Showing posts with label breastfeed. Show all posts
Showing posts with label breastfeed. Show all posts

Tuesday, November 18, 2014

Teknik marmet, perah susu cara manual

*Maaf entri ini mungkin mengandungi gambar yang tidak sepatutnya. Hanya 18sx boleh baca (Ini serious!)

Haha! yelah dah dua tiga hari ni asyik google pasal susu ibu kan. Tetiba dapat tahu ada Teknik Marmet pula. Jadi..

Apakah Teknik Marmet?
Selain menggunakan pump susu kita juga boleh perah susu badan secara manual. Iaitu melalui kaedah urutan. Sentuhan kulit ke kulit antara tangan dan payudara. 

Teknik Marmet ada 2 bahagian
1. Urutan
2. Perahan

MENGURUT
- Pastikan tangan bersih
- Tekapkan payudara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dalam air suam.
- Langkah-langkah urutan: Massage, Stroke & Shake

Massage
- Dengan menggunakan jari telunjuk dan tengah lakukan gerakan membulat dari hujung ketiak hingga ke aerola. 
- Tangan kanan mengurut payudara kiri dan tangan kiri mengurut payudara kanan. 

Stroke
- Dengan menggunakan kelima-lima jari tangan, tekan payudara secara lembut. 
- Selain itu, boleh jugak sikat payudara menggunakan sikat yang bergigi lebar dari hujung ketiak ke aerola.

Shake
- Condongkan badan ke hadapan.
- Goyangkan dada secara lembut.
- Dengan cara ini daya graviti yang terhasil akan membantu meransangkan pengeluaran susu. 

MEMERAH

Langkah 1

1. Cara letak jari

Cara pegang

- Gunakan 3 jari.
- Buat pegangan bentuk C
- Ibu jari bahagian atas (lebih kurang 1cm daripada aerola), manakala jari telunjuk dan jari tengah diletakkan di bahagian bawah aerola. 
- Anggap payudara seperti jam. Ibu jari pada pukul 12. Manakala jari telunjuk dan jari tengah pada pukul 6. (Rujuk gambar bernombor 1 kat bawah)

2. Tekan payu dara secara lembut ke arah dada tanpa memindahkan posisi 3 jari tadi.

Tekan ke arah dada
 3. Picit 3 jari tadi bagi menggalakkan pengeluaran susu melalui puting. Kemudian lepaskan dan ulang semula dengan melakukan pergerakan picit-lepas, picit lepas. 


Tekan dan picit

4. Ulang langkah 1 hingga 3 sehingga aliran susu berkurangan.

5. Kemudian pindahkan 3 jari dalam keadaan melawan atau mengikut arah jam. 
- Sebagai contoh jika ibu jari pada pukul 11, jari telunjuk dan jari tengah pada pukul 5 (Rujuk gambar bernombor 2)
- Jika ibu jari pada pukul 10, jari telunjuk dan jari tengan pada pukul 4
- Lakukan sehingga habis satu putaran lengkap.


6. Simpan susu perahan dalam bekas yang bersih. 

7. Lakukan langkah yang sama untuk payudara sebelah lagi. 

Langkah 2: Melancarkan aliran susu *Step ni tak tahu sangat cam mana, takleh imagine

1. Urut setiap saluran susu dengan menekannya secara lembut menggunakan kelima-lima jari ke arah dada bermula daripada bahagian atas. Lakukannya dalam gerakan memutar. Tumpukan pada satu tempat (saluran susu) bagi setiap masa untuk beberapa saat sebelum beralih ke tempat lain. 

2. Usap payu dara bermula daripada bahagian atas hingga ke puting menggunakan sentuhan geletek. Teruskan pergerakan ini di mana ia dapat menenangkan anda dan seterusnya membantu melancarkan aliran susu. 

Perlu dielakkan
1. Menarik puting payudara - menyebabkan lapisan lemak pada aerola rosak.
2. Meramas-ramas payudara
- melukai payudara dan memberi kesan kepada kilang susu
- payudara cenderung bengkak
3. Menggesel tangan ke payudara - menyebabkannya melecet

*Mengikut pembacaan Teknik Marmet ini adalah kaedah paling berkesan untuk mengosongkan susu. Cuma mungkin memerlukan lebih ketabahan sebab perlu lakukan 100% secara manual. Sedangkan pump manual pun taknak guna g beli pump elektrik. Eh!. Inikan pula nak lakukan semuanya secara manual. Apa-apa pun tepuk dada tanya lah selera masing-masing. Lain orang lain caranya. 

Selamat mencuba! 



Sumber:

Monday, November 17, 2014

Hasil tangkapan di IBEX 2014

Secara keseluruhannya EXPO ni sesuai untuk orang yang nak beli barang2 yang besar atau barang yang harga mahal. Macam stroller ke, walker ke, pump susu ke, set bersalin ke. Sebab dapat diskaun banyak. Baju2 ngan pakaian lain tak banyak sangat. Jenama yang best2 macam anakku, baby kiko, disney sume takde. Yang ada pureen je. Kecewa jugak lah sebab kami rancang nak beli juga baju 2 3 helai, towel dan sewaktu dengannya tapi tak banyak choice. Dalam tak banyak2 choice abes jugaklah rm100++. 

