Monday, February 28, 2011

NAseb baik

Tergerak hati nak buat entri pasal cable kamera tu. Hubby terbaca entri tu dan dengan gigihnya dia mencari. Taraaaaaaa...da jumpa. Ala bukan jauh sangat pun tempat dia menyorok. Dekat2 ngan meja komp ni jugak. Tapi tersorok sket. Thanks sayang.

Esok2 lah upload gmbr sebab line internet sangat slow cam hape je. Bye~~

Monday, February 21, 2011

Cable kamera ilang

Huhuhuhu...lama da tak letak gambar kat sini sebab musababnya cable kamera tak tahu letak kat mana. Kat umah ni sangat banyak laci. Abes laci da selongkar tapi still tak jmpa jugak. Plus, dalam laci2 tersebut terdapat sangat banyak benda2 yang sepatutnya tak payah ada pun kat dalam tu tapi macam sayang nak buang. Huhuhuhu...entri bergambar akan menyusul selepas cable tersebut dijumpai balik =P Salam..

Sunday, February 20, 2011

Wiken

Da lama berhajat untuk tak g jalan mana2 bila wiken. Tapi sampai hari ni pon masih tak berjaya. Walaupun untuk sehari duk umah je. Mungkin sebab kitorang belum ada anak lagi kot. Kalau tak keluar, asyik dok pandang2 sesama sendiri je. End up boring pastu keluar jalan2 amik angin kat mana2.

Biasanya destinasi pilihan adalah umah sedara mara dan adik beradik. Yang dekat2 ngan area KL ngan selangor ni. Tak suka sangat pergi shopping complex kalau takde barang yang betul2 nak beli. Penat kalau sekadar window shopping je. Tapi kalau ngan member oke je. Ngan hubby cam tak best better g umah sedara mara kan?

Sabtu pagi seperti biase kalau wiken bangun lambat. Then, hubby g beli bekfest sebab tak selera nak masak tapi berselera nak makan. Hehehe...Tup2 da kul 12. Tengok tv jap. Kemas2 umah sket2. Basuh baju mana yang patut. Tengok2 da kul 4. Boring la pulak kan. Keje umah da setel. Last2 hubby ajak g umah sedara kat Gombak.

Petang kluar ngan diorang g pasar malam. Terserempak ngan Miss Wanie tengah beli sayur. Good girl. Start practice dari sekarang. Hehhe. Pastu makan2 bihun sup pulak kat kedai kat gombak tu. Sebab sangat kekenyangan hubby decide untuk tido je situ walau datang sehelai sepinggang.

Hari ni pepagi balik umah, mandi2 dan kemas apa yang patut dalam kul 9.30 pg bertolak ke N9 untuk majlis hantar menantu sedara dari Kelate. Diorang awal2 lagi da sampai and tido sana. Kitorang je yang pergi hari ni. Dalam kul 12 akhirnya sampai ke tempat yang dituju. Felda Sg. Kelamah, Gemas. Tapi tempat tu cam lepas Gemencheh sket je. Lepak2 jap sebab majlis start kul 1.

Then, after tung tang tung tang semua. Makan2 apa yang patut. Sangat tak selera mungkin sebab dahaga dan minum air dengan banyak. Kul 2 lebih mintak diri untuk balik Sebab da plan nak singgah PD.

Dalam kul 5 sampai PD. Makan bihun sup CACA. Ingatkan sedap tapi masya Allah kuah dia memang minyak. Mungkin kat situ minyak senang nak dapat kot. Terasa macam tak nak order bihun sup da lepas makan bihun sup kat situ tadi. End up tak abes pun bihun tu.

Amik2 gambar mana yang patut bertema kan gerai2 jualan kat tepi pantai PD ngan pasir2 pantai yang putih tu perjalanan balik diteruskan. Sampai Sg. Besi kul 8...

Wiken yang tak penat pada hari pertama da jadi penat pada hari ke-2.

Jangan la anak mama nanti bila keluar asyik mintak nak g jalan2 je.

Gambar InsyaAllah akan diupload kemudian. End

Monday, February 14, 2011

"Tupperware Kakakshop nak bagi Tupperware Percuma"

Sempena ulang tahun ke-2 perkahwinan, Tupperware Kakakshop nak bagi free gift kat pengunjungnya yang bertuah. Jom apa lagi =)

Syarat penyertaan sangat senang:
  1. Follow blog ini
  2. Jadi friend di facebook: kakakshop@yahoo.com
  3. Tulis 1 entry bertajuk "Tupperware Kakakshop nak bagi Tupperware Percuma"
  4. Letak banner di entry & di sidebar serta linkkan ke blog ini
  5. Tinggalkan nama, link penyertaan, ID follower & nama facebook anda diruang komen


Mudah je kan =)

Saturday, February 12, 2011

TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY

Da lama suka beg2 kat tote boutique ni.
And now, tote boutique ni ada buat give away.
Hopefully ade rezeki =)

TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY
---------------@--------------


Period : 10/2/2011 - 28/2/2011
- 4 pemenang bertuah akan memenangi
:. 1 passport sleeve, 1 coin Purse & RM30 Tote boutique voucher
(setiap pemenang)

Wednesday, February 9, 2011

From KL to Kerteh with love...

Three years ago, bila dapat tahu got a placement for my practical training in Kerteh. Feel like something that make my day bling2. I still remember how I wish that someday I will be there again...

Itu citer 3 tahun dulu. But not now. I cannot be there for certain reason. Pergi sekejap2 je boleh =P

Nak dijadikan cerita hari tu cuti tahun baru cina tu kan. Sebenarnya tak serious pun plan nk g Kerteh tapi out of sudden menjadi jugak pergi.

Pagi hari sabtu baru bertolak. (Ni lah akibat tak plan betul2 dlu) Pagi tak pagi sangat la dalam 12 lebih. Boleh dikira tengah hari jugak. KOnvoi ngan my adik and bro in law. Diorang nak bereti kat Kuantan. So, we all exit Kuantan. Sedar tak sedar amost 7pm baru sampai umah makcik. Penat tak? Haha tak sangat kot sebab hubby yang drive. Tapi bosan sebab takleh tido sebab ade pengacau. Sangat tak sopan pengacau itu. Ingat nak singgah Pantai Cherating tapi tak singgah pon sebab masa sangat mencemburui. Kalau singgah belum tentu lagi sampai kul 7. Hubby da penat yang amat.

Malam merayap kat Mesra Mall. Walaupun da banyak kali pergi, pergi lagi. Beselah Mesra Mall ade satu je kan kat Mesia. Betulkan statement ni kalau ianya salah =P Berjaya jugak beli susu (sebab bekalan susu tak bawak) then men game. Hubby men tak hengat. Dan kami berjaya juga men bola keranjang dengan rekod jaringan 45 biji dalam masa berapa minit tah. Penat tambah risau baby lam perut. Masa main tak hengat.

Then, g lepak2 depan mcD sebab hantar sepupu naik bas nak ke tg. Malim. Bas dijadual sampai kul 11.30 tapi tak sampai2. Hubby da terlentok lam kete. Takpelah ksian dia penat sepanjang hari drive (actually separuh hari) Makcik suh balik umah dlu dia tak nak. Last tunggu sampai sudah. Sepupu kul 1 lebih baru naik bas.

Balik rumah tanpa berfikir panjang terus tido. Esoknya pagi plan nak g makan2 kat Pantai Paka, tapi tak pergi sebab pas bekfes tersambung tido. Sapa suh tido lambat kan. Ingat nak balik kul 12 ke KL. Tapi makcik ajak pergi umah makcik sorang lagi kat Jerangau. Sampai kerteh balik da 3pm. Makan2 terus bertolak ke KL.

Perancangan nak singgah pantai Cherating ade lagi. Tapiiiiiii.........jalan jammed tak hengat. Dari Kerteh ke Kemaman yang sepatutnya 1/2 jam da jadi 2 jam 1/2. Bayangkan!!! Terus tak jadi singgah.

Kat highway LPT oke je sume lancar. Keluar2 tol karak kete da mula bersesak2 tapi consider oke lagi. Paling teruk pas tol bentong. Da nampak da sign board genting sempah 5km. Tapi kitorang sangkut selama 2 jam untuk 5km. BAYANGKAN!!! , ,, i tak tension sangat sebab bukan i yang drive. Hubby da merungut2 sebab kaki da sakit. kete manual. Tukar ngan sepupu suh dia drive. Sampai umah da kul 3am.

Sangat rugi sebab dua perkara yang bertulisan condong itu tidak sempat dilaksanakan masa kat Kerteh. Tulah sape suh last minute nye planning kan?



almost complete

Barang2 baby macam suma da dibeli. Last week da beli dypers bag, blanket ngan rompers. Tambah barang2 yang sedara mara bagi lagi kira cukup da kot. Gambar da ade dalam phone tapi tahap kerajinan takde nak transfer dalam PC. Huhuhu insyaAllah next time.

And now da 33 weeks ++ already. Hari tu ade terbaca dalam Pa & Ma, bila da masuk 35 minggu bila2 masa je baby da bleh keluar. Sebab masa tu baby da cukup sifat2 dia. Sekarang da siap packing satu bag untuk baby incase terasa sakit perut mesti da tak sempat nak bersiap sume. Hari tu makcik ade bagi dypers bag yang anak dia punye. So, dypers bag tu akan diletakkan kat dalam kete. Kalau2 masa tu tengah jalan2 ke then terasa sakit perut kan. Hahahha..Sangat nervous oke untuk pengalaman pertama ini. Perut pun rasa macam menegang je setiap hari. Stretch Mark masih belum kelihatan lagi. Tapi tak tahu lah kan. Ade sebulan lebih lagi untuk ke 40 minggu, mungkin ia sempat muncul dan mungkin jugak tak. Harap2 nye tak lah. Tapi kalau muncul jugak nak buat cam mana.

Semalam pergi cek perut. Everything oke. Tak sangka HB naik banyak...12.4 kira banyak la tu kan. Compare ngan before ni nak cecah 11 pun susah. Berat naik sket, sekarang da jadi 61.2kg. Oke kot daripada tak naik langsung. Harap2 pas bersalin nanti leh turun balik ke berat before ni atau lagi rendah dari tu. Hahaha!! berangan.

Surat untuk booking HUKM juga sudah selamat dibuat. Kepada sesapa yang nak bersalin kat HUKM or PPUKM kena booking dulu. Saje je ni booking incase terbersalin awal. Dan da decide, 18hb 3 malam pas balik keje terus berangkat balik ke Kelate. Next week nya 21, 22 and 23hb andaikata tak bersalin lagi amik unpaid leave kalau annual leave da abes diguna. Sekarang annual leave masih ade 3 hari setengah lagi. Then, kalau 24hb 3 tu tak bersalin lagi da kena admit kat wad kan? SO, menurut HR kalau admit kat wad dikira MC so takyah apply cuti. Tapi ini hanyalah perancangan semata2, hanya Allah yang tahu segalanya. Hopefully sumenye berjalan lancar amin...

Lately, baby banyak sangat gerak. Aktif betul baby mama ni ye. Tapi takpe mama suke. Dan perut pun da makin makin kedepan. Cam besar sangat je. K lah will continue later.

Friday, February 4, 2011

Dating with gegirls

Noted: Ini cerita 22 Jan lepas

The night before my utp's rumate call ajak makan2 kat TTDI. Naseb bek ade ekin. So, saya pun tumpanglah ekin. Before tu g amik rumate, atie and yan kat umah rumate. Oh, rumah kita tak jauh sangat sebenarnya. Cuma sebab tak pernah pergi tu yang rasa jauh. Kat Kelana Jaya kan? Lupa plak. Tapi kalau pergi lagi sekali mungkin ingat lagi kot jalan dia.

All of us.

Then, sampai sana. Rasta eh tempat tu? Juga lupa. Hahaha takde la banyak mana pun makan semut. Sebab myhubby selalu cakap kalau lupa mesti sebab makan semut. Oh no no no. Kitorang tunggu Azra, Intan and Wani. Diorang datang sama2 sebab sama jalan.

Gembira sebab leh having fun ngan korang and updating gossip2 terbaru. And good news, on of us yang masih single tu will change her status on this coming may. ANd her big day will be on december. Waaa...kitorang plak yang tak sabar. Siap plan nak pakai baju sama untuk ke Johor december nanti.

Whose next? Just wait and see =P

Me and Atie.

Kadang2 bangga ngan korang. Tak sangka four of us da bergelar Civil Eng. Two of us work with TNB. And wani work with one of the big company in Malaysia. And one left, me still struggling to find a better career. InsyaAllah hopefully everything will be going well soon.

Thursday, February 3, 2011

Hantar pakcik g Lubnan

Noted: Ini cerita 27hb Jan hari tu.

Hehehe..sebenarnya g hantar kat TUDM Subang je. Pakcik saya a.k.a Su (sebab adik ummi yang bongsu) terpilih untuk mewakili misi pengaman Malaysia ke Lubnan. Lama jugak dia kat sana. Setahun. Lama kan? So, tu yang kitorang beramai2 g hantar. Makcik and my sepupu semua da pindah balik kampung sementara pakcik kat Lubnan ni. Ye lah. Pakcik tade, makcik pulak tak keje so better dia duk kat kampung ngan family dia daripada duk KL ngan anak dia yang kecik2 lagi tu kan.

Coppp!!!

Gambar macam ni mesti ade =P

Huhuhu!! sedih jugak la sebenarnya time pakcik nak masuk ke dewan sebelum berangkat ke KLIA. Makcik nampak merah je mata dia. Tu dia. Kalau saya, saya rasa da nanges sebelum apa2 lagi. Sedih kot. Da la lama tak dapat jumpa kan? Pastu pergi pulak kat negara yang tak berapa nak aman...Waaa!! taleh bayang kalau myHubby yang pergi.

Ade sorang budak kecik tu, siap cakap kat ayah dia "nanti abah balik tau" ayah dia terus pandang tempat lain. Sedih kot dia anak dia siap pesan camtu.

myHubby pulak beria nak pergi jugak. Tapi for next few years lah kalau pergi pun. Banyak prosedur yang kena ikut. Sebab kalau kita nak pergi pun tapi tak terpilih taleh pergi jugak. Jadi nampaknya saya perlu bersedia dari sekarang untuk sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Then, pas balik dari TUDM SUbang singgah i-city jap. Bawak mek(nenek), ayoh(atuk), makcik, ummi and sedara mara yang lain jalan2 tengok lampu. My mek kemain kagum ngan lampu2 yang ada kat situ =)