Thursday, December 16, 2021

Saya dah lulus viva PhD

MasyaAllah, sangat lama tak update kat sini. Macam-macam benda jadi dalam hidup ni. Dan yang paling besar, Alhamdulillah saya dah lulus viva PhD sebulan yang lalu. 

Di samping buat thesis correction, saya juga sedang cari kerja sekarang ni. Bila nak tulis resume maka terimbau lah kenangan masa zaman universiti masa degree dulu. Masa internship. Ya Allah, rindu sangat. Sangat banyak kenangan di zaman muda dulu. 

Tanpa kita sedar kenangan itu yang mematangkan kita. Yang menjadikan siapa kita hari ni. 

Saya appreciate apa juga perjalanan hidup saya. Setiap apa yang berlaku banyak mengajar saya apa erti hidup. Dan kita takleh halang orang untuk judge hidup kita. Apa yang penting kita lebih tahu tentang matlamat dan tujuan kita. 

Semoga Allah beri yang baik2 saja buat kita dan mereka juga. Aminn. 

Doakan saya cepat-cepat dapat kerja k. 

Friday, May 28, 2021

DUNIA TIPU TIPU

Kebelakangan ini banyak jumpa orang guna #duniatiputipu ni. Saya tak tahu the exact reason mereka guna perkataan dunia tipu-tipu ni. 

Mungkin juga dunia ini ibarat fatamorgana. Tau tak fatamorgana tu apa. Fatamorgana ni macam bila di waktu tengah hari masa tengah panas tu kita nampak lopak air kat atas jalan raya. Bila kita sampai kat situ sebenarnya takde pun lopak air tu. Haaa itu lah fatamorgana. 

Ada orang pernah cerita kat saya. 

Yang dunia ni makin kita kejar makin kita rasa tak cukup atau tak rasa apa2. 

Contoh. 

Kita tengok kawan kita dapat naik kete baru atau kete besar. Tapi bila ditakdirkan one day kita pun dapat benda yang sama kita akan rasa benda tu biasa je. Bahkan kita akan aim untuk benda yang lebih lagi. Begitulah. Sama tak dengan fatamorgana tu tadi. 

Sebenarnya boleh je nak bercita-cita dan berimpian. Tapi harus berpada2. Nak buat apa pun ada panduan dan batas2 nya jugak kan. Kalau tak kita yang stress sendiri. Bersyukur dengan apa yang ada dan sentiasa buat yang terbaik. InsyaAllah. 

Keep Allah in our heart InsyaAllah everything will be fine 💗