Tuesday, December 29, 2015

Azam tahun baru

Tahun ni banyak sangat dapat ilmu dari FB ni. Berjalan2 kat FB otai2 rasa semua nak baca tapi kalau post panjang2 skip gak baca. Kebanyakkannya sangat memberi inspirasi. Kalau ada isu hot semua pun nak update kan? Tapi takpelah at least dapat ilmu yang berguna. 

Selain update status tiap2 hari. Upload gambar tiap2 hari. Banyak benda lain bleh buat dengan FB ni. Tambah kenalan. Beli buku best. Beli direct ngan penulis plak tu. Siap autograph. Baru semangat nak baca. Terima kasih kepada semua yang sudi berkongsi. Tak semua orang ada kelebihan dan kekuatan untuk berkongsi. Kadang kita rasa benda yang nak dikongsi tu tak penting dan biasa2 je. Tapi mana la tahu ia boleh bagi impact positive kat orang lain. 

Semoga tahun baru 2016 akan memberi sinar baru. Harapan baru dan kehidupan yang lebih baik. 

AZAM TAHUN BARU.

1. Nak rajin baca BUKU
2. Nak rajin MASAK =)

p/s: Akan di copy paste ke FB. 

Wednesday, December 23, 2015

Tak ada orang Malaysia ke baca blog ni?

Makin hari makin pelik ngan feedjit nih. Apa tak nya, cuba tengok gambar tu. Semuanya obersea punya reader. Tak tahu lah auto detect ke, robot ke apa ke? Tapi tak ske la camni sebenarnya. Sebab tak dapat nak trace reader dari mana. Bukan nak trace sangat pun kan. Cuma bleh lah tahu dari selangor ke, johor ke. Opsss!! haha

Serious rasa bukan orang yang baca. Sebabnya kan paham ke dia nak baca BM ni. Atau pun orang melayu menetap kat sana. Pun pelik lah. Unaccepted. Macam nak buang pun ada feedjit ni. Korang rasa cam mana? 


Tuesday, December 22, 2015

Best ke kawen??

Kadang2 kan naik menyampss dengan status remaja2 sekarang yang macam tak zabar2 nak kawen. Adik2 ni kakak nak bagi nasihat, kawen bukannya penuh dengan semua yang indah2 saja. Yang romantik2 saja. Yang best2 je. Yang bersanding tu saja. Sanding sehari tu je. Lepas tu kawen ni dah jadi lain maciam. Lain maciam macam mana. Dan jadi tanggungjawab yang sangat besar untuk dipikul. Belum ada anak oke sket. Banding bila dah ada anak tanggungjawab jadi makin besar. 

Jadi di sini kakak nak nasihat, kalau lah rasa nak kawen atau bila tengok orang kawen jangan main gamble je pilih calon. Carilah calon yang benar2 sebenar2nya. Bukan main tangkap muat saja. Dia yang lepas kita nikah ngan dia kita kena hormat dia, kena dengar segala cakap dia. Kena sehidup semati dengan dia. Susah kalau pilihan kita silap. Tapi kalau kita dah betul2 pilih, tiba2 diuji itu cerita lain. 

Jadi, janganlah jadikan kawen ni ikut ikutan sahaja. Kalau ex kita kawen tak semestinya kita kena kawen. No no no. Dont do like that. Kawen bila kita dah bersedia nak pikul tanggungjawab selepas berkahwin itu. Yang raja seharinya sehari tu je dik. Jangan duk fikir sangat. Dan nak masuk asar kena tukar baju. Basuh periuk belanga. Dan bermula la kehidupan sebenar selepas berkahwin. 

Kakak bukan cakap kawen ni tak best. Tapi nak kahwin bukan semata2 nak duduk bersanding, kompang dipalu pengantin malu, ia lebih dari itu. Paham ke paham. 

Belanja gambar kawen satu. Ekekekeke!

Argh tak jumpa plak. Lain kali lah =)

Friday, December 18, 2015

Suami tujuannya adalah untuk melengkapi

Kadang2 rasanya ingin memberontak je bila apa yang kita nak beli ada orang bantah. Apa yang kita nak buat ada orang tak setuju. Macam2 lagi lah. Tanpa kita realize yang sebenarnya kehadiran mereka ini adalah untuk melengkapi kehidupan sehari2 kita. Ye lah kita ni kadang2 nafsu membeli lebih2. Pantang tengok apa orang share kat FB rasa nak beli. Ini betul2 bukan cubaan. Mujur jugak ada orang yang rasional macam para suami ni kan. Sebabnya bukan semua pun benda yang kita beli hasil orang duk share tu kita guna. Kadang2 lebih kepada rasa nak memiliki sahaja. 

Sekarang ni addicted dengan toys dan buku anak2. Pantang nampak rasa nak beli. Yang tu nak beli yang ni nak beli. Kalau beli semua mahu kopak. Jadi kadang2 kena let go macam tu sahaja keinginan tu. Lepas tu fikir balik oh mujur tak beli kalau tak membazir je. Tapi dalam pada ada orang bantah, tak setuju semua tu masih tetap bersepah mainan kat umah ni. Sampai tension mau kemas. Kejap kemas kejap sepah kejap kemas kejap sepah. 

Di kala musim kena berjimat cermat ni ada ke group whatsapp yang semua orang saling tolong mengingati untuk simpan duit. Share cara nak simpan duit ke. Please add me. Hehe!

Wednesday, December 16, 2015

Mari mewarna

Sangat bersyukur kerana dapat masuk group whatsapp awesome mommy. Founder nya classmate masa kat UTP. Sangat inspiring dengan each one of them. Dulu sangat malas nak buat aktiviti dengan anak-anak. Makin lama makin timbul kesedaran. Dan sekarang rasa macam best plak. Aktiviti2 ni untuk meningkatkan fine motor skill anak-anak. Tak baca lagi in detail pasal ni. Jadi buat je aktiviti dulu. 

InsyaAllah akan merajinkan diri untuk share all those aktiviti yang kami dah buat. 

Dhiya Amani suka sangat mewarna. Kalau boleh setiap hari pun dia nak mewarna. Since dia suka mewarna saya pelbagaikan method untuk mewarna. 

Ya, sebenarnya banyak teknik yang kita bleh guna. Cuma mungkin kita tak terexpose jadi kita tak apply lah kan. 

