Monday, January 30, 2012

I wish u are always by my side

2 minggu da berlalu, ada 5 bulan lagi. Huhuhu! sangat terasa bila hubby takde. Dia ade je, tapi takde dalam erti kata jarang balik umah. kadang2 balik umah lambat dan masa keje, I means ofis hour takleh ganggu.

Daripada dia selalu ade, daripada dia selalu balik on time, daripada dia boleh keluar dari ofis bila2 masa when i need him memang sangat terasa. myHubby sedang kursus actually, 6 bulan. Tak lama. Cuma setengah tahun je. Wawawawa!!!

Sekarang ni pun tak balik lagi @hari ni mungkin tak balik dan balik esok @esok pun tak balik mungkin balik lusa...eh2 lusa kan KL cuti @mungkin tak cuti. See, berapa banyak kemungkinan yang sangat tak pasti di situ.

Dulu before kawen boleh je idop kat KL ni sorang2. Family jauh kat kampung. SiDia nun jauh kat melaka. Sekarang rasa macam kalau dia takde sekejap pun da tak boleh. For me, dia adalah seorang husband yang sangat baik. Walaupun KADANG2 adalah siri drama pendeknya, tapi apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan saat2 best dan bahagia bersama..ceeewaaaaahh! nak start dah aku ni =)

Macam tadi, terpaksa ke klinik gigi sorang2. anak hantar bbsitter. kalau tak kursus mesti husband teman. parking kete punyelah jauh sebab tak pandai nak parking sisi. Menapak punyelah lama baru sampai kat klinik. Sampai2 receptionist masam mencuka. cakap tinggi suara. Adoyaiii!!!!!!!! KALAU TAK IKHLAS BUAT KEJE JANGAN BUAT!! buat sakit hati orang je. da la tengah sakit2 gigi memang isk geram2..tapi sabar je lah. Jumpa doc pulak cek2 sket terus suh g refer pakar kat HKL nun. Herm, I wish masa tu my husband ade so he can drive me to HKL. Tapi sebab dia takde and I have no choice. Tel sedara tak berangkat. So I park my car at LRT and went to HKL ngan LRT pastu amik teksi. Nak g HKL sorang2 sangat tak confident. Tak tahu jalan plus takut nak drive dalam bandar KL. Sampai2 naseb bek on time. Tunggu giliran lama jugak. And he text me every ten to twenty minutes. Thanx sayang.

Dan masa menunggu tu lah, teringat da tutup ke belum api dapur? ke tak tutup?,. I ade masak air ke tak ah tadi? lupa2 memang memory tu takleh recall. EH tetiba i da tutup ke tak pintu kete tadi...ha ah memory boleh recall plak da tutup da tutup. Biasa husband yang double check sume2 benda ni confident sket. Note: I memang memiliki perasaan was2 yang melampau. Pernah satu hari I rasa tak tutup plug iron. Husband terpaksa balik umah tengok2 dah off pun. Sama lah macam air tu, balik2 tengok I tak masak air pun sebenarnya pagi tadi. Ya Allah jauhkanlah aku dari sifat pelupa dan was was,.Aminnn!!


25 Januari 2012

Beberapa hari lepas my daughter ni da 10 bulan. Ceeeeeepat sangat masa berlalu. Walaupun 10 bulan, dhiya da macam setahun. Yo yo je mama dia ni kan =P
Bercakap

Perkembangan terkini masih belum boleh bercakap macam kita2 tapi adalah beberapa perkataan yang dia boleh sebut:

1. mamma..
2. pappa..
3. bubbye..

Tu je yang ingat, yang lain more to mumbling. Mungkin baby lain paham tapi kita tak paham. Semalam sepupu dia datang elok je main. Cakap bahasa baby =)

Berjalan

Belum boleh lagi, tapi asyik bergantungan dekat kabinet ngan sofa. Actually aktiviti ni sejak dari 9 bulan lagi. Sekarang nampak kaki dia da stabil cuma kena tingkatkan kan lagi confident level dia suh dia lepas tangan pulak pasni.

