Hampir sebulan menjadi guru kehidupan agak huru hara dan kelam kabut. And YES jadi guru bukan mudah.
Penat yang amat daripada bekerja office hour. Cikgu kena keluar pagi ke sekolah. Pukul 7.20 dah ada kat sekolah. Katakan amik masa setengah jam nak sampai sekolah nak tak nak kena hantar anak awal sangat. Dalam 6.40 dah kena hantar. Sedih je tengok muka anak-anak. Bangun dah kat rumah orang.
Sampai sekolah amik kedatangan. Bergegas ke kelas pula. Kelas bermula 7.40. Cikgu sendiri kena pergi ke kelas naik turun tangga. Kalau kelas berturut-turut kena bergegas ke kelas lain pula selepas itu. Naik turun tangga lagi.
Bila ada masa kat bilik guru bukan duduk saja-saja. Ada je keje kena buat. Tanda kertas, semak buku, key in markah. Buat surat persatuan kelab, rangka buku latihan mengajar. Kelas abes pukul 2.30 belum tentu cikgu dapat balik. Bila ada miting pukul 4.30 baru boleh balik. Kalau ada kelab persatuan atau perjumpaan rumah sukan. Entah pukul berapa lah boleh balik. Bila saya balik pukul 4 masih ada lagi kereta cikgu lain kat sekolah.
Betapa besar pengorbanan cikgu mendidik anak bangsa.
Tetapi sebilangan pelajar susah nak hargai pengorbanan cikgu ini. Bila cikgu masuk kelas buat dekk je. Ada yang bergurau melampau, pukul kawan, tolak kerusi sampai jatuh kawan tu, berbual tak hengat. Inilah realiti yang perlu dihadapi oleh seorang guru.
Banyak penat yang cikgu kena hadap sehari-hari, tapi saya tahu cikgu tabah. Mampu lagi senyum dalam keletihan. Terus terang saya cakap sejak kerja cikgu ni saya tertidur awal. Kul 10 dah flat. Lena tak fikir apa dah. Mental dan fizikal jadi penat amat.
Peluang menjadi guru ini sangat bermakna. Dapat tahu sejauh mana beban kerja cikgu-cikgu yang selama ini orang hanya cakap jadi cikgu jeerr pun. Huhuhu!
Akhir kata, masih belum terlambat kiranya saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU untuk guru-guru seluruh Malaysia. Segala penat lelah kalian mengajar saya sebagaimana saya hari ini sangat saya hargai. Semoga cikgu dalam rahmat Allah sentiasa dunia dan akhirat. Doakan kejayaan saya juga.