperangkap dalam perasaan yang aku cipta sendiri. "Hello". Suara Ayuni kedengaran di hujung talian. Ya Allah, kuatkan semangat ku. Akhirnya aku berterus terang jugak. Yang pastinya selepas itu aku tidak mendengar suara Ayuni lagi. Walaupun aku tahu dia masih ada di talian.

Ku terima satu nota
Ringkas tulisannya
Dia sedia undur diri
Dan memaafkanku
Katanya anggap ini satu mimpi

Yang datang sekadar...
Untuk menguji...

maafkan aku wahai kekasih