Sand Art


Sand art ni beli kat kedai DIY. Satu set harga dalam RM1.80 sahaja. Siap dapat pasir warna warni ngan lukisan sekali. Balik just buat terus je. Tak payah prepare apa2 dah. Serious barang2 kat diy ni affordable. Dan sangat sesuai untuk membeli barang2 aktiviti anak-anak. 

Mewarna guna batang saderi


Tengok, fokus sangat buat tu. Maklumlah first time guna batang saderi ni. Kebetulan ada kat dalam peti. Warna merah tu guna je pewarna kat dapur. Mama lukis je ikan simple2 bagi dia warna. Dan dia suka. Alhamdulillah.

Mewarna guna ais



Menarikkan idea ni. Banyak benda bleh test anak masa aktiviti ni. Mix color. Tahan sejuk pun ye jugak. Tapi tengok diorang ni macam tak sejuk pun. Relax je pegang ais tu. Dan tengok macam mana lama2 ais tu mencair. Dahlia pun join sekali. Masa aktiviti ni dua2 orang belum mandi. Baju dahlia abes kena warna. Cepat2 basuh. 


Monday, December 14, 2015

Mimpi ke luar negara

Sudah kerap kali sangat saya mimpi ke luar negara. Haha! Ni mesti pengaruh FB asyik tengok orang ke luar negara. Diri ini usahkan luar negara. Naik flight pun belom pernah. Oppss!!

Ceritanya begini. Hari tu mimpi ke Osaka, Jepun. Kenapa Jepun? Entah dia main masuk je dalam mimpi. Hahah! Nak sangat check in kat FB. Ye lah pertama kali ke Osaka mestilah excited nak check in. Tapi bila teringat orang share kat FB yang takleh check in masa kita kat tempat tu nanti bahaya. Dalam hati okelah kita check in lepas dah balik. Sekaliiiiiiiiiiiii...................... terbangun da! Tak sempat nak check in. Hahahahaha!

Kali kedua mimpi ke Jepun jugak tapi tak ingat kat bahagian mana. Pun tak sempat nak check in. 

Malam tadi mimpi lagi. Apa laaa..........! Tapi kali ni ke negara omputih. Exact location tak ingat sebab kelam kabut situasi dalam mimpi tu. Sebenarnya nak g seminggu. Dah sampai sana kemain excited. Kali ni taknak check in dah. Nak amik gambar kenangan depan bangunan kat sana. Ye lah kan, negara omputih kan bangunan dia klasik2... Sekali tak terambik sebab kelam kabut nak g tempat lain. Bila balik hotel, organizer cakap kena balik Malaysia sekarang sebab ada problem. Then kena datang balik. Dalam hati okelah balik kejap then datang balik. Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......................!! terbangun sudah. 

Moga ada rezeki la nanti nak melawat negara orang.. Aminnn!!!

Thursday, December 3, 2015

Short escape to Port Dickson

Kat mana je pun pantai yang ada paling dekat ngan KL ni. Jadi kami decide g PD. Tujuan utama nak bagi kurang gatal2 kat badan dhiya dan dahlia. Masalah dah lama. Start dari bulan 6 lagi. Nampak dah beransur baik tapi tak baik2 lagi. 

Sebenarnya jauh jugak PD ngan KL kalau balik hari. Nanti lain kali kalau ada rezeki pergi lagi nak stay sana la pulak. Tapi tak tahu lah pantai mana yang best. Asyik ke pantai yang sama je. 

Oh btw ini throwback punya cerita. Perginya awal November hari tu. Saja baru nak up. Asyik cerita pasal konvo je kan =P








Wednesday, November 11, 2015

Sebulan lagi 30

= (

Still, at this age saya masih terkapai-kapai mencari hala tuju hidup ini.
Masih dalam dilema antara kerjaya atau study.
Masih tak dapat balas jasa mak ayah, yang ni obviously rasa bersalah sangat.

Ya Allah. Semoga ada sinarnya nanti. Aminn...!

Monday, October 26, 2015

Master/Pre-PhD

Bagi saya master hari tu macam pre-PhD lah. Sebabnya dulu saya amik master by research. Kalau ikutkan master by research ni complicated sikit sebab kena buat research ala-ala phd jugakkan. Tapi ia mengajar saya banyak benda. Kalau rasa master by research tu susah phd lagi berganda-ganda susah. 

1. Benda paling susah saya rasa adalah kena publish paper. Susah sebab bukan dalam bidang kita untuk control benda tu. Kalau reviewer reject maka reject lah. Kalau reviewer accept maka alhamdulillah. Tulis paper tak senang. Terima kasih sangat kepada semua yang membantu, SV, kawan-kawan. Banyak sangat terhutang budi. 

2. Kedua, thesis atau lebih tepat lagi desertation. Yang ni menulis sampai rasa nak muntah. Sebab tulis baca tulis baca berulang kali. Untuk phd ni kena cari method yang best untuk membuatkan tulis thesis jadi menarik. Master thesis saya dalam 90 pages je,. Kawan saya phd 250++ pages. Mahu tak termuntah. Semoga Allah permudahkan. 

3. Perjalanan labwork. Kena plan betul-betul. Dalam plan2 pun menemui jalan buntu jugak. Encounter satu masalah, masalah lain pulak timbul. Bertabahlah!. 

4. Literature review. Baca sekali tak paham. Baca sekali lagi tak paham lagi. Baca lagi dan lagi dan lagi baru faham. Sampai kertas dah jadi lebu. Dan ini lah stage yang saya tengah alami sekarang. Tengok paper tak paham apa. Baca paper orang ni bukan macam baca surat khabar. Kena baca all the technical writing nak bagi hadam lagi. Dan boleh baca 1 paper sehari pun dah kira lebih pada cukup. Sekarang satu paper dah nak masuk 2 minggu. Pun bertabahlah! 

Perjalanan baru bermula. InsyaAllah alah bisa tegal biasa. 
Chaiyok Anis!

Thursday, October 22, 2015

Convocation day

Selepas 3 tahun berhempas pulas di UM akhirnya tibalah masa untuk bergumbira. Setelah berpenat lelah bersengkang mata. Eceeeeewah! tapi husband cakap nampak macam saya main2 je masa amik master dulu. Walau apa pun diri yang merasa lagi tahu kan the pressure nak bagi study habis. Walau pun bukan on time abes lah jugak.

