Showing posts with label 25hb. Show all posts
Showing posts with label 25hb. Show all posts

Tuesday, September 24, 2013

Dhiya Amani..

Da lama tak buat entri pasal dhiya amani. Jadi, marilah kita tengok perkembangan dhiya sejak dari umur 1 tahun 4 bulan. Kenapa 1 tahun 4 bulan? Sebab mama baru tukar phone masa tu jadi untuk phone sekarang sampai situ je ada. InsyaAllah nanti kita buat entri dari dhiya amani lahir sampai satu tahun pula yerp. 


1 tahun 4 bulan
Suka sangat main kad isi minyak tu


1 tahun 5 bulan
tengah tunggu papa sembahyang dekat masjid 
jadi mama ngan dhiya berphotoshot jap


1 tahun 6 bulan
masa g jalan2 bukit tinggi
nak amik gambar dhiya ngan kuda tapi dia tak pandang depan pula


1 tahun 7 bulan
tersengih2. ini kat rumah kami.


1 tahun 8 bulan
cubaan mengambil gambar sendiri
ni pengaruh orang dewasa ni


1 tahun 9 bulan
tengah kusyuk tengok layang2


1 tahun 10 bulan
sudah pandai buat aksi ganas masa bermain kat taman


1 tahun 11 bulan
tengah takde mood nak main


2 tahun 
sudah pandai tidurkan baby mainan dia
siap bagi susu lagi


2 tahun 1 bulan
masa ikut mama g conference kat penang hari tu


2 tahun 2 bulan
sibuk nak pakai spek mama
masa g kenduri rumah sedara tok umi


2 tahun 3 bulan
main ipad menan ni sampai pecah


2 tahun 4 bulan
testing tudung baru beli untuk raya
tapi dia tak pakai pun sebab dia cakap gatal kat leher
pape je lah


2 tahun 5 bulan
sudah pandai posing sambil makan siput raya


2 tahun 6 bulan (sekarang)
makan aiskrim besar2 sorang2 tak nak bagi mama ngan papa makan pun
end up abes satu badan lencun ngan aiskrim nasib bawa baju spare
masa ni kat dataran merdeka
saje jalan-jalan

Wednesday, December 26, 2012

Da laaaaaaaama tak........

update pasal my baby girl. dhiya amani

hahahaha kadang2 dhiya amani ni dah tak macam baby lagi. sudah ada kehendak dan kemahuan nya sendiri. 
lagi 3 bulan dhiya amani nak masuk 2 tahun...

so far ini adalah perkembangan dhiya amani. banyak perkembangan tapi tak ingat bila actually dia pandai buat benda2 yang disenaraikan di bawah. senang citer. perkembangan dia sehingga hari ni. 

1. pandai makan dengan sudu. terkejut gak tengok2 dia pandai makan dengan sudu. of cos ada nasi yang jatuh but she manage to do it. mungkin sbb hr tu ada g beli sudu kat ikea. senang sikit dia nak pegang dan masukkan dalam mulut dia since sudu tu ergonomic sikit. pendek dan tempat letak makanan tu agak melengkuk. sangat seswai untuk baby2 atau budak2 yang baru belajar nak makan sendiri. 

2. hari tu ada jugak beli pinggan dan gelas sekali. colorful jadinya gelas, pinggan dan sudu dhiya. then lepas tu tak nak dah pakai cawan atau pinggan yang lain. nak yang dia jugak. tahu agaknya itu memang untuk dia. 

3. kadang2 g amik sendiri sudu, garfu atau pinggan dia atas rak. haissss kalau tak bagi amik mula merajuk. kadang2 tegur juga anak tak boleh bagi dia buat sesuka hati betul tak? tapi dia tetap amik. kadang2 siap buat main lagi instead of guna untuk makan.. oh ho.

4. sudah tahu gelak bila apa yang dia tengok kat tv tu dia rasa lucu. sudah pandai mana lucu mana tak. haisssssh 

5. cartoon adalah kegemaran. kalau dah tengok cartoon sure tak nak pergi umah baby sitter. pagi tadi nangis guling2 tak nak pergi. tapi mama kena tutup tv walaupun nanges kena g hantar juga umah bbsitter. terpaksa. tapi masih toleransi lagi kalau mama nak tengok citer lain. cuma tv kena pasang. 

