Thursday, March 17, 2011

Anok kelate @ KL..

Hari ni genap 39 minggu pregnant. Maksudnya hanya tinggal satu minggu je lagi untuk baby keluar. Sebagai orang yang baru nak bergelar mama ni memang sangat nervous k. Macam2 fikir. Takut pape jadi je kalau still g keje lagi masa da due date. So, untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang tak diingini saya da apply cuti for the whole week minggu depan.

Jadi esok malam plan nak gerak balik kelate. Kalau sempat makannya baby ni akan lahir sebagai anok kelate. Tapi kalau bersalin kat sini pun tak kisah =) Tapi cuma ada sehari je lagi kat KL ni. Barang2 mama + papa + baby sume da packing. Ingat nak hangkut sekali desktop ngan broadband sebab takut boring masa kat kg nanti.

Till then. Babai

Wednesday, March 9, 2011

Kena tahan di Wad

Rasanya seumur hidup ini tak pernah lagi kena tido kat wad. Kecuali masa lahir 25 tahun dulu dan hari tu masa ingatkan da nak melahirkan baby.

Nak dijadikan cerita malam selasa tu, 22hb 2 tetiba rasa cam sakit perut plus tak larat plus macam ade air keluar. Sikit je. Tapi sebab tak biasa dan takut selepas 2, 3 jam sakit decide nak g hosp. Tak tahu pulak perkara pertama yang di cek adalah cek yang kat bawah tu. Mak aih memang sakit. Rasa macam baby da nak kluar je masa dia duk cek tu. Cek2 doc cakap da bukak 2cm. Pastu bila check guna alat or machine yang kat spital tu. Ade contraction sekali dalam masa 10 minit. Terus kena masuk wad. Sebab doc cakap tanda2 nak bersalin da ade. Padahal baru 36 minggu time tu kan. Menurut mereka 36 minggu baby da sempurna kalau keluar pun da selamat.

Tapi nak dijadikan cerita malam berlalu ngan tenang. Rasa la jugak sakit perut tapi tak kuat sangat. Esoknya masih 2cm lagi. Contraction bertambah 2 kali dalam 10 minit. Lusanya masih 2cm lagi. Disebabkan keboringan yang amat duk dalam wad. Mintak balik. Dapat lagi 3 hari MC. Duk kat rumah ade rasa sakit sket2 tapi masih boleh tahan. Tak nak da g hosp sebab takut kena check. Pasrah je kat umah. Bila betul2 rasa nak kluar baru nak pergi. Sampai rabu 2hb 3 masih takde pape. G follow up kat hosp doc cakap sume oke. Baru rasa lega sket.

Sekarang da nak masuk 38 minggu. Debaran makin terasa. Actually, masih takleh imagine sakit nak bersalin tu cemana. Ade cakap tak sakit sangat, ade cakap saaaaaaaaaaakit sangat2. Harap2 kali ni timing g hosp tu adalah kena ngan saat2 saya nak melahirkan.

Kawan2 doakan semoga segalanya selamat.


Sunday, March 6, 2011

Tadi berjalan2 kat blog mamakembar3 dia ade buat link ke ujian menaip ni. So, saya pun mencuba nasib. Kira takat average je la kot ni.

Untuk bahasa melayu:
36 perkataan

Speed test



For english:
41 words

free online typing test

Saturday, March 5, 2011

kawen

Iwan & Huda
Gemas, Negeri Sembilan
20.2.2011

Tasha & Zafri
Putrajaya
12.2.2011