Wednesday, April 29, 2009

Bila fikir pasal study..

Aku jadi tak tentu
Bila fikir pasal coursework lagi la
Bila fikir subject yang takde final pun macam teruk je

Serba salahnya
Horrornya sem ni..

Ya Allah berikanlah aku kekuatan =,(

Tuesday, April 28, 2009

Aku hanya mahu..

Semua2 ni cepat berLALU..

Ya Allah, tabahkan hatiku..
Kuatkanlah aku..
AMInnn..

Sunday, April 26, 2009

Terlalu banyak yang saya harus fikirkan..

Cuma tinggal seminggu sahaja lagi untuk semester terakhir saya di uni sebelum seminggu study week dan seminggu exam week. Dan terlalu banyak jugak kerja-kerja yang perlu saya bereskan dalam masa yang terlalu singkat ini.

Plant design project
1. Individual report -> esok a.k.a 27 April 09 (done)

Heat Integration
1. Assignment -> esok jugak (done)
2. Test 2 -> 30 April 2009

Process Optimization
1. Test 3 -> 30 April 09 (done)
2. Report -> 29 April 09 (done)

Final year project
1. Dissertation -> 30 April 09 (done)

Doakan moga saya tabah menghadapi sume ini...

Saturday, April 25, 2009

Awardss..=)

Thanks sebab bagi dua award sekali gus. Terharu2.

Award pertama

RULES ;

1.Put this badge in your awesome blog.



2.Award this badge to 10 bloggers whom you think are inspirational and friendly.

3.Make sure you put the recipients’ names here, along with their links.

Saya bagi award ni kat
+ Alin
+ Dalila
+ Zeti
+ Dayah Chemi
+ Intan
+ Sue
+ Wani
+ Dayah Wani
+ Harith
+ Rosli

4.Let them know about this.
5.Don't forget to tell the who give this award and also his links.

Opss Adreyna yang bagi award ni kat saya.

Award kedua:


1.Pastikan jantina anda adalah perempuan

2.Copy badge sebagai award anda

3.Nyata 7 sebab kenapa anda bangga menjadi perempuan

+ Sebab boleh pakai baju dalam semua warna
+Sebab kasut dan selipar ada banyak choice
+Sebab sekarang dah ramai pompuan yang berjaya
+Sebab pompuan lemah lembut
+Sebab pompuan lawa2
+Sebab pompuan baik
+Sebab saya suka dan BANGGA jadi pompuan, mujur saya bukan lelaki

4.Pass kan award ini kepada girl-friends anda

Saya hadiahkan award ini kat sume follower saya. Oppss yang perempuan je ye.

Friday, April 24, 2009

Makanan BEST!!!

Memandangkan kerja2 untuk hari ini sudah sedikit beres, maka dengan rajinnya saya menjawab tag adreyna =)

Tag Rules :-

1. Senaraikan 10 images makanan/minuman yang anda teringin nak makan saat ini.

2. Carian hendaklah dilakukan dengan Google dan paparkan image paling menggiurkan.

3. Turutan gambar hendaklah mengikut nafsu keinginan anda masing-masing.



4. Sila tag 6 orang lain untuk tugasan ini. Selamat menyelesaikan tugasan!

* Rosli
* Sue
* dan seterusnya kepada pengunjung yang ke 260, 261, 262 dan 263 =)


Sama tapi tak serupa..


Us~!!



p/s: serious addicted..haaa dah2!!

Tuesday, April 21, 2009

Teruja..

Tetiba tadi saya terjumpa banyak sangat blog berkaitan masak memasak. Sebenarnya sudah lama saya ingin dan mahu belajar memasak. Tetapi setiap kali selepas mencuba sesuatu resepi. Hanya untuk sekali cuba saya sudah balik ke uni balik. Bila cuti balik rumah dan resepi yang belajar dulu sudah lupa.

Memandangkan saya sudah di final year sekarang, dan mungkin saya ada sedikit masa di rumah selepas ini, jika berkesempatan saya ingin mencuba segala jenis masakan yang saya teruja melihatnya =)

Saya sudah menambah bloglist baru. JOm masak-masak. Sapa yang nak jenguk2 blog yang saya tengok tadi di persilakan.