6. sudah pandai mintak susu, tapi malas nak sebut betul2...kalau dia datang ernk ernk ernk tu nak susu lah maknanya. puas dah cakap susu susu susu tetap taknak sebut. bukan tak pandai sebut sengaja taknak sebut. 

7. sudah pandai bagitau bila da berak. kadang2 kencing pun cakap berak jugak...

8. sudah pandai gosok gigi sendiri. maksud saya pegang berus. tapi cara berus tetap tak betul. end up mama juga yang kena beruskan. kadang2 bagi kadang2 tak. 

9. pandai appreciate bila mama atau papa belikan sesuatu yang baru. mainan atau baju. mula2 cium barang yang dapat tu,. then cium kita lak. nak cakap terima kasih tuh. 

10. selalu buat muka terharu bila kita buatkan dia susu.

11. sudah pandai ikut mama sembahyang. mahu guna telekung ngan sejadah sendiri. biasa half way je. pastu naik atas badan mama la. sujud tempat mama sujud lah. kadang2 tarik sejadah.

12. kalau tengok taman permainan tahu itu taman permainan dan ajak singgah nak main. bila main tak ingat nak balik

13. bila naik motor nak berdiri je kat bahagian depan dalam raga tu. excited betul. pengaruh bila naik moto masa kat kg. ni KL. naik juga tapi kat kaw rumah je. kat luar tak brani. 

14. sume benda panggil keropok. tak kiralah roti ke. biskut ke. 

15. kalau ada kertas mesti nak pen. kalau ada pen mesti nak kertas. sebab nak conteng.

16. kalau bawak g kedai tudung atau baju. asyik2 cantik cantik cantik. sume pun cantik. 

okeeeeeeeeeeee banyak sangat dah. sebenarnya banyak lagi. tapi ini sahaja untuk hari ni. 


Wednesday, April 25, 2012

setahun sebulan

UPDATE!!!

hehe baru google tadi. ada persamaan tak? tak perasan pulak tentang cartoon ini. credit to mummygreeny

________________________________________________________________________________


hari ini dhiya amani da setahun sebulan. sekarang dhiya da big girl. asyik mahu tiru je apa yang kita buat. 

satu hari sangat terkejut bila tetiba dia masukkan cotton bud dalam telinga dia. mungkin sebab dia tengok kitorang buat makanya dia pun nak buat jugak. sekarang cotton bud simpan jauh2 tak bagi dia nampak. 

pantang dengar lagu dalam tv. walaupun hanya lagu takde orang nyanyi pun takpe. dia akan bangun dan berjoget depan tv tu. takde sapa ajar pun. huhuhu! kalau dalam kete pun bila dengar lagu dalam radio mesti tak duduk diam. orang cakap usia macam ni dalam proses peniruan. 

paling tak tahan, dia akan menangis kalau saya urut papa dia. mungkin dia fikir saya pukul papa dia kut. kalau papa buat mama oke je tak nangis2 pun. tapi boleh tengok dhiya amani ni dia sukakan keamanan. tak suka orang gaduh2. kalau dengar orang cakap kuat2 pun sudah gelabah takut orang bergaduh. mana ada bergaduh lah dhiya amani. papa & mama bergurau manja je lah. ishkkk!

saaaaaaaangat manja and really need attention. kalau saya ke dapur nanges beria. macam sakit2 tapi kalau duk kat dia diam je. boleh main macam biasa. kalau macam tu mama tak boleh buat apa lah. men ngan dhiya je lah keje. mama memang suka, tapi keje tak siap lah maknanya. sebab mamakan tengah hari student & wanita bekerjaya, malam surirumah tangga. oh no! tak cukup tangan. 

oh lupa! dhiya amani da boleh berjalan tanpa bantuan. tapi masih teragak2 lagi. but she love to walk around sekarang ni. sikit2 berjalan, sikit2 berjalan. almaklumlah orang baru pandai berjalan kan =)

till then. babai




Friday, March 30, 2012

25 Mac 2012


Agak terlambat sikit citer pasal 25 hb ni. 25 Mac adalah birthday Dhiya Amani. Maka hari ahad hari tu kami sambut birthday dhiya secara kecil-kecilan. Sebab da niat nak buat makan2 untuk first birthday dhiya ni makanya rasa tak sedap hati pulak kalau tak buat kan.

