Thursday, December 30, 2010

OPsss!!! we did it again


Disebabkan hari tu sangat mengikut tema masa wedding my sis jadinya we all pun tak melepas kan peluang meng'abadi'kan kenangan ini. U are so sweetla sayang!! REallY LOVE U.. Thanks for everything.


And if kita dapat anak lelaki b harap ensem cam papa dia.


And if kita dapat anak perempuan b doakan cumel cam mama dia =)



Expect for unexpected

HUhuhu,,,pagi tadi masa sampai2 je kat ofis. Kami dikejutkan dengan berita yang mengatakan esok cuti sebab bola menang semalam. Beselah untuk kami2 yang tak tgk bola lambat sket dpt berita ni.

So, dalam hati da agak dah. Mesti company tak bagi cuti. Sebabnya company kitorang just take 14 days per year out of all public holidays yang banyak2 kat Mesia ni. But dalam hati mesti la mengharap esok holiday kan.

And after masuk ofis and so on, memang sah kitorang kena keje esok even public holiday. Huhuhuh!!! nasib la kan.

Dalam banyak2 benda yang saya agak tak suka berlaku, da setahun 2 hari saya keje kat situ. 28haribulan 12 hari tu adalah ulang tahun saya yang pertama keje as a research chemist. Sampai hari tu nyaris2 nak berenti tapi masih sempat berfikir secara waras dan and now still keje kat situ.

Thursday, December 23, 2010

Shopping list



Tak start beli apa pun lagi sebab cam awal lagi tapi ter'excited' lebih. So, just amik list ni dulu kat blog kak yana untuk kegunaan nanti.

Clothing

- Baju Lengan Pendek - 4 (beli3 je)
- Baju Lengan Panjang - 4 - kalau rumah sejuk/kalau tak 2 pun cukup - tambah bj lengan pendek (pun beli 3)
- Seluar Pendek - 2 (3 jugak)
- Seluar Panjang - 6 (pun 3)
- Baju Jalan - 2
- Barut - 10 - dapatkan 2 saiz
- Handkerchief - 4
- Romper - 3
- Mittens & Booties - 8 (beli 3 psg je)
- Socks - 2
- Hat - 1 (terbeli 2)

Untuk baju n seluar saiz (New Born/Size 12/Size 14) - Campur2
Kalau rumah panas..beli yang baju yang lubang-lubang..selesa baby pakai siang..


Feeding

- Breast Pump* - 1 - Ibu beli yang Pureen Manual je buat masa ni
- Termos - 1 - Ibu pun boleh guna masa kat hospital
- Feeding Bottle 2 oz - 2 (baru beli 1)
- Bottle and Teat Brush - 1

Bergantung kepada nak BF or campur

Nursery

- Baby Cot*
- Mattress - 1
- Baby Pillow & Bolster - 1
- Baby Pillow & Bolster Case - 1
- Mosquito Net - 1
- Receiving Blanket - 1
- Blanket - 1


Bathing

- Bath Tub - 1
- Toiletries (Travel Pack)- 1p
- Towel - 2
- Cotton Balls - 1p
- Cotton Buds - 3p
- Baby Comb/Brush - 1
- Baby Manicure Set - 1
- Nasal Aspirator - 1 - penting kalau baby selsema

Diapering

- Changing Mat - 1
- Baby Wipes (Pureen) - 2p
- Disposable Diaper (Newborn) - 1p
- Napkins - 2p
- Diaper Rash Cream (Drapolene)- 1

Traveling

- Stroller* - 1
- Infant Carrier/Moses Basket* - 1
- Diaper Bag - 1
- Baby Sling* - 1

Others

- Nappy Kleen - 1
- Bakul Baju Baby* - 1
- Minyak Telon - 1
- Gripe Water - 1
- Album* - 1
- Toy* - 1

Ibu Care

- Socks - 2
- Nursing Bra - 4
- Nursing Pad (Washable) - 2
- Nursing Pad (Disposible)- 1p
- Maternity Pad (Pureen) - 2p
- Disposable Panty - 3p
- Nipple Cream - 1

* Beli kemudian
- Tak perlu banyak2 sbb nanti dapat banyak hadiah:)

updated: 07/01/2010

Marriage is full of happiness =P

That's what I feel sepanjang bergelar isteri ini. But sometimes can't deny adalah gaduh2 manja. Gaduh2 manja oke =P

And the things that I really regret is I don't have opportunity to attend my best friend wedding today. I can't feel her nervousness and sharing the happy moment with her. Just because I am working today and I only have 2 days annual leave left. So sad.

And I decided to use that leave for my sis wedding next week. But me and my husband already plan to go for her husband side. But it is not same right. Tapi boleh lah kan daripada tak attend langsung.

To you my friend, happy married. Be a good wife =) AND still be my best friend oke


Iklan jap =)


Gambar masa Raya Haji hari tu

Tuesday, December 21, 2010

What a boring day

Don't know what to do and feel lazy to do anything.

InsyaAllah a few entri will publish today since my hubby will be going back late from his office =(
Takde keje nak buat.

Masak tak bape rajin.

Congrate to Farah and baby Maryam

Tadi saje je jalan2 kat blog Farah. Tak sangka baby maryam da kluar. Sekali tengok ada iras mummy dia. Tapi tak tahu la kan bila da besar sket cam daddy dia plak. Pape pun tahniah Farah. Tak sabar nak tunggu bulan 3. Hehehehe. Lagi sekali congrate.

Saya nak komen entri Farah tadi tapi tokleh leh. Jadinya saya buat so entry laluh. Hehehe..
Nanti ade masa aunty g melawat baby Maryam ye.

Oh, this wiken me and hubby balik kg sebab 26 dec is my sis wedding. Tak sabar rasa nak balik. Barang2 yang nak dan perlu dibeli da setel. Tinggal nak beli sandal je satu lagi.

Hopefully balik kelate ni da leh start beli barang baby sket2. Kalau nak compare price orang cakap kat kelate murah sket barang dia. Tapi tak sure lagi. Just wait and see.

Misi utama:
Beli bakul baby
Tilam
Bantal tido
Bantal peluk
Dengan sarung2 dia sekali

Monday, December 13, 2010

Anis & Hilmi

Tak2 bukan kami nak kawen lagi sekali. Juga sama sekali bukan undangan perkahwinan kami kali ke-2. Tapi jemputan perkahwinan my sis. Yerp, nama dia pun start ngan Anis jugak. Anis Ayuni. Kat sekolah kawan saya pun panggil saya Anis and kawan2 dia pun panggil dia as Anis. First2 dulu ade la jugak dia suh panggil Ayuni. Tapi biasalah people used to call first name compared to the second one kan. Dan secara kebetulan jugak her future husband pun nama lebih kurang sama ngan nama my husband.

Nasib baik masa kawen hari tu saya letak kat kad my hsbnd's name as Zulhilmi. So lain la sket kan. Takde lah obviously sama.

Dan secara kebetulannya lagi, hari tu my bro's friend datang umah. Girl. Dia nampak malu2 je so we all pun kenen2kanlah dua orang tu. She introduced her as "Nor" je. So we all duk panggil2 Nor la kan. Bila dia da balik kitorang pun tanya lah my big bro her full name. Tahu jawapan dia apa. Nor Hilmun. Satu rumah cam shock kejap. Hah!

1. Hilmi
2. Hilmi
3. Hilmun...(tapi yang ni tak sure lagi, kitorang kenen2kan je =p)
4. Hil???

So the last one nama apa pulak menantu ummi saya nanti. Sebab we all cuma 4 je kan =)

Or whose willing to be the forth one. Your name must start with Hil...?? And you must be a girl because my little bro is the last one. Herm, tapi tak best plak klu promote2 cam ni. Nanti da tak jadi coincident dah.

Iklan jap:

Ni kek tunang saya. Anis & Hilmi. Actually nak letak Anis & Zulhilmi tapi tuan kedai tu cakap tak muat. So, jadila cam ni. Ramai jugak kawan2 my sis terkejut sebab ingatkan dia yang bertunang time tu.