Btw, saya ingin kongsi satu resepi masakan dari ummi saya untuk semua. Resepi ni baru saya cuba sekali je. Dan walaupun sekali cuba saya rasa saya berjaya. OPss.!!

Maaf tiada gambar,

ketupat sotong

Bahan-bahan

1. sotong lebih kurang 10 ekor (yg sederhana besar, yg kecik tak best)
2. gula melaka beberapa keping
3. beras pulut (cukup untuk 10 ekor sotong)
4. sehelai daun pandan
5. lidi kelapa secukupnya~~
6. santan secukupnya (biasenya sikit je) amik santan yang mula2 diperah je..
7. garam secukup rasa

cara buat

1. basuh beras pulut dan rendam dalam santan, tambah garam sikit...biarkan

2. basuh sotong

3. masukkan beras pulut yang direndam dalam santan tadi ke dalam perut sotong, jangan banyak sangat..agak2 dh ok stop.

4. Pastu masukkan kepala sotong kt dlm perut dia jgak. dan cucuk dengan lidi kelapa td

5. Susun sotong2 yang dah dimasukkan ngan pulut ke dalam periuk..masukkan daun pandan dan beberapa keping gula melaka. Kalau nak manis letak banyak, kalau tak nak letak sikit je

6. Letak atas dapur dan masak

7. Agak-agak dan masak..angkat

8. sedia untuk di hidang

Monday, April 20, 2009

10 SIKAP WANITA DI SUKAI LELAKI

Sikap Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki.

Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

Menghargai

Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa
kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan
berfikiran terbuka.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg
baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan
oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati dan Prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia.
Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.

P/s: Juga lupa copy and paste dari mana. Sekadar untuk renungan bersama =)

P/s/s: Misi meng'clear'kan blog satu lagi. Sekarang hanya mahu manage dua blog je.

Sunday, April 19, 2009

Dia lebih tahu

"Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu,
yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu...
Pasti akan damailah hatimu,
kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia...
Bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu,retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan Nya..."

Sumber: Save dalam desktop, tak ingat exactly amik kat mana. Semoga boleh dijadikan renungan bersama.

Saturday, April 18, 2009

Aku buat hal lagi...

Wahaaaa...tanpa di rancang dan tanpa di sangka2. Betui ke ni tak di sangka2. Aku buat hal lagi. Dulu aku da pernah insaf kejap. Tetiba je buat hal lagi. Wohoooo...kali ni berjanjilah duhai anis, dah dah la mencari penyakit. Mencari penyakit senang, nak cari ubat dia susah. Tak suka...tak suka.. kalau dah tau tak suka nape buat jugak? Tanyalah diri sendiri kenapa buat. Berani buat berani tanggung Okeh.



Waaaa....miss my dear jugak. Alangkah bestnya kalau dia ada laptop, ada internet connection, ada blog, ada frenster, ada facebook. Makanya dia leh la tengok apa aku buat. Leh la dia komen blog aku yang tak seberapa ni. Kalau aku banyak duet, mungkin aku akan hadiahkan dia laptop masa birthday dia bulan 5 nanti. Senang nak ym nak gtalk. Sume2 lah.

Ha a..Apa lagi. Apa lagi. Serious emosi aku tak stabil di kala ini.

Dah lama kot tak studi..studi la anis wei. Bukan nya banyak pun lagi masa kat UTP ni. Guna kan sepenuhnya masa yang ade untuk buat kerja-kerja yang berfaedah sikit. Sebab terlalu tak buat keje la tuh leh buat benda2 entah pape cenggini nih. Pastu kalau keje orang komen mula lah terasa la apa lah. So, kalau tak nak orang komen buat betul-betul. SERIOUS ni aNis g studi Nuuuuu..~~~~~

memori suka duka zaman perSEKOLAHan

Which school is memorable: primary or secondary?

For me my primary school is more memorable. There are a lot of things happen in my life. At that time, I was a cute little girl (Opss..!!) that always want to challenge myself to do better in reading, learning and calculating.