Thanks for those yang datang memeriahkan majlis ini. Gambar di atas di ambil masa birthday hari tu. Bukan main gembira lagi. Dia tahu kot mama & papa celebrate birthday dia. 

Sempena setahun dhiya da boleh buat macam2. Yang paling obvious makin manja. Sangat!

Berjalan masih takut2. Dua tiga langkah pastu merangkak. Mungkin merangkak lagi best =) Gigi da 8 batang. Atas 4, bawah 4. Yang lain masih sama. Rambut tak bape nak panjang lagi. Cepat la panjang wahai rambut mama tak sabar nak ikat rambut dhiya lawa2 =P

Till then. Bye2

Monday, February 27, 2012

25 Febuari 2012

Buzy ke sampai tak update pasal dhiya 11 bulan. Tak bz pun actually tapi agak malas menyusun kata2. So, ini adalah entri tertunggak.

1. Sudah tahu apa itu dimarahi. bila kita cakap kuat sikit mula lah nak menangis, padahal tak marah pun. huhuhu! bila marah betul2 memang meraung lah. mummy2 di luar sana pernah tak marah baby u olls buat hal a.k.a meragam. Kadang2 takleh tahan. Masuk dapur abes disusunnya pinggan mangkuk. yang plastik tak nak nak yang kaca je. Kalau tinggal kat luar sorang2 nanges. Bila bawak masuk dapur memang mama reach high temperaturelah. Da dua cawan ke tiga dah yang pecah. Huhuhu~ Bukan sayang sangat cawan tu tapi boleh membahayakan you lah dear~~ Itu lah the true of dhiya amani when she turn 11 months.

2. Sejak tahu kebolehan diri bangun dan berdiri dengan sendiri kejap2 berdiri kejap2 berdiri. Tapi nak angkat kaki belum boleh lagi. Keep up ur work. Mama tahu u can do it~~

3. Bercakap quite improve! bila tanya papa g mana? eje~~ haha (keje la tu kot) semalam we all nak tdo tapi dia nak men2 lagi. Tiba2 tepuk badan i sambil cakap do do do. Apa da mama suh dia tido dia plak dodoikan orang. Hahaha! Insyallah will be improved day by day.

Dan sangat tak sangka kejap je ms berlalu. Next month dhiya da SETAHUN! Nanti dhiya da jadi big girl mungkin senang sket nak handle. InsyaAllah...

Monday, January 30, 2012

25 Januari 2012

Beberapa hari lepas my daughter ni da 10 bulan. Ceeeeeepat sangat masa berlalu. Walaupun 10 bulan, dhiya da macam setahun. Yo yo je mama dia ni kan =P
Bercakap

Perkembangan terkini masih belum boleh bercakap macam kita2 tapi adalah beberapa perkataan yang dia boleh sebut:

1. mamma..
2. pappa..
3. bubbye..

Tu je yang ingat, yang lain more to mumbling. Mungkin baby lain paham tapi kita tak paham. Semalam sepupu dia datang elok je main. Cakap bahasa baby =)

Berjalan

Belum boleh lagi, tapi asyik bergantungan dekat kabinet ngan sofa. Actually aktiviti ni sejak dari 9 bulan lagi. Sekarang nampak kaki dia da stabil cuma kena tingkatkan kan lagi confident level dia suh dia lepas tangan pulak pasni.

Menangis tak keluar air mata

Contohnya gambar di bawah. Sangat pandai! Kita ingatkan nanges betul2 rupa2nya olok2 je. Layan je lah =)
Masih isap jari

Tak tahu bila habit ni nak ilang. Especially masa tido dan lapar susu mula lah cari jari. Harapnya tak berlarutan macam ummi cik dhiya (my sis).