Dan ini pulak kek tunang adik saya. Nape Ayuni & Hilmi plak. Sebab my Ummi ingatkan dia tak nak sama ngan saya nye kek tunang so dia letak lah Ayuni kat situ kan. She actually prefer Anis than Ayuni. Kalau dia bleh lagi nak pilih2 Anis ke, Ayuni ke. But, mine tak pernah guna Nurdhiani as apa2 pun sebab rasa Nurdhiani tak best kalau nak guna tanpa Anis. Kalau nak guna Nurdhiani kena terus tulis "Anis Nurdhiani" tapi bukan "Nurdhiani" je.

Friday, December 10, 2010

Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!

Sebab sangat teruja tengok banyak sangat giveaway yang dianjurkan maka saya dengan berbesar hatinya menyertai giveaway yang ini. Terjumpa blog mamakembar3 ni semasa aktiviti blogwalking yang giat dijalankan dikala malas nak mengupdate blog tapi nak baca yang dah siap2 diupdate. Yang bestnye blog mamakembar3 ni sume barang2 si kembar mesti ade 3. Suke tengok. Baju pun sume 3. Car seat 3, playpen 3. Nice2!!

Giveaway ini dianjurkan sempena ulangtahun perkahwinan mamakembar3 yang ke-6. So here it's goes:


Syarat-syaratnya:

1. Terbuka kepada semua yang mempunyai blog, warganegara dan mempunyai alamat di Malaysia.

2. Buat entry di blog korang mengenai giveaway ni dengan tajuk: Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!

3. Jadi follower blog "Mama Kembar 3" DAN "Itsy Bitsy Secrets".

4. Copy & letak gambar banner giveaway ni di entry dan sidebar blog korang beserta link nya.

5. Tag sekurang-kurangnya 3 orang untuk join giveaway ni & maklumkan pada diorang yer.

6. Tinggalkan url link entry and ID follower korang di ruangan komen post ini.

7. Hadiah berupa barangan Victoria's Secret & Telekung Travel ditaja oleh Itsy Bitsy Secrets ~ WAJIB sebut tentang hadiah ni dalam entry korang yer.

8. Tarikh tutup: 6 Januari 2011

Disebabkan saya telah ter'upload' gambar ni in reverse order,
so saya citer pasal hadiah ke-3 dulu yer:


Hadiah ke-3: Telekung Travel


Hadiah ke-2:
Island Waters Body Mist + Telekung Travel


Hadiah PERTAMA:

Pure Seduction Midnight Body Lotion + Body Mist +
Telekung Travel

SO apalagi kawan2 jom join giveaway ini. Untuk melengkapkan syarat saya nak tag 3 orang kawan2 saya.



My tummy is getting bigger

It's 25 weeks already. 15 weeks more to go. Perut da makin membesar. Da nampak obvious bila pakai baju yang agak kecik. Hopefully by next month berkesempatan menambah koleksi baju dan seluar. Barang2 baby juga belum sempat di beli lagi. Huhuhu~ So many things nak kene setel by next month. Takut juga kalau2 deliver di luar jangka. One of my friends, deliver awal 20 hari daripada due date. Sampaikan nama pun dia tak prepare lagi by the time she deliver her baby tu.

Nama untuk baby hanya we all berdua je duk plan2. Tak bagitau orang lain lagi. Takpe, nanti baby da keluar barulah kami announce to the public.

Baby juga da makin aktif sekarang. Dulu bila nak tido baru rasa dia gerak2. Sekarang masa jalan2 pun da rasa dia gerak2. Masa duduk pun rasa. Masa berdiri pun sama. Suka2. Makin feeling nak jadi mak tu menjadi2. Setiap hari pun duk meng'google' barang2 baby je.

Sangat teringin nak guna cloth dryper sejak dari dia lahir lagi. Tapi tak tahu sesuai ke tak newborn baby pakai CD tu. Pape pun plan jugak nak beli walaupun sikit sebab nak bagi dia biasa. Sebab kalau banding2 kan memang CD ni extra2 jimat compare ngan pampers pakai buang.

Thursday, December 9, 2010

Lelaki ke?

Hari ni pergi check up lagi. Everything oke. Semalam kemain pulun makan kerang sebab tak nak HB low. Dan hari ni HB naik. Sebab makan kerang ke? Tak kisahlah sebab pape pun janji tak kena membebel kat nurse2 tu. Malas nak dengar sebab kalau membebel pun benda sama je. Dengutan jantung juga normal. Above 120 kali (kali ke..entah!) perminit and below 160 kali perminit. Kiranya dalam range tu lah.

Malam semalam pergi umah kawan husband pastu dia suh letakkan anak dia atas perut. Anak dia ni girl. Dia cakap kalau kaki anak dia gerak makanya baby girl, tapi kalau kaki anak dia tu statik je maksudnya boy. Pastu kaki anak dia statik je. Apa maknanya tu??

Hehehe,,mama tak kisah pun sebenarnya anak mama ni boy or girl yang penting sihat.

Tak sabar nak tunggu scan ujung bulan ni =)


Monday, December 6, 2010

Aktiviti selepas balik keje

ACtually aktiviti ni da lama tapi malas nak upload gambar. Malam ni tetiba rajin pulak =P

Botol2 Herbalife ni saya tak buang sebab sayang. So, buat bekas letak gula dan apa2 je kat dapur. Tapi buruk je tengok bile bogel camni.

Tetiba hari tu ternampak pembalut cani kat kedai. Pembalut ni ala2 pembalut plastik kasar tu. Kalau kena air pun takpe. Tak basah. So, beli 3 warna. 50sen each.

Then, balik umah terus menghadap botol2 ni.
Taraaaa... ini botol pertama yang siap.

Ni adalah sume botol2 yang da dibalut.
Kombinasi warna yang menarik. Suke =)

Wednesday, November 24, 2010

Online dari rumah baru

hehehe~~ Tadi balik keje husband amik. Singgah umah lama jap amik barang mana yang patut. Then terus datang sini. Kemas2 barang sket. Masak2 sket. Sekarang da setel.

Tuesday, November 23, 2010

Things to update

Pindah

Hari tu saya pernah cakap we all akan pindah ke kem lepas husband posting. Syukur sangat2 lepas 1 week apply for quarters kitorang terus dapat. Padahal masa husband apply tu ramai lagi kawan2 dia yang apply before tu tapi sampai sekarang pun tak dapat2 pun lagi.

Plus umah yang kitorang bakal duduk tu lagi besar dari umah ni. Kira selesa sikit. Plus lagi ia adalah fully furnish so tak yah beli perabot2 sume.

2 3 hari ni da start pindah barang2 kecik, then esok husband + kawan2 dia akan angkut barang2 besar pulak. InsyaAllah esok malam da tido sana =)

Internet problem

Nak dijadikan cerita 2 minggu kebelakangan ni celcom coverage kat area umah saya ni prob. So, telefon dan juga broadband sume jadi prob. Call celcom center mati2 dia cakap telefon sy prob dan broadband kena setting balik la apa la. Bla bla bla....After gaduh2 (manja) kat phone ngan celcom careline tu baru la dia admit yang prob tu mungkin disebabkan oleh celcom coverage tu sendiri. LAst2 dua 3 hari pastu dapat panggilan dari celcom dia cakap ade prob kat pencawang sungai besi. Then, dia akan repair dalam masa seminggu. So, minggu ni baru oke sikit walaupun tak bape nak oke sangat lagi.

AIdil adha di KL

Buat pertama kalinya saya menyambut hari Raya bukan di Kelate. Dan buat pertama kalinya juga saya menyambut aidil Adha di KL. Herm, pagi2 lagi dalam kul 3.30a.m kejut husband sebab dia nak bersiap2 untuk ke kem sebab ade baris pagi kat kem dia. Dia cakap dia sembahyang raya kat kem. Pas sembahyang baru dia balik.

Alih2 masa saya baru bangun nak goreng bihun (bihun je mampu, benda lain tak bape pandai =/ ) tiba husband balik katanya ngantuk. So, pas bersiap kitorang sm2 g smbhyang raya kat masjid sebelah flat ni. Ramai jugak orang tak balik kg rupa2nya. Balik umah makan bihun, atie datang pastu g umah pakcik kat setiawangsa. Makan2 terus ke Putrajaya umah kakak ipar. Pun makan2. Then balik lewat petang g basuh umah kat dalam kem.

