Sunday, September 30, 2007

Ramadhan, 19

Semalam dapat jugak makan nasi kerabu. Ikut Ainul peg bazar. Tq Ainul. hehe~~ tapi terbeli nasi dua pulak. Takpe.. asalkan suka hati.

Ari ni puasa cam biasa, tak letih sangat walaupun sahur 10 minit je. Terasa nikmat sangat sahur kejap ni. Sebabnya terpaksa makan banyak dalam satu masa. Azra sebagai saksi. Malu2~~ tapi nak buat cam mana memang tak sempat. Pastu minum air sikit je. Tido dalam kekenyangan.

Petang, buat-buat rajin. Sebabnya keje berlambak tak setel lagi. Assigment, projek, etp and so so many things to do. Tapi menulis tetap menulis. Habit yang sukar nak tinggal. Seronok bila dapat menulis ni. Kadang-kadang yang ada masalah jadi takde masalah. Yeke? Kadang-kadang. HEhe

Petang telefon ummi. Suka nya dah lama tak telefon ummi. Cakap lama-lama. Tak saba nak balik rumah~~

Friday, September 28, 2007

Jangan biarkan.........

Anis dearie,

Jangan biarkan ia ada di situ. Biarkan ia main jauh-jauh. Masih terlalu awal lagi ni. Ye, masih terlalu awal. Jangan mudah buat assumption. Wa, tak nak sakit lagi. Tak nak. Tak nak. Cukuplah pengalaman dulu.

Hidup mesti ceria, riang ria, suka dan gembira. Jangan pura-pura gembira. Tapi gembira lah dalam erti kata yang sebenarnya.

Ya Allah, bantulah hambamu ini. Semoga setiap pilihan dan gerak hatiku adalah yang terbaik

Ramadhan, 16

Assalamualaiku w.r.t

Hidup tanpa masalah adalah mustahil. Kadang kala masalah yang dihadapi mampu mematangkan kita.

So, fikirkan lah. Sesuatu yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Jadikan apa yang telah berlaku dahulu sebagai panduan untuk kehidupan di masa akan datang. Yang penting jangan ulangi lagi apa yang silap itu. Sekali lagi, jangan mudah untuk mengulangi kesilapan yang sama. Betul, sebagai manusia biasa, kita mempunyai hati, perasaan dan juga nafsu. Namun semua itu masih boleh dikawal dengan mengunakan akal dan imam kita.

Ingat Anis, berusahalah untuk menghadapi apa sahaja yang berlaku dengan tenang. Jangan mudah melatah. Yakin dengan diri sendiri. Walaupun sesuatu yang kita impikan tidak akan kita dapat sekarang, percaya lah jika telah ditetapkan ia milik kita pasti kita akan dapat rasainya juga suatu hari nanti. Namun, jika itu bukan juga milik kita terimalah dengan hati yang terbuka.

Sekarang belajarlah untuk menghargai apa yang sudah dimiliki dan berada di depan mata. Gunalah peluang yang ada untuk membentuk masa depan yang gemilang. Jangan terlalu seronok dengan perkara yang melalaikan. Belajarlah menghargai masa dan apa saja peluang yang ada. Ingatlah diri ini terlalu bertuah berbanding dengan insan lain di luar sana. So, buktikan bahawa kita sebenarnya mampu.

Tolong anis, bantulah diri sendiri untuk menjadi insan yang lebih berjaya. Jangan terlalu hidup dalam kenangan dan jangan terlalu merancang untuk sesuatu yang belum pasti. Bersederhanalah dalam segalanya. Fokus kepada apa yang ada di depan masa.

Kita kena yakin yang kita kuat untuk semua itu. Semoga kejayaan milik kita.