Thursday, November 29, 2012

Again. gajah putih kami lagi....

Yerp...ini sudah kali ketiga gajah putih kami disondol oleh binatang lain. bezanya kali ini binatang itu lebih kecil tapi ganas. kecil2 cili apa. seswai ngan warnanya yang merah. sampai terpalit warna itu di gajah putih kami yang suci mulus lagi gebu itu. isk isk isk/...

alkisah bermula bila hubby ajak gi amik tv dekat kem dia. around 7pm. mungkin sebab keadaan di kala magrib agak suram tambahan kami melengahkan magrib. 

gajah putih di park di tepi jalan di mana ada kereta lain di belakang. selesai mengambil tv dari kawannya husband suh sy bukak bonet dr dlm kereta. saya and dhiya duk kat seat belakang. tapi just after that terasa gajah putih bergegar. apa ni? dalam hati sebab pelik juga kalau ada benda langgar sebab memang da park tepi jalan dan di depan kereta lain. i thought kereta belakang yang langgar. then baru realize husband kt belakang kereta. dhiya amani tengah tido. then i bergegas keluar kereta dapatkan husband. darah da keluar dari dahi dia dan dah tak boleh bangun sebab di langgar kat paha. 

lepas tu baru g amik dhiya amani. dia masih lena tido tak sedar apa yang berlaku. alhamdulillah sebab dia tak payah nak experience benda tu. takut dia trauma je. tengok ade serpihan kaca atas badan dia. dhiya amani takde luka pape. sebab cermin yang bahagian dia tdo yang pecah tu serpihan kecik2 aje. luckily husband tinted cermin jadi cermin pecah dekat bahagian yang kena tv je. just imagine kalau takde tinted cermin lagi senang pecah sume. nauzubillah. mintak jauh. 

alhamdullillah kawan2 husband sangat banyak membantu. husband di hantar ke klinik dan yang lain tolong bersihkan cermin kereta. sekarang gajah putih da gondol di belakang. dan bonet ada kemek sket. husband tkde pape. just hari ni kena g x-ray hopefully everything will be okay. 

gambar tak sempat nak amik sebab segan ngan mat2 askar yang ramai keluar. 

Thursday, November 22, 2012

Lately..

a bit sad. Pressure dari atas bawah belakang depan sume ada. Tenanglah wahai hati. Kalau nak dengar cakap2 orang sampai bila kan. 

dalam hati saya akan buktikan pada semua yang suatu hari nanti saya akan jadi orang yang berjaya juga no matter what. definisi kejayaan untuk setiap orang adalah berbeza. 

ada orang pilih cara begitu dan ada orang pilih cara begini. dan ini lah cara yang saya pilih. saya bertekad untuk pilih cara ini dan saya suka dengan cara ini. apa orang nak kata katalah. yang pasti saya bahagia. apa2 yang bahagia ni kena rasa pahitnya dulu. kalau tak nanti kita tak akan dapat rasa kemanisan kejayaan itu nanti. 

Ya Allah semoga apa yang aku impikan menjadi milikku kelak. aku berdoa kepadaMu Ya Allah. Kuatkanlah hatiku menghadapi cabaran dan dugaan dariMu. 

sedih tapi tak nanges sebab takde air mata. makin hari saya dapat rasakan saya makin tabah. mungkin keadaan dan pengalaman menjadikan saya sedikit dewasa hari ke hari. 

Wednesday, November 21, 2012

What do you expect?

Saya graduate tengah tahun 2009. Sekarang end of 2012. Dalam 2 tahun lebih ke 3 tahun and what do you expect me to have? I mean in term of harta benda. Asset or liability. Tak termasuk husband punya. Ini saya sendiri2 je. Terus terang saya masih tak punya apa2. 

Tak kan lah keluar2 uni je saya suppose to have all. rumah, kereta, duit melambak dalam bank boleh pergi melancong sesuka hati. ye, mungkin ada yang manage to have all of that just after graduate. But, people are different. Pemikiran berbeza. Planning untuk masa depan juga berbeza. Pekerjaan juga berbeza. Sekali lagi rezeki orang kita tak tahu. Jadi slow and steady je lah. If Allah panjangkan umur InsyaAllah dapat merasa sume2 tu. If not, itu memang bukan rezeki sayalah. 