Menangis tak keluar air mata

Contohnya gambar di bawah. Sangat pandai! Kita ingatkan nanges betul2 rupa2nya olok2 je. Layan je lah =)
Masih isap jari

Tak tahu bila habit ni nak ilang. Especially masa tido dan lapar susu mula lah cari jari. Harapnya tak berlarutan macam ummi cik dhiya (my sis).

Rambut da boleh ikat

Bukan dhiya gembira tapi mama gembira. Terus beli getah warna warni untuk ikat rambut masa g jenjalan. Padahal sangat susah sebenarnya nak ikat sebab agak pendek lagi sebenarnya.

Ini gambar dhiya pakai tudung
setelah dikerjakan papa.
Ini gambar dhiya pakai spek
setelah dikerjakan mama.

Dhiya Amani, papa & mama luv u sesangat! Be a good daughter k. Bulan 3 insyallah dhiya dapat adik sepupu. Be good to adik also. So now kami sudah ajar dhiya bahasakan diri kakak =P

Betul tak kakak Dhiya? =P

*update - baru teringat ada lgi

sudah pandai tepuk

Dulu2 saya suka nyanyi lagu tepuk amai2 tu sambil tepuk tangan. Tiba2 hari tu bila saya nyanyi dhiya terus tepuk. Ingatkan dia paham maksud tepuk sebab tu dia tepuk. Rupanya tak, apa jenis lagu pun dia tepuk..klakar lah awak ni dhiya amani.

sudah ade 6 batang gigi..sooo cepat kan?

Hari tu masa 9 bulan 4 batang. sekarang naik lagi 2 kat bahagian atas. hopefully gigi dhiya elok lah macam papa. bukan macam mama. banyak sangat prob ngan gigi sejak kecik sampai lah tua2 ni pun kena g jumpa doc gigi jugak.




Saturday, January 28, 2012

TupperClean Dish Wash Concentrate - 800ml

READY STOCK

RM 15.00

Add RM 7.00 for postage
(kos pos adalah rm 7.00 untuk 2kg yang pertama)

* pembeli pertama dapat percuma magazine seperti tertera dalam gambar di atas

Tuesday, January 24, 2012

Giveaway is over!

Tapi saya tak dapat email dari visitor ke-8000 lagi. Mungkin susah kan nak snap. Pape pun giveaway di postpone mungkin dengan syarat yang lain pulak nanti =)

Monday, January 23, 2012

Giveaway

Sticky mode post! For new entry please scroll down k..

Memandangkan ramai rakan2 blogger buat giveaway rasa terpanggil untuk buat jugak. Dan giveaway ini adalah sangat2 senang. Just be a visitor yang ke 8000, print screen then send me an email. First email yang i terima adalah dikira sebagai pemenang.

anis_nurdhiani@yahoo.com

Dan hadiah nya mestilah satu je.

Berupa? Surpppprise!!!

I will update later k about the hadiah.

Masih lagi pasal kawen...

Wakakaka! Bila la nak abes kan. Tapi i need your opinion. So, nak tak nak kena buat entri ni jugak.

Persoalannya:

Hadiah apa yang korang biasa bawak bila pergi wedding kawan?

Hhuhuhu!! Da banyak wedding pergi tapi adiah tukar2. Pernah bagi jam dinding, ni favourite. Pernah jugak bagi tea set, selimut, tupperware (incase kena postkan sebab tupperware ringan), pan kot kalau tak silap, mixer, dan lagi tak ingat dah.

Kadang2 serba salah jugak nak bagi adiah murah2, tapi kadang2 keadaan poket tak mengizinkan. So, apa pendapat korang?

Sunday, January 22, 2012

Bila kawen..

Kawen lagi? Yerp, kalau ade mood nak cakap pasal kawen cakap je. bile takde mood takde idea plak nak cakap kan.