Sebelum tengok gambar just nak bagitau. Bila saya upload gambar convo ke apa bukan sama sekali untuk menunjuk-nunjuk. Ia hanya untuk berkongsi kepuasan hati, self-satisfaction. Dan moga ia menjadi insipirasi buat orang lain jugak. Okeh =)




With my mom

Syuk, kawan sejak dari UTP

Sue pun kawan sejak dari UTP jugak. 







Sunday, October 18, 2015

PhD Journey?

Alhamdulillah saya dah jumpa SV dan InsyaAllah akan mulakan perjalanan PhD saya Selasa ni. Sangat cepat okeh. Tak sangka dia mahu saya start secepat ini. Hari tu risau sangat kan.

Ramai orang bertanya, kenapa saya nak sambung belajar sampai PhD?

Sebenarnya tak reti nak jawab macam mana. Yang pastinya bukan sebab nak jadi kaya. Nak hidup senang sikit tu adalah, tapi bukannya nak sambung PhD jadi lecturer dan kaya raya. Yerp, itu bukan matlamatnya sebabnya kalau nak kaya lebih baik berniaga kan. 

Pada saya sambung belajar ni lebih kepada satisfaction. Rasa macam ada something yang tak complete kalau saya tak teruskan. Sejak dari masa degree dulu lagi dah rasa nak sambung. Tapi masa tu tak tahu lagikan pasal sambung-sambung semua ni tu yang keje dulu. 

Besides, husband sangat supportive. Susah nak cari husband macam ni (Padahal tak tahu pun kan husband orang lain macam mana =p) Kasi can lah nak puji husband sendiri =) Terus terang dia sangat banyak membantu financially & mentally. Bukan nak salahkan dah berkeluarga dan ada anak. Tapi bila study plus ada family + anak kecik memang workload akan bertambah and he helps a lot. Kadang-kadang touching jugak. Yerp, nak touch woman heart, tak payah ngan bunga bagai (for me lah) just tolong yang mana patut pun dah more than enough. 

Doakan moga perjalanan yang baru bermula ni sentiasa smooth aje oke. 

Btw, this morning I attend my labmate punya convocation. Dr Leong & Dr. Sim. Congratulation to both of youuu~~. Very inspiring. 


Saturday, October 10, 2015

UPM?

Alhamdulillah ada jugak insan yang sudi membalas email saya. Hasil daripada perbincangan yang di buat. I am going to meet him this Monday. Doakan yang baik-baik saja.

Oh, by the way, kalau semua oke. I will continue PhD at UPM. InsyaAllah.

Sunday, October 4, 2015

Saya tak biasa takde duit sendiri

Him: Awak dah ada baju untuk konvo
Me: Pakai je mana ada yang dalam almari tu
Him: Kenapa taknak beli yang baru
Me: Takut abang takde duit
Him: Beli lah. Bukannya selalu pun konvo. Esok kita pergi masjid jamek cari kain..

U touch my heart..!!!!

p/s: Bulan ni genap setahun tak dapat gaji.. Huhu! Moga Allah mudahkan untuk saya dapat keje atau sambung belajar.


Saturday, September 19, 2015

Positif?

Sehingga sekarang saya masih lagi memilih untuk sentiasa positif
Refresh email setiap hari menunggu balasan yang tak kunjung tiba
Saya masih lagi memilih untuk positif
Tapi andai positif itu disulami pelbagai persoalan dari luar
Bagaimana saya perlu pertahankan positif itu
Payah sebenarnya membina kekuatan untuk positif
Cuma yang saya harap
Fahami dan mengertilah
Saya juga tak nampak masa depan sendiri
Saya hanya mampu merancang dan berusaha
Perancangan Allah jua yang sebaik-baiknya...

Berkelah

Sekarang kat kampung. Sempena meraikan abes belajar. Maka bercuti panjanglah kita. Lepas raya haji ni baru balik KL balik. Hidup kena program balik nak duk sana. Walau kat kampung ni biasa2 je. Tapi tak sempat nak rasa masa berlalu. Kalau kat KL tak keluar rumah sehari rasa lamanya lahaiiii.... 

Hari tu husband ajak berkelah. Kiranya perkelahan anak beranak lah ni. Walau pun biasa-biasa je tetap best... Kali ni kat Pantai Sri Telong. Pantai dia redup je sebab banyak pondok. Sewa parking RM5 untuk setiap kereta. Makanan kitorang bawak sendiri. Potluck. 

Husband naik banana bot. Dia ajak join tapi cam takut. 

Berendam je sebab tak pandai berenang.

Yang penting perut kenyang =)

Dhiya yang paling gembira leh mandi pantai..


Thursday, September 17, 2015

Sentiasa positif.. InsyaAllah

Saya sudah membuat keputusan untuk sambung PhD. Sekarang tengah apply di uni yang dekat2 area KL sebab nak dekat dengan rumah. Supaya senang nak urus anak dan rumah tangga. 

Susah memang agak susah sekarang ni. Di usia yang menjengah 30 an masih bergelar student. Melihat kawan-kawan sudah bekerjaya dan memiliki harta. Terasa juga ingin merasa. Tapi macam jauh lagi. Nak bermewah2 juga belum masanya lagi. Hidup ala kadar saja. Tetapi matlamat dan semangat yang masih bersisa tak kan di biarkan luntur begitu sahaja. Support dari husband dan parent sangat bermakna. Sumber kekuatan untuk meneruskan impian yang satu ini. 

Biasanya memang student PhD bekerja di usia 30 - an macam ni. 
Yang 20 - an ada tapi jarang-jarang sekali
Kadang ada yang tak memahami
Takpelah mereka bukan di tempat kami
InsyaAllah janji Allah itu pasti . . 
Rezeki masing-masing Allah dah tentukan sejak azali
Kalau bukan sekarang nanti-nanti

Saturday, September 5, 2015

Tips untuk pelajar postgraduate by Research

Memandangkan sudah habis belajar ni apa kata kita share sikit-sikit tips sepanjang belajar ni. Untuk kegunaan pelajar baru dan juga untuk panduan saya semasa sambung belajar nanti. 

