Monday, December 19, 2016

Kedai makan

Makin tua makin saya cerewet bab makan. Kalau tak sedap sikit mesti tak abes. Apatah lagi kalau tak bersih. Pantang saya kalau tumpang toilet kedai makan, toilet tak bersih. Balik dari toilet tu confirm saya takleh abiskan makanan yang tinggal.

Bila benda ni terjadi, terus berazam dalam hati tak nak dah bawak anak suami makan kedai makan. Sebab belum tentu bersih. Dapur rumah kita jauh lebih bersih. Tapi itu lah being me selalu malas nak masak.

So saya buat conclusion supaya rajin masak lepas ni.

1. Hujung minggu g pasar basah beli barang2 untuk masak seminggu.

2. Balik sort out semua ikut hari nak masak. Simpan siap2 dalam bekas. Bawang blend siap2.

3. Tampal siap2 menu nak masak selama 7 hari.

Semoga saya berjaya. Chaiyok Anis. !

Thursday, December 8, 2016

Sungguh, cukuplah pandangan Allah!

Walaupun saya punyai FB, saya tidak iri dengan kehidupan orang lain. 

Saat mereka bahagia, mereka share kebahagian mereka,
Saya tumpang bahagia,

Saat mereka bersama keluarga, mereka share moment2 indah mereka, 
Saya tumpang gembira,

Saat mereka berjaya, mereka share keterujaan mereka,
Saya tumpang bangga,

Saat mereka gigih berusaha, mereka share kepayahan jerih perih mereka, 
Saya jadikan mereka sumber inspirasi dalam hidup saya.

Kerana nikmat hidup saya tidak terhitung juga, 
Dan kadang2 saya share di FB untuk berkongsi rasa,
Jauh sekali mempamerkan siapa lebih berjaya, 
Kerana hidup saya bukan untuk berlumba dengan sesiapa,
Saya tidak damba pandangan manusia,
Sungguh, cukuplah pandangan Allah yang maha Esa.





Wednesday, December 7, 2016

Konsep rezeki

Ramai berpendapat, lepas keluar universiti semua orang akan keje best2. Beli rumah besar, kereta besar. Boleh melancong sana sini. Boleh beli sesuka hati apa saja barang yang dihajati.

Hakikatnya, tak semua yang macam tu.

Hakikatnya selepas hampir 7 tahun selepas grad degree saya masih bergelar student.

Apa yang saya kejar? Entahlah. Kalau bagi jawapan kang ada yang bidas macam2.. Jadi saya simpan dalam hati je kenapa saya sambung belajar. Boleh tak macam tu? Hihi.

Ada orang tanya "Anis, buat apa belajar tinggi2 nanti belum tentu dapat keje".

Bagi saya rezeki masing2 Allah dah tentukan. Tugas kita berusaha selagi kita mampu.

Contohnya la kan.

Orang tu dia belajar takat SPM je. Tapi rezeki dia kawen ngan orang kaya. Duduk goyang2 kaki kat