Bila kita decide nak kawen, ia sebenarnya adalah keputusan yang besar. Bukan melibatkan dua hati sahaja. Malah banyak hati2 lain yang perlu di ambil kira. As for me, kalau my mum tak suke dengan the person who i fall in love. maka terus tak jadi fall in love walaupun sebenarnya memang dah gedebuk jatuhnya. So, try tu fall in love ngan another person pulak kan. Hahaha! Actually to fall in love bukannya senang2. Bukan main tangkap muat je. I banyak fall in love sorang2 je. Hahaha! tanya ummi dulu, kalau takde sokongan then lupakan je lah. kalau teruskan pun takut ada masalah pulak nanti.

Dan bila da kawen pulak, kita mestilah terima dia dan keluarga dia seadanya. Betul sebagai orang baru dan dikelilingi oleh orang2 yang kita tak biasa. Compare ngan family kita tentunya lah family kita yang the best kan, sebabnya dari kecik lagi kita da bersama family kita. Tapi janganlah buat muka kalau berada dalam family hubby or wifey kita. Buat biasa dah lah. Try to mix around. Sehari dua memang tak biasa lama2 biasalah. Kalau kita tak cuba sampai bila kan. Kita kan nak kawen bukan untuk sehari 2. Kalau boleh untuk selama-lamanya.

Bestkan kalau kawen dengan orang yang kita sayang

Herm, memandangkan sekarang musim orang kaween makanya saya turut terasa feeling pengantin baru waluapun dah AGAK lama sebenarnya.

Saya masa nak akad nikah tu rasa nervous tapi tak de lah to the max. Sebab bukan kita yang kena lafaz kan. Just duduk diam2 tunggu je kan? kan? so tengah relax2 tiba2 sudah sah bergelar isteri orang.

Terus terang cakap, akad nikah malam. Perasaan sangat natural malam tu tak rasa apa2. Sebab husband kan kena balik umah dia. Dan datang balik esok untuk majlis bersanding.

Dan, esoknya bila masa2 duk bersanding tu macam malu. Serious ni klimax dia. Rasa tak reti nak pose pun ade. Orang kan ramai duk tgk kita. Kita pulak kena pegang2 la kena buat romatik2 la. Makanya kat situ lah nervous bermula.

Dan time kenduri sebenarnya masa nak layan kawan2 adalah limited. Sebab kan duk tengah bersanding tukar baju itu ini. Maka adalah kawan yang ter miss nak jumpa kan.

So, itu saje dulu =)

Kepada kawan2 yang baru dan akan menempuh alam rumah tangga. Kawen itu BEST! =P

Monday, January 16, 2012

Gegirl outing

Venue: Taman Botani, Putrajaya
Time: 7.30 a.m till 11.00 a.m, Last Sunday
Reason: Meraikan dua orang b2b

Huhuh! Potluck party ini sangat best., walaupun da ade dhiya amani terasa muda remaja kembali bila gather2 mana ni. Ye ye ye I know u all single and available lagi. Tapi by next month 2 orang akan join the club. tahniah korang. yang pasti nanti bila picnic macam ni dhiya da ade geng (insyaAllah!!).

whose next?

Dua orang b2b =)

Dhiya macam tau2 je org nak bergambar

warna-warna yang ceria

suka gambar ni!!!




Friday, January 13, 2012

Delicious jalan tun razak

Last two weeks kot ke delicious. Spontan punya plan. Rumate call, terus setuju n terus pergi. Bawa dhiya sekali. G ngan Ekin. Kalau lalu ikut terowong smart from my house ke tempat ni kejap je. kalau lalu ikut jalan biasa mungkin lambat sket sebab jem.

Plan asal nak ke full house, kalau tak silap. but tempat tu da di book awal2. then tukar plan terus ke delicious ni.







Sri QThai, Cheras

Last wiken, g makan steambot kat Sri QThai ngan member ofis lama. Pergi kul 8, kul 11 baru balik. Agak berbaloi jugak makan tapi dengan syarat kena makan non-stop. Tema makan ikut suka. Harga rm28 per person kalau tak silap. Tapi air caj lain.