Klik pada tajuk-tajuk untuk ke entri yang berkaitan

1. Bila nak start tulis thesis?
2. Thesis - Setting page sebagai A4 bukan letter
3. Cara susun reference paper. 

Oke ini sahaja dahulu. Klik pada point untuk ke entri berkenaan, List akan di tambah bergantung kepada kerajinan. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua. 

Friday, September 4, 2015

Alhamdulillah

Hari ini dah submit hardbound untuk master. Dalam sebulan lagi dapat senate letter dan bulan 10 konvo. Alhamdulillah..


Wednesday, July 22, 2015

Turn raya rumah mertua

Tahun ni turn raya rumah mertua. Tapi petang dalam kul 5 balik rumah saya pulak. Kata negeri yang sama. K.krai ke Machang dekat je. Walaupun jem sanggup di tempuhi. Siap drive sendiri lagi. 


Okay ni gambar raya adik beradik husband. Sembilan semuanya. Muka pun nak dekat-dekat sama. Yang kecik2 tu mestilah cucu cucu. Sebenarnya diorang nak amik gambar adik beradik dan ayah mertua je. Tapi biasalah cucu-cucu pun nak menyelit jugak. 

Compare ngan beraya kat umah saya, beraya kat rumah mertua lagi best. Sebabnya ramai orang. Adik beradik ramai. Anak sedara ramai. Cucu sedara pun dah ada. Tapi apa-apa pun rumah sendiri best jugak. Rumah sendiri lah katakan. 

Masa on day way nak balik rumah umi petang tu, tetiba jalan jem di Telekung. Ingatkan kenapa. Kereta belah lane sebelah dah bagi lampu bagai dah. Dapat mesej dari adik kata ada kemalangan maut. Terus rasa macam menggeletar je badan. Ya Allah! Dah la 1 Syawal ni. Hampir 2 jam stuck dalam jem. Husband dah mengantuk sangat, sebab malam raya tu dia tidur lambat. Excited lah katakan. Then, saya offer diri nak drive. Bila dah nak sampai kat tempat kemalangan tu, ada sorang pakcik tu bagitau ada jalan alternatif masuk kampung then keluar lepas kawasan kemalangan. Tanya husband dia setuju je,, guna je jalan tu. Dalam hati nak jugak tengok macam mana kemalangan tu. Tapi takpelah sebabnya nanti lagi lama kitorang jem kat situ. 

Bila masuk kg jalan alternatif tu. Penduduk kampung bagitau 5 orang meninggal. Ya Allah sedihnya. Al-fatihah buat mereka. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Kita tak tahu lagi pengakhiran hidup kita macam mana. 

Adik ada hantar gambar kemalangan tu tapi kat dalam phone pulak, malas nak transfer. Masa tu dia nak balik rumah mertua dia kat K.krai. Kitorang selisih kat tengah jalan. Biasalah bila masing-masing dah kawen, raya buzy je memanjang g mari g mari selagi tak balik KL. Tahun depan adik lelaki pulak kawen. Saya 4 beradik je. Anak sedara baru 2 anak sendiri baru 2. Haha!. 

Okelah bye2


Tuesday, July 21, 2015

Tak balik raya?



Korang tengok tak citer ni? Haha!. Saya dah tengok. Citer ni macam nak gambarkan realiti kebanyakkan masyarakat kita. Pandai lah pelakon2 dia mainkan watak masing2. Tapik spring...!

Biasa kalau raya perempuan lah menang. Asyik nak raya dan duk lama2 je kan kat umah mak sendiri. Betul kan? Yang menantu pulak tak berapa nak balik. Mula buat alasan macam-macam. Menantu terpaksa pandai2 bawa diri sebab yang perempuan dah bahagia sangat layan adik beradik, plus rumah sendiri lagi. 

Bila dah kumpul ramai-ramai kepoci kemain. Mulalah keluar citer orang tu citer orang ni. Yes ini realiti tapi sebenarnya berdosa mengumpat. Kena bawa2 insaf pasal yang satu ni,. Padahal dalam rumah tak ramai mana pun. Setakat 5 6 beradik. Tapi macam nak runtuh rumah. Ada benda berlaku sikit mula kepoh. Haha!. Padahal tak kepoh pun takpe tapi tu lah tetap nak kepoh jugak. Terutama kalau ramai adik beradik perempuan. 

Oke tengok sendiri lah. Tapi memang best u olls.. =) 




Salam aidilfitri


Belanja gambar dulu. Salam aidilfitri buat semua. Ampun maaf dipinta andai ada salah dan silap. Yang sengaja mahu pun tidak. Manusia tidak lari daripada kesilapan. Tema raya tahun ni hitam + putih + kelabu. First raya bagi dahlia amani. 

Herm,,, masih memikirkan pasal kerjaya. Mesti nak fikir jugak walaupun cuba untuk tak nak fikir. Bila balik kampung ramai tanya bila nak kerja. Ramai yang mengharapkan saya dapat kerja. Setelah sekian lama belajar kan? Saya pun sebenarnya mengharapkan perkara yang sama? Definitely yes. 

Adakah saya memilih kerja? Ya. Sebabnya saya tak nak ulang perkara yang sama saya buat 6 tahun lepas. Terima saja apa yang dapat, at last rasa macam cannot cope dan takde masa depan. Benti, cari kerja lain dan berhenti lagi. Huhu!. Mungkin ini ujian dari Allah buat saya. Tapi still saya memandang kepada sudut yang positif. Sepanjang jobless ini saya banyak muhasabah diri, banyak belajar sesuatu yang baru compare ngan masa kerja dulu. Buzy sangat sampai hanya boleh fikir pasal kerja dan keluarga sahaja. 

Oh btw, saya dah abes jadi cikgu ganti sebelum raya hari tu. Dan ia banyak mengajar saya tentang hidup, tentang kerjaya dan macam-macam. Dan saya mungkin tak akan pilih kerjaya sebagai cikgu. But who knows. Hopefully nope. 

Sunday, June 21, 2015

Semua orang merasakan diri dia betul

Termasuk lah saya. Justeru itu inilah sebab musababnya saya menulis entri ini. Dah lama tidak menulis di sini. Menulis adalah minat saya. Tetapi keterbatasan masa saya sekarang menyebabkan sukar mencari waktu menulis setenang dulu. 

