Monday, August 3, 2020

Mimpi

Hai blog! Rindu!

Lately saya sering bermimpi.

Tau2 saja mimpi. Pasti tersasar dari logik akal manusia.

Dengan itu saya berazam untuk ignore mimpi. Saya cuba educate diri untuk keluar daripada mimpi yang bukan2.

Ternyata saya belum berjaya.

Terbaru saya bermimpi ke pandai yang sangat cantik. Airnya jenirnya. Pasirnya putih. Sampai sekarang teringat2 lagi.

Turut terselit plot2 yang saya rasakan tidak logik. Tapi saya belum berjaya keluar dari mimpi itu sehingga mengarut2 jadinya jalan ceritanya.

Kawan2 pernah mimpi pelik2? Jom share

Saturday, June 6, 2020

Wanita dan emas

Saya tidak bekerja. Bergelar pelajar. Biasiswa juga kadang2 ada kadang2 takde.

Bila tengok orang pakai emas selalu rasa tak mampu nak beli.

Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya terjebak dengan kutu emas. Dah habis sambung lagi sambung lagi. 

Saya beli yang kecik2 je. Tak sangka sekarang dah ada beberapa untuk diri sendiri dan anak2. Kebanyakkan hasil bermain kutu.

If there is a will, there is a way.

Jika tidak dapat cara A. Ada cara B. Jika tidak dapat cara B ada cara C. Kerana alphabet ada sampaiii z kan. Agitueww!


Suami romantik

Suami romantik mungkin ada atau hanya wujud dalam drama sahaja. Aaron aziz pun mengaku yang dia tak seromantik di dalam drama.

Haha.

Terima lah laki kita seadanya walau dia tidak buat suprise bagi jambangan bunga atau viral tupak dakap sekarang ni. 

Cukup lah dia bagi kasih sayang dan tak sepak terajang kita.

Kata orang expect less appreciate more. Gitu. 

Thursday, June 4, 2020

Sempena ulang tahun perkahwinan ke 10

Pejam celik pejam celik sudah 10 tahun masa berlalu.



Banyak saya belajar sepanjang perkahwinan ini. Even before tu lagi.

Dulu saya sangat skeptikel dengan cinta. Antara kawan2 saya yang paling lambat 'bercinta' sebab saya takut dikecewakan. Lucu pulak bila ingat sebab ni. Tapi itu lah hakikatnya.

Saya juga tidak mahu lelaki yang high taste. Pakai barang2 branded saja. Sebab saya ni biasa2 saja orangnya.

Apa yang buat saya suka dengan husband. Bagi saya dia seorang yang mempunyai matlamat. Tidak main2 dalam menyatakan hasrat untuk jadikan saya isteri dia. Nampak kesungguhan dia. Seiring dengan tindakan dia berjumpa mak ayah saya. Betul. Itu lah tindakan dia yang membuatkan saya yakin dia lah jodoh saya.

Walaupun kami hidup serba sederhana. Allah maha baik kurniakan kami rezeki yang tidak putus2. Dikurniakan 3 orang cahaya mata yang comel melengkapkan lagi kehidupan berumah tangga kami.

Terima kasih Allah atas kurniaan rasa cinta & bahagia ini.

Dan sehingga kini saya tetap dengan quote saya "Love is miracle".

Doakan semoga kami dapat berkasih sayang hingga ke syurga.

Love u ❤️

Sunday, May 31, 2020

Keringat

Bila balik kampung di Kelantan saya selalu terserempak dengan ayah2 yang tua sebelum usia.

Kebanyakkan mereka membuat kerja kerja kampung seperti berkebun, menoreh getah, tukang rumah dan sebagainya. 

Bila lihat tangan mereka. Jelas kelihatan urat tangan yang besar menggambarkan tenaga yang mereka gunakan untuk membanting tulang empat kerat demi mencari rezeki.