Just got a tips from my friend. Kalau pergi tempat macam ni amik makanan mahal2 macam udang, ketam or tiram. Kalau yang biasa tu kat pasal malam pun ade kan. huhu! tapi first2 memang i amik yang bese2 je. tapi lepas tu terus tak pandang dah.

Dhiya posing dengan jus dumex = P

Macam sedap je udang, memang sedap pon =)

One happy family,
me sangat gemuk bila bergambar dari angle ini.
hakikatnya memang gemuk pon

dhiya with aunty yaya

dhiya with uncle zul

*pictures credit to yaya's facebook

Thursday, January 12, 2012

day 24 - gambar bilik idaman anda



Pertama sekali mahu list kan ciri-ciri bilik idaman.

1. mesti mempunyai balcony yang luas.

Photos of Holiday Inn Cairns, Cairns
This photo of Holiday Inn Cairns is courtesy of TripAdvisor

2. kombinasi warna putih dan hitam, lebih kurang macam ni =P

3. hidden wardrobe, macam gambar kat bawah ni tapi cermin kaca tu ganti ngan kayu. kata hidden so bahagian dalam takleh nampak.

Oke, itu sahaja untuk kali ini tentang bilik idaman.

Wa, begitu gigih saya menghabiskan 30 days challenge ni walaupun 30 day yang sebenar da lama berlalu.

*pictures credit to google

Tuesday, January 10, 2012

day 23 - kalau dapat RM1juta, apa yang anda dengan duit itu?

Kalau tulis blog ni mungkin tak dapat kot satu juta. kalau masuk sejuta moneydrop mungkin dapat. Wakakaka!

Sejuta sangat banyak oke. Herm! Let's berangan bersama.

Keluarkan kalkulator sekarang, takut terlebih bajet pulak. Biasalah dapat banyak pun tak cukup jugak, manusia kan tamak =p

1. rm250ribu - nak buat rumah
2. rm250ribu - nak beli tanah, kebun getah =) yang ni income masyuk ni monthly

See! da half juta..hahaha!!

3. rm100ribu - beli kete
4. rm100ribu - bawak family g Haji

Eh! baru 700ribu tak abes lagi ni!

5. Mungkin g melancong mana2. Tak penting tapi kalau ada duit pergi je lah kan =P, bajet dalam rm1ok. Kata duet banyak.

Ada lagi.

6. rm90k sedekah kat mana2, anak yatim, rumah kebajikan.

7. rm200k ikut lah simpan dalam asb ke unit trust ke?

Dan ni tak ternilai, I mahu benti keje duk umah goyang kaki tunggu duit masuk jeeerr... I wish this moment will happen even I takde sejota pon.

Monday, January 9, 2012

day 22 - gadjet yang anda ada



That's all I have, handphone beli sejak early 2008, till now tak rosak2 lagi. so guna je lah. malas nak beli tel lain. tak terkejar trend telefon sekarang ni. Hari ni launch model baru, esok keluar model lain pulak. And yes I know, model ni sangat tak up-to-date, tapi guna je lah kan selagi tak rosak =)

Kamera dapat percuma masa beli tv, dan ini adalah camera pertama yang saya ada =)

Laptop, pernah dah tulis pasal laptop kat blog ni. Kalau rajin godek2 lah entri lama ye =P

*all pictures credit to google

Sunday, January 8, 2012

Ready to post


Ini adalah order pertama secara pos. Permulaan yang baik =) Kepada sesiapa yang berminat nak order tupperware don't hesitate to SMS/email/call or leave message here!

day 21 - status anda, relationship anda?

As all of you know, I'm married with one cute little daughter =P

Meeting my husband long time ago during my standard 2, however being in serious relationship somewhere in 2008,. Decided to get married in two years time. Engaged on 23 of september 2009, if i am not mistaken., lupa the exact date. See, how not serious I am in remembering date even it is part of my happy day in life. Even, I am oke if not celebrating my birthday.

