Monday, April 30, 2012

....dan sebenarnya non stick pan itu


Saya baru beli sebab nak buat roti jala. pertama sekali plan nak guna kuali biasa yang saya dapat adiah kawen. tapi tak menjadi. makanya saya pun belilah non stick pan ini. 

kebanyakan barangan kat dapur adalah adiah kawen. contoh adiah kawen:

1. set sudu
2. kuali biasa 2 saiz
3. rice cooker
4. water dispenser
5. set pinggan untuk 2 orang
6. set mangkuk breakfast untuk 2 orang
7. set cawan ngan piring
8. periuk 2 set
9. mangkuk set + mangkuk nasi tambah
10. jug + set gelas
11. coffee maker
12. tupperware

sume di atas saya guna sampai sekarang. terima kasih kepada kawan2 yang bagi adiah. saya suka sume adiah yang anda bagi.

malangnya takde non stick pan dalam senarai di atas. makanya saya sedaya upaya skip untuk menggunakannya sebab malas nak beli.

tapiiiii, bila beli saya terus jatuh cinta dengannya. sangat senang nak guna. patut lah ia macam mahal sket. ke tak mahal? hahaha! sebabnya yang besar mahal jadi saya beli yang kecikkk je. tapi sekarang saya mahu yang besar pulak. 

best2!!

tadi saya buat lempeng untuk dhiya guna non stick pan itu. sangat mudah. bila masak terus boleh angkat dengan senang nyeee. i loikeeee! nanti esok2 i tempek gambar lempeng pulak ye. 


Sunday, April 29, 2012

roti jala



salam semua. hari tu saya tertengok masakan kak nani lalu terliur untuk mencuba membuatnya. ini pertama kali saya betul buat2. masa raya tahun lepas kat umah mertua saya tolong masakkan atas api je yang kakak2 ipar da siap bancuhkan. 

tak sangka pulak hari ni saya berjaya buat. insyaAllah anda juga boleh buat sebab senaaaangggg je sebenarnya nak buat. resepi saya amik kat blog kak nani. kalu nak resepi boleh amik kat sana ye. tapi roti jala saya tak sehebat dan secantik kak nani. hahaha! nasib baik menjadi je. 

roti jala ni saya makan ngan kuah kari daging yang saya masak semalam. simpan sikit kuah sebab nak try roti jala dulu sebelum betul2 buat nanti kari yang sebetulnya mahu makan ngan roti jala. paham ke tak apa yang saya tulis ni. hopefully anda sume faham yerp =)

Friday, April 27, 2012

Adiah!


Da siap packing, hari ni nak post. KakZakie & Fiexa bagi no phone k. 

Sori adiah tak sama saiz. ikut yang mana ada kat umah. tapi insyaAllah harga lebih kurang sama. nanti jangan lupa tempek kat blog masing2 =)

Thursday, April 26, 2012

don't study too hard cause you choose by research not by coursework

For those who don't know and for those who already know. I don't want to keep it as a secret anymore. If got any stacker in this blog. I just don't mind. Life must go on and this blog is the place when I write most of  secret in my life. Just several % left to keep on my own. 

So, starting from past few months I back to university world. Not as a student yet but will become a student again somewhere in September. So, be a student for the second time is totally different compared with being a university student for the first time. For the first time, is a must but being a student for the second time is a choice. 

So, to make it simple and much easier compared to the first one, I choose to do it by research. I don't really like the situation which you have to read a lot and through all of it during exam. Since I read to much this week my brain can not function well. I got headache. So, what point I choose to do by research if I still study toooo much. Hahahaha! macam banyak sangat study nye. But who cares. So, starting from this time I want to enjoy this second time and do lab more than reading. Hopefully by doing so I can reduce my pressure to the lowest. Instead, I am not top scorer pun masa undergrade dulu just an ordinary student je. 

Wednesday, April 25, 2012

setahun sebulan

UPDATE!!!

hehe baru google tadi. ada persamaan tak? tak perasan pulak tentang cartoon ini. credit to mummygreeny

________________________________________________________________________________


hari ini dhiya amani da setahun sebulan. sekarang dhiya da big girl. asyik mahu tiru je apa yang kita buat. 

satu hari sangat terkejut bila tetiba dia masukkan cotton bud dalam telinga dia. mungkin sebab dia tengok kitorang buat makanya dia pun nak buat jugak. sekarang cotton bud simpan jauh2 tak bagi dia nampak. 