Kali ini terserempak dengan seorang pakcik. Menaiki motosikal bersama anak perempuan. Di stesen minyak mungkin pulang dari pekan membeli barang keperluan.

Saya lihat urat tangannya. Jelas terlihat tangan yang bekerja keras. Saya lihat matanya. Pandangan yang sayu. Saya lihat keadaannya. Hanya berpakaian lusuh. 

Hati saya meronta-ronta mampu hulur sepuluh dua. Tapi saya hanya mampu bermonolog sendiri. Wajarkah saya bagi beliau wang, sedangkan beliau tidak meminta-minta. 

Yang saya mampu ketika itu hanyalah mendoakan agar pakcik di murahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Saya kagum dengan mereka. Tetap usaha walau sesukar mana. Walau pendapatan tidak sebesar mana. Kerana mereka sedar tanggungjawab mereka.

Saya ambil semangat mereka untuk saya bawa bersama dalam hari-hari saya.

Saya doakan kita semua dikurniakan rezeki yang melimpah ruah oleh Allah s.w.t.

Walaupun sesukar mana hidup kita. Kita perlu bangkit berusaha. Semoga hari esok memberi sinar baru buat kita semua.

Aminnn

:. I just find out yang ada apps blogger yang membolehkan kita menulis without turn on laptop. Semoga istiqamah menulis. Rindu sangat nak menulis ❤️

Thursday, February 27, 2020

Nak pilih mana dulu?

Saya terjumpa pertanyaan ini di FB.

Katanya jika nak sambung PhD nak pilih yang mana dulu. 

Dislaimer: Ini adalah pendapat peribadi saya. Lain orang lain pendapatnya. 


LOKASI UNIVERSITI

Untuk universiti saya tidak pilih berdasarkan rank @ apa. Yang penting lokasi. Mestilah berdekatan dengan rumah. 

Memandangkan saya sudah berkahwin dan mempunyai anak. Suami pula bekerja pejabat jadi saya utamakan lokasi dahulu. Toksah cakap nak sambung oversea. Kalau boleh nak sebelah rumah je =)

Jimat kos
Uni yang dekat ni sikit sebanyak membantu mengurangkan perbelanjaan. Ye lah sambung belajar ni terkenal dengan tak cukup duit. Jadi kita kena jimatkan mana yang boleh jimat. Kalau uni jauh nak kena PJJ. Kena sewa rumah atau hostel. Duit travel lagi everyweek. Semua pakai duit tu. Selagi boleh jimat kita jimat.

Emosi
Emosi diri sendiri penting. Kena jaga. Bila duk jauh2. Rindu suami. Rindu anak2. Macam2. 

SUPERVISOR

Bila dah pilih universiti, baru lah pilih supervisor. Cara dia masuk laman web universiti. Pergi dekat fakulti yang kita mahu apply. Kemudian pergi dekat supervisor directory. Nanti dia akan ada short description tentang research yang related ngan supervisor tu. Try approach dia by email atau call. Saya buat dua2 ni but no reply. Mungkin tak berjodoh ngan supervisor tu. 

TAJUK

Bila dah jumpa supervisor. Discuss dengan dia tentang tajuk2 yang available. Bila dua2 setuju dengan tajuk tu boleh lah proceed dengan proposal semua. 

----
Bila kita dah jumpa Supervisor dan bincang tajuk ngan dia probability untuk kita diterima kat uni tu tinggi lah sebab approval memang daripada lecturer tu. Kalau kita just apply through uni tanpa cari supervisor dulu akan ambil masa untuk uni matchkan kita ngan lecturer mana. Dan mungkin lecturer yang match tu dah tak available untuk amik student. Haa macam tu lah cerita dia. 

Semoga bermanfaat 


Wednesday, February 26, 2020

Permulaan PhD

Setelah tamat pengajian di Peringkat Master. Saya sangat teruja untuk memohon jawatan pensyarah di universiti2 awam.