Somehow, saya rasa my life is getting better and better. Alhamdulillah, Sekarang I have many friends around me yang da lama kawen. Nearly 10 to 20 years. And some of them, just buy their house after 14 years of marriage. Itu perkara biasa, tak pelik. 

That y i put target for myself to achieve one by one in what year. If cannot achieve try again. At least I still have to think and to do something. So, takdelah hidup ni kosong je. Sentiasa bermatlamat. 

So enough for today. Kalau sekali update tak dua entri tak sah. Maaf hari ni idea mencurah2. 


COuple lama2...

Ini bukan fakta. Ini base on my observation. Nak kata banyak makan garam tak juga. Tapi adalah pengalaman sikit2 yang boleh dikongsi kat sini. 

Couple yang nak cerita dalam konteks ni ber bf ngan gf ni. 

Entri ini terhasil sebab kadang2 sedih bila dapat tahu kawan tetiba tak jadi kawen ngan her/his bf/gf lepas couple for so long. Kenapa nak sedih pulak? Entah! mungkin sebab biasanya bila kawan da couple ngan seseorang itu makanya kita pun baik juga lah ngan dia kan. bila da baik then diorang break up then another story begin. Diorang maybe end up sudah tidak berkawan lagi dalam kata lain putus terus. But, as a good friend for both side tak kanlah kita pun nak mengelakkan pihak satu lagi. oh so complicated. 

yerp, jodoh itu ketentuan Allah. Kita mungkin berjumpa orang yang salah dulu sebelum berjumpa dengan orang yang betul. Itu saya setuju. Tapi jika di ambil contoh. Sudah couple sejak form 2 atau form 3. Mustahil ke tak untuk kawen pada umur 24 dengan orang yang sama. Rasanya probability adalah sangat sikit sekali. Nak attach dengan someone yang memang totally tiada apa2 hubungan kekeluargaan mahupun apa2 just as bf/gf untuk jangka masa yang lama itu memang sangat susah. Melainkan dulu pernah berjumpa then nati suatu hari berjumpa balik terus terbuka hati itu another story. 

Kalau nak bagi alasan, mahu kenali hati budi dulu, before kawen. selama mana. amik lah selama mana pun as long as kita tak kawen maka hati budi pasangan itu kita tak akan kenali. Ada je yang kenal baru beberapa bulan terus kawen. Kalau itu jodoh kita kenal kejap je pun dah tentu akan kawen ngan dia. Kalau dah bukan lama mana pun berkawan tetap bukan juga. 

Jadi adik2...saya bukan siti nurhaliza ye. Yang mana kena belajar dulu, belajar lah. yang mana kena keje dulu kerja lah. when the right time come. Akan kawen juga kita ni. 

Dan bila dah kawen sayanglah pasangan kita sebanyak mana pun takde orang nak marah dah. 

And I am happy for you...eh tetiba!! =P

Sunday, November 18, 2012

dia sahabat baik saya

saya mempunyai ramai kawan. tetapi mempunyai kawan baik seperti dia membuatkan saya rasa special. kami bersekolah di sekolah yang sama sejak tingkatan 1. tapi seingat saya kami start berkawan rapat masa tingkatan 4. sejak dari itu kami macam adik beradik. belajar bersama. outing bersama. belajar buat 'jahat' pun bersama. 

pernah masa cuti sekolah saya tak balik umah, saya duk umah dia sebab nak tuisyen kat kota bharu. mak ayah dia pun da kenal sangat ngan saya. kalau dia takde kat umah pun saya tak malu nak g umah dia jumpa mak ayah dia. 