The story begin when I suddenly had to change school.
For the first half semester in 1993 I was a SRK Hamzah (1) student. And I believe some of my classmate still remember me. I really appreciate it even I not recognize you anymore. That what I remember is just a name of Kumpulan Putih members. Intan Zahariah, Wan Amalina, Sazali or Razali or Ramlee (I am not so sure about this, please correct me if I am wrong), Mohd Afiq. Some of you I already met but some of you are not. If you find this blog please leave something so that we can keep in touch.

Then, I am continuing my study in SK Ladang Bari. I found a lot of friends there. But, I also cannot recognize your face. And I know one of my best friend taking nursing right now. And if I am not mistaken, my best friend too Kamisah was past away several years ago due to high fever. Let's pray for her. Hope she rest in peace.

Then, I changed school again. I'm back to Kelantan and stayed in Temalir. My last primary school ever was SK Temalir. There are a lot of memories there because I was study there started from standard 2 till standard 6. Yeah..a lot! So I decide not to tell the whole story here. Hehe!!

What kind of meal(s) or food that you like most at that school?

Nasi Putih and Ayam Masak Merah were my daily menu during primary school. It was really cheap. Only cost me 0.30sen + air (0.10sen) = 0.40 sen per day. And I only bought 0.50 sen to school every day.

Erm, during secondary school. There were a lot of choices at Dewan Makan, but the most menu I like was Nasi putih+Ikan masak apa tak ingat+pastu sambal kacang ke apa benda(tak tahu nama dia).

Which subjects you like and dislike most? Why?

I really like geografi. Proud of me, I got A's for all geografi test paper except for the SPM trial (kes over confident).

Form 5, I really like kimia & matematik moden. Because these two teachers are handsome. (Ampun cikgu =))

Masa sekolah rendah really don't like english subject. I am very bad in English and always felt nervous during english class. Always hope that English class was finished faster but it not.
Same goes during tuisyen kelas. Learned English with the teacher that always asking student made me felt unconfortable.

The worst punishment received and why?

Kena rotan masa darjah 3 oleh Pk HEM Cikgu Ismail sebab kelas bising sangat. Tapi cikgu saya tak bising. First time kena rotan rasa nak nangis. Tapi entah keras hati buat biasa je. And tu actually first and last time kena rotan. Worst case lain. Takde. Bagus tak?! =P

Which date of school's life that bored you most?

Bila tak dapat tidur malam sebab rasa cam kena tindih ngan something hitam+berbulubanyak+besar+masukikutpintu+keluarikuttingkap=mencurimasatidursaya.
Boring yang amat nak tunggu boleh tidur balik.

Gaduh a.k.a terasa hati dengan my bestfriend. Time tu rasa nak cepat-cepat je abes sekolah. AMPUN!!

The favourite teacher?

Cikgu DurRah, Cikgu SyUkri, Cikgu RaShid, Cikgu ZAmri, Cikgu RoZeK, Cikgu NaZri, Cikgu AsRi, SiR IkRam dan banyak lagi..sumelah saya suke =) Opss cikgu sekolah rendah Cikgu Azhar, Cikgu WanZa

Items that you would never leave at school except pen, book, pensil case, etc?

myself maybe. Haha!! Entah

The feelings when the time to show your report cards to your parents?

Biasa-biasa je sebab my parent not even blame me if I don't get good result, because I already blame myself first. And there know that I had tried my best.

Had you ever feel jealous when your friends got higher marks? What would you do?

Sometimes yes and sometimes not. Just go with the flow. Hope next time I will do more better than them. (positive2!!)

What is you highest achievement during school's years?

Head girl during primary school. Highest achievement ke.?? Boleyla~~ =)

Miss the school's life?

Of course!! But I just cannot.

Ni koleksi gambar masa sekolah dulu


Perkhemahan pengakap kat kem kijang

Graduation Day


Four of us


Balqisian..dinner last

Friday, April 17, 2009

meninjau KERJAYA dan merancang MASA DEPAN

Sempena minggu kerjaya kat my uni, saya turut tidak ketinggalan untuk memeriahkan lagi majlis. Dengan ekonomi negara yang tak berapa stabil, risau jugak takut-takut susah nak dapat keje. Saya pula memang memasang angan-angan yang tinggi untuk tidak menganggur lama bila keluar nanti. Tak keje lagi sudah banyak pending list. Cemana nih.