Berbalik kepada tajuk, baru sebulan dengan dunia baru. Dunia yang totally berbeza dengan dunia saya yang dulu. Dengan kebanyakkannya adalah perkara baru yang belum pernah saya lakukan sebelum ini. Dengan minimum supervision saya teruskan juga dengan penuh bersemangat. Less guiden. Saya teruskan juga. Perlukan tumpuan yang banyak. Sekali pun anda fast leaner sebulan belum cukup untuk mendapat markah 100%. Human always make mistake. I admit it. But don't scold me in front of people if it is the first mistake I made. Imagine, you never being guide to do such thing instead you get scold when you do it wrongly. I can't accept the way they treat me. Really. And I mean it. 

Sebenarnya I am proud of myself. With what I have done so far. Which everything is new to me, I manage to do almost of the task correctly and smoothly. Except for this time. Maybe about 10%. Tapi biasalah yang elok-elok mana manusia pandang. Yang tak elok diheboh-hebohkan. Within one day semua orang tahu and i know you are satisfied enough by telling people saya ni tak layak sebenarnya untuk jawatan itu dan saya langsung tak pandai buat kerja. Yes, I can see your proud face while telling that. Which is look so unprofessional. 


Thursday, May 28, 2015

Menjadi guru bukan mudah

Hampir sebulan menjadi guru kehidupan agak huru hara dan kelam kabut. And YES jadi guru bukan mudah. 

Penat yang amat daripada bekerja office hour. Cikgu kena keluar pagi ke sekolah. Pukul 7.20 dah ada kat sekolah. Katakan amik masa setengah jam nak sampai sekolah nak tak nak kena hantar anak awal sangat. Dalam 6.40 dah kena hantar. Sedih je tengok muka anak-anak. Bangun dah kat rumah orang.

Sampai sekolah amik kedatangan. Bergegas ke kelas pula. Kelas bermula 7.40. Cikgu sendiri kena pergi ke kelas naik turun tangga. Kalau kelas berturut-turut kena bergegas ke kelas lain pula selepas itu. Naik turun tangga lagi.

Bila ada masa kat bilik guru bukan duduk saja-saja. Ada je keje kena buat. Tanda kertas, semak buku, key in markah. Buat surat persatuan kelab, rangka buku latihan mengajar. Kelas abes pukul 2.30 belum tentu cikgu dapat balik. Bila ada miting pukul 4.30 baru boleh balik. Kalau ada kelab persatuan atau perjumpaan rumah sukan. Entah pukul berapa lah boleh balik. Bila saya balik pukul 4 masih ada lagi kereta cikgu lain kat sekolah. 

Betapa besar pengorbanan cikgu mendidik anak bangsa. 

Tetapi sebilangan pelajar susah nak hargai pengorbanan cikgu ini. Bila cikgu masuk kelas buat dekk je. Ada yang bergurau melampau, pukul kawan, tolak kerusi sampai jatuh kawan tu, berbual tak hengat. Inilah realiti yang perlu dihadapi oleh seorang guru. 

Banyak penat yang cikgu kena hadap sehari-hari, tapi saya tahu cikgu tabah. Mampu lagi senyum dalam keletihan. Terus terang saya cakap sejak kerja cikgu ni saya tertidur awal. Kul 10 dah flat. Lena tak fikir apa dah. Mental dan fizikal jadi penat amat. 

Peluang menjadi guru ini sangat bermakna. Dapat tahu sejauh mana beban kerja cikgu-cikgu yang selama ini orang hanya cakap jadi cikgu jeerr pun. Huhuhu!

Akhir kata, masih belum terlambat kiranya saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU untuk guru-guru seluruh Malaysia. Segala penat lelah kalian mengajar saya sebagaimana saya hari ini sangat saya hargai. Semoga cikgu dalam rahmat Allah sentiasa dunia dan akhirat. Doakan kejayaan saya juga. 

Thursday, May 14, 2015

Guru ganti

Menjadi guru bukan pilihan saya. Tetapi perancangan Allah melebihi perancangan kita. Tergerak hati untuk apply cikgu ganti. 

Ternyata macam masuk ke dunia yang sangat berbeza. Macam masuk dalam kehidupan orang lain jap. Memang betul lah kan masuk ke dunia orang lain. Sebab sekejaban je gantinya pun. 

Seriously menjadi cikgu bukan senang. Penat amat rasanya. Dealing with paperwork, laboratory work adalah perkara yang berbeza dengan dealing with people. Bayangkan sehari-hari kena jumpa dengan berapa ramai student. Dengan macam-macam karenah. Tidak dinafikan ada student yang baik tapi ada jugak yang nakal. Plus, kerja-kerja lain kena buat jugak. Banyak keje cikgu sebenarnya. Bukan setakat ajar2 macam tu je. Kena tabah dan berjiwa kental. 

Oke itu sahaja untuk permulaan. 

Cara-cara nak jadi guru ganti di sekolah-sekolah sekitar K.Lumpur 

1. Hantar resume ke sekolah yang menjadi pilihan
2. Sekolah akan deal dengan PPD bila ada kekosongan
3. Dan sekolah akan call kita sekiranya mereka memerlukan guru ganti

Biasanya ramai je nak pakai guru ganti kat KL.
Tapi gaji ada dapat sebulan sekali
Ada dapat lepas 3 bulan lepas abes mengajar. Depend pada PPD.

Sekian, untuk makluman =)

Sunday, April 19, 2015

Antara Master & PhD

Walaupun saya belum viva lagi untuk master saya. Namun keinginan untuk bekerja seakan membuak-buak. Kerana saya ada agenda lain untuk dilakukan sekiranya saya bekerja. Oleh itu, saya gagahi diri menelefon beberapa universiti awam. Namun jawapan adalah mengecewakan. Katanya mereka sudah tidak amik pelajar lepasan master lagi untuk jawatan pensyarah di universiti-universiti berkenaan. Sedangkan 2 tahun lepas, beberapa kenalan saya berjaya mendapat jawatan tersebut dengan berbekalkan sijil master. 

Esok saya akan menelefon beberapa universiti lain lagi kalau-kalau ada rezeki. Namun jika jawatan masih sama dan atas persetujuan suami, insyaAllah saya akan sambung lagi ke peringkat seterusnya. 