Moral of the story, walaupun pakai baju cantik2, g jalan2 umah sedara mara, makan macam2 ,raya tetap tak semeriah bila kat kelate. I miss that precious time.

Monday, November 15, 2010

Lelaki @ Perempuan

Dapat email dari sorang kawan;

Bayi lelaki

* Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk atau tiada langsung. (ye)
* Dengupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam masa seminit (ye)
* Anda rasakan beban berat di bahagian depan tubuh (tak pasti)
* Perut anda kelihatan bulat sempurna (tak pasti)
* Bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap (ye)
* Sukakan makanan yang masam dan masin (ye)
* Suka makan daging dan keju (tak berapa)
* Tapak kaki selalu berasa sejuk (tak pun)
* Tangan selalu kekeringan (tak, bibir adalah)
* Suka menghadap ke utara semasa tidur (tak)
* Bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badan (ye kot =))
* Anda kelihatan lebih berseri semasa hamil (mungkin)
* Hidung tampak lebih mekar (tak pasan)
* Selalu sakit kepala (tak)

Bayi perempuan

* Mengalami morning sickness di awal kehamilan (tak)
* Merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung (tak)
* Payudara kiri lebih besar daripada kanan (tak pasan)
* Rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya (tak kot)
* Bentuk perut condong ke arah atas (tak pandai nak tengok)
* Perut tampak agak lonjong (pun tak pandai nak tengok)
* Mengidam makanan yang manis (tak)
* Sukakan buah-buahan (ye)
* Suka minum air atau jus yang bersifat masam (tak pun)
* Anda lebih cerewet semasa hamil (cerewet tak, pemalas adalah)
* Mudah moody berbanding sebelumnya (ye)
* Kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil (tak)
* Tidak suka makan roti bersama kulit (makan je sume)
* Payudara kelihatan mengembang (ye)
* Suka menghadap wajah ke selatan semasa tidur (tak pasan)

Agak, baby saya ni lelaki ke perempuan. Huhuhu!! Saya pun tak tahu lagi sebenarnya. Pape pun doakan yang terbaik untuk kami berdua.

Wednesday, November 10, 2010

Agak penat

This week tiap pagi terpaksa bangun sedikit awal sebab husband hantar ke tempat keje. Dulu around 7 a.m baru terhegeh2 nak keluar rumah. End up belum tentu sampai ofis kul 7.45 sebab bas tak tentu. Banyak masa terbuang tunggu bas lama sangat.
Sekarang before 6 a.m da kena bangun sebab kluar rumah around 6.15 ke 6.30. Dalam 10 minit da sampai tempat keje. Cepat dan jimat. Takyah tambang bas bagai. Selepas 3 hari badan rasa penat + ngantuk. Malam ni nak tido awal. Zzzz..!!

Thursday, November 4, 2010

As requested by my sis

Huh! Her wedding is just around the corner. Dec is almost to come. But there are a lot of things yang tak setel lagi. Sampai saya pun naik pening sekali.

Pending list:
1. Beli anak tudung bersanggul tu
2. Survey cenderahati for her friends..nk simple dan murah, susahnya nak dapat.
3. Beli barang2 for goodies bag
4. Prepare for goodies bag
5. Tempah kek hantaran

Sape nak kawen ni?!!!// PENING

Tuesday, October 26, 2010

I can't find u in anybody else

As time passed by,
As we go through the journey together,

I know,
You are the one that I look for,
There are the reason behind that,
But it's so complicated to write in any word,
It's so abstract to transform it on the white canvas,
I just only can feel it in my heart.

I can't find you in anybody else,
Because there are something special in you,
That make my day more meaningful.

Monday, October 25, 2010

Sepi

Starting from thursday there are a lot of people come to my house. Herm, sampai tak larat nak buat pape. Luckily my mum is so energetic. Kejap2 masuk dapur buat air. Kejap2 masak tu kejap2 masak ni. Nasib bek yang datang sume family belah saya. Kalau tak mahu haru biru jadinya.

Hari Khamis malam my parent sampai with one of their friend. Sebenarnya my dad ade agenda dia sendiri and he drop my mum here. Then, the next day after my sis and also my bro come straight away from their uni and college. Suddenly my uncle plak call says he also want to sleep at my house on that night. So, can u count how many people sleep in my 'not so big house ni'. Tapi pape pun sangat best bila kumpul ramai2 macam ni. Biasenya saya keseorangan je kat rumah.

Pagi esoknya we went to Beranang because I take Personaliti Test for MARA teacher. If ade rezki they will call for the next stage. Then, after that went to my uncle's house. Pas makan tengah hari terus balik, my uncle and his family plak follow us balik umah saya. See ramai kan orang datang. Malamnya my parent and their friend went back to Kelate. Tinggalkan saya, hubby and adik2.

Esoknya ke masjid jamek and sogo to do some preparation for my sis wed on this coming dec. Banyak jugak barang dia beli except kasut. Dia ni memang sangat choosy. Nak beli sepasang kasut pun bising. Last2 tak beli pun. Then, balik ade sedara datang umah.

Belah malam sume da balik umah masing2. Tinggal la saya and hubby je.

And tonight until this coming thursday or friday I will be alone in this 'not so big house' because my hubby went back to Melaka to settle a small2 things before he permanently change he workplace in KL. SEPI.

Hopefully, everything will be going well =)


Tuesday, October 19, 2010

U complete me..

Sejak husbnd pindah KL ni rasa hidup makin bermakna. Dulu rasa malas sangat even nak kemas rumah sekali pun, masak lagi lah. Tapi sejak2 dia pindah sini kerajinan tu makin terasa sket. Rasa ringan je nak buat pape. Tapi tak tahu lah kan kalau dia rasa saya still MALAS cam dulu jugak pun.

Terasa sangat banyak benda yang terjadi semenjak 2menjak ni. Wiken ni atau paling lambat minggu depan kitorang akan pindah umah. huhuhu barang tak banyak tapi nak kemas tu macam makan masa je. Atau takyah kemas pun, letak je sume dalam kotak then angkut. Tengok lah cam mana.

Oh, one more thing. Mulai bulan depan saya kena drive ke tempat keje. Sangat tak suke. Saya tak suke drive + sangat takut nak drive kat highway. Kalau ikutkan saya nak naik bus je. Tapi memandangkan rumah nanti jauh dari stesen bas nak taknak sy terpaksa jugak drive.

Till then~~~ bye

Tuesday, October 12, 2010

People, I have good news to share. Alhamdullilah.

Masih ingat kah korang pada entri ini ???

Ini adalah berkenaan good news yang ke-2. Tengah hari tadi I got a called from myHubby. He said he will transfer to KL next week. Yeahhh!! sangat gembira sampai terbagi tahu sume member ofis time2 tu jugak. And inSyaAllah, he will back to KL early to settle a lot of things regarding his work and also we plan to move to another house inside kem.

Sunday, October 10, 2010

Khasiat buah naga merah

Alkisahnya aku ni tak suke makan buah naga merah tu. Sebab isinya memang over merah kalau tengok kan. Pastu dalam hati da siap set mesti buah tu tak sedap. Dengan sekadar hanya judge dari luaran so aku pun tak pernah la makan buah tu.

Nak dijadikan cerita, hari tu ade makan2 raya kat opis. And one of the menu termasuklah buah naga ni. So, entah mengapa terus teruja tengok dan try satu slide. Rupa2nya rasa dia ley tahan. Takde la tak sedap macam yang aku fikir.

Balliikk, terus google manala tau kot2 buah naga ni leh tambah darah ke kan. Rupa2nya buah ni sangat banyak khasiat dia.

Ini beberapa fakta yang aku dapat dari aktiviti menggoogle:

1. Buah naga yang isinya warna merah lagi banyak khasiat compare ngan yang isi putih.

2. Kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, kodium dan dan kalsim yang baik untuk kesihatan berbanding buah import yang lain.

3. Sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah.

4. Mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksin dalam darah.

5. Mencegah kanser usus, mencegah kandunagan kolestrol yang tinggi dan membantu menurunkan kadar lemak dalam badan.

6.
protein - menjaga kesihatan jantung
serat - mengawal kanser usus dan kencing manis
karotin - kesihatan mata, menguatkan otak, menghalang penyakit
kalsium - menguatkan tulang
fosferos - pertumbuhan tisu badan
zat besi - menambah darah
vitamin B1 - mengawal kepanasan badan
vitamin B2 - menambah selera
vitamin B3 - menurunkan kadar kolestrol
vitamin C - menambah kelicinan, kehalusan kulit dan mencegah jerawat

7. Khasiat bagi 100gram buah naga merah
Energy -- 67.70 Kcal
Water -- 85.30%
Protein -- 1.10 gm
Fat -- 0.57 gm
Carbohydrates -- 11.20 gm
Fibre -- 11.34 gm
Calcium -- 10.20 mg
Phosphorous -- 27.50 mg
Magnesium -- 38.90 mg
Potassium -- 3.37 mg
Iron -- 0.70 mg
Sodium -- 8.90 mg
Zinc -- 0.35 mg
Sorbitol -- 32.70 mg
Fructose -- 3.20 mg
Vitamin C -- 3 mg
Niacin -- 2.8 mg

sumber 1, 2

Thursday, October 7, 2010

Wiken @Melaka

Buat pertama kalinya setelah bergelar kekasih, tunangan & akhirnya isteri saya menjejakkan kaki ke Melaka. Negeri di mana suamiku bekerja. Selama ni dialah ke Tganu (masa prektikel), ke Ipoh dan Toronto (masa belajar) dan ke KL (masa da kawen skrg ni).

Itu pun sebab ada majlis kenduri sedara kat Melaka. Kalau tak entah bila la saya nak menjejakkan kaki kat sana. Sungguh tak fair kan saya ni. Pape pun setelah pertama kali pergi mungkin saya akan pergi lagi ke sana. Melaka not that as bad as saya fikirkan. Jauh dari hiruk pikuk kota. Kos hidup pun tak lah tinggi sangat. Dan mungkin juga kalau kat sana husband bagi saya drive. Sebab jalan tak jammed. Oke2 je.

Jumaat

Pas keje terus amik bas kat Bukit Jalil menuju Masjid Tanah, kat sana husband amik then ke kem dia sempena Sambutan Aidilfitri untuk askarnya family. The food ok2 la =)

Pas makan2 terus ke area2 MElaka Central. Rumah sedara yang kenduri tu. Tido sana.

Sabtu



Pagi round2 Melaka. Ke Air Keruh. Singgah Taman Buaya & Taman Mini Malaysia jap. Pastu terus ke tempat kenduri. Ramai family dari Kelate datang. Sangat Best.

Petang sambung ronda2 area bandar hilir. Then, malam bertolak balik KL.

Dilamun cinta..

HE so sweet. That make me always miss him soooooo Much. SO far sangat rajin bantu saya buat keje rumah. Buat saya teruja. Bila dia keje saya kena buat sorang2 but it's oke tak lama lagi jika ada rezki kami dia akan posting ke sini. Hopefully tak lama lagi. But, seriously now I miss him. Yes Really..

Angkasawan negara

Tadi baru lepas tengok soal & jawab bersama angkawan negara. Sangat teruja dengan kejayaan yang dicapai beliau. Menamatkan zaman bujang bila dua2 da cukup stabil. Oooh so sweet lah. Pape pun hopefully majlis nanti berjalan dengan lancar.

Thursday, September 30, 2010

Maaf

Semua perkara saya senang nak maafkan. CUma saya rasa satu perkara ni saya sangat sukar untuk maafkan. Yerp, sampai sekarang. Semoga cepat2 ia berlalu. Saya taknak ingat dah

Tuesday, September 28, 2010

Babyku cayang

Minggu ke-11

Bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.

Minggu ke-12

Usia kehamilan masuk 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas. Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm. Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi sudah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

Minggu ke-13

Kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini ibu mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik.
(Banyakkan meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari)

Minggu ke-14 (you Are here baby =))

Degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil.
(Elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar berada dalam keadaan yang selesa)

Minggu ke-15

Bayi sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi juga sudah boleh menelan. Ibu akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.
(Banyakkan senaman ringkas atau lakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina menjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.)

Minggu ke-16

Kehamilan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.

Minggu ke-17

Rambut, kening dan bulu mata bayi mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Bayi telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Ibu mungkin mengalami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing.
(Banyakkan minum air masak dan makan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau)

Minggu ke-18


Walaupun mata bayi masih lagi tertutup, bayi sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi dapat mendengar degupan jantung ibu pada masa ini. Bayi juga telah mula baring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.

Minggu ke-19

Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi lahir kelak bayi tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.
(Elakkan mengaru kulit perut dan amalkan penyapuan losyen)

Minggu ke-20

Pertumbuhan bayi pada saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g. Pigmentasi pada kulit ibu mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj turut mula di rasai ibu. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Ibu akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan di bahagian lain.
(Payu dara ibu akan menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair tersebut)

Keje kawen

Sekarang harus fikir tentang 2 keje kawen yang bakal dilangsungkan bulan 12 ni. Any info pasal kad jemputan yang murah sila let me know oke. Sebab tempat yang saya tempah dulu tu cam da naik harga and kalau beli less than 1000 cam mahal je.

Monday, September 27, 2010

Aidilfitri 2010

1 Syawal


Di pagi raya kat rumah hubby dengan si kembar NurAmalina & NurAmalini. Sampai lupa nak amik gambar tanpa baby. Dan tahun depan dengan baby sendiri pulak. InsyaAllah. Ni baru nak belaja2 pegang je sebab b4 ni tak pernah pegang baby langsung. Sebab takut. Baby kan lembut. Dan sekarang da kena belaja nanti cam mana nak jaga baby sendiri. Oh, Mama sungguh tak sabar untuk menanti saat itu. Perut pun da cam besar sket ni. Papa tentunya paling gembira ngan kehadiran baby nanti. Tapi Ummi da cop awal2 untuk jaga baby kami. Ummi cakap kat KL susah nak carikan pengasuh yang sesuai. Tengoklah budi bicara papa nanti. Sebab papa cam berat je nak tinggalkan baby kat kampung. Nanti rindu-rinduan pulak.

Pas jalan2 umah sedara mara kat belah hubby then kul 4 gerak balik umah ummi. Singgah rumah mok (my moyang) jap. Pas amik mok terus ke rumah mek (my nenda belah bak) sangat meriah sebab sangat ramai sepupu yang kecik2. Rasa cam nak runtuh umah. Tapi duduk tak lama sangat sebab da nak malam dan badan pun da terasa letih.

Sampai umah ummi da nak masuk Isyak. Nasib baik Ma (Maksedara) tinggalkan lagi nasi ayam untuk kitorang. Pas makan2 terus mandi then tido. PENAt sangat2..Ter'miss' sessi Fotoshot.



Inilah my big family yang tak berapa nak big sangat. Ye lah kalau kumpul2 semua pun tetap macam ni jugak tapi apa2 pun raya tetap meriah.

Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Esok petang kami akan bertolak balik ke kampung halaman di Kuala Krai & Machang. So excited sebab da lama tak balik kg. Saya mengambil kesempatan kat sini untuk munghulurkan salam kemaafan andai ada terkasar bahasa atau tersilap bicara.

Moga Aidilfitri kali ini membawa sesuatu yang cukup bermakna buat kita semua.

Doakan perjalanan kami selamat. InsyaAllah.

Monday, September 6, 2010

13 to 10.8

Huhuhu...tadi g monthly check up kat klinik. Tapi darah turun dari 13 ke 10.8. Nurse cakap sangat rendah. Dan, kalau next check up darah below 10 saya kena tahan kat wad pastu wajib amik suntikan setiap 2 minggu sekali. Waaaaaa takut. Dia cakap lagi suntikan tu amat sakit. Sebab sush nak cari urat2 nak bagi sume kena.

So, untuk mengelakkan kejadian2 yang tidak diingini berlaku.

- saya kena amik zat bezi (vitamin) yang dia bagi
- kena makan sayur berwarna hijau tua.
- makan hati
- makan ikan bilis
- makan kerang

Which is sume makanan2 ni saya tak sentuh langsung sepanjang ramadhan ni.

Ya Allah kembalikanlah selera makan ku.

Berat badan jugak makin turun dari 52 ke 50kg. Sangat teruk =( Dan saya kena gain weight 0.5 each month.

