Wednesday, June 29, 2011

Ke Jerantut

Semalam ke jerantut amik adik. Dia belajar kat kolej jururawat masyarakat jerantut. Semalam last day. So, sebab mydad ade keje jadi saya lah kena g amik. Dulu masa g hantar adik masa dia mula2 belajar kat sana masih muda belia dan yang penting masih anak dara. Ade lagi satu sem kat Utp time tu. Huhuhu! sangat cepat masa berlalu. Lepas 2thn 1/2 tup2 da ade dhiya amani =)

Berjalan2 lagi dhiya. Lebih kurang 3 jam dari umah ke jerantut. Sampai2 je angkut barang them terus balik. Singgah jap kat mana entah beli durian n makan kat situ jugak. Disebabkan teruja tengok durian lupa nak bergambar bersama durian.

Monday, June 27, 2011

Dhiya Amani

Sabtu Tengahari
@ Rumah
Tengah tunggu papa balik


Sabtu petang
@ Rumah
Papa tak balik lagi
Bersiap2 nak ikut mama & pokcik g pasar malam




Ahad pagi
@ Sg. Buloh
Dalam kerete ngan mama
Tengah tunggu papa g mengundi





Sabtu tu da emo2 husband tak jadi balik tapi sebenarnya dia balik jugak. Just lambat sket. Janji kul 3ptg sampai. Tapi dia sampai 8mlm. Petang tu sebelum husband sampai sempat lagi g pasar malam beli tudung. Saje tambah collection. Ingat nak beli 3..hahaha! tamak. Tapi beli satu je sebab satu je berkenan.

Esoknya ikut husband g Sungai Buloh sebab dia kena mengundi untuk koperasi tentera. Angkut ngan Dhiya Amani sekali. Balik singgah umah sedara kat Gombak. Makan tengah hari kat situ. On da way balik singgah office husband jap amik motor. Suh adik bawak. Then, terus ke Shah Alam adik ade interview keje. Balik2 umah da nak dekat maghrib. Sehari suntuk dhiya berjalan2. Kesian dia. Semalam lena sangat tdo. Penat kot.

Saturday, June 25, 2011

25 Jun 2011

Hari ini genaplah umur Dhiya Amani 3 bulan. So far, tak banyak lgi benda yang dia bleh buat. Selain cubaan untuk meniarap yang masih belum berjaya lagi. Tiap kali gagal je nanges. Apa la adik ni. U can do it adik. Hahaha! Mamanya yang over. Da pandai nanges dengan kuat kalau lambat bagi susu. Tak suka tido sangat. Kejap2 bangun, kejap2 bangun. Tapi malam oke je. Tido kul 10, kul 4pg bangun jap minum susu then bangun balik kul 6.30.

Internet

Entahla makin lama makin teruk plak internet ni. Lambat gler. Terpikir nak tukar lain tapi tak tahu apa yang best. Takut2 tukar pun sama je jugak. Huhuhu!

Laptop

Thinking of having laptop sebiji. Susah bila ade Dhiya AMani ni. PC kat dalam blik. Dhiya kat luar. Masa nak bersosial ngan internet sudah terbatas. Time dhiya tido je leh curi2 main jap. Papa sile take note. Even da lama kan u tak baca blog i ni kan? Takpelah. In case kalau u terbaca oke.

Wednesday, June 22, 2011

Mengantuk punya pasal

Serious lately ni memang agak penat. Kalau husband ada dia banyak membantu. Malam2 memang tak cukup tido.

Nak dijadikan cerita kat ofis tadi memang ngantuk yang amat. Duduk kat meja asyik tersengguk2 je. Tengok jam da lebih sepuluh minit da masa sepatutnya keluarkan glove dari oven. So, dengan mengantuk + mamai2 bangun nak kluarkan glove ngan mata duk fokus tengok alarm. Betul ke da benti ke masih on lagi. Fokus punye fokus akhirnye gedegang...Sakitnya langgar pintu. Sebab nya pintu bilik oven tu kaca lutsinar. Tak pasan pulak pintu tu tutup makanya abes pecah bibir mulut. Huhuhu naseb la pagi2 da kena sakit.