pantang dengar lagu dalam tv. walaupun hanya lagu takde orang nyanyi pun takpe. dia akan bangun dan berjoget depan tv tu. takde sapa ajar pun. huhuhu! kalau dalam kete pun bila dengar lagu dalam radio mesti tak duduk diam. orang cakap usia macam ni dalam proses peniruan. 

paling tak tahan, dia akan menangis kalau saya urut papa dia. mungkin dia fikir saya pukul papa dia kut. kalau papa buat mama oke je tak nangis2 pun. tapi boleh tengok dhiya amani ni dia sukakan keamanan. tak suka orang gaduh2. kalau dengar orang cakap kuat2 pun sudah gelabah takut orang bergaduh. mana ada bergaduh lah dhiya amani. papa & mama bergurau manja je lah. ishkkk!

saaaaaaaangat manja and really need attention. kalau saya ke dapur nanges beria. macam sakit2 tapi kalau duk kat dia diam je. boleh main macam biasa. kalau macam tu mama tak boleh buat apa lah. men ngan dhiya je lah keje. mama memang suka, tapi keje tak siap lah maknanya. sebab mamakan tengah hari student & wanita bekerjaya, malam surirumah tangga. oh no! tak cukup tangan. 

oh lupa! dhiya amani da boleh berjalan tanpa bantuan. tapi masih teragak2 lagi. but she love to walk around sekarang ni. sikit2 berjalan, sikit2 berjalan. almaklumlah orang baru pandai berjalan kan =)

till then. babai




Tuesday, April 24, 2012

Time to reveal: KOmen terbaik!!! =P

Ingat tak lagi yang saya mahu bagi adiah untuk komen terbaik pada post time to reveal?

memandangkan hanya ada 3 orang je yang komen. saya berbesar hati mahu bagi adiah tupperware dekat sumeeeeeee yang komen.

jadi bagi alamat ye, jumaat saya mahu post.

1. kakzakie

2. fiexa

3. farah

kalau sesapa mahu adiah jugak rajin2 lah ke sini ye =)

Monday, April 23, 2012

koleksi saya

saya ni masak tak pandai. tapi sejak kaweeeeeeeeen saya sudah berjinak dalam dunia yang entah pape ni. Iaitu berimpian mengumpul cookware berjenama. huahuahuahua! ia macam hobi tapi hobi banyak guna duit. lama2 boleh sengkek. walaubagaimanapun sebab saya da minat & sukeeee saya akan berusaha untuk dapat kannya jugak. 


Ini adalah koleksi saya tahun lepas hasil bermain kutu. kalau ikutkan memang sayang nak guna. tapi sebab dah ada guna je lah kan. tak nak simpan jew. 

plus tahun ni saya da mempunyai keahlian vantage. kalau korang berminat nak jadi ahli boleh terus ke cawangan nya kat PJ. Gigih saya pergi showroomnya dan sangat teruja. Kalau nak pergi kena bawak duit banyak2 sebab rambang mata =) saya tak beli pun sebab bajet takde. tapi saya dapat mug birthday PERCUMA sebab daftar keahlian pada bulan birthday saya. kalau ada masa saya tempek kat sini pulak gambar mug. Masih kat dalam almari. Sayang nak guna. 

Tapi banding ngan vantage ramai orang suka corelle. mungkin sebab vantage buatan Malaysia. Manakala corelle pulak from overseas. adakah buatan Malaysia is not that good? =P

Yeah! tahun ni saya buat kutu corelle pulak sebab mengidam set pinggan ini. (gambar dari google).


Sape berminat masih ada peluang lagi sehingga 30hb April ni. rm100 x 5 bulan termasuk postage dan penghantaran. 


Tuesday, April 17, 2012

Time to reveal??

Macam tak bersedia pulak untuk link kan blog ni ke FB. tapi macam mahu. 

Mostly kat FB ramai sedara mara, ramai orang sekampung. Ramaaaaaaaaaaai kengkawan. Kat blog ni biasa saya tulis macam2. Malu pulaks kalau raaaaaaaaaaamai orang baca.

Nak mintak tolong, sapa2 reach this entri. Leave komen oke. Smile je pun takpe. Just mahu tahu korang dari mana golongan kelurga ke, teman tapi mesra ke...hehehehe!

Thanks.

Komen terbaik saya akan bagi adiah tupperware...TETTTTTTTTTTT!!!!

Monday, April 16, 2012

Jemput makan. panas2 lagi ni

Hahaha tajuk siap ada noktah lagi. Pape pun ini adalah menu malam ni. Beria masak sebab tadi puasa. 