Next check up 05/10/10. Hopefully eveything will be oke. Aminn~

Saturday, September 4, 2010

Raya list

Walaupun cuti tinggal sket saya nak jugak cuti lama untuk raya. Jadi rerpaksa amik unpaid. Unpaid pun unpaid la janji saya leh raya dengan gumbira.

Ini raya list saya:

10/09/10 -
Raya pertama sebagai seorang isteri dan menantu. Saya beraya kat umah mertua. Hopefully everything will be oke!

11/09/10 -
My sister engagement. Maknanya raya pertama petang saya da balik umah Ummi. Sungguh tak aci kan. Tapi saya ade reason yang kukuh untuk persiapan majlis adik =)

12/09/10 -
My bestfriend engagement - hopefully semuanya berjalan lancar. Don't notty2 girl =P

13/09/10 -
Reunion ex-balqisian. Harap2 nya menjadi. Organizer gano ni? Jadi dop?

17/09/10 -
Kak Jey's wedding

18/09/10 -
Aidah's wedding


Thursday, August 26, 2010

Award


Award ni daripada Fiexa. One of my UTP friends.
Thanks tau sebab bagi award ni =)

1. Ape name blog nape letak nama 2?

A story of my life. Dulunya lakaran hidup. Sama je kan maksud dia..

2. Bila start buat blog?
Herm lupa. Terpaksa godek entri lama (first entri August 6, 2007) Da lama ye dalam lebih kurang 3 tahun. Blog ni dibuat sebabnya konon2 ade budak tu tengah frust time tu. And keep on update sampai la sekarang.

3. Sape 1st follower?
Oh juga lupa da lama ni

4. Ucapan khas untuk pemberi Award?
Terima kasih sebab masukkan saya dalam one of the list yang dapat award. Terus buat entri sebab nanti simpan lama2 takut lupa =)

5. Lastly, 9 org cute yang saya nak tag?
Award ni saya kasi kat sume yang baca blog saya.


Wednesday, August 25, 2010

Tuesday, August 24, 2010

Sangat teruja

Tadi dapat MMS dari hubby. Tarraaaa...

Baby first =)

Baby second =)

Dapat anak sedara baru. Mereka ini kembar dan kedua2nya perempuan. Sangat teruja. Dan masuk dalam senarai list baju raya for both of them jugak. Ingat tak nak lah beli baju baby. Nak beli baju yang besar2 sket. Leh beli skirt ke. Alamatnya raya tahun depan lah diorang dapat pakai. Tapi takpe leh tengok lama sket. Oh sukenyee...

Monday, August 23, 2010

Kalah orang bercinta

"B, abang pun tak selera jugak nak berbuka ni" Alaaaaaaaa, terharunya ingatkan preggy woman je tak selera makan rupanny en.hubby pun sama. Kalau macam ni sama2 la slim nanti. Bila teringat balik kalah orang bercinta rasanya.

Pape pun Allah knows best. Setiap yang diaturnya pasti ada hikmah yang kita mungkin tak rasa nikmatnya sekarang. Hopefully kita tabah menghadapi cabaran dan dugaan darinya...AMin

Sunday, August 22, 2010

Tak sedap badan bila . . .

Sangat berasa tak sedap badan bila hubby nak balik Melaka. Satu habit yang sangat sukar untuk dimengerti. Sedang elok je duduk, tetiba dia cakap "b, abang da nak gerak ni" Fuh terus semangat dalam diri ni entah ke mana2. Rasa time2 tu jugak nak demam.

Huhuhu.

Sangat kuat penangan itu.

Tido mengiring

Sejak pregnant saya akan berasa sakit kalau tido mengiring. Biasenya before ni saya lagi suke tido mengiring dari telentang. Tapi semenjak 2 menjak ni da tak boleh. Tapi bila lama2 jadi nak mengiring jugak la kejap2 kan. Tu pun kejap sangat kalau tak mesti perut rasa tak selesa. Entahlah saya pun tak tahu sebab apa. Harap2 nya nanti saya leh tido mengiring balik.

Sekarang da minggu ke-9. Selera makan masih macam tu. Masih tak leh makan beria macam dulu. Makan hanya kerana macam terpaksa nak suh ade nasik je dalam perut. Kalau roti laju pulak makan.

Dan, saya rasa saya memang kalah dengan ayam. Pagi tadi masa sahur hubby suh goreng ayam. Bile tengok je ayam yang tak masak lagi tu tekak da rasa lain. Tambah pulak nak goreng kena guna kunyit kan. Herm, lagilah menjadinya. Pastu terus muntah. Termasuk ni da 2 kali saya muntah.

Tak tahu lah sampai bila keadaan ini akan berlarutan. Harapnya tak lama. Sebab saya sangat teringin nak makan dengan banyak sekali terutama bila raya nanti.

Wednesday, August 18, 2010

Surah2 amalan...

Dapat mesej dari anak sedara and dia ade bagi surah2 amalan yang elok diamalkan ketika pregnant. So, saya kongsi kat sini.

Untuk 3 bulan pertama - Surah Imran

Untuk 3 bulan kedua - Surah Yusuf

Untuk 3 bulan seterusnya - Surah Maryam

Disamping tu sepanjang pregnant amalkan surah luqman, nur dan surah yassin. InsyaAllah semoga segalanya dipermudahkan olehNya. AMin

Tuesday, August 17, 2010

Everything will come bit by bit

Saya punye terlalu banyak impian. Dan saya kira saya masih muda untuk mengejar impian2 tersebut. InsyaAllah selagi hayat di kandung badan saya akan cuba selagi termampu. Sesetengah orang sangat senang flow kejayaan hidup dia. Dan sesetengah orang agak sukar flow hidup dia untuk menempuh kejayaan yang diingini.

Entri ini adalah untuk kawan baik saya. Maaf kiranya saya kongsi bibliografi diri awak kat sini. Tapi dek kerana teruja akhirnya tangan jadi ringan untuk menulis.

Yerp, awak yang saya kenal sejak sekolah rendah. Kemudian berpisah setelah saya ke SBP dan awak meneruskan pelajaran di kg. Saya masuk matrik begitu jugak awak. Walaupun belajar tempat lain2 kejayaan tetap kita kongsi bersama. Seterusnya, kita melanjutkan pelajaran ke universiti. Saya ke UTP awak ke USM. Saya bangga awak dapat dentist. Saya juga bangga saya dapat chemical engineering.

Hari ini saya dapat tahu awak da posting ke Hospital Kuala Krai sebagai doktor gigi tapi saya masih merangka perjalanan di masa hadapan. Saya yakin saya belum gagal untuk memenuhi kerjaya impian saya kerana yang sebenarnya saya masih belum berjaya.

Ummi saya mesti bangga dengan awak. Sebab rumah kitakan sebelah2 je. Terkilan rasanya sebab masih tiada apa yang saya boleh buatkan ummi bangga dengan diri ini. InsyaAllah Mie Along still akan berusaha untuk mengejar impian2 yang masih tergendala.

TAHNIAH Dr. Nurul Huda Abdullah.

Saya juga bangga dengan kejayaan awak =)

Monday, August 16, 2010

Ramadhan kali ini....

Totally different dengan ramadhan2 yang sebelum ni..

1. Sebab saya da ade suami
2. Sebab saya bakal jadi mama nanti

Yang tak berubahnya saya still tak pandai2 lagi masak. Tambah2 lagi + ngengada kot. Bila masuk dapur je rasa lain macam. Bau bawang2 lebih2 takleh. Bau kunyit lebey2 takleh. Ayam yang tak masak lagi pun takleh. Betul ke ini adalah alahan atau sebab 'pemalas', huhuhu, no komen. Tapi still sampai hari ini saya masih tak selera nak makan nasi. Petang berbuka makan sikit je. Jika over limit then rasa nak terkeluar balik. So, saya kena stop makan on the spot. Pagi sahur saya hanya boleh telan nasi + sambal daging je. No more lauk lain. Kalau makan lauk lain seriously rasa macam nak terkeluar balik. Oh No.!! Da la hubby takde. Sob Sob SOb.

