Bagi pengumpul tegar beg tangan terutama sekali those designer bags, beg tangan bukan hanya berfungsi sebagai beg semata-mata atau item yang digunakan untuk memuatkan segala
barangan peribadi anda. Tetapi ia menjadi satu bentuk pelaburan dimana anda
boleh menjualnya ketika waktu-waktu kecemasan. You know, harga seutas designer
bag boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit! Oleh yang demikian, penting untuk anda mengetahui
langkah-langkah penjagaan yang terbaik supaya beg tersebut tahan lebih lama dan
apa yang paling penting adalah mengetahui apakah faktor-faktor yang harus anda
tahu ketika proses pembelian mana-mana beg tangan.
Berikut merupakan beberapa tips yang
boleh anda jadikan panduan untuk membeli koleksi bags yang terbaik;
1. Ketahanan
Jika anda sanggup membelanjakan
sejumlah wang yang besar untuk seutas beg tangan idaman, pastikan ketahanan beg
tersebut benar-benar memuaskan hati anda. Teliti material, jahitan, keadaan zip
dan aspek-aspek lain.
2. Saiz
Fikirkan jumlah muatan yang ingin
anda isi ke dalam beg tersebut. Pastikan saiz beg tersebut cukup besar dan
lebar untuk memuatkan segala barangan peribadi anda.
3. Warna
Pemilihan warna beg bergantung kepada
individu. Ada yang suka gayakan beg mengikut warna baju. Ada pula yang pakai
satu beg sahaja untuk semua warna baju. Langkah paling selamat, pilih warna beg
tangan yang mudah untuk anda padankan dengan semua koleksi pakaian anda. Kebiasaannya
koleksi beg tangan berwarna gelap juga tidak mudah kotor menjadi pilihan ramai.
4. Kegunaan
Pelbagai jenis beg terdapat fungsinya
yang tersendiri. Fungsi beg bergantung kepada bentuk, saiz dan warnanya. Pengetahuan
tentang fungsi beg adalah penting kerana ia berkait dengan kesesuaian terdapat
aktiviti yang kita lakukan. Misalnya, koleksi clutch adalah tidak sesuai untuk
anda bawa ke pejabat.
5. Style
Ambil tahu trend hand bag terkini
atau anda boleh mengambil langkah bijak dengan membeli koleksi beg tangan
dengan rekaan yang evergreen. Misalnya, tote bags.