Takleh bayangkan kalau orang yang kita sayang, paham2 oke saya refer kat sapa. Saje tanak sebut. Jadi hak orang lain. Nauzubillah. Mintak jauh. Tapi nak cakap jugak.. Sebab ni kan bese berlaku dalam masyarakat kita. Yerp, wanita memang lemah. Saya la antara wanita tu kan. Dan saya rasa saya tak boleh terima keadaan macam tu. Kalu fikir2 dulu ngan kita, pastu sekarang? wa sedih2...tak leh nak tulis da. cekidout.
Wednesday, September 28, 2011
Bila saya stress...
Saya suka menulis. Menulis banyak2..kadang2 tanpa hala tuju. Entah la kenapanya nak stress sedangkan da lama kan keje situ. Dah hampir 2 tahun.
Oke, meh kita amik contoh. Kalau gunung berapi kan dia pendam2 dulu last2 meletus. Tu la sebabnya kot. Mula2 makan dalam last2 terhambur keluar. Dan this time benda ni jadi kat saya. Waaa,,,mahu cepat2 keluar dari situ.
Gemuk, tetiba plak citer pasal gemuk. Takpe lah. Lepas raya ni saya tak bleh stop makan. Stop sekejap je rasa macam kebuluran. Tak tahu la betul2 ke tak. Dan lately makan nasi 3x sehari. Perasan bila jeans yang selalu pakai tiba2 ketat kat paha. Now da jarang pakai seluar tu.
Kat ofis biasa tak makan sangat, ni mengunyah je keje. Kuih raya lebih hari tu la kawan2 bawak. Kerepek lebih lah. Kacang2 lebih lah. SUme yang lebih2 tu masuk tong sampah ini. ENd up rasa gemuk. Rasa je tak timbang pun. Tapi confirm ny lah da naik badan. Bah atas tak sangat, tapi bah pinggan ke bawah. Naper? Ke tu fenomena orang yang da beranak. Huhuhu!! Takut jugak gemuk. Tapi takleh tahan, asyik nak makan je.
Herbalife OR skirt? Ade kaitan ke...haha next entry oke!!
Ikut suka
Others
Hunting for new job
Yes i really mean it. Walaupun nak sambung study actually but i still don't get any confirmation yet form the lecturer.
So, I think I still have to make a move. With a boring job which I did it since past two years and such a weird a.k.a bos I don't think I will stay longer there. Oh no!
Ya Allah permudahkan laluan untuk ku mencari KERJA baru. Aminnn...
Ikut suka
career
Sunday, September 25, 2011
Just little thing to update..
Herm, nak menulis tapi taknak tulis panjang2..asalkan apa yang dimaksudkan orang paham. dusH!!
* Sangat terasa taknak lagi keje kat situ. Setiap kali jumaat malam sangat best. macam fikiran ni kosong takyah pk pasal keje for two days. but bila tiba malam ni.. ='(
* Dalam pada sangat down itu. got an email from Upnm lecturer offer me to continue study (full time) there. but still don't know when it will start..
* Ya Allah berikanlah aku kesabaran..AMinnn
* Tak sabar menunggu saat menghantar surat resign..InsyaAllah it will happen sooner or later.
Saturday, September 24, 2011
Oren la plak
Ini adalah entri ke-2. Nape tak tido lagi? Suami duty dan anak da tido. So, mama leh lah tido lewat2 sket kan. Herm, duk belek2 gambar tadi baru pasan sume barang dhiya oren. Sume oke.
Pertama sekali beli stroller. OREN. Okela sebab barang first kan.
Latest, walker ini jugak OREN. Tak plan pun sebenarnya. Kan terbukti saya tak suke pun merah. Saya suke OREN. Hahaha!! Apa la macam merapu pun ada aku ni.
If u notice, play-mat belakang dhiya tu pun ala2 oren jugak kan. Ada kuning, ade light green, ade oren. Walaupun itu adalah pemberian ofismate tapi ia tetap tak lari tema.
Makanya, nanti for the second baby we all tak kisah lah anak lelaki ke pompuan sebab takde satu pun barang berasaskan pink atau biru. SEKIAN =P
Piss: Pasan tak muka dhiya macam makin matured je..hehehe!!
Ikut suka
Baby stuff,
dhiya amani
25 September 2011
Belum 25 tapi rasa nak tulis terus. Alang2 kan. Masa 25hb 8 tak tulis2 sampai sudah sebab duk tunggu betul2 25 baru nak tulis.
Lagipun 22hb da g klinik cucuk dhiya 6 bulan. Berat naik tapi sket je. Dari 5.7kg ke 6.2kg. Masih dalam zon kuning. So, next check up 9bln pulak.