Ingat lagi tahun lepas, pas abes study saya keje kat Petrosains. Dalam fikiran da siap2 plan da before puasa nak berenti keje and nak duk sebulan kat umah. Sampai raya. And 1hb 8 saya cabut. Berenti terus tak datang2 da KL. Jadinya saya puasa selama sebulan kat umah, tiap2 hari ummi tanya nak makan apa. Tapi time tu takde pulak nak makan apa2. Sekarang rasa nak makan macam2.

1. Ketupat sotong, yang ummi buat
2. Butir nako yang ummi buat
3. Meee sanggul juga yang ummi buat
4. Puding gula hangus
5. Lagi2...entah banyak sangat sapa tak ingat..

Dan saya pasti ini bukan mengidam, saje2 nak makan. Tapi bila beli kat bazar ramadhan kat sini rasa nya tak sesedap yang ummi buat. Sesetengah je ade kat bazar yang selebihnya mungkin saya tak akan jmpa kat sini. Dan puasa kali ini saya tak berkesempatan pun balik kg untuk merasa nikmat berpuasa kat kg.

Sebab company saya sikit punye susah nak mintak cuti. Bayangkan dalam banyak2 cuti umum yang di ambil oleh KL. Hanya 14 hari terpilih saje kitorang leh cuti. Tapi untuk raya saya tak kesah unpaid pun unpaidlah asalkan saya leh beraya dengan tenang kat rumah.

Bukan saya nak merungut ke apa dengan keje sekarang, tapi jika diberi peluang saya tak akan duk lama kat sini. Saya harus mencari keje yang lagi secure. Sebab kat sini saya tak bleh bayangkan apa yang akan saya capai walaupun dalam masa 5 tahun lagi. Yer, saya da nampak saya akan tetap macam ni tanpa sebarang perubahan. Sedangkan saya memerlukan perubahan itu.

Wednesday, August 11, 2010

Too many things to write..

And to make it short and simple I will write all those things here =)

Hari ini 1st Ramadhan...And Selamat berpuasa kepada sume rakan2 juga family..Even saya kena bukak pose sorang2 saya sangat tabah dan lagi penting tak payah masak. Balik keje terus g bazar Ramadhan dan beli je apa yang ade. Tapi nasi tak abes jugak. Sedih je tengok nasi. Mase beli dalam hati cakap 'sikitnya akak ni bubuh nasik'. Last2 bila berbukak tak abes pun.

Dan ade benda yang still bermain di fikiran saya. Saya rasa tak puas hati je kalau saya tak sambung belajar. YES, impian tu kuat dalam jiwa saya. Saya rasa saya nak sambung dan saya akan sambung. Kalau saya sambung pun mungkin dalam bidang yang ade kaitan ngan makanan. Kenapa? Entah, rasa kalau kerja kat bahagian makanan rasa selamat sikit compare kalau kerja kat kilang cat, sarung tangan atau baja. Betul tak? Ya Allah bagi lah aku kekuatan dan semoga impian dan cita2 ini tercapai. Dan semoga lepas sambung nanti saya akan mendapat pekerjaan yang lebih baik. InsyaAllah.

And oh, saya da buat buku pink. Excited kan kami tak sampai 2 bulan lagi dah g buat buku. Herm, ingat nanti nak g scan pulak sebab masa g buat buku tu dia tak scan pon. Sebenarnya boleh je nak g buat lambat2 sket. Kalau g buat lambat so tak payah la nak g klinik every month. Tapi bila fikir ini pertama kali saya jadi sedikit nervous. Better g check kan daripada duk diam je.

Saya ade terjumpa pasal cloth dypers. It is to early to think for all those things? Hahaha entah excited. Tak beli pun lagi. Just google2 je dulu. Nampak cam cloth dypers ni bagus sebab tak payah nak beli pampers baru tetiap bulan. Tapi kalau hantar anak kat nursery ade ke pengasuh yang sudi handle cloth dypers ni. Tapi saya rasa ok je kot sebab dia tak payahlah basuh. Bila kita balik keje dia bagilah balik and kita basuh kat umah kan? Herm...

oklah, sekian dulu untuk kali ini. Happy fasting =)

Thursday, August 5, 2010

I am so excited to copy & paste all this things..

By copying this at least I know about how's my baby growth inside my tummy ni =)

1st week

8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.

2nd week


Blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.

3rd week

Saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.

4th week



Janin sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).


5th week

Embrio akan terus membesar sehingga didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.

Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.

6th week

Sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

7th week (and now u are here baby..)

Bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

8th week

Rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.

9th week

Saiz bayi hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).

10th week

Bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair estrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.

Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.

Okay, nanti saya akan sambung lagi..For more info u can click on this link


Wednesday, August 4, 2010

We shared our happy moment together

Huhuhu!! I just smiling while read all those massage in my fb page. How come all of us are pregnant at the same time padahal some of us have a different wedding date.

Congrate to all of you..

Masliza a.k.a aunty Mas
Norzawani a.k.a aunty Noza
Fadzlina Hani a.k.a aunty Iena
Nurehan Syamimi a.k.a aunty Mimiey

Saya rasa all the due around March tahun depan. And all of them ni my friends masa kat Scipp dulu =)

Sukenya nanti baby lahir je terus dapat ramai kawan baru..Hopefully both of us are safe throughout our journey. Mama cayang baby mama ni. Papa pun cakap yang sama.


Tuesday, August 3, 2010

Tengok orang pun sume cam dia =(

Lately ni bila bukak tv asyik nampak dia je. Padahal bile lak laki aku jadi pelakon kan. Hahahaha! Perasan tul compare2 laki sendiri ngan pelakon. Tapi tulah hakikatnya. ANGAU ke apa ni? Huhuhu!! Cepat la balik sayang. Ye tau Jumaat tak lama lagi but after that kena tunggu jumaat lagi. Boringnya. Sampai bila nak count down ni.

Sume borang yang patut diisi da diisi, sume borang yang patut di'submit' da di'submit' tinggal tunggu name kena panggil je lagi. But I still cannot wait for that moment. Sabar anis sabar ='(

Wednesday, July 28, 2010

Ade ke mabuk ubat?

Entah saya tak pernah dengar. Tapi ade ke penyakit mabuk ubat ni. Ni berdasarkan 2 pengalaman saya.

1. Pertama kali senggugut yang sangat teruk. Saya tak suke nak makan ubat sebenarnya. Tapi dari pagi sampai tgh hari tak ilang2. So, sy decide g klinik sebab nak amik MC. Doktor bagi ubat banyak gler. 5 jenis. Tapi satu pun takde tuk period pain. Seingat saya dia bagi ubat angin, muntah, pening kepala, panadol kot ngan tahan sakit. So, pas tengah hari saya balik umah. Saya tak makan pun ubat tu sebab takut. Bangun tido dekat2 magrib period pain tak tahan lagi. Jadi saya makan la ubat2 tu. Tapi tetiba kepala saya jadi terhuyung hayang. Nak bangun pening nak tido pening. Nape? Entah saya tak tahu..

Esok nye g keje dalam keadaan badan tak bape stabil. Asyik pening2. Nak berdiri pun tak larat. Last2 g klinik lagi dan amik MC lagi. Esok ny tu SABTU dan hari tu sebenarnya hari majlis kat umah Hubby dan malam tu saya kena naik bas. Pas balik dari office saya langsung tak leh bukak mata. Tapi saya makan jugak ubat yang doc bagi sebab nak bagi cepat sembuh sebab nak naik bas kan. Jauh pulak tu KL - kelate. Kalau tak fikir yang esoknye majlis saya, saya mungkin cancel balik kg. Tapi nak buat cam mana kan. Naik2 je bas besenya saya terus tido tapi tak leh tido. Sampai Merapoh baru saya leh tido. Lega sket kalau tak asyik rasa nak muntah je. Kepala pusing2.

Esok nya sampai rumah, ummi ngan bak saya tak bagi dah saya makan ubat2 tu sume. Then lepas breakfast saya terus oke. Pening2 beransur ilang dan badan tak lemah2 lagi.

