Saturday, May 24, 2014

Tak tahu di mana silapnya..

Page saya ni banyak di kunjungi oleh orang dari USA. 

Adakah google stat itu salah? Ataupun tak salah. 
Ataupun orang melayu yang menetap di sana. 

Oh! by the way tak kisah pun sebenarnya sapa yang baca. Sebab sesetengah aja yang di share kat sini. Hampir 80% lagi macam tak sempat nak share semua. Jadi apa yang saya tulis di sini mungkin hanya reflect 20% of me only =)

Oh Haii!! Lama tak jumpa kan. Buzy? Agak buzy juga. 

Ni tak tahu lah sad news ke happy news. My SV nak suh jugak abeskan belajar tahun ni. Maksudnya semua qualification untuk grad saya kena fulfill sebelum bulan 9. InsyaAllah2.... sebabnya in the next entri saya ada satu lagi good news to share. Hahaha! 

Monday, May 5, 2014

Siapa tak sayang isteri kan?

Until now saya rasa sayang nya seorang suami kepada isteri adalah salah satu keajaiban dunia anugerah Allah s.w.t. I don't know the true love between man and woman until I meet my husband. 

Cinta bukanlah hanya cinta semata-mata tapi more to responsibility. Saya selalu touching kalau dia tolong itu ini, kalau dia sanggup buat itu ini, kalau dia boleh dengar dan terima pendapat atau luahan kita. Dan memang itu pun kan perkahwinan ni. But still mudah sangat nak touching. Dan apabila terfikir tentang itu, saya akan rasa oh ajaibnya cinta. 

10hb Mei hari jadi dia. Tak tahu nak bagi apa. Bagi kasih sayang je boleyh? =)

Saturday, May 3, 2014

Misi 10K

Alhamdulillah hidup makin bertambah baik. Tidak sangka sedikit anjakan paradigma yang saya lakukan di awal tahun tempoh hari telah menemukan saya dengan ramai insan-insan yang hebat. Ia sedikit sebanyak mengubah persepsi saya terhadap kehidupan dan menjadikan saya makin matang. 

Terima kasih kepada semua yang hadir dalam hidup ini. Sesungguhnya pertemuan kita juga adalah disebabkan ketentuan Allah s.w.t. Syukur padaMu ya Allah. Bak kata sifu saya "Yakin sebelum berjaya". Hasrat, impian & cita-cita saya telah diluahkan pada ummi semasa balik kampung tempoh hari. Alhamdullilah ummi menyokong penuh. 

Sekarang misi saya untuk mengumpul 10K untuk melangkah setapak lagi. InsyaAllah, insyaAllah dengan izin Allah s.w.t misi ini akan terlaksana kelak. Lambat atau cepat. 

Menulis misi adalah salah satu tips kejayaan. Dan insyaAllah bila da dapat 10K itu saya akan godek balik entri ini =)

Doakan saya SAHABAT!