Da 6 bln ni macam2 pulak perangai dia. Makin banyak tahu pasal benda sekitar dia. Masa 4 bulan setengah pandai meniarap. Sekarang duk angkat2 punggung nak merangkak lah kot. Tapi perangai dia yang tak ubah2 tak boleh tinggal sorang2. Tak nampak je kita. Terus nangis yang macam sakit tu. Apa la dhiya ni? Hehe!! Tinggal kejap pun tak boleh.
Last 2 weeks kitorang belikan walker untuk dhiya. Dalam buku pink tu tulis walker tak elok. Tapi kalau dia guna under pengawasan kita boleh kot. Tengok la tu. Biasanya kalau amik gambar dia tengok kita ni duk ralit tengok menan dia. Sekarang da pandai putar2 bola tu. Mula2 naik tak pandai lagi tolak kaki ke depan. Undur ke tahu. Sekarang macam2 posisi da boleh pergi. Dan kitorang mula paham dia nak apa. Sebab bila dia nampak benda yang dia nak terus pergi ngan walker dia tu. Tapi awas kalau dia tak dapat capai barang tu maka nangis lah dia. Huhuhu!! budak kecik lah katakan.
Makan? Actually dari dhiya 5 bln plus2 lagi kitorang da bagi dhiya makan. Sebab kesian dia macam nak sangat makan. Ingatkan dia tak reti nak makan at first, sekali bagi nestum terus abes 3 sudu. Masa mula2 try makan pagi je. Sekarang da 2x sehari. Kat umah bbsitter da makan nasi bubur tapi kat umah belum. Esoklah mama buat k =)
Tengoklah happy semacam duk guling2.
Terasa dhiya macam da tak baby lagi =)
Tak baby lagi? Haha!!
Ini adalah nasi lemak kat ofis tadi. Disebabkan terasa syiok buat jamuan raya sebanyak 2x untuk tahun ni kat opis. Makanya ini adalah makan2 kali ketiga untuk bulan ni. Dengar nya nak buat tiap2 jumaat. Haha best2 makan bertambah2 lagi. Sume licin. Air, buah, nasi, sambal and etc..
Ikut suka
25hb,
dhiya amani
Thursday, September 15, 2011
Macam kapal pecah sudah
Huh!! rumah seriously macam kapal pecah..buat2 tak sempat nak berkemas. Macamlah bz sangat kan kat pejabat. Balik terus flat. Ingat nak basuh kain dari selasa lagi tak berbasuh2 sampai hari ni.
Yeay!! Esok cuti..dapatlah berkemas mana yang patut. Dari ruang tamu sampai lah ke tempat mengidai kain perlu disetel sebelum tengah hari. Dengan azam yang kuat insyaAllah sempat. By afternoon ada orang nak datang repair umah. Baru je duduk da bocor sana sni =( Hopefully betul la dia datang. Da banyak kali cakap nak datang tapi tak datang2 jugak.
Raya @work
Walaupun i asyik duk membebel yang keje tak best, tapi kawan2 sekerja tetap best. Hari ni kitorang buat jamuan raya. Hahaha! Makan tak hengat dari kul 11 hingga 12.30 dan ia berlarutan sehingga kul 4. Makan makan jugak. Tapi keje tetap buat k =)
Yang interprem itu adalah tangan KakJib. Dia tak masuk dalam
gambar ini so tangan dia je masuk.
tak siap hidang lagi. i bawak puding kastad je. tak masuk gambar.
masih dalam peti ais.
ketiga, keempat dan seterusnya terpaksa dirahsiakan atas sebab2 tertentu...hahaha!! padahal da malas nak snap. nasi tomato adalah sedap oke. hasil kerahan tenaga hanim & atie. pasni korang da boleh bukak restoren da.
Friday, September 9, 2011
Salam aidilfitri
Rasanya masih belum terlambat lagi untuk ucapkan salam aidilfitri untuk sume. Seminggu tak online, broadband tertinggal kat kampung. Seminggu kat kampung jugak tak online. Buat2 buzy =P
Tahun ni again me beraya umah husband. Tapi belah pagi je. Belah petang balik umah ummi. Jadi pagi2 je meriah bergambar. Petang da takde mood sebab sume orang kekenyangan.
Untuk raya kali ini, ini lah gambar yang berjaya disnap.
Family kak yoh - Kuning & Oren
Gambar tak bape menarik sebab Dhiya tdo..
Ikut suka
Raya
Subscribe to:
Posts (Atom)