Senior saya cakap (now dia dah jadi senior lecturer kat salah sebuah universiti awam), kalau sambung PhD buat betul-betul. Research buat betul-betul, grab seberapa banyak conference, publish seberapa banyak paper dan try untuk tonjolkan diri dalam pelbagai aspek. Jika tidak, mungkin masalah yang sama saya kena hadapi bila keluar untuk dapatkan kerja nanti. Huh! sunggu berat cabaran itu. Bila bagitau husband dia cakap betul lah tu cakap senior saya sebab dia tengok untuk master ni saya tak bersungguh sangat =(

Doa yang baik-baik saja.

Oh btw hari ini Dahlia Amani dah cukup 3 bulan.


- Da pandai senyum & cakap versi baby bila di agah. Agaknya cepat bercakap kot nanti
- Hari tu g timbang 3.85kg. Next week g check up.
- Baik je Dahlia ni
- Itu je nak cakap. Hehe!



Thursday, April 16, 2015

Emas emas emas

Okes. Masih belum cukup saya membebel. Kita sambung lagi membebel hari ni. 

Setiap hari ada saja emas lalu di depan mata di FB. Tetapi sehingga sekarang saya masih tidak tahu di mana relevennya membeli emas dalam bentuk syiling. Mungkin sebab saya lack of knowledge dalam bab-bab emas ni sebab tu saya cakap macam tu. Kalau beli rantai, gelang ngan cincin emas tu saya tahu la sebab boleh pakai dan nampak cantik pulak tu. Ni syiling kalau beli letak dalam lemari, nak tunggu bape lama baru jual. Hahaha! No offense kepada penjual syiling emas. I am willing to learn dan mungkin saya tak paham konsep nya lagi. Feel free to leave any comments or link ke pape yang boleh membuka minda saya pasal pelaburan emas ni. Pernah terbaca some comments pasal pelaburan melibatkan emas ni and of course emas fizikal bukannya delay concept ke apa whatsoever adalah pelaburan beku. Macam mana tu pelaburan beku? 

Senang citer macam ni lah, orang ang melabur emas claim orang melabur dalam asb tak oke. Begitu lah juga sebaiknya...


Me time..

Sebenarnya malam ni husband takde. So, kiranya me time kita lah. Jadi banyaklah masa nak spend tulis-tulis ayat bagai. Kalau tak idea susah nak datang sebab kalau menulis masa dia tidur dia asyik tersedar dan tengok jam. Tak tidur lagi? Oke, enough of explanation. 

Saja nak citer, tadi ada join group whatsapp pasal bisnes lah. Senang citer macam mana nak naikkan follower kat ig. Saya masih sangat newbie. Ig saya? @kedaimayasaya tapi takyah follow lah sebab saya jual pemanggang je pun kat situ. Muahahahaha! 

Berbalik kepada cerita tadi, walaupun baru join tadi dan sume dalam tu totally stranger tapi their presence really made my day. Arghh senang citer macam zaman MIRC dulu-dulu lah. a/s/l please. hahaha! very the old school kan cara berkenalan dolu2.. Oh, I really miss that moment. Tak tahu lah nanti kot2 ada cara lebih advance lagi dan cara whatsapp ig ni dah jadi ketinggalan zaman pulak. 

Tapi syukur sangat sebab masa saya belajar dulu belum ada facebook, whatsapp, instagram dan apa jenis segala social network yang ada sekarang ni. Kalau tak saya mesti bukan seperti saya yang ada sekarang ni. Hebat betul cabaran yang anak-anak kita bakal tempuhi nanti. 

Wednesday, April 15, 2015

Membebel

Mungkin orang tak faham apa yang saya nak. Susah nak faham. Or because we are living in the world full of judgement. 

Mungkin nasib saya tak sebaik orang lain yang belajar pandai-pandai, masuk universiti dan terus dapat kerja hebat-hebat. Tapi saya tahu I am not the one yang senang2 je accept benda as what it is. Bukan saya tak pernah kerja lepas grad. Pernah, tapi itu bukan kerjaya yang saya rasa saya suka untuk lakukan dan hadap sampai pencen. Adakah saya kena perhambakan diri untuk kerja itu jika takde bahagia kat situ. 

Yes i took the challenge and continue study. And this is not the easy decision I have made. It took 3 years just to finish my master and another 3 to 5 years to finish PhD if i still have kudrat to continue study and i wish i can. 

At the age of 29 i am still don't have secure job and don't have monthly income as most of my friends have. Bukan saya tak fikir semua tu. Tapi jika sudah tertulis rezeki saya banyak tu banyak tu saya terima. And i also need support daripada orang sekeliling. Bukan nya makin down kan lagi diri ini. Really sad. Sob! Sob! 

I am doing bisnes at FB not just because I want to earn money. Apart from that yes, but more to minat. Kalau saya jual tupperware at least dapatlah saya tupperware berlambak kat dapur tu kan. Bila jual vantage dapatlah merasa guna pemanggang yang best sangat tu. Bila jual corelle, corningware dapatlah untuk diri sendiri one set each. Arghh macam-macam lah jual. FB tu dah jadi tempat jual brg dah. Tapi takpelah sebabnya main FB saja-saja pun buang masa jugak kan. Apa kata twist sket terus jadi tak buang masa sangat lah. 

Tu je nak cakap k bye. Thanks sebab sudi baca....


Life is getting harder

And I am now crying for no reason
Dear Allah please make me strong

Monday, April 6, 2015

Family day 2015

Pun family day belah husband ni. Belah saya tak tahu lah bila nak buat. Sebab family tak ramai jadi semangat nak buat tu takde sangat. Selepas kejayaan. Eceeeeeewah family day tahun lepas, maka family day ni dah jadi macam acara tahunan pulak. Bila dah selalu buat adalah improvementnya. Macam dulu just pergi, malam barbecue je. Tahun ni ada sukaneka untuk kanak-kanak dan malam masa barbecue tu ada tukar2 adiah. Plus ada kolam mandi. Budak-budak paling suka. Mak pak budak pun tak kurang juga. Me? tak dapat mandi sebab baru abes pantang. Takut licin plus tak berani lah nak lasak2 lagi. 