Rambut da boleh ikat

Bukan dhiya gembira tapi mama gembira. Terus beli getah warna warni untuk ikat rambut masa g jenjalan. Padahal sangat susah sebenarnya nak ikat sebab agak pendek lagi sebenarnya.

Ini gambar dhiya pakai tudung
setelah dikerjakan papa.
Ini gambar dhiya pakai spek
setelah dikerjakan mama.

Dhiya Amani, papa & mama luv u sesangat! Be a good daughter k. Bulan 3 insyallah dhiya dapat adik sepupu. Be good to adik also. So now kami sudah ajar dhiya bahasakan diri kakak =P

Betul tak kakak Dhiya? =P

*update - baru teringat ada lgi

sudah pandai tepuk

Dulu2 saya suka nyanyi lagu tepuk amai2 tu sambil tepuk tangan. Tiba2 hari tu bila saya nyanyi dhiya terus tepuk. Ingatkan dia paham maksud tepuk sebab tu dia tepuk. Rupanya tak, apa jenis lagu pun dia tepuk..klakar lah awak ni dhiya amani.

sudah ade 6 batang gigi..sooo cepat kan?

Hari tu masa 9 bulan 4 batang. sekarang naik lagi 2 kat bahagian atas. hopefully gigi dhiya elok lah macam papa. bukan macam mama. banyak sangat prob ngan gigi sejak kecik sampai lah tua2 ni pun kena g jumpa doc gigi jugak.




Sunday, November 27, 2011

25 November 2011

Oh, sudah terlewat 2 hari. Tapi takpelah. Nak buat jugak entri sempena dhiya 8 bulan ni daripada takde langsung.

Duduk, herm tak boleh duduk dengan proper lagi. Adelah sekejap2 dia macam buat gaya duduk. Tapi tak betul2 lagi. Nampak gaya macam dah nak berjalan. Asyik duk bergayut kat sofa. Sangat risau takut2 terjatuh masa dia duk struggle nk berdiri tu. Macam langkah banyak step plak. Daripada merangkak ke berdiri. Tapi duduk tak lagi. Mungkin nanti entri untuk dhiya 9 bulan harap2 dhiya da boleh duduk.

Benda lain macam takde perubahan sangat. Cuma asyik membebel je. Ikut bahasa dia yang kita tak paham satu apa pun.

Haritu kitorang ada beli cd nasyid bukak masa g jalan2. Tiap2 kali naik kete pun, sebelum kitorang bukak lagu lagi asyik duk usha2 tempat screen tu, macam tahu2 je kat situ kluar gambar kan. Ingat nak beli cd 1 2 3 pulak. Sebab ada sumber mengatakan baby lagi senang ingat nombor dari perkataan. Lagi dia ingat kalau dia dengar dalam bentuk lagu.

Dan kalau dia dengar azan. Tiap2 kali abis baris azan tu dia akan bunyi... macam jawab azan je gaya dia. Good girl. Kalau kita selawat masa nak tidokan dia pun dia akan bunyi macam cara kita selawat tu. Mungkin selawat jugak kot.

Itu saja untuk kali ini. Sekian.

Muka 2osen

masa g kenduri kat johor minggu lepas

Tuesday, October 25, 2011

25 October 2011

Hari ni dhiya genap 7 bulan. sepanjang 6 ke 7 tujuh bulan ni sangat banyak benda yang dhiya da pandai baut

1. merangkak - daripada takut2 sekarang da tawaf sekeliling rumah

2. gigi - da tumbuh 2 batang kat bahagian bawah

3. da betul2 pandai pegang botol susu sendiri

4. macam da mula faham sedikit erti kehidupan...hik hik hik

Saturday, September 24, 2011

25 September 2011

Belum 25 tapi rasa nak tulis terus. Alang2 kan. Masa 25hb 8 tak tulis2 sampai sudah sebab duk tunggu betul2 25 baru nak tulis.

Lagipun 22hb da g klinik cucuk dhiya 6 bulan. Berat naik tapi sket je. Dari 5.7kg ke 6.2kg. Masih dalam zon kuning. So, next check up 9bln pulak.