2. Masa g klinik buat pregnancy check hari tu doc bagi asid folik. Katanya baik untuk perkembangan bayi. Saya takut sebenarnya nak makan. Tapi after seminggu dok pikir2 ade baiknya jugak saya makan since ramai ibu2 berpengalaman cakap yang diorang pun makan. Hari pertama makan saya da rasa lemah2 badan. Padahal before tu takde pape. Esokny saya makan lagi. Makin lemah badan saya. Hari ni saya decide tak nak makan. Pastu badan saya oke je cam biase. Sihat cergas dan leh berkeja macam biasa.

Persoalannya di sini. Adakah saya mabuk ubat? Ade ke istilah ni. Tapi entah. Takut lak nak makan ubat. Esok tak tahu lagi saya nak makan ke tak.

Sunday, July 25, 2010

How sweet he is..

Entah bila saya nak revealkan blog ni kat dia. Rasa malu jugak bila saya membebel pasal dia kat sini. But I know he luv me so much. And me also start to love him sooooooooo much.

Masa dia balik hari tu on Friday, he bought me this..


And everytime during morning and night he will make sure I drink this. And yang lagi terharunya dia siap buat kan lagi untuk saya. But for this whole week I have to make myself. Tak kisah pun sebenarnya. Tapi bila ade someone yang beria nak buat tuk kita and beria make sure kita minun saya jadi terharu pulak.

Pape pun I luv u soooooo much my dear!

Wednesday, July 21, 2010

Bermain dengan bunga =)





Location: Pesta Flora, Putrajaya
Date: 17th July 2010
Time: Around 10.30pm

Tuesday, July 20, 2010

Good news

Here I have two good news..

1. I am going to be a mother, InsyaAllah next year. Hopefully everything will be okay. Doakan for both of us oke.

2. My hubby was called for interview that gonna be held tomorrow. Hopefully, he will pass the interview and he will work in KL cepat2. Cannot wait for that moment to come.

Wednesday, July 14, 2010

Bencinye broadband ni..

Makin hari makin lembab, sampai sekarang taleh nak upload gambar padahla bayar tiap2 bulan sama ye. Away mode =(

Monday, July 12, 2010

Source of income

Note: Ni bukan nak jual MLM ke apa just to share a piece of idea je k...

Herm,,hari tu cakap2 ngan husband. Tetiba datang idea. Kalau kita kira gaji by bulan. Gaji kita cam sket je.. Ok contoh rm2k sebulan. Maksudnya tu je lah yang kita dapat bulan tu kan. Tak kira lah kita kerja gov ke atau private. Beza gov lebih secure sket sebab ade pencen dan elaun pun banyak.. Hopefully leh keje gov one day =)

Ok..back to the topic. Dan saya cakap lagi. Kalau kita dapat kira income by hari kan lagi best. First target dapat rm50 sehari. So, rm50 x at least 20 hari keje = da rm1000 kan. Ok katakan tak cukup. So, target dapat kan rm100 sehari x 20 hari = rm2000 kan. Yurp, tak cukup lagi hahahaha...manusia kan memang tak pernah cukup..Cuba dapatkan lagi banyak dalam sehari so kalau darab 20 nanti akan jadi makin banyak...Wa, bestnya..

Macam sedara saya kat sri gombak tu. Kita akan tengok dia bukak gerai kecik je kat tepi jalan. Jual nasi kukus je pun. Nampak cam biase je kan. Walhal kita tak tahu sebenarnya income dia by hari +- rm300 sehari. Ni untung bersih ni. Setelah ditolak modal. If dia bukak kedai 20 hari sebulan rm300 x 20 = rm6000 sebulan. Tu kalau dia bukak 2o hari je. Kalau dia bukak tiap2 hari. Wa, saya sangat respect kat dia. First day bukak kedai dia cakap laku 2 bungkus je nasi. Tapi lama2 makin banyak orang datang sampai sekarang ni siap tak cukup lagi.

Yerp saya akui buat bisnes lagi senang nak dapat banyak duit. Tapi kadang2 saya agak tak suka pasa sesetengah bisnes yang macam sukar nak dipercaya. Hahaha! Saya hanya akan percaya pada bisnes yang saya boleh fikir secara logik akal je. Selebihnya saya simpan je dalam hati.

Sunday, July 11, 2010

Dua hari yang gembiraa...but it is not same without u

Jumaat petang

Balik kerja terus ke rumah sedara di Sri Gombak..Singgah kat Gerai Nasi Kukus dia. Then, round2 selayang Mall. Tak beli pape. Just cuci mata. Malam pusing2 KL. Balik singgah kat Danau Kota. Beli crocs Tiruan rm5.00...Ni pertama kali beli crocs sejak crocs femes di pasaran. Hahaha!!

Sabtu

Pagi takde buat pape. Tgh hari after lunch mencuci mata di Masjid Jamek. Sudah lama tak ke sini selepas selesai segala persiapan kerja kawen hari tu. Beli tudung kat kedai murah tu. Lupa kedai apa. Tudung = rm2.00 only. Jalan2 sampai SOGO. Window shopping jap. Naik tren terus balik.

Then, after maghrib keluar ke pasar malam terus ke Selayang Hot Spring. Tak mandi sebab tak rancang nak pergi sebenarnya. Just celup2 kaki, makan then balik.

Ahad

Pas sarapan, gerak balik umah kat Sg. Besi. Sedara hantar. Singgah carrefour Sri Petaling jap beli barang dapur and we had lunch together.

But, it is not same without you. Saya impikan abang ada masa kat Danau Kota tu. So, kita bleh jalan2 sambil pegang2 tangan. Leh belek2 apa yang orang jual kat situ sama2 walaupun kita tak nak beli pun sebenarnya.

Bila balik rumah saya mengharapkan abang ada, so that kita leh tengok tv sama. Biar pun saya sokmo tertido sambil tengok tv sebab bagi saya tengok tv tu boring..Dan untuk menghilangkan boring saya telah meng'copy' game kat umah sedara untuk men game kat Umah. Game kat umah sume da boring men.

So sekarang saya nak mula countdown.,

1. Malam ni, Isnin
2. Malam esok, Selasa
3. Malam lagi, Rabu
4. Malam lagi, Khamis
5. Malam lagi, Jumaat

Yes, Jumaat petang u will be coming home. So, saya tak keseorangan lagi =)

Monday, July 5, 2010

Isi borang..

Hari ni myHubby isi borang untuk posting ke mana2 kem di sekitar lembah kelang. Kalau pegawai dia rasa alasan yang kitorang kemukakan valid, dia akan luluskan dan begitulah sebalik...

But, deep down in my heart I really want the application being approve.

Friends let pray for us..

I really hope..YEs!! Really

Sunday, July 4, 2010

Two happy days is over...

KL - Melaka is not too far right. But, since couple, engage and get married I am not being there yet. Herm, actually ( i think) because of me, he going back this weekend and postpone his duty to the next weekend. Hopefully, I tak buat hal lagi and make him think of me again. YEs, I already plan to go to my sedara house and spend my weekend there. So, I will not think of him much.

Seriously during couple and engage, I still can handle my feeling toward him, but not now. How different it is. I still can wait for 2 or 3 months not to see him when I was in UTp. And also 2 months not to see him during GEMS and at that time I was his fiancee.

Have a save journey my dear~~

Thursday, July 1, 2010

I Miss u dear!!

I admit it we are weekend husband and wife. But after get called from you just now make me wanna cry. Yes, I already cry. I know you have work to do. But I have set in my mind that you will come back tomorrow. So, I just can hear your voice and see your picture till next week. I really miss u dear.

New hobby: Always countdown for the next weekend.

Tuesday, June 29, 2010

Waaaaaa...saya tak pandai masak...

Dalam banyak2 benda kat dunia ni benda yang paling susah saya nak pandai ialah masak. Tak tahu kenapa. Mungkin saya tak pernah kena pressure dari mana2 pihak untuk saya berusaha masak makanan even memang makanan tu saya nak makan sendiri pun.

Sejak kecil saya memang makan yang ummi masak je... Darjah 6 da duk asrama. Sambung plak form 1 sampai form 5. Leh je kalau nak masak time balik cuti tapi beselah. bile sume ummi buat malas la kan.

Pastu time belaja kat u balik jarang2 jugak. Masa balik ade la tolong2. Bila balik lg sekali lupa balik.