Banyak jugak booth dibukak. Banyak dapat info pasal KERJAYA ni. As a conclusion, the best choice is to pursue my study for the higher level. But after thinking twice, i feel like not ready to continue my study just after the graduation. I must at least take a break after taking long journey as a student.

doing MASTER in UTP

But for those who are really interested to continue your study. You are encourage to do so. Submit your form (online registration) as soon as possible. You can also apply to be GA too. If you are selected as a GA you will be payed by Uni MYR1000++ per month. Instead of study you also don't need to think about money. Hurry!! this place is limited. Otherwise you have to find your sponsor by yourself.
why i speak english tetiba
sebab kakak yang bagi explanation hari tu give explanation in english
so this is what i get from her =)


Bumi Armada

I had found the information about this company in GRADUAN 2009 book. This company is Malaysia's largest owner and operator of offshore vessel. For more information you can visit BUMI ARMADA BERHAD. Although the place is limited but the company is still looking for new employees. I already submitted my resume.

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Merujuk kepada abang yang bagi informasi. Semua badan yang berada di bawah kementerian perlulah mendaftar melalui SPA untuk sebarang permohonan pekerjaan. Saya juga turut mencari kerja di sektor kerajaan. Untuk jangka masa panjang, kerja kerajaan memang mempunyai masa depan yang cerah.
Bagi yang ingin memohon jawatan di jabatan yang separa kerajaan seperti MARDI dan SIRIM anda boleh berhubung terus dengan jabatan tersebut.

JobsDB.com

Kat sini anda juga boleh mendaftar untuk mengetahui peluang kerjaya. Sama jugak macam jobstreet. Sapa tak mendaftar untuk jobstreet lagi, cepat!!. Bila anda sign in dan klik kat My Application anda boleh mengetahui status permohonan anda. Menarik bukan =P

Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Opss.. ini part paling menarik. Pernahkah kita terfikir, dan sebenarnya saya tak pernah terfikir pun apa function ATM dalam pesta kerjaya kat kita punye uni. Namun, secara tak sengaja saya telah tahu apa function dia. Instead of asking about our career we can also asking on behalf of our brother, sister, friends and etc.

saya: Salam, nak tanya?

ATM: Ye.

saya: Kalau orang tu dah ade dalam askar, leh tak dia sambung belajar kat UPNM a.k.a ATMA

ATM: Tak boleh.

saya: Kalau macam tu, ada cara lain tak nak sambung belajar?

ATM: Ada, dia boleh mohon apa saja jawatan under kementerian pengajian tinggi
(means uni awam)

ATM: Erm, boleh tanya. Awak sekarang umur berapa? Kenapa nak masuk ATM?

saya: Ooo,,saya tanya on behalf of my friend.

ATM: Result SPM dia ok tak?

saya: Saya tak sure.

ATM: Kalau result dia tak berapa elok dia kena amik SPM balik within one year. Pembiayaan penuh oleh kerajaan.

saya: Okay, senang tak nak apply untuk sambung belajar ni?

ATM: Senang kalau tingkah laku dia baik dan pegawai dia luluskan?

saya (secara tak sengaja): Dia baik...

ATM: Awak tanya on behalf of sapa ni. bf eee..
(Kantoi di situ)

saya: ooo, lepas tu bila dah abes belajar dia akan jadi orang awan ke?

ATM: Tak, dia akan berkhidmat dalam tentera juga tetapi mengikut bidang kursus yang dia ambil. Kalau dia amik pengurusan dia akan jadi tentera bidang menguruskan orang. Kalau dia amik jurutera jadi tentera dalam bidang jurutera. And so on...

saya: Thank you!!

Saya pulang dengan semangat yang baru. Maaf, saya tidak memaksa dia untuk sambung belajar. Tetapi hasrat ini lahir dari dia sendiri. Dan bagai pucuk di cita ulam mendatang saya sememangnya menerima keterbukaan dia untuk sambung belajar.
InsyaAllah saya akan bantu dia merealisasikan impian ini. Cuma sekarang kami perlu menunggu masa yang sesuatu. Thanks dear~~






Thursday, April 16, 2009

Tag from AdreyNa

Pengumuman:
Saya telah di tag oleh AdreYna


1) nama timangan

1. along: Satu family panggil termasuk lah jiran2 dan kenalan family.