Ikan masak steam. dalam kepala da set nak letak haliaaaaaaaaaa. tapi bila masak baru perasan halia tak letak pom. rasa 2/5. wakakakakaka! first time buat ni. 


Kangkung goreng tanpa nama. Ingat nak buat kangkung goreng belacan tapi jadi kangkung goreng biasa jerrrrrrr..


Ini pulak telur goreng pedas. Tersalah letak cili boh banyak sangat. Makanya PEEEDAAAS. Kadang2 cili boh ni tak pedas, kadang2 pedas. Sukar di ramal. 


Little Genting a.k.a Look Out Point


Ini adalah hasil snap gambar dari phone cikai ini. Nampak tak menara berkembar petronas itu. kalau tak nampak buat2 nampak ye. sebab gambar adalah sangat susah untuk di snap dengan tujuan untuk menghasilkan gambar seperti di bawah ini.

Gambar di bawah saya dapat dengan bantuan google untuk membuktikan bahawa KL sangat indah kalau dilihat dari look out point ini. kalau guna phone saya makanya keindahan yang digambar kan susah nak dikongsi ngan kalian sume. 


Ia terletak tak berapa jauh dari hospital ampang. If u come from somewhere else cari hospital ampang dulu sebabnya kan sign board hospital mestilah dari jauh lagi sudah ada. makanya bila sampai hospital pastikan hospital ampang adalah disebelah kiri anda. 

Then go straight, until u see the traffic light which is at the right sight has KFC and u take left. Then, dalam tak sampai sekilo kot ada sign board ke kiri bertulis look out point. Amik jalan tu. Jalan dia macam naik bukit skit. Until u reach one spot yang boleh nampak pemandangan exactly macam ni. Then kat situ lah. 

Actually kat atas lagi ada western restaurant kalau tak silap. tapi kalau dari restoran tu pemandangan ni sudah terlindung so better duk kat tempat yang slightly lower. Kat situ ada gerai2 jual kepak ayam, char kuey tiow, satar and so on. best la untuk lepak2 and see KL view. Plus agak sejuk skit. Sebab tu lah kot orang panggil little genting =)

Sunday, April 15, 2012

Vision pulak


Huhuhu! Ini pulak vision. Sape nak join kutu boleh bagi nama sebelum ujung bulan april ni oke. Kalau boleh prefer yang saya boleh bagi by hand. Sekitar lembah klang dan kelantan atau mana2 tempat yang senang saya nak hantar atau senag korang nak amik. sebab kalau nak pos takut pecah. 

Giliran dapat ikut sapa bagi nama dulu. 

Bagitau nak yang mana satu k. 

RM 100 x 5 bulan

1.
2.
3.
4.
5.

Saturday, April 14, 2012

Hobi baru

Sebenarnya hobi ini bermula sejak tahun lepas lagi, tapi mula bergiat aktif sejak 2 bulan lepas kot kalau tak silap. Tapi yang tak tahannya ia memerlukan duit yang banyak. bukan macam hobi collect setem macam zaman kecik dolu2. disebabkan hobi ini melibatkan duit makanya collection jugak adalah limited. macam dulu masa kerja macam mana pun tiap2 bulan ada je koleksi baru yang saya beli. takde influence dari sapa2. cuma sekadar kepuasan diri sendiri. 

Memandangkan sekarang gaji tidak sekencang dahulu =P makanya pembelian jugak adalah limited. Jadiiiiiiiiiiii saya buat bisnes kecik2 lan. Makanya hobi ini masih boleh diteruskan dan macam makin bertambah rancak pulak. Suka2. Disamping kenal ramai kawan2 yang memiliki hobi sebegini makanya perasaan mahu memiliki semakin membuak2. 

Pelikkan. Collect tupperware boleh jadi hobi. Macam mana tu. Yang pastinya saya ni dah capai tahap angau. Kalau sebulan tak beli pape walau sekecik2 benda macam asyik teringat2 pulak. Bulan depan pulak aim yang lain. Bulan ni saya aim nak beli spice and salt set. Mahu beli 2. Tamak tak? hahaha! sebab nya kalau beli satu set pertama, set kedua dapat harga murah. paling best dapat pulak onion keychain percuma. atau ini sebenarnya strategi tupperware untuk lariskan barang dia. maka saya terpedaya. setakat ni saya hanya beli yang ada offer je. belum beli lagi yang tanpa offer. mungkin ramai yang macam saya bukan. 



Baby spoon ni saya beli dari upline saya. Saje beli untuk koleksi sendiri.