Dan barang yang paling mahal dibeli adalah pump susu. Tak sangka leh terbeli pump ni. Sebelum tu survey2 je. Setelah dipersetujui husband akhirnya pump susu itu menjadi milik saya juga. Ye lah dah bertekad nak fully breastfeed mestilah kena ada gadget sokongankan. 

Dan inilah pump itu. 

MAIN ITEM

Auntumnz Bliss Single Pump

FREE GIFT

Storage Bag, satu paket ada 25 bag

Cooler bag ngan pump bag. 2 in 1. Pilih warna hitam sebab husband cakap nanti orang tak perasan sangat tu beg susu. Yang bunga2 pun ada.

Storage bottle dapat 10 biji. Ada lagi warna lain. Oren, hijau ngan biru. Tapi amik warna ni sebab clear sikitkan nak tengok susu.

Ice pack. Yang ni seller tu cakap leh bertahan selama 16 jam dalam cooler bag

Kepala manual pump. Badan kena guna yang dah ada dalam kotak electric pump tu.

Sume ni saya dapat dengan harga RM285. Rasanya macam dah murah. Tapi tak tahulah kalau ada lagi tempat lain yang jual dengan harga yang lagi murah. Hopefully berjaya lah usaha saya untuk fully breastfeed baby yang bakal keluar nanti. 

Ni pun nak terus cuba pump dan bagi guna botol masa dalam pantang lagi. Sebab kebanyakkan baby taknak guna botol bila dia dah beberapa bulan baru nak ajar kan. Rasanya manual pump tu kena bawa masa admit kat spital sebab takut susu susah nak keluar boleh guna pump tu. 

Oh, harga untuk double pump dalam RM400++ promotion price. Kalau beli double pump dapat lagi extra gift. Tapi bagi saya yang newbie ni rasanya eloklah guna yang single pump ni dulu. Kalau berjaya untuk anak next ni leh lah consider yang double pump pula kan. Lagipun mesin untuk double pump tu besar sikit dan kena bawak 2 botol pump. 

Rasanya yang ni dah oke dah ni. Kan kan.

Sebarang tips adalah dialu2kan. Share kat komen k. 

Pending items:
1. Cadar dan sarung bantal baby - sebab yang kakak dhiya punya dah lusuh. tilam ngan bantal elok lagi.
2. Set bersalin mama - ingat nak beli set Amway sebab dulu guna yang Amway. 

Saturday, November 15, 2014

Berapa lama susu ibu boleh bertahan?

Memandangkan dulu atas sebab-sebab tertentu sahaja hanya berjaya breastfeed dhiya amani selama 2 bulan sahaja. Untuk anak second ini saya mahu cuba untuk breastfeed at least selama 6 bulan. Kalau dapat 2 tahun alhamdulillah. 

Jadi dalam usaha untuk merealisasikan impian ini saya mencari-cari maklumat hasil berkongsian di internet dan kongsikan di sini. Semoga ia bermanfaat untuk saya dan kalian juga. 

Bagi susu yang baru diperah
Pada suhu bilik - Tahan selama 4 jam pada suhu bilik
Di dalam bilik beraircond - Tahan selama 8 jam
Di dalam cooler bag (dengan support icepack yang mencukupi) - Tahan selama 12 jam

Susu yang disimpan dalam peti sejuk bawah
Tahan selama 2 hari

Susu yang disimpan di tempat beku
Peti ais 1 pintu - 2 minggu
Peti ais 2 pintu - 3 minggu
Deep freezer - 6 bulan
Upright freezer, suhu less than -20oC - 6 bulan

Susu yang dicairkan 
Mesti digunakan dalam tempoh 24 jam dari tempoh dicairkan bagi susu dicairkan secara perlahan-lahan. 
Bagi yang dicairkan secara menghangatkan dengan air suam mesti dihabiskan dalam tempoh 1 jam.

Tips: 
1. Jika was-was boleh rasa dulu susu tersebut. Jika masam mungkin susu sudah dicemari kuman.
2. Untuk mengelak susu dicemari kuman, basuh tangan dahulu sebelum mengepam dan terus disimpan di dalam peti sejuk selepas itu. 
3. Untuk mencairkan susu jangan hangatkan di atas dapur (suhu yang tinggi melebihi 70oC), biarkan ia cair secara perlahan-lahan pada suhu bilik atau merendam botol susu di dalam air suam sebanyak 2 atau 3 kali sehingga suhu susu menyamai suhu badan. Ini untuk mengelakkan khasiat di dalam susu rosak. 
4. Suhu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula. 
5. Jika fresh EBM dan masih ada baki lagi boleh disimpan di dalam peti. 
6. Adalah normal susu yang disimpan di dalam peti berbau tengit sedikit sekiranya diletak berhampiran bahan mentah seperti ikan, daging atau ayam.
7. Susu yang dah diminum baby sudah tidak boleh disimpan semula sebab air liur baby mengandungi enzim dan bakteria. Seeloknya sebelum bagi baby minum asingkan siap2 sebagai contoh 2 oz, 2 oz. Sekiranya tidak habis simpan baki 2 oz di dalam peti untuk minum nanti. 
8. Susu yang diperah pada waktu lain-lain tapi pada hari yang sama, contoh 2 petang dan 4 petang boleh dicampur sekiranya suhu susu sama. 

Sumber:

Ini saya ada jumpa entri best pasal EBM: