Thursday, February 3, 2011

Hantar pakcik g Lubnan

Noted: Ini cerita 27hb Jan hari tu.

Hehehe..sebenarnya g hantar kat TUDM Subang je. Pakcik saya a.k.a Su (sebab adik ummi yang bongsu) terpilih untuk mewakili misi pengaman Malaysia ke Lubnan. Lama jugak dia kat sana. Setahun. Lama kan? So, tu yang kitorang beramai2 g hantar. Makcik and my sepupu semua da pindah balik kampung sementara pakcik kat Lubnan ni. Ye lah. Pakcik tade, makcik pulak tak keje so better dia duk kat kampung ngan family dia daripada duk KL ngan anak dia yang kecik2 lagi tu kan.

Coppp!!!

Gambar macam ni mesti ade =P

Huhuhu!! sedih jugak la sebenarnya time pakcik nak masuk ke dewan sebelum berangkat ke KLIA. Makcik nampak merah je mata dia. Tu dia. Kalau saya, saya rasa da nanges sebelum apa2 lagi. Sedih kot. Da la lama tak dapat jumpa kan? Pastu pergi pulak kat negara yang tak berapa nak aman...Waaa!! taleh bayang kalau myHubby yang pergi.

Ade sorang budak kecik tu, siap cakap kat ayah dia "nanti abah balik tau" ayah dia terus pandang tempat lain. Sedih kot dia anak dia siap pesan camtu.

myHubby pulak beria nak pergi jugak. Tapi for next few years lah kalau pergi pun. Banyak prosedur yang kena ikut. Sebab kalau kita nak pergi pun tapi tak terpilih taleh pergi jugak. Jadi nampaknya saya perlu bersedia dari sekarang untuk sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Then, pas balik dari TUDM SUbang singgah i-city jap. Bawak mek(nenek), ayoh(atuk), makcik, ummi and sedara mara yang lain jalan2 tengok lampu. My mek kemain kagum ngan lampu2 yang ada kat situ =)

2 comments:

mrs.spicy said...

comei nye perut awak

eira eixora said...

haha sero makin kedepan doh perut. tmbh plak sy kan rendoh rasa bo badan sgt besar jah.