Ini pulak ice cream maker. Disebabkan ia koleksi pertama saya maka ia sudah banyak kali interframe kat blog ini. dan saya jugak selalu gunakannya. sekarang ni pun masih ada ice cream dalam peti. pendek kata tak putus ice cream home made dalam rumah ni walaupun yang makannya cuma saya sorang sahaja =)


Ini pulak orang panggil rainbow midget. sangaaaaaat cute. tapi tak guna lagi. tak tahu nak guna untuk buat apa tapi beli. hahahaha! dalam 2 oz je setiap satu. 


Ini pulak rainbow cube gift set. Beli pakej ngan midget. Masih dalam kotak lagi. Jika mahu guna baru keluarkan dari kotakkk. 


Ini pulak yang saya paling saaaaaayang buat masa ni. Ini adalah onion keeper. menurut pakar ia direka khas untuk letak bawang yang dah dibuang kulit. kalau letak dalam ni bawang lambat buruk sebab takde udara masuk. kalau yang berlubang tu untuk bawang tanpa kulit cepat buroks. Tapi saya tak pernah cuba lagi sebab macam saaaaaaaaaaayang! hahaha!

Berusaha untuk dapatkan sume color and now its complete already. rasa puas hati. 


Friday, April 13, 2012

kesesakan lalu lintas

Jika saya ada handphone canggih2 sudah tentu saya akan tulis cerita ini semasa saya stuck dalam kesesakan lalu lintas yang melampau tetiap pagi. bayangkan dari umah ke UM yang hanya jaraknya 13km mengambil masa selama sejam. kalau worst case mahu sejam setengah ke 2 jam. Kalau biasa2 masa tak jammed 15 minit da boleh sampai sebenarnya. Banyak beza kan??


Buktinya ada pada gambar di atas. Gambar adalah hasil carian google. Sebab itu lah setiap kali jammed saya terfikir kalau update blog mahu dua 3 entri boleh siap ni. Huhuhu! 

selain dengar JoHaRa pagi ERA tiada apa yang boleh saya buat. Nasib baik lah kadang2 diorang tu lucu2 jugak. Kalau tak memang boring tahap maksima. 

Kawan cakap ada alternative tapi bayar tol rm1.60. Kalau difikirakan apa lah sangat rm1.60 jika dibandingkan dengan terperangkap selama 1 jam macam orang budus kan. Wiken ni saya bertekad untuk pergi ngan husband tengok jalan yang lalu tol tu. Kalau nak gi sorang2 takut sesat plak. Then baru lh saya berani nak pergi sorang2 hari isnin ni. 

Saya tak tahu sebab utama kenapa jalan jammed. tapi mungkin boleh dikatakan disebabkan oleh perkara2 yang bakal di nyatakan di bawah:

1. Majoriti rakyat malaysia hanya akan menaiki kenderaan sorang sahaja  bila pergi kerja. Ini berdasarkan pemerhatian saya setiap hari. Paling ramai pun dua orang. Sangat jarang nak naik sampai 4 atau 5 orang. Saya pun naik seorang diri sahaja sedangakan space ada lagi untuk tiga orang. Dulu2 pernah ada kempen kongsi kereta. Tapi kempen itu macam dipandang sepi. Mungkin jugak sebab tak berapa praktikal. Sebab setiap orang bukan dari tempat yang sama walaupun kerja kat tempat yang sama. Kalau sekali pun kerja tempat yang sama masa balik mungkin berbeza. Atau pun masa on da way balik yang tu nak singgah mana2 manakala yang sorang lagi tidak mahu. 

2. Jika di lihat dari gambar di bawah perbezaan space contoh antara 40 orang menaiki kereta dengan menaiki bas dan basikal. Kalau sume orang nak naik basikal macam tak berapa nak sampai je. Huhuhu! 13km jauh jugak. Kalau pun naik motor saya masih takut sebab ada kejadian yang tak diingini berlaku suatu ketika dulu. 


credit gambar to google

3. Mungkin jugak rakyat malaysia majoriti mampu memiliki kereta. daripada sekecik2 kereta kepada sebesar2 kereta. dari segi sikap pulak. no offense ye. berdasarkan pengalaman ye. kereta besar2 lagi freely give space kalau kita nak potong compare ngan yang pakai kete biasa2 ni. Mungkin yang pakai kete besar2 tu dia da agak berumur so dia kind sket nak bagi space kat pompuan yang terhegeh2 bawak kete ni kan. Atau mungkin jugak dia takut kete dia dilanggar atau dicalarkan jadi lebih baiknya dia bagi je. Tak tahu lah kalau ada kemungkinan2 yang lain lagi kan. 