Kami buat kat Sweet Beach Resort Tok Bali. Harga rasanya dalam RM120. Tak ingat sangat. Kami amik bilik biasa. Kalau yang besar sikit tu dalam RM190 kot. Bilik biasa pun oke sangat dah. Design yang cantik. Ruang yang oke dan dekat ngan kolam. 





Sekitar resort



Gembira sume dapat mandi kolam



Sukaneka



Barbecue night, kesian baby dahlia. Berbalut dalam selimut.



Sesi penyampaian hadiah sukaneka & tukar-tukar hadiah


Dah nak balik. Tahun depan buat lagi =)

Sunday, April 5, 2015

Baik buruk GST

Pernah tak pergi kedai Eco. Ala yang jual semua barang RM2 tu. Saya kalau g kedai Eco memang aim barang yang murah dari kedai lain. Biasa beli sabun mandi lifebuoy 2 ketul RM2. Kalau kedai lain 3 ketul RM5 betul tak? Kalau nak beli besen plastik ke memang sangat berbaloi lah. Towel kecik, stokin. Oke pape je yang difikirkan memang murah dari kedai lain beli situ je. 

Ada jugak sebenarnya lagi mahal dari tempat lain. Sebab tu kena pilih barang. Tapiiiiiii hari tu pergi. Saja buat2 terkejut. Padahal dah tahu pun kan. Semua barang dah tak RM2 lagi. Sebab dah jadi RM2.12. Sesungguhnya 0.12 sen tidak boleh dipandang rendah. Sebab bila beli 10 barang sudah jadi RM1.20 yang kita kena pay extra. 

Namun begitu ada juga sesetengah kedai yang tak kenakan GST pada pelanggan diorang. Sejuk je hati bila baca "GST anda, kami bayar". Setakat ni tak tahu lah banyak mana kedai yang amalkan slogan macam ni. Tapi this is one of the alternative untuk berjimat cermat. Rasanya ramai terbuka hati untuk berjimat cermat lepas GST. Hopefully kita semua tak hangat2 tahi ayam. Kuasa pembeli kurang? macam ada terbaca tajuk tu kat paper hari ni. 

Pape pun kena banyak mentelaah lagi pasal GST ni supaya kita tidak tertipu dengan peniaga yang sewenang2nya kenakan GST. 

Ada tips dapat dari kawan FB:

1. Makan kat kedai biasa je atau restoren biasa bukan restoren yang standard2. 
2. Beli barang runcit kat kedai-kedai biasa bukannya pasaraya gah2. 
3. Instead of pakaian berjenama kita beli pakaian biasa2 sahaja. Pakaian jugak bukan?
4. Beli kereta yang murah, harga murah, tax kurang, jimat banyak. 
5. Pentingkan keperluan bukan kehendak. 

Barangan berjenama?

Saya sebenarnya tak advance sangat pasal barangan berjenama ni. Sebabnya saya anak kampung. Dulu masa kecik-kecik makan KFC pun jarang-jarang. Pizza Hut ke MCD ke memang tak pernah lah. Lepas belajar kat Pasir Puteh, kemudian Kulim makin advance. Tahulah sikit-sikit. Tapi bila makan Pizza Hut ke mesti teringat kat adik-adik kat umah sebab diorang tak pernah makan benda-benda macam tu kan. Kakak mithali tak? =P Barangan berjenama masa tu langsung tak tahu menahu. Yang penting murah dan nampak cantik. Itu je. Kalau raya pun tak shopping sangat kat Mall. Biasa beli baju kat pasar malam je. Tapi masa tu really appreciate apa yang mak ayah bagi. Sampai berkali-kali try baju before raya. 

Bila masuk UTP mula kenal baaanyak sikit. Baju diesel lah. Sandal vincci lah. Baju B.U.M lah. Haha lucu-lucu kalau ingat balik. Kiranya pakaian yang mampu milik lah bagi student. 

Bila dah keje dah start berkenan beg Carlo Rino lah, oke itu je yang ingat.. Dan masa keje lah jugak terexpose dengan jenama kasut yang macam-macam, beg yang macam-macam dan jugak baju yang macam-macam. Ada jenama yang murah dan jenama yang mahal. Oke yang mahal setakat ni tak beli pun. Usha-usha je sampai sudah. 

Memandangkan saya berasal dari kampung, jenama yang orang kebanyakan pakai, yang ramai rakyat marhein pakai tu tau lah sikit-sikit. Biasa bila tengok barang berjenama yang agak mahal atau bagi saya sangat mahal kadang-kadang saya tak perasan pun bahawa barang itu dibeli dengan harga ratusan malah ribuan ringgit. Ada orang sekilas tengok handbag sudah tahu jenama apa. Saya? kadang-kadang kena tengok berkali-kali baru tahu oooo mahal ke yang ni.

Sejak zaman social mediaaa membangun dengan sangat pesat ni tahu lah jugak yang bahawanya beg channel tu adalah berharga ribuan malah ada yang puluhan ribu ringgit. Yang kat pasar malam tu? Fake ye fake...huhu!.. Tahu juga pasal kasut Ferragamo yang bukan murah. Harga riban-riban. Dan terbaru sebiji stroller STOKKE melintas di depan mata. oh! tak pernah dengar nama stroller ni. Dalam hati, mungkin mahal ni! 

Sebab setakat ni kami guna stroller MyDear je. 

Tuesday, March 24, 2015

Me?

Hai.. dah uujung Mac rupanya. Masa berlalu begitu pantas. Dan sangat memahami perasaan ibu-ibu yang ada anak more than one. Nak update blog pun tak sempat =P

Kakak suka kacau adik. Kena monitor lebih bila dia dekat dengan adik. Apatah lagi bila buat kerja di dapur. Kejap2 keluar tengok. 

Adik. Setakat ni oke. Tengah hari tak tido sangat. Duk diam je. Ada masa nanges jugak. Nak manja2 duk kat riba. Then tidur balik. 

Mama. Still adjust dengan title baru. "Mother of two". 

Master? Softbound thesis sudah hantar masa pantang hari tu. Sudah cerita kat sini kan? oh! terlupa. Urat banyak putus kot. hihi. Yang menjadi masalah sekarang ni. Adalah kerja. kerja. kerja. Nak tunggu viva tak tahu berapa bulan. Biasanya 3 bulan. Nak mintak kerja serba salah sebenarnya. Sebab master belum officially habes lagi. Tak kerja takdak duit pula. 