2. anis: kawan-kawan sebaya, senior, kebanyakannya panggil guna nama ni.
3. eixora: nickname kat mirc, kat forum2 jugak.
4. b: spesel case =P


2) anda seorang yang......

1. mudah terasa.
2. tahap keyakinan diri yang rendah.
3. kebelakangan ni malas sangat nak studi.


3) insan istimewa dan knp dia teramat istimewa......

1. tentunya family: Sayang sangat2. Kalau boleh nak keje cepat2 bantu family.
2. mohd zulhilmi: sebab dia sayang saya dan saya sayang dia..blushing2~~
3. Izyan: mybestfriend. bilo mung nk ade blog nye??


4) lagu kesukaan sekarang.......?

1. Mila..bila cinta
2. Farah Asyikin..Hello


5) warna kegemaran....

1. Merah
2. Biru
3. Oren
4. Putih
5. Pink


6) benda wajib lam handbeg.....?

1. Purse
2. Lip ice
3. Handphone
4. Earphone
5. Syiling
6. Document penting..haha!!~~
7. Kunci bilik
8. Losyen
9. Perfume


7) kali terakhir nangis....?

tak ingat bila. tapi lately memang cepat sangat terasa ngan sapa2 pun


8) tag 6 rakan anda...now kite undi sape yang kena....tadaaaaa.....

1. Ili Nabila
2. Wanitita
3. Ruzille
4. Intan Baizura
5. Melor
6. Harith


Award collections

Award from dyana


Award from honeysour


Syarat: Nyatakan pandangan.
Blog yang cun dan suka baca cerita kat situ.
Best2!!


Award from K.Ami


Award from Indah


Clik here and become Indah follower and
you will get this award. Easy right? Hehehe..

Award from Adreyna


Award from Adreyna

Dalam kesibukan melompat dari satu blog ke satu blog tetiba terjumpa award ni kat blog Adreyna. Herm, disebabkan saya tak pernah dapat award maka dengan statement ini "kpd smua kwn2 bloggerz..sape rs nak amik award ni amiklah..jgn segan2...free of charge je..sudi2lh amik ek.." makanya award ini telah menjadi milik saya.


Ini ialah rules and regulations nya:

1. Copy image (award)

2. Tulis sebarang komen pasal penghantar ni

Adreyna is my schoolmate masa kat scipp dulu. Da lama lost contact bile memasing membawa haluan masing-masing. Memula ke matrik dan seterunya ke uni. Sekarang Adreyna da abes belajar. Kitorg berjumpa balik di dunia blogger ni.

3. Kasi kat mana-mana blogger

Saya nak kasi award ni kat my junior masa kat scipp dulu. Baru je link kan blognya beberapa hari yang lepas. Juga bertemu balik di dunia blogger ini.

p/s: Kepada kengkawan yang lain..jom reramai meriahkan dunia blogger ni. And stay keep in touch.

p/s/s: Kepada budak specky picture anda telah berjaya diupload. Sesiapa mahu berkenalan ngn budak specky jom =)

Monday, April 13, 2009

Dah lama nak buat tag ni

Amik kat blog Dalila

The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tag 6 people

I am: a girl




I really want to go:



My favorite place:



My favorite drink:



My fave food:



My fave color:



My fave show:



My hobbies:





My wishes:









I would like to tag:

1. adreyna

2. intan

3. amalina aisyah

4. yanie

5. rumate

6. sape2 je

Sunday, April 12, 2009

Akhirnya dapat jua ku update blog ini...

Terima kasih kepada kawan-kawan yang ajar cam mana membolehkan google function balik kat sini.

Since about a month ago I tak dapat nak update blog. Sebenarnya banyak benda dalam kepala ni nak letak kat sini. Sampaikan setengah tu da tak ingat.

About study..
It gonna be two months more to finish up my study. PDP almost done. Tinggal individual report je lagi. FYP, still in progress. Report here and there. Chaiyok anis..

And update terkini,
Hari tu pergi eupho.










Then, petang semalam g men layang2 kat padang. Best gler.













Lepak2..










New pictures uploaded:




p/s: Cuba cari mana budak specky =P