4. Ataupun disebabkan tiada kemudahan awam contohnya dari bahagian2 sungai besi ni ke PJ terus. Saya pernah menaiki kemudahan awam dari umah ke UM atas sebab2 tertentu. Dari umah ke stesen LRT tasik selatan naik teksi. rm1.50. Naik LRT ke masjid jamek rm1.70. Dari masjid jamek naik putra ke universiti rm2.00 kalau tak silap. Dari stesen universiti ke UM naik bas rm1.00. Cuba kira, sudah rm6.20 bukan. Tu baru one way bukan two way lagi. Kalau hari2 naik kemudahan awam mahu kopak saya. Walaupun approximate time hanya 45 minit je. Kenapa tak naik komuter g mid valley. Komuter tahu2 je lah kan, masa kadang2 delay. Padat yang amat. Yang pasti sangat tak suka naik komuter. So, sebagaimana yang saya rasa begitu jugak lah apa yang orang lain rasa. Sebab itu lah kemudahan awam ini tidak menjadi pilihan kot. 

5. Atau mungkin jugak struktur jalan yang tak berapa seswai untuk menampung trafic yang banyak. contoh terdekat adalah jalan ini. 


daripada lebuhraya hubungan timur barat nak masuk federal, jalan daripada 3 lane jadi 2 lane. walaumacam mana sekali pun kenderaan kena slow kat sini. bila da sebuah slow yang belakang akan slow yang lagi belakang2 jugak kena slow. maka jammed lah jalannya. tambah pulak kat depan ada kenderaan dari klang lama pulak nak masuk federal kat situ. double trible slow pulak. 

kadang2 kita kemain jem dari LRH masuk2 federal je takde pape pun. tak syak lagi memang jalan yang nak exit tu lah punca dia. alangkan indahnya kalau buat flyover kat situ keluar2 je dah UM. hahaha over! tak lah sekurang2 buat jalan biar kenderaan tak payah slow kat situ. maaf! ini sekadar pendapat sebab saya bukan civil eng yang buat jalan. tapi civil eng yang buat membrane. ada kaitan ke? ade kot =)

Wednesday, April 11, 2012

Skill memasak

5 Jun bakal menjelma tiba. 5 jun nanti genaplah perkahwinan saya yang ke2. how time fly so fast. tapi skill memasak saya masih ke laut. punya impian nak pandai masak tapi masih tak pandai2. 

baking cake

ingat tak kawan2 saya ada baking chocholate cake hari tu. nasib baik menjadi. 

lepas tu saya plan nak bake sendiri cake untuk birthday dhiya amani. sume barang sudah dibeli. dengan gigihnya saya buat cake. cheese cake. amik resepi kat my ex-ofismate. dia cakap senang gler nak buat. so, buat keputusan tak nak beli kek kat kedai. kan mama nak buat. lagipun kawan cakap senaaaaaaaang sangat sekali buat terus jadi, makanya saya tak nak wasting time try buat dulu teruss buat on the night before birthday dhiya tu. dia cakap after da siap sume just leave it in freezer je. bahagian sejuk bukan beku. tappppiiiiiii sehingga lah keesokannya masih tak keras2. sampai lah seminggu tak keras2 jugak. jadinya ke tong sampah lah ia. sempat amik sket untuk buat aiskrim.

saya kan pernah buat listing untuk kek yang saya mahu buat. makanya saya telah mencuba buat pavlova hari tu. tapiiiiiiiii pavlova saya macam tak masak. cam mana nak cakap. saya tak pernah makan pavlova kat kedai atau yang sapa2 buat just base on apa yang ada kat internet je. dia cakap bila la masak bahagian luar garing bahagian dalam lembut. tapi saya boleh rasa instead of lembut yang saya punya tak berapa nak masak. daripada masak sejam 10 minit berlarutan ke 2 jam lebih. tapi still lembik2 jugak kat dalam tu. makanya percubaan pavlova kali pertama juga gagal =(

masak lauk pauk

entah di mana silapnya. kadang2 cukup rasa, kadang2 tak cukup rasanya. sampai kadang2 tu saya pun tak selera nak makan. rasa nak give up masak memasak ni mana boleh sebab saya ada husband untuk diberi makan dan ada anak untuk dihidangkan makanan best2. wakaka! terasa down gler =,(

husband bising

ye dia macam sudah mula bising sebab kalau makan kat umah orang lain especially sedara mara memang terasa kelainannya. dalam erti kata lain sedap. saya pun ada rasa macam tu jugak. kenapa masih tak pandai2 lagi ni. padahal bukan saya tak masak langsung kat rumah. masak je tapu skill memasak macam tak mahu timbul dalam diri ini. 