Dan sekarang masalah besarnya saya still tak pandai masak. Wiken lepas first time masak untuk hubby. Hahahahaha...entah dia tak cakap pape pun. Tapi saya tahu memang tak sedap tapi dia telan je. Stakat goreng2 je mampu saya buat sekarang ni. kalau nak kari bagai tu tak pat la rasanya. Wiken ni pakcik plak cakap nak datang. Siap cakap lagi nak makan kat sini. Dan2 je sebab tahu saya tak pandai masak. Nasib baik pakcik belah saya kalau belah hubby mau nye susah nak berlakon. Tak kan lah tetiba jadi pandaikan kalau belakon pun...

Huhuhuhu... sekarang ni saya tengah tensen. Masak lah apapun still tak menjadi. Nampak masakan orang lain cam teruja je nak makan. Bila tgk masakan sendiri Wahahaha horror nya.

Tension...

Sunday, June 27, 2010

Sebenarnya..

nak upload gambar masa kenduri belah myHubby, but since blogspot ni sejak hari tu lagi nak upload tak lepas jadi saya decide to update pasal benda lain dulu. Walaupun bukannya banyak sangat benda nak update kat sini tapi at least ade kan.

i-city

Herm, semalam berjaya ke i-city setelah tersesat kat Shah Alam tu. Walaupun sebenarnya myHubby macam tak nak pergi tapi mungkin bile tengok saya beria nak g jadi kitorang pun pergi la...Tapi bile beberapa kali melalui tol kat sume highway, first lalu Kesas, entah cam mana leh lalu PLUS, jap lagi nampak signboard ke gutrie plak. Huh, tak leh jadi ni. Hampir2 patah balik tapi saya membebel je alang2 da bayar banyak tol kena cari sampai jmpa. Then, finally kitrg pun jumpa jugak i-city tu. Ingat kan tak ramai orang pergi tapi sampai situ siap jam lagi kat pintu masuk. So, saya dikira bukan golongan yang pelik la kan sebab beria nak pergi. sebab ramai jugak sebenarnya orang pergi situ. Ade juga amik gambar nanti saya upload bila internet da tak bual hal.

him

Lagi satu kan baru saya perasan, orang lelaki dia tak tunjuk yang dia sayang kita beria macam yang kita buat kat dia. Tapi melalui gerak geri dia dan kelakuan dia, yes I know he really mean what he said. Thank you so much sayang. Now, dia kat Melaka. And, I already miss him.

others

Herm, sebetulnya atau memang betul. Kita akan keep telling people somthing yang baru, atau lepas atau sedang kita hadapi. So, I think this is a 'save' place to share something like that. After gone through all the 'things' yang berlaku dalam hidup ini pasni mungkin saya akan banyak cerita about my new life kat sini.

friends

Very happy to hear that many of friends yang plan to engage, yang da engage, yang da kawen, yang pregnant and something like that...saya rasa at this age itu normalkan to experience all this things. Congratulation to all of you..


Thursday, June 17, 2010

Pink version

Gambar pakai baju ni tak banyak dalam collection. Tapi apa pun saya tetap suke baju ni dari baju merah itu =)




Wednesday, June 16, 2010

Seriously merah...

Bila tengok gambar, ya Allah merahnya..tapi nak buat macam mana kan da pilih tema merah. So, memang merahlah..




Tuesday, June 15, 2010

Saat mendebarkan, penuh makna

Salam, baru berkesempatan update cerita menyenai our majlis tempoh hari. Malam 4 Jun 2010 adalah detik bersejarah yang cukup bermakna bagi saya...Berdebar tu agak berdebar jugak but Alhamdullillah sumenye berjalan dengan lancar. Gambar dari cameraman belum siap lagi. Kat sini saya upload dulu gambar2 yang di ambil oleh sedara mara saya.





Thursday, June 3, 2010

Our wedding is coming...

Sekarang tengah packing baju barang sehelai dua. Esok we off to kampung for the wedding day. Friends, you are all invited to our wedding. Jumpa nanti. Hopefully everything berjalan dengan lancar. . . . .

Wednesday, June 2, 2010

Dalam hati ada taman........

Tajuk obviously takde kena mengena dengan apa2 yang bakal saya tulis nanti. Herm, saya pernah dengar sape sebut tapi lupa di mana. Tapi memang best untuk di sebut. oke enough...

Tetiba saya menjadi sangat takut untuk masuk ke dunia baru. Seriously saya seorang yang sangat cepat terasa. Saya sangat tak tahu macam mana nak menghadapi dunia baru yang bakal saya tempuhi 2 3 hari lagi ni.

Selama ini saya hanya ada ummi, bak dan adik2 yang perlu saya jaga hati mereka. Jarang2 balik kampung seronok bertemu sedara mara, atuk nenek yang memang dah kenal saya sejak kecil. Saya juga sudah kenal mereka sejak saya kecik juga. Saya sangat enjoy menjadi cucu sulung yang saya tahu semua orang sayang saya. Belah bak saya cucu ke3 sulung tapi umur saya dengan kakak2 sepupu saya tidak jauh beza. Jadi kami adalah sama.

Nanti segalanya mungkin berubah. Yerp, saya mungkin akan jadi makcik untuk anak2 sedara yang ramai. Malah cucu sedara juga ada. Ade anak sedara yang lagi tua dari saya. Saya juga bakal ade ipar duai yang ramai. Bakal ada ayah mertua dan mak mertua. Juga sedara-sedara baru yang lain. Saya sebenarnya tiba2 tak tahu macam mana nak menghadapi situasi sebegini. Hari tu saya fikir nak gamble je. Tapi malam ni tiba2 saya rasa sangat susah pulak. Oh, my life is gonna be so difficult. Tetapi apa2 pun saya harapkan everything will be oke.

p/s: Doakan yang baik2 saya untuk saya k.

p/s2: Sekarang saya tengah menangis tapi saya tak tahu nak tekan no phone sape so saya tulis kat sini...

Ya Allah, tenangkanlah hati ku ini....

Tuesday, June 1, 2010

I will always by your side..

Sedih dengar benda2 yang tak elok. But remember I will always with u. Susah atau senang. So, don't make people take advantage on you sayang...

Luv you..

Friday, May 28, 2010

Ereen Farewell

Maaappp,,,ter'update' lagi. Lucky us sebab our bos give us a chance to back early today. You know what the air cond is not cold as before because the main air-cond is not turn on as the other companies are not working today.

Herm, can you see the little lady bird there are very close to each other. It means,....we are also moving towards our big day.

Going back to the main bisnes, this entry is just to update about Ereen Farewell at R&R Awan Besar. Sebelah Kesas Highway tu. We having satey there, but personally the taste are not so good. But I like the kuah sebab tak manis sangat. I don't like satey yang kuah manis. Nope...no offense kalau satey memang kuah dia manis kan. Tapi saya tetap tak suka.

Here are the pictures taken on that day...Hopefully Ereen will be happy working on the new place and enjoy your life there. Pray for our success too.

Me and Ereen

Noa & Hanim

Nad & Ereen

Kami

Me & Yaya

Tidak lupa satey2nya

Thursday, May 27, 2010

Moving to the new house..

Penat jugak naik turun lift ni. My new rented house is at Blok A. Now I in blok B. Malam ni da lebih 3 kali naik turun. Tapi takpe penat yang berbaloi.

Nape tak tunggu esok? I am working tomorrow... So, malam ni kena abeskan angkut sume benda sebab esok malam I will be going to my hometown. But, not for married yet. As I already written before, I have to work for 31st, 1st, 2nd and 3rd before the wedding. Oh so complicated!!

Sekarang saya nak pack my computer kesayangan ini untuk dihantar ke rumah baru. Next week baru saya akan on balik... So, see all of you next week.. =)

Wednesday, May 26, 2010

Janji ku tunaikan...

Nak letak ke tak nak letak...tapi da janji kan. Jadi, saya akan tempek kat sini souvenir yang saya tempah hari tu. Baru sampai dalam kul 10 tadi. Masih panas2 lagi ni...hehe!!

Ini souvenir tu..
Saya beli sticker sekali..
And then saya tempek sticker tu kat sini. Baru je siap tempek ni.

Oh ya..ada banyak lagi barang2 lain yang menarik dan agak murah jugak. Nanti boleh have a look kat sini. Selamat bershopping =)