Tahun 2017 baru saja berlalu.
Saya ada dua pencapaian membanggakan pada tahun 2017.
IMPIAN
Being me saya memang terkenal dengan perangai boros. Jika masa ada duit tidak sah kalau posmen tidak datang berkali2 dalam seminggu. Tapi tahun 2017 menyaksikan saya tidak boros berbelanja kerana saya telah buat keputusan untuk join GROUP KUTU RM350 sebulan.
Saya tidak tahu di mana kekuatan untuk saya join kutu sebanyak itu. Yang pasti setiap ujung bulan Alhamdulillah mampu bayar. Yang sebelum ini saya tak tahu ke mana amount itu pergi. Betul saya challenge diri saya. Dan AIM saya adalah nak beli barang KEMAS.
Sebab sebelum ni saya rasa tak mampu nak beli sebab saya masih belajar dan banyak alasan lain lagi. Tapi dek kerana banyak sangat iklan emas lalu di wall fb jadi saya secara tidak sengaja telah set di dalam minda saya yang saya mahu gelang itu. Kalau google tergoogle gelang itu. Kalau tengok harga tertengok harga gelang itu.
Alhamdulillah sebelum berakhirnya 2017 saya mampu memiliki gelang itu + subang untuk anak.
Betul, sebelum masuk tahun 2017 saya sebenarnya tidak yakin boleh beli. Tapi dengan strong desire. Dengan minda bawah sedar dah set goal kita. Bila hari2 tengok benda tu akan datang dengan sendiri.
Ramai orang sudah bagitau saya tentang itu. Tapi kita biasa nya tak sungguh2 buat.
JOM BERIMPIAN kerana IMPIAN itu percuma.
Dan alhamdullillah hari Sabtu saya berkesempatan ke Seminar Goal Setting. Secara ringkas seminar ini mengajak kita BERIMPIAN dan masuk dalam IMPIAN itu. Hidup dalam IMPIAN itu dan bekerja untuk IMPIAN2 kita itu. InsyaAllah one fine day Allah akan makhbulkan juga IMPIAN kita itu.
MASAK
Alhamdulillah. Proud of myself. Skill memasak saya meningkat. Puas hati bila masak. Yang dulunya tak tahu masak langsung.
Kat sini pun kita boleh belajar sesuatu. Benda yang bukan bidang & minat kita jika kita buat hari2 lama2 kita juga akan mahir.
Dapat sesuatu? Semoga bermanfaat untuk saya dan anda semua yang baca ni.