gambar makanan

disebabkan ini entri berkaitan makanan jadi saya upload gambar makanan yang pernah saya masak. nak upload tiap kali memasak terasa malas pula.


gambar pavlova saya. sengaja tak beli cream untuk topping sebab nak tengok dulu hasilnya. ye, memang macam yang dijangka tak berapa menjadi. 


ini adalah aiskrim blueberry cheesecake yang saya terpaksa buat sebab cheesecake saya tak menjadi. gambar cheesecake tu tak snap sebab kecewa. 


ini ikan saya tak tahu nama. resepi pun takde nama. kalau nampak sedap pun mungkin rasa tak sesedap apa yang anda tengok. 

Kutu Corningware



Testing2!! Sape nak main kutu corningware

Set kaserol berpenutup kaca 10 unit

kaserol 1L beserta penutup
kaserol 1.5L beserta penutup
kaserol 2L beserta penutup
kaserol 3L beserta penutup
kaserol 5L beserta penutup

boleh pilih corak berdasarkan gambar =)

rm100 x 7 bulan termasuk postage

cepat2 PM dan bagi nama. senarai nama bergantung kepada siap cepat dia dulu dapat

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

nota: kalau tak cukup 7 orang kutu ini tidak akan diteruskan

Sunday, April 8, 2012

kutu corelle, UPDATE!!

UPDATE!!! masih ada satu lagi kosong



Testing2!! Sape nak main kutu corelle

Set makan 16 unit
6 pinggan makan
6 pinggan serbaguna
2 pinggan sup 21cm
1 mangkuk sajian 1L
1 pinggan hidangan 32cm

rm100 x 5 bulan termasuk postage

cepat2 PM dan bagi nama. senarai nama bergantung kepada siap cepat dia dulu dapat

1. kak lin - sakura
2. azlinda che jaffar - country rose
3. kak zatur - country rose

4. dlah - country rose
5. 

nota: kalau tak cukup 5 orang kutu ini tidak akan diteruskan

Saturday, April 7, 2012

Bila saya hampir putus asa =P

Semua pembaca blog saya mesti sedia maklumkan yang saya sekarang mula berjinak2 dengan berniaga secara online ni. Sebenarnya da lama mahu menglibatkan diri tapi asyik pending je sehingga lah saya terjumpa produk yang saya sangat jatuh cinta dengannya baru lah saya yakin untuk involve. 

Akan tetapi biasalah berniaga mesti ada pasang surutnya, di kala saya rasa down, malas nak promote2 tetiba dapat inbox kat FB atau mesej kat phone ada orang nak order barang. Wah, kembang semangkuk. 

Then, semangat2 balik sampai satu tahap pulak macam tak semangat. dan di kala2 tak semangat tu ada orang order pulak. Alhamdullillah Ya Allah atas rezeki kurniaanMu dan atas gerak hati yang kau berikan untuk aku teruskan usaha yang baru bermula ini. Aminnnn...

Ye lah kadang2 terfikir juga aku asyik2 promote ni ada orang tak suka pulak. tapi tangan ni kadang2 sangat gatal untuk promote jugak. Hari tu dapat PM dari peminat tupperware, "akak rajin2 lah post kat wall, kalau saya berkenan saya order" wa makin semangat jadinya. Kepada kawan2 yang home nye penuh ngan gambar tupperware saya maaf ye. 

Semoga saya tidak hangat2 taik ayam..=) chaiyok2 ANIS!!!

Dream of this =P

Hahaha! Tak abes2 kan berangan. Tapi nak berangan juga berdasarkan 2 sebab musabab di bawah:

1. Handphone saya da nearly expired.

Handphone yang saya guna ini adalah handphone ke-3 saya dalam sejarah penggunaan telefon. 

Telefon pertama adalah telefon yang saya kira bukan sahaja second hand malah macam dah banyak2 orang pakai. kondisi agak teruk, bateri sudah macam kong masa beli. harga jugak sangat murah. Macam tak sampai seratus kot. Tergesa2 beli sebab masa tu nak masuk matrik. Masa kat matrik guna tel nak call kat kampung je. Ummi topup sebulan rm30 pun tak abes. siap bagi kawan guna lagi. sangat nert rasa sebab tak tahu macam mana nak habis topup rm30 sebulan itu. kalau topup pun bukan sebab credit abes tapi sebab credit da nak expired. 


Gambar di atas adalah lebih kurang telefon pertama saya, cuma yang saya punya warnanya biru. Credit picture to google =) Pakai phone ni tak lama disebabkan kondisi ia yang sangat teruk.

Maka dengan duit berbaki biasiswa masa form 5 saya beli telefon ini. Lebih kurang sama tapi saya punya keypad warna warni. Lama jugak saya pakai telefon ini. Dari matrik 2004 hingga 2008. 


picture credit to google

Lepas tu saya bagi adik sebab nak pakai telefon sekarang ni. you all pun da pernah tengok dan sedia maklumkan saya guna phone apa sekarang. Dari Feb 2008 hingga ??? 

picture credit to google

Sebab utama saya tukar phone adalah nak sama ngan bakal suami yang mana my husband sekarang. Dia beli dulu, then baru saya beli sebab saya tak tahu nak beli yang macam mana. saya sebenarnya tak reti sangat pasal gadget2 ni. Tapi yang my husband punye da hilang kena cuti tahun lepas. Saya punya ada lagi tapi mungkin ia da nak expired. hari tu bateri kong tukar bateri still sama jugak. sekarang ada masalah baru. keypad not well function. kalau kita nak tekan b dia keluar ab. aduyai!! cemana2. saya bajet nak beli phone idaman tahun depan. jangan rosak lagi wahai tel cayang =) 

2. Phone idaman kan boleh 2 function dalam satu masa maka senang lah saya nak take picture yang berkualiti sket memandang my one da tak bape cantik sangat bila amik gambar dulu2 oke2 je. Da sangat tua kot tel saya ni. Nak guna camera, camera da rosak..

waaaaaa...i really need the new one. bila boleh dapat tu saya tak pasti. tulis je dulu. sebab dari apa yang pernah saya belajar kalau nak apa2. tulis tulis tulis tengok setiap hari dan berusaha untuk dapatkannya insyaAllah kita akan dapat barang yang kita hajati tu. Dan da banyak kali saya practise kan benda ni. Walaupun tak dapat exactly macam yang saya nak at least tak lari jauh....insyaAllah

Friday, April 6, 2012

Bersiaran from somewhere else

Destinasi masih panjang lagi. Perlu bulatkan tekad hadapi segala yang terbentang di depan mata buat masa ini demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Huhuhu! 

Hari tu one of friend tulis kat status dia "jangan berhenti mengejar cita". Yerp saya tak pernah berhenti mengejar cita-cita sebab kan manusia tak pernah puas dengan apa yang dia ada. Dapat benda yang dihajatkan mahu benda lain pulak. Which is good sebenarnya. But at the same time mestilah benda atau apa yang kita impikan atau hajatkan itu mampu kita dapat. Be realistic! =)

Jika ada orang bertanya "Imagine yourself ten years from now?" truly, madly, deeply I totally cannot tell them what I will be exactly. The only things I can tell is maybe I have this, this and this...It is uncertain.

So, to make all of my dreams come true I must work harder and harder but It pain me sometimes. That why I must be strong enough,. crying, struggling, working, tiring will become my best friend for the time being. At least kurus lah skit kan. Hahahaha!

But, as for a start. Nothing burden me much. Everything went well and hopefully the pain will be over shortly. 

Sub-entri : Orang tamak selalu rugi

Hahaha! Peribahasa ini sudah disogokkan sejak kecik lagi dengan cerita anjing dan bayang2 nya tapi macam tak mahu insaf dan amik kisah pasal cerita itu dan segala pengajaran yang terkandung di dalamnya.

Dan kalau ade pengajaran dalam cerita yang bakal saya ceritakan ini amiklah iktibar jadikanlah pengajaran. yang buruk jadikan teladan =)

Tengok orang lain berkereta sendiri macam mahu berkereta sendiri. Tapi saya mahu kete besar, mahu yang macam tu mahu yang macam ni, end up sehingga kini saya masih belum memiliki kereta sendiri = (

Bila tengok rumah, mahu rumah yang selesa, mahu yang atas tanah, mahu yang ada itu ada ini. Buat masa ini memang totally tak mampu nak memiliki. Usahkan yang besar yang kecil pun masih belum mampu lagi = (

And a lot more things I wish that is still not come true yet.

Because life is uncertain saya pun tak tahu saya akan memilikinya atau tidak tapi saya akan tak pernah berhenti berusaha ke arah itu.

