Kebanyakkan mereka membuat kerja kerja kampung seperti berkebun, menoreh getah, tukang rumah dan sebagainya.
Bila lihat tangan mereka. Jelas kelihatan urat tangan yang besar menggambarkan tenaga yang mereka gunakan untuk membanting tulang empat kerat demi mencari rezeki.
Kali ini terserempak dengan seorang pakcik. Menaiki motosikal bersama anak perempuan. Di stesen minyak mungkin pulang dari pekan membeli barang keperluan.
Saya lihat urat tangannya. Jelas terlihat tangan yang bekerja keras. Saya lihat matanya. Pandangan yang sayu. Saya lihat keadaannya. Hanya berpakaian lusuh.
Hati saya meronta-ronta mampu hulur sepuluh dua. Tapi saya hanya mampu bermonolog sendiri. Wajarkah saya bagi beliau wang, sedangkan beliau tidak meminta-minta.
Yang saya mampu ketika itu hanyalah mendoakan agar pakcik di murahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik.
Saya kagum dengan mereka. Tetap usaha walau sesukar mana. Walau pendapatan tidak sebesar mana. Kerana mereka sedar tanggungjawab mereka.
Saya ambil semangat mereka untuk saya bawa bersama dalam hari-hari saya.
Saya doakan kita semua dikurniakan rezeki yang melimpah ruah oleh Allah s.w.t.
Walaupun sesukar mana hidup kita. Kita perlu bangkit berusaha. Semoga hari esok memberi sinar baru buat kita semua.
Aminnn
:. I just find out yang ada apps blogger yang membolehkan kita menulis without turn on laptop. Semoga istiqamah menulis. Rindu sangat nak menulis ❤️