Tuesday, October 1, 2019

JALAN2 PAHANG .: Kuala Gandah - Temerloh - Gambang :.

Untuk mengelakkan kesesakan semasa cuti sekolah kami memilih untuk jalan2 Pahang seminggu sebelum cuti sekolah bulan 8 hari tu. 

Tak plan sangat pun sebenarnya. Anak2 dah mintak nak jalan2. Melaka macam dah biasa pergi. Utara jauh sangat. Jadi kali ni kita pilih Pahang. Jarang sebenarnya g Pahang belah2 sana. Selalu balik Kelate lalu Bentong ngan Raub je. Tu pun singgah makan ngan solat sahaja. 

Tengah golek2 depan TV tiba2 papa cakap jom g jalan2. Tapi tak tau nak g mana. HEhe. Mama memang banyak idea. Jom g Kuala Gandah. Boleh bawa anak2 tengok Gajah. Siap packing terus. Walhal hotel belum booking. Yang tu lain citer. Yang penting packing. Hehe

Kuala Gandah Elephant Santuary

Memandangkan sampai kat sini lambat. Makanya gajah dah banyak masuk kandang. Tinggal beberapa ekor je lagi kat luar. Masuk ke santuary ni free je. Tapi di nasihatkan untuk pergi pagi untuk melihat aktiviti2 gajah.



Temerloh 

Then, mama request nak g Temerloh sebabnya nak merasa patin tempoyak yang menjadi Trade Mark orang2 Pahang dan Malaysia ni. Tapi mungkin tekak kelate tu kuat sangat rasa patin tempoyak tu pun rasa macam biasa2 je. hehe. Jangan kecam ok. Selera lain2 kot. 



On the way ke Temerloh tadi papa minta mama booking hotel. Dan mama terbooking hotel di Gambang. Maka terkejut lah papa sebab kena drive jauh dari Temerloh ke Gambang. Mujur tak booking hotel kat Cherating kan. Lagi jauhhh =)

Gambang

Malam tu kami menginap di Arabian Bay Resort, Gambang. Sebab utama pilih hotel ni sebab Dhiya & Dahlia nak mandi kolam. Tapiii kolam tu mungkin tak cukup besar. Esoknya pujuk papa untuk mandi di Gambang Waterpark. Akhirnya papa setuju bersempena dengan promosi Fascinating Pahang. Mandi dari pagi menginjak ke tengah hari belum puas budak2 ni. 








Tapi apa pun kena balik KL juga tengah hari tu sebab esoknya papa keje. Maka berakhirlah percutian kami ke Pahang. Kata papa next year pula baru ada cuti2 lagi. Mungkinkah? hehehe




Friday, March 8, 2019

Cameron Highland!

Alhamdulillah. Bulan 8 tahun lepas kami berkesempatan ke Cameron Highland. Sebenarnya tak rancang pun. Kebetulan anak buah husband ajak singgah. Jadi kami decide untuk singgah. Masa tu dalam perjalanan daripada Kelate nak balik KL. 

Lagi pun dah lama sangat tak pergi Cameron. Last kami pergi masa Dhiya Amani kecik lagi. Tu pun singgah je tak bermalam. Kiranya naik ikut Gua Musang turun ikut Tapah hari yang sama. 

Kali ni kami tidur sana semalaman. Jadi boleh lah spend time sikit. Walaupun still kekangan masa juga nak berjalan. Pendek kata kena g 3 hari 2 malam baru best. 

Antara tempat yang kami pergi.

BOH TEA CENTRE SUNGEI PALAS

Tempat ni kan tempat yang Aaron Aziz berlakon citer Ombak Rindu tu. Nampak ramai orang share kat FB. Kat sini rupa tempatnya. Nak g tu jalan penuh berliku. Kami sampai awal sangat. Sebab nak elak jem. Kami bermalam di Tanah Rata. Katanya penjual pasar malam kat situ kalau kami bertolak lewat jalan boleh jem dari Tanah Rata ke boh plantation ni. 

Maka kami esoknya pagi2 dah ke boh plantation ni. Sampai2 jadi orang first lagi dan kena tungu sejam untuk gate bukak. 

Tapi apa pun first experience memang seronok sampai sini. 


Tempat kedua yang sempat pergi:

ABANG STRAWBERRY

Pengalaman pertama juga dapat petik strawberi dari pokok dia. Siap pegang gunting sorang satu tu. Tapi ternyata. Buah yang merah2 sume dah dipetik untuk diorang jual kot. Tinggal yang tak berapa nak merah dah. 

Lepas dah siap petik kena timbang dan of course harga lagi mahal daripada harga yang dah siap petik. Mungkin sebab dia charge harga buah + pengalaman mengutip. 

Yang penting anak happy. 

Ini kali pertama Dahlia ke Cameron Highland. Sekarang asyik request nak g lagi. Best la tu. 

Mungkin kena tunggu adik besar dulu. Sebab mama tak suka sangat kalau naik ikut Tapah sebab jalan dia memang seriau tengok.








BTW, kami stay kat homestay ni. Layanan best. Homestay bersih. Dan yang penting dekat dengan pasar malam. Jalan kaki je. 

Apa2 boleh hubungi owner dia. 

KLIK DI SINI untuk ke FB owner dia. 

Wednesday, February 27, 2019

Cara timbang berat

Haaa

Memandangkan wanita sangat sinonim dengan diet. Bila start ber diet je maka bermulalah rutin naik penimbang. Sikit2 nak timbangkan. hehe

Lepas tu mula lah nak concern. Naik gram2 pun dah down. Turun gram2 pun dah excited.

Tapi tahukah anda cara timbang yang betul? =)

Jadi kat sini saya share bila masa yang sesuai nak timbang ni.


  • Di awal pagi selepas bangun tidur.
  • Kalau boleh lepas buang air besar dan air kecil
  • Jangan pakai baju @ seluar yang berat. Contoh: Seluar Jeans


Jadi takdelah bacaan tu fluctuate je.

Sebab bila kita makan dan minum kemudian timbang mungkin dah termasuk berat makanan & minuman sekali. Sebab tu kita asyik terkejut je aik cepatnya naik 2 kg. Tu yang makan tadi sebenarnya belum hadam lagi.


Tuesday, February 26, 2019

Intermittent fasting

Hari tu kecoh kat facebook Lisa Surihani mengamalkan IF ni.

Kita pun nak try jugak. Hari ni dah day 3. Hope ada yang positif.

Mengikut kefahaman saya IF ni simple je.


  • Tak makan malam. 
  • Minum air boleh. Amik tea tanpa gula boleh. 
  • Nak start puasa pukul berapa boleh. 
  • Nak start makan pukul berapa pun boleh. 


Since, saya breastfeed takdelah lama2 sangat nak buat. Dalam 12 ke 14 jam je. Kul 6 petang benti makan esok pagi breakfast macam biasa. Ok lah kan tak extreme sangat.

Berat masa start hari tu 61.9 kg. Nanti kita update berat lagi k =)

Monday, February 25, 2019

Introducing our Little Amir Zarif

Tanggal 27 November yang lalu lahirnya our first baby boy in our family. Nama diberi Amir Zarif bin Mohd Zulhilmi.


31 Disember 2018


28 Disember 2018


18 Februari 2019