Mungkin lah kan (ni assumption saya je) keluarga, rakan-rakan dan sapa-sapa yang kenal saya wonder apa yang saya kejar sebenarnya. Hurmm.,, lain orang lain matlamat hidup dia. Bagi saya, saya lebih menjurus kepada cita-cita & keluarga. Kaya? Sapa taknak kayakan? Mungkin lepas saya dah berjaya kejar cita-cita saya barulah saya fikir pasal tu. Itupun kalau sempatlah, kalau tak sempat. Maknanya takde lah tu rezeki saya kat dunia ni. Itu je. Sebab kita hanyalah manusia biasa. Nak grab semua dalam satu masa macam susah je kan. Mungkin ada orang boleh buat macam tu, Tapi saya tak. Jadi bertenang dan hidup lah seadaanya. Cuma kalau tak keje ni tak dapat lah nak bantu keluarga kat kampung itu je lah ralatnya. InsyaAllah kalau ada rezeki saya, dapat lah tu kerja dalam masa terdekat ni. 

psst.. saya ada jual pemanggang vantage 32 cm. InsyaAllah stock ready dalam 2 minggu lagi. Kepada yang berminat boleh lah contact2 saya. 


RM170 belum masuk pos

Wednesday, March 4, 2015

Dahlia Amani

Introducing our little Dahlia Amani...

Alhamdulillah setakat ni Dahlia sangat senang nak jaga. Nanges nak susu je. Tidur pun sendiri asalkan kenyang. Malam bangun nak susu je. 




Tuesday, February 3, 2015

Baby's name


Nama diberi Dahlia Amani
Maksud 
Dahlia = Sejenis bunga
Amani = Kesejahteraanku

Semoga Dahlia Amani membesar dengan keperibadian mulia seindah namanya
Amin...

Saturday, January 24, 2015

Alhamdulillah..

Safely delivered our baby girl

* 19 Jan 2015
* 4.46 p.m
* Hospital Kuala Krai
* 3.53kg
* Via normal delivery

On da way balik cek jaundice. Hopefully esok bacaan turun.

Tuesday, January 13, 2015

The never ending story: Thesis

Huhu! lusa dah nak balik kg. Tapi thesis masih lagi perlu dibuat correction. Macam kena hangkut segala benda laptop, journal paper etc balik kg. Jadinya holiday is not really holiday. Harapnya broadband berfungsi dengan baik kat kampung. Nak attach file besar gabak need good internet connection. 

Kata orang bukan senang nak senang. So, kena hadap lah dlu semua ni sebelum boleh diklasifikasikan sebagai berjaya. Ye tak? Mana ada kejayaan datang bergolek. Kena bersusah-susah dulu baru lah leh senang-senang nanti. (Versi pujuk hati yang duka lara ni). 

Pas abes thesis ni resume pula menunggu. Da lama tak update resume. Kena banyak buat rujukan nak bagi resume mantop. Barulah orang nak amik kerja. Ya Allah permudahkanlah! 

Monday, January 12, 2015

Baby checklist

Hari tu ada subscribe satu website ni. Tadi bukak emel dapat baby checklist ni. Macam best. Jom tengok. 

Preparing for Baby’s Room
· Baby’s Cot (tak beli sebab macam tak guna)
· Wind-up mobiles/ Merry-go-round (pun tak beli)
· Mattress (done)
· Blanket (done)
· Bumper (tak beli)
· Cot sheets (tak beli)
· Mattress protector (done)
· Changing table (optional) (takde)
· Chest of Drawers (takde jugak)
· Clothes (done)
· Pacifiers (done)
· Mittens (done)
· Bootees (done)
· Nappy (done)
· Nappy liners (tak beli)
· Cotton buds (tak beli, kena beli ni)
· Blouse/shirts – long and short sleeves (done)
· Suits – pants and long shirts (done)
· Handkerchief (done)
· Safety pins (tak beli)
· Face towels (done)
· Cotton balls etc. (done)
· Nail clippers (done)
· Cream to prevent nappy rash (tak beli)
· Oil for wind (done)
· Ziplock to store soiled pampers or nappies. (tak beli)
· Gripe Water (tak beli)
Preparing for Baby Bathing
· Wipes (done)
· Baby bath tub (done)
· Bath mat (done)
· Bath towel (done)
· Bath sponge (tak beli)
· Baby soap/ bath lotion (done)
· Baby shampoo (done)
· Cotton buds (tak beli)
· Baby oil (done)
· Baby powder with puff (done)
· Tissue paper (tak beli)
· Diapers (done)
Care of the Umbilical Cord Stump (sume takde, nanti letak ubat kuning spital bagi je)
· Sterile swab applicators
· Sterile cotton swabs
· Sterile container for cord spirit
· Cord spirit
Preparing for Feeding Baby
· Milk bottles & small sized teats (done)
· Bottle scrub brush (done)
· Warmer cum carrier bag (takde)
· Thermometer (to use when baby is unwell) (done)
· Large pan/pot (for sterilising) (guna yg mana ada)
· Tongs (to handle hot bottles) (guna yang mana ada)
· 6-Bottle Electric Steam Steriliser (optional) (tak beli)
· Milk containers (guna yang dah ada)
Accessories
· Playpen (tak beli)
· Walker (guna kakak dhiya punya)
· Stairgates (takde)
· Rubber protectors (takde)
· Highchair (takde)
· Bouncer (takde)
· Stroller (guna kakak punya)
· Baby carrier (takde)
· Pram (takde)
· Toys & Playstuff (tak beli)
· Rattle (guna kakak punya)
· Mirror (takde)
· Baby gym (guna kakak punya)
Mummy Care
· Maternity Dress/ Pyjamas with front opening for breast feeding (guna yang mana ada)
· Breast cream (tak beli)
· Cotton balls (done)
· Nursing pads (done)
· Disposible panties (done)
· Sanitary pads (done)
· Bedroom slippers (tak beli)
· Breast pump (done)
Other Optional Items
· Electrical Flask (takde)
· Claypot or double boil claypot for mum’s confinement soup (takde)