Monday, November 15, 2010

Lelaki @ Perempuan

Dapat email dari sorang kawan;

Bayi lelaki

* Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk atau tiada langsung. (ye)
* Dengupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam masa seminit (ye)
* Anda rasakan beban berat di bahagian depan tubuh (tak pasti)
* Perut anda kelihatan bulat sempurna (tak pasti)
* Bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap (ye)
* Sukakan makanan yang masam dan masin (ye)
* Suka makan daging dan keju (tak berapa)
* Tapak kaki selalu berasa sejuk (tak pun)
* Tangan selalu kekeringan (tak, bibir adalah)
* Suka menghadap ke utara semasa tidur (tak)
* Bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badan (ye kot =))
* Anda kelihatan lebih berseri semasa hamil (mungkin)
* Hidung tampak lebih mekar (tak pasan)
* Selalu sakit kepala (tak)

Bayi perempuan

* Mengalami morning sickness di awal kehamilan (tak)
* Merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung (tak)
* Payudara kiri lebih besar daripada kanan (tak pasan)
* Rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya (tak kot)
* Bentuk perut condong ke arah atas (tak pandai nak tengok)
* Perut tampak agak lonjong (pun tak pandai nak tengok)
* Mengidam makanan yang manis (tak)
* Sukakan buah-buahan (ye)
* Suka minum air atau jus yang bersifat masam (tak pun)
* Anda lebih cerewet semasa hamil (cerewet tak, pemalas adalah)
* Mudah moody berbanding sebelumnya (ye)
* Kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil (tak)
* Tidak suka makan roti bersama kulit (makan je sume)
* Payudara kelihatan mengembang (ye)
* Suka menghadap wajah ke selatan semasa tidur (tak pasan)

Agak, baby saya ni lelaki ke perempuan. Huhuhu!! Saya pun tak tahu lagi sebenarnya. Pape pun doakan yang terbaik untuk kami berdua.

2 comments:

Mag said...

saya mcm ade dua2 tanda laki n perempuan jugok. hehe. tp mcm banyak laki jer

eira eixora said...

hehehe..nanti kita sm2 tgk