Da 6 bln ni macam2 pulak perangai dia. Makin banyak tahu pasal benda sekitar dia. Masa 4 bulan setengah pandai meniarap. Sekarang duk angkat2 punggung nak merangkak lah kot. Tapi perangai dia yang tak ubah2 tak boleh tinggal sorang2. Tak nampak je kita. Terus nangis yang macam sakit tu. Apa la dhiya ni? Hehe!! Tinggal kejap pun tak boleh.

Last 2 weeks kitorang belikan walker untuk dhiya. Dalam buku pink tu tulis walker tak elok. Tapi kalau dia guna under pengawasan kita boleh kot. Tengok la tu. Biasanya kalau amik gambar dia tengok kita ni duk ralit tengok menan dia. Sekarang da pandai putar2 bola tu. Mula2 naik tak pandai lagi tolak kaki ke depan. Undur ke tahu. Sekarang macam2 posisi da boleh pergi. Dan kitorang mula paham dia nak apa. Sebab bila dia nampak benda yang dia nak terus pergi ngan walker dia tu. Tapi awas kalau dia tak dapat capai barang tu maka nangis lah dia. Huhuhu!! budak kecik lah katakan.

Makan? Actually dari dhiya 5 bln plus2 lagi kitorang da bagi dhiya makan. Sebab kesian dia macam nak sangat makan. Ingatkan dia tak reti nak makan at first, sekali bagi nestum terus abes 3 sudu. Masa mula2 try makan pagi je. Sekarang da 2x sehari. Kat umah bbsitter da makan nasi bubur tapi kat umah belum. Esoklah mama buat k =)





Tengoklah happy semacam duk guling2.
Terasa dhiya macam da tak baby lagi =)
Tak baby lagi? Haha!!

Ini adalah nasi lemak kat ofis tadi. Disebabkan terasa syiok buat jamuan raya sebanyak 2x untuk tahun ni kat opis. Makanya ini adalah makan2 kali ketiga untuk bulan ni. Dengar nya nak buat tiap2 jumaat. Haha best2 makan bertambah2 lagi. Sume licin. Air, buah, nasi, sambal and etc..

Tuesday, July 26, 2011

25 Julai 2011

Tara dhiya da 4 bulan. Berat da naik dari 4.7kg ms 3 bulan ke 5.3kg. Panjang 61cm. Nampak dia makin berisi jugak. Sekarang da pandai asyik nak suh ade kat sebelah je. Kalau hilang sket mula la meraung. Perasan jugak lately kalau ngan orang tak kenal mula lah nangis. Da cam orang ke?

Da pandai pegang mainan dia tu. Dulu duk tampar2 je. Bola yang kat kaki tu pun da pandai tendang2. Good2!!

Jugak, da pandai pegang botol..Ini sekejap je sebab mama & papa tak bagi dhiya pegang sendiri. Bukannya masuk pun susu dalam mulut, banyak yang keluar and of cos lah bahaya kalau dhiya pegang sendiri.

Anak mama tido. Semoga dhiya membesar dengan sihat and bila besar nanti jadi anak yang solehah. We luv u dear!!


Saturday, June 25, 2011

25 Jun 2011

Hari ini genaplah umur Dhiya Amani 3 bulan. So far, tak banyak lgi benda yang dia bleh buat. Selain cubaan untuk meniarap yang masih belum berjaya lagi. Tiap kali gagal je nanges. Apa la adik ni. U can do it adik. Hahaha! Mamanya yang over. Da pandai nanges dengan kuat kalau lambat bagi susu. Tak suka tido sangat. Kejap2 bangun, kejap2 bangun. Tapi malam oke je. Tido kul 10, kul 4pg bangun jap minum susu then bangun balik kul 6.30.

Internet

Entahla makin lama makin teruk plak internet ni. Lambat gler. Terpikir nak tukar lain tapi tak tahu apa yang best. Takut2 tukar pun sama je jugak. Huhuhu!

Laptop

Thinking of having laptop sebiji. Susah bila ade Dhiya AMani ni. PC kat dalam blik. Dhiya kat luar. Masa nak bersosial ngan internet sudah terbatas. Time dhiya tido je leh curi2 main jap. Papa sile take note. Even da lama kan u tak baca blog i ni kan? Takpelah. In case kalau u terbaca oke.