Saturday, September 29, 2018

Ostrich Wonderland Semenyih

Sebelum ini tidak pernah tahu kewujudan tempat ini.

Dan ini pertama kali sampai.

Tq kepada sekolah Dahlia kerana arrange Lawatan sambil belajar yang sempoi dan bermanfaat ini. Jadi tidak mahu cakap banyak kita layan gambar je ok.

Sebelum tu serba sedikit tentang Ostrich Wonderland.

Terletak di Semenyih
Tiket Dewasa: RM15
Tiket Kanak2: RM10
Bukak pukul 10 pagi.

Kat sini bukan sahaja da Ostrich tapi ada haiwan lain juga macam ayam (banyak jenis), angsa, kuda, kambing, beruk, arnab dll. Banyak anak boleh tengok dan belajar sebenarnya kat sini. Tapi memandangkan ini lawatan budak taska jadi kami hanya spend masa selama 2 jam sahaja. Budak excitednya kejap. Lepas tu penat mau tido kan. Dahlia masa dalam perjalanan pergi & balik dua2 lentok. Tak jauh mana pun dari sungai besi. Dalam 50 minit. 

















Sekian.. 

Friday, September 28, 2018

Gajah putih belum ok!

Gajah putih. Panggilan manja untuk kereta viva kami.

Alhamdulillah bulan 4, 2018.. hari jadi beliau yang ke-9. Bermakna sudah abes bayar =) Bestkan naik kereta free. Tapiii..

Maklum saja barang lama. Saya nampak memang dia dah tua. Longgar sana sini. Sebelum ini tidak pernah buat hal. Ini pertama kalinya, termati di tengah2 jalan. Mujur kemungkinan itu sudah saya agak. Husband sudah follow belakang.

Kebetulan pula di tengah2 hujan. Anak dua orang dalam kereta husband.

Perempuan memang sinonim dengan panik.

Saya turun kereta teman anak dalam kereta husband. Husband pergi cek gajah putih mana yang patut. Kemudian kami decide untuk tinggalkan gajah putih di situ.

Parking kereta husband dan anak tinggalkan pada makcik kedai makan (tawakal).

Saya dan husband meredah hujan sebab husband nak tolak gajah putih. Sebab beliau da blok laluan orang di tengah2 jalan.

Sekarang masih dalam proses pembaikkan.

Me, takleh g mana2 sebab belum pandai drive kereta husband.

Btw, kereta husband pun warna putih juga. Adakah sesuai bagi nama Gajah Putih II?


Till we meet again!

Salam sayang,
Anis

Wednesday, September 26, 2018

Hai blog, rindu!

Ok lah memang bila rindu baru teringat blog

PhD

Perjalanan PhD, selalu dikaitkan dengan perjalanan yang panjang. Everyday discover new things. Dah berpuluh kali repeat experiment yang sama. Saya berharap semoga perjalanan ini cepat2 menemui jalan penyelesaian yang memuaskan hati. 

PhD takde silibus. Jika sudah yakin, bagaimana nak jawab masa viva nanti tak jadi masalah dah. Masalah nya seriously rasa tak confident. Rasa macam banyak lagi benda yang tak tahu. Yang nak kena gali lagi. Doakan yang baik2 saja. 

Kereta buat hal

Terasa patah sebelah kaki bila kereta buat hal. Buntu. Kereta husband tak pandai nak bawa. Motor pun tak pandai jugak. Moga masuk workshop tak lama. 

Pregnancy

Sudah masuk minggu ke 31. Nurse cakap bila2 masa sudah boleh bersalin. Banyak pending work yang bermain2 di kepala ini. 

Data PhD tak cukup2 lagi. Jika data cukup boleh mengarang masa dalam pantang (Hope baby bagi kerjasama) Teringat masa berpantang Dahlia Amani gigih siapkan thesis sebab taknak bayar yuran untuk sem depannya tu. Alhamdulillah berjaya habiskan jugak. Tq kawan2 yang sudi bantu printkan softbound. 

Barang baby alhamdulillah da cukup. Beli sikit2 dan tambah mana2 yang patut. Selebihnya guna yang kakak punya. Barang mama ada satu dua lagi belum beli. 

Menulis

Lately rasa skill menulis sudah berkurang. Asyik merapu saja di FB. Tapi di FB pun nak merapu rasa tak sebebas dulu. Atas sebab2 tertentu kadang2 rasa macam fake. Huh! Tak suka perasaan ni. Mungkin kah kena masuk kelas menulis. Teringin sangat nak menulis buku sendiri. Semoga impian ini tercapai satu hari nanti. 

Di FB banyak kawan2 yang punyai bakat menulis semula jadi. Bila baca wow bestnya baca tulisan dia. Walau tulis panjang2 tetap tak boring baca. Serious mahu jadi macam mereka2 tu. Moga lepas ni makin rajin update blog sambil asah bakat menulis. Tapi thesis pun nak kena tulis juga oii ! Kita go parallel ok. 

Till we meet again. 

Salam Sayang,
Anis