Hampir semua universiti awam saya telefon. Namun semuanya tiada kekosongan. Kata mereka mereka sudah ada staf yang sedang menyambung pelajaran di peringkat PhD. Jadi jawatan yang ada akan diisi oleh staf sedia ada. 

Bincang dengan husband. Kerja atau sambung? Tanya dia jika sudah kerja mahu sambung lagi atau tak? Mahu. Kalau macam tu sambung je bagi habis dulu kemudian baru fikir nak kerja apa. 

Lalu, langkah pertama cari SV. 

Setelah di timbang tara lokasi uni dengan rumah akhirnyaku memilih UPM. 

Pencarian SV bermula. 

Kebanyakkan group2 Phd, tutor, uni di fb saya masuk. Lalu sy membuat 1 posting. Lebih kurang bunyinya begini. 

Saya berminat untuk sambung PhD. Bidang kejuruteran kimia (proses). Labwork. Lalu Allah hantar SV saya untuk komen di situ. Alhamdulillah selepas bertemuan pertama terus rasmi bergelar student kepada SV saya ni. 

SV yang baik dan supportive pun rezeki juga. 


Thursday, January 30, 2020

Perjalanan PhD

Tergerak hati untuk berkongsi pengalaman dalam menggapai PhD ni. Daripada blog ini dibiarkan sepi semoga ia dapat memberi suntikan semangat untuk sesiapa sahaja yang bercadang untuk menyambung pengajian ke peringkat PhD, sedang berjuang atau sesiapa sahaja. 

BAGAIMANA SAYA BERMULA?

Semenjak degree lagi jauh di lubuk hati menyimpan hasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat PhD. Benarlah kata2 itu doa. Walaupun seringkali di ucap di dalam hati, akhirnya termakhbul juga impian itu. Dan laluan untuk sambung juga di permudahkan.

PENGALAMAN KERJA

Seperti lain2 pelajar bila sudah habis belajar begitu teruja untuk bekerja. Mahu merasa pegang duit sendiri. Walaupun saya graduan lepasan universiti tersohor di Malaysia dan dibiaya oleh syarikat famous di Malaysia semasa di degree saya gagal untuk melayakkan diri menjadi sebahagian daripada mereka untuk memulakan kerjaya.

Walaubagaimanapun saya bernasib baik kerana masih di terima bekerja sebagai Research Chemist di sebuah company membuat glove. Terus terang saya suka dengan kerja saya. Cuma keterujaan itu hanya sementara bila saya mula berasa bosan dengan rutin yang sama setiap hari. Saya perlukan kerja yang lebih menCABAR? =)

Akhirnya saya membuat keputusan untuk resign setelah di terima bekerja di company kedua. Saya juga suka akan job scope di company kedua. Namun atas sebab2 tertentu saya memilih untuk berhenti juga.

MASTER DEGREE

Sebelum resign saya ada nyatakan hasrat untuk sambung belajar kepada seorang kenalan. Ketika itu dia bekerja di Universiti. Jadi melalui dia saya dapat tahu ada pensyarah yang tengah mencari student.

Semuanya dipermudahkan setelah emel saya berbalas positif. Saya diterima untuk sambung master di universiti tersebut. Atas banyak faktor saya berjaya tamatkan pengajian MASTER saya selama 3 tahun. Antaranya SV yang supportive, kawan2 yang banyak membantu, dan persekitaran yang sangat baik.

Alhamdulillah juga saya mendapat tajaan MyMaster under MyBrain untuk bayaran yuran. Dan monthly allowance. 

BERSAMBUNG






Wednesday, January 22, 2020

2020!

Terima kasih Ya Allah masih di panjangkan umur untuk menghirup udara di tahun 2020.

Alhamdulillah di beri kesihatan yang baik. Makan pakai cukup. Keluarga yang sederhana dan bahagia.

Semoga impian dah cita di tahun 2020 ini di makhbulkan Allah. Aminnn.

Yang penting tahun ni mau GRAD. Doa2 kan.