And we got into married on 4 of June 2010. How fast time flies, on 25 of March 2011 I giving birth to Dhiya Amani.

So, now I am a wife to mohd zulhilmi, a mother to dhiya amani, a daughter to my parent and also sister to my beloved brother and sister =)

Saturday, January 7, 2012

Ready Stock

Half freeze away READY STOCK

FreezerMate Small II (1) 650ml

FreezerMate Small III (2) 1L

FreezerMate Medium I (1) 550ml

Price: RM 80.00

FREE POSTAGE!!!


Modular Mates READY STOCK

Modular Mates Mini II (3) 1.9L

Modular Mates Mini III (1) 6.5L

Madular Mates Rectangular II (1) 4.3L

Price: RM120.00

FREE POSTAGE!!!

Januari Promotion =)

Pre-Order (Order sebelum 5hb Februari 2012)

Polka dot One Touch (4) 1.25L

RM 80.00

1. Dark purple
2. Light Purple
3. Orange
4. Kuning

FREE POSTAGE!!
Pre-Order (Order sebelum 5hb Februari 2012)

Tall Canister (10L)

Beli satu: RM 80.00

Beli dua: RM120.00

FREE POSTAGE!!!!

Friday, January 6, 2012

day 20 - hari ke 20, apa yang terjadi

Nothing else happened except wake up early and go to work.

Sampai ngam2 to office and breakfast kueh teow beli depan ofis, sangat banyak akak tu letak. Cam mana tak gemuk kan. Tengah hari konon2 kenyang nak makan light2 je, melantak KFC pulak. And againn sumber untuk menambah lemak. Huhuhuhu! Kalau saya mahu KURUS saya takleh berdiet secara tradisional. must take something, i mean suplement or do something like going to slimming. But very costly, so just wait n see lah. Nak gemuk sampai setaro mana. Waaaaaaa,,, so so so scary.

N balik dari lunch tergempar plak, kedai runcit sebelah sebelah sebelah my ofis kena rompak. perompak bersenjatakan parang. Orang takde mana kat kawasan tu. And the only customer kat kedai to is my ofismate. yng jaga cashier pulak dua2 pompuan. So, it happened soo fast. Dan duit berjaya di bawa lari.

Tapi macam ni lah, sepandai2 tupai melompat akhirnya nanti ke tanah jugak. Melainkan jap lagi perompak tu insaf dan tak merompak lagi. Sekarang ni, daripada pertahankan harta benda baik pertahankan nyawa. kalau budak cashier tu tk bg duit entah2 perompak tu akan bertindak lagi jauh. mintak jauh lah benda2 macam ni.

And as usual balik keje. jalan tak bape jem. But i also feel like driving is totally tak best langsung. Drive tu pun sebab terpaksa. I wish one day I ada driver to take me to ofis. Waa berangan! Sekarang ni pun actually da ade driver except bile pergi keje je lah.

So, that's all for today =)

MODE DA OKE BALIK. KALAU HILANG LAGI SEKALI TAK TAHU LAH NAK CAKAP APA

Gemuk gedempong!!

Badan bagai di pam2. huhuhu! mungkin da cecah 60kg. Before pregnant, dalam 53 plusminus. tengah pregnant 64plus2. then after deliver drastically turun 54 balik. so happy rasa ringan je badan. tapi know, bagai di pam2. makan takde lah banyak sangat. tapi i dont know why. mungkin metabolisma makin rendah. keje duk ngadap komputer je kan sekarang. but I LOVE my job now. wakakaka!!!!

AKU MEMANG BENCI KALAU TULIS THEN TULISAN HILANG!!!!!!!!!!!! MALAS NAK TULIS BALIK!!!!!!!!!!!! DA LA 2X TULIS. MASIH NAK HILANG LAGI. DA LA SUSAH NAK HUPDATE BLOG SEKARANG NI!!! THAT'S IT