ingat lagi, for your information kami duk hostel. kami pernah lompat pagar (fly). i mean pagar hostel masuk ke kawasan sekolah. tkde sebab pun just for fun. tak sangka saya boleh buat itu. tapi yerp kami buat. then esok cikgu cakap sapa2 yang fly malam tadi sila keluar. dengan confidentnya dia nak kluar. saya tarik dia balik. then saya cakap. dalam hidup ni jangan jujur sangat. OPsss..! tak sangka yang saya leh cakap camtu. ampunkan kami cikgu. mungkin dulu kami budak nakal. tapi sekarang tak lagi. sekarang dia jadi cikgu kat sarawak. saya pula masih samar dalam dunia fantasi mengejar cita2. 

dan hari tu jumaat dia datang umah saya. sambil2 datang umah saya dia g jalan2 KL. malam ni dia dah balik kelate. sekarang saya da rindu dia. hopefully our friendship will remain forever and ever. dan yang penting our husband pun boleh get along. 

saya nak usha tiket flight lah. nak g jalan2 bintulu pula =)

Sunday, November 11, 2012

Banyak benda nak buat sebenarnya

Ini semester pertama saya bergelar pelajar master. Register awal bulan sembilan. Maksudnya sekarang sudah dua bulan lebih. Kalau suatu ketika dulu masa kerja dekat company kedua. saya sudah mahir banyak benda. hands-on atau pun documentation. tapi kali ini saya agak gagal. culture shock mungkin. 

dulu ada orang monitor. bos awal2 pagi lagi sudah hidangkan saya dengan 'what to do' for today or even for the next day dan lagi parah sudah plankan siap2 for the whole week. saya sangat bz ketika itu. mahu berfb pun tak sempat. apatah lagi berniaga online. mostly sume perancangan adalah mengikut jadual. pernah sekali saya dipuji oleh customer sebab siapkan report on time. bos yang sampaikan. tapi kini tidak lagi. 

sekarang sumenya it up to me. mahu belajar, belajar. tak mahu sudah. masa kerja konsep ini yang saya mahu dulu. tidak terikat dengan arahan sapa2. tidak tertakluk oleh sapa untuk buat keputusan. yes. i am matured enough to choose which one i need to do it first. but somehow i think i fail. sedihnya. 

nasib baik ada juga kelas on saturday, yang kadang2 mampu menaikkan balik semangat untuk belajar. 

so, di bawah ini adalah pending list yang saya mahu buat tapi tak buat lagi. Ya Allah pemudahkanlah jalan ini. Tetapkanlah hatiku untuk menamatkan pengajian ini dengan jayanya. 

1. mahu redo proposal based on research methodology class. 
2. mahu buat review paper. mahu send ke journal publication by end of this semester. 
3. mahu hantar sample untuk characterization. nak tel pun susah ke. dulukan ini routine job. tel je and make an appoinment then send sample. as simple as that. so, tolonglah anis. please!!!
4. make a summarize of what I have done. put picture of samples and the details. 

setakat ni tu je dulu. pleasa wake up anis. masa tak tunggu kita. hargailah masa yang ada. 

Wednesday, November 7, 2012

Si penggera mama

Sekarang da tak payah kunci jam masa nak tido. Jam 6.30 pagi ke 7.00 dhiya amani akan bangan dan kejut mama. Mama mama mama, bila i bukak mata terus cucu cucu cucu. Tangan tunjuk dapur. Cannot say no, i pun terus bangun menuju dapur buat susu. bila susu da siap. Mama mama mama, tunjukkan tv. okey. bukak kan dia tv. then dia amik bantal tepuk2. terus tido depan tv sambil tengok kartun. Terkedek2 suka. Paham ke dik. i tanya. tak hirau dah kita ni, terus sambung gelak. Apala dhiya amani ni. hehehe sweet kan =)

Sambung Master bukan senang

Ini bukan mahu menakutkan siapa-siapa. Just untuk preparation physically and mentally untuk yang mahu sambung. 

Researchnya bukan macam research masa undergraduate dulu yang hanya boleh buat 2 jam sehari selama setahun. Yang ini lain. 

Dengan semangat yang kadang2 timbul tenggelam.