Sub-entri kedua: Belajar bersyukur dengan apa yang ada


Kehidupan ada pro and cons. Allah tak akan membebankan hambanya dengan sesuatu yang tak mampu ditanggung. Dalam saya merasa tak mampu untuk memiliki apa yang saya hajati Dia tidak lupa untuk memberi nikmat untuk merasai kepada saya. 

Walaupun saya tiada kereta, saya masih boleh naik kete suami. Walaupun kete kecik kami masih mampu ke sana ke mari mengukur jalan di kala hari cuti =) Still boleh balik kampung. Tak perlu bersusah payah naik public transport dengan si kecik cenonet itu. Sebab ia kereta kecik, ia jimat minyak. Sebab ia kete tempatan ia low maintenance. Dan banyak jugak kebaikan ia. Ia tak pernah rosak melainkan saya yang rosakkan ia. Kalau nak tahu search gajah putih =P. Alhamdullilah!

Walaupun masih tidak memiliki rumah sendiri saya masih mampu duduk kat umah yang agak selesa dengan hanya rm200 ke rm300 je sebulan yang kalau ikut market price KL ni mungkin sewanya mencecah 1K per month. Alhamdullillah!

I have one cute little daughter yang sangat nakal dan manja. Having her around made my day meaningful. Ketawa, senyum, buat-buat tidur buatkan saya kalau lama2 tak jumpa dia buatkan saya rindu =) Alhamdullilah!

Having such a supportive husband that don't care how I choose the path of my life. who always encourage me to fulfill my desire make me feel so appreciated! Alhamdullilah!

And many2 more. Which if I jot down all here this entry will not come to an end. 

And thank you Allah kerana masih panjang kan lagi umurku hingga ke saat ini. 

Alhamdullilah di atas segala yang engkau telah kurnia kan kepada ku....


Tuesday, April 3, 2012

Sharing is Caring~

Husband tak balik malam ni sebab tu lah saya tak tido lagi. My cute little baby da tido. Kemain susah nak tido. Asyik papa papa papa aje. Mama sangat jarang nak sebut. Herm, malam ni nak citer pasal apa? Husband no no no. Not in the mood mahu story mory pasal dia. 

K lah kita citer pasal kenangan masa kecik2 dulu. Boring? Layan kan ajerrrrr~~~~

Saya bersekolah seawal usia 5 tahun. Sebab musabab nya saya yang nak sangat ke sekolah. Saya masa kecik adalah budak yang suka tiru apa orang besar buat. Even saya boleh baca paper masa tadika lagi. Satu pencapaian yang membanggakan bagi budak kecik. 

Nak dijadikan cerita saya tertengok makcik saya baca paper. Nampak macam sangat interesting. Tapi bila saya amik dan tengok takde pape yang menarik melainkan tulisan2 yang saya tak tahu apa maksudnya. Maka bermulalah episod sedih. Sampai saya sanggup bawa balik paper tu ke rumah sambil nangis2 sebab tak dapat baca macam makcik saya baca. Mak saya pun naik heran, nape lah budak ni beria sangat nak baca paper sedangkan masuk sekolah pun belum. 

Esoknya saya bawa pulak paper tu pergi rumah makcik dengan harapan dia nak ajar saya. Ye jangan terkejut sebab dia ajar saya. Tapi bukan ajar mengeja sebenarnya tapi ajar kenal huruf. Ye lah kan. Macam mana nak baca kalau huruf pun tak kenal. Makanya dia cakap lah kalau huruf macam ni apa. Macam ni apa. maksudnya saya tak belajar a b c d e f dan seterusnya tapi belajar huruf ikut perkataan kat paper tu. 

Okay, lepas da kenal huruf dia ajar pulak b a tu ba, c a tu ca, b u tu bu, k u tu ku. Akhirnya saya boleh baca paper tersebut secara mengeja tanpa paham pun maksud apa yang saya baca. Lenguh tau mengeja saja. Bukan membaca. 

Balik umah terus mengamuk kat ayah nak masuk sekolah pulak. Dengan harapan saya boleh baca paper tu sebagaimana makcik saya baca. 

Walaupun masa tu da start sebenarnya sesi pembelajaran untuk tahun itu tetapi ayah terpaksa jugak daftar saya ke sekolah sebab saya nangis2 nak g sekolah. Sungguh rajin kau budak =P Masa tu kan saya baru 5 tahun, ayah saya rancang nak hantar sekolah masa 6 tahun. Tapi disebabkan tak menyempat. Makanya student life saya bermula seawal 5 tahun lagi. 

Ok till then.,.,babai =)