Tak semua drama kat TV saya tengok. Tapi bila saya tengok, saya memang akan so into it. Haha. Ni baru lepas layan drama Melur Untuk Firdaus. Saya personally suka drama ni sebab banyak juga ikhtibar yang kita boleh ambil dan jadikan sebagai panduan hidup kita. Walaupun begitu, ada juga yang tak suka. Begitulah. Apa-apa je kat dunia ni. Ada yang suka. Dan ada yang tak suka. Jadi kita raikan kesukaan masing-masing. Dan apa yang kita suka tu tak semestinya sempurna. Ada juga flaws dia. But hey. Nothing perfect in this world.
Kat sini saya share apa yang saya dapat daripada cerita ni.
1. Watak Melur yang sangat baik. Happy go lucky. Tak malu nak express feeling dia pada husband. Selalu ceria. Sangat berbakti pada suami. Sediakan makan minum suami. Selalu solat sama-sama suami. Minta maaf sebelum tidur. Boleh get long dengan keluarga in laws. Independent. Sabar. Firdaus panggil wife material gitu.
2. Kesabaran wanita selalu ada batas nya. Jadi para suami, kalau nak buat apa-apa jangan sampai batas kesabaran para wanita tercabar. Bila dia dah tawar hati, they will never turning back. Tapi kes Melur dengan Firdaus ni special. Mungkin Melur bagi peluang lagi untuk Firdaus. Dan hargailah peluang kedua tu sebaik mungkin.
3. Saya, personally tidak dapat menyelami hati lelaki yang dah ada isteri tapi masih sayang perempuan lain. Tapi itu lah, di dunia nyata pun ada macam ni. Kalau benda gini berlaku, be transparent, be gentle. be firm. Pilih lah salah satu. And stick to it. Kalau sayang isteri cakap sayang, bukan kejap sayang kejap tak. Kejap sayang kejap tak. But if got changes pilih lah dua-dua pun. Why not. Lepas tu pandai-pandailah kan.
4. Parents tak perlu masuk campur berlebihan dalam isu rumah tangga anak-anak. Nasihat boleh, tapi jangan tolong buat keputusan untuk anak dan menantu. Tak suka cara walid. Suka cara umi dan ayah bonda Melur selesaikan masalah anak menantu.
5. Parents tak boleh pilih kasih, menantu ni buat takpe menantu ni buat tak boleh. Anak pun sama. Kalau salah sama-sama bantu betulkan balik.
6. Jangan dengar sangat hasutan orang luar, terutama yang nak take advantage on us. Dalam kes ni walid Firdaus dah termakan hasutan Dee. Kena rasional. Jika perlu selidik dulu. Bukan main percaya je apa orang cakap.
7. Hati-hati dengan 'BFF' (opposite gender) yang ada hati dengan kita. Nasihat dia mungkin cenderung ke arah manfaat untuk diri dia.
Wah, banyak pula. Oklah sampai sini sahaja dulu. Bye & Assalamualaikum.