Dengan takde kelas. Hati perlukan peringatan untuk terus bangun. Kalau sehari hati tak makan. Hati pun akan lemah. Semangat terus down to the earth. Hahaha. Jadi carilah adjunct lecture ke untuk menaikkan kembali semangat. Tak pun pergi mana2 talk ke. So boleh lah kagum2 ngan prof yang bagi talk tu dan terus ada semangat nak jadi macam dia suatu hari nanti =)

Walhal dulu pernah terbaca ada someone tulis pasal ni tapi sebab tak pernah mengalaminya sendiri maka tak tahu. Bila da alami da tahu dan share pula dekat orang suruh orang lain tahu. Dan terpulang kepada mereka untuk amik tahu ke tak. wakaakakak. pergi makan tauhu sekarang. hahahahahaha!

Okeylah, entri ini bukan untuk menakutkan sapa2. just nak share aje. u all are most welcome to continue your study base on your field of interest. and i believe we will enjoy every single moment after we finish the study. InsyaAllah. 

Sunday, November 4, 2012

Tips untuk student undergraduate skor dean list

Bismillahirrahmanirrahim,,,,

Sekarang muncul pula perasaan untuk menyelitkan benda berfaedah di dalam setiap post saya. at least mana2 pembaca yang sampai di sini akan dapat sesuatu yang bermanfaat untuk mereka. Jadi hari ini saya ingin berkongsi hasil perbualan ringan dengan kawan yang mana dia adalah pelajar kelas pertama semasa zaman undergraduate dia. 

Yang penting kalau pelajar yang menggunakan biasiswa PTPTN mereka tak perlu bayar walau sesen pun kalau dapat skor anugerah dekan ini. ayuh adik2 sekalian, kalau tak nak bayar kena follow guide ini =)

2 jam sehari

peruntukan at least 2 jam sehari untuk mengulangkaji pelajaran. 

fokus yang susah & fahamkan konsep

bila mengulangkaji fokus pada yang susah. fahamkan konsep. bukan menghafal. bila kita faham konsep akan datang soalan macam mana pun akan dapat jawap juga. dan yang pastinya ilmu itu akan kekal lama dalam ingatan. sebab kita faham. bukan hafal. ingat tu. 

jangan bertangguh

bila ada yang lecturer ajar dalam kelas dan ada yang tak faham. jangan bertangguh. terus baca apa yang tak faham tu atau tanya lecturer sehingga faham. ingat to take action tomorrow is too late. so take action today 

hubungan baik dengan lecturer

belajar di universiti adalah totally lain dengan masa belajar masa sekolah menengah. even top scorer masa sekolah pun kadang2 ada yang susah untuk hadapi pelajaran di universiti. jadi hubungan baik dengan lecturer adalah sangat penting. tak paham tanya. face to face, lagi cepat faham bandingkan dalam lecture hall kan. bila sudah selalu jumpa dia akan ingat kita dan nama kita. ini adalah peluang yang cerah untuk score markah tinggi sebab kalau kat uni lecturer tu sendiri akan marking final paper. bila dia da kenal, dan tahu nama. jawapan pula macam yang kita pernah discuss dengan dia di situ lah makanya markah pun akan jadi special daripada student yang tak pernah jumpa dia. 

*in case of my friend kertas exam dia biasanya dijadikan sebagai skema jawapan kedua untuk marking paper student yang lain. 

so point ni sangat penting. this is like the only way for you to score. jangan pula bagi rasuah. haha and i believe lecturer tak akan terima rasuah pun kan. 

jangan study last minute

kalau da setiap hari study, always everyday discuss dengan lecturer, perkataan study last minute sudah tidak ada lagi. terutama habit bawa note sebelum masuk dewan exam. cara macam tu akan buatkan apa yang kita belajar dan ingat jadi lupa. so avoid the distraction before entering exam hall. 

study group

yang ni pun penting, cara belajar yang tak payah baca banyak2. sharing is caring. baca lain2 then citer untuk sume orang dalam group tu. kalau fahaman kita salah. rakan2 satu group boleh betulkan terus. 

so best of luck =)