Tuesday, June 21, 2011

Ice cream maker

Hari tu ade kawan promote tupperware kat ofis. Entah cemana terbekenan kat ice cream maker ni.
Gambar ihsan google

Orang lain sume beli bekas yang besar2. Saya je beli yang ini. Takpelah lain dari yang lain kan? Huhuhu. Then balik rumah terus buat ais krim. First try ice cream milo je. Boleh tahan sebab guna air milo yang manis. Pastu the next day ada buat agar2. So masukkan sikit agar2 sampai separuh. Keraskan pastu tambah air sunquick sampai penuh. Then tara..hahah! Tapi sedikit tawar.


Baru2 beli je kot rajin buat ais krim nanti2 tak tahu lah.

Monday, June 20, 2011

Semangat

Papa dhiya sangat semangat belikan dhiya stroller ini. Abes pasaraya pergi nak cari yang murah. Last2 jumpa kat mudah. Dan misi diteruskan dengan pergi ke kedai tu kat sri kembangan. Punyelah gigih cari kedai sampai nak give up. Tapi at last jumpa jugak.




Ini adalah home made ice cream. Story next entri ye..



Saturday, June 18, 2011

Update

Dhiya amani latest pict


Dhiya with her pokcik yang botak

Drive

Da 3 minggu drive ke ofis. Alhamdullillah akhirnya berani jugak untuk drive walaupun hanya pergi keje dan balik keje. Minyak husband yang isikan untuk the whole week terus sebab tak reti nak singgah mana2 termasuklah isi minyak. Rasanya pendorong utama adalah dhiya amani. Masa bile husband nak hantar saya keje dan dalam masa yang sama nak hantar dhiya amani kat umah babysitter. Takpe at least mama da berani sikit drive ke tempat keje.

3 minggu

Macam kejap je masa berlalu, next week dhiya amani da nak masuk 3 bulan. 23hb ade appoinment untuk suntikan 3 serangkai tu. Harap2 dhiya tak demam.

Outstation

Husband outstation ke Melaka selama seminggu. Next saturday baru balik. Nasib baik adik ade. So dia leh temankan g klinik dhiya next week kalau tak susah jugak.

Komputer rosak

Last week tetiba komputer buat hal. Hantar repair, katanya hard disk da corrupt so kena tukar baru. Maka sume gambar kenangan masa kat UTP and those best moment in my life dulu2 da takde. Sangat sedih. Nasib baik ade jugak upload kat fb and this blog jadi ada la jugak saki baki pict yang masih boleh dilihat. Gambar dhiya amani masa baru2 lahir jugak naseb baik tak terus delete dalam kamera and phone masa transfer hari tu. Kalau tak abes sume gambar dhiya. Sebab gambar2 tu langsung takde back up. Kat fb pun sikit je.

Monday, June 6, 2011

Thursday, June 2, 2011

Sangat lama!

Sangat lama tak update blog. Kat kg sangat lembab untuk bukak internet dan keadaan sangat tak mengizikan...

Da 2 minggu kat KL tapi hari ni baru bayar broadband. So hari ni lah baru bleh berintenet. Kat kg tak bayar sebabnya taleh guna pun kan.

Esok mahu balik amik dhiya amani kat kg sebab nya da jumpa babysitter kat sini. Sangat rindu. Walaupun baru tinggal 2 minggu macam da lamaaa tak jumpa. Da besar kot anak mama.

Btw, saya da selamat melahirkan pada tanggal 25 march hari tu. Lewat sehari dari due date dan namanya Dhiya Amani. Da tau kan tadi da sebut. Hehehe!

Semasa baru lahir

Dan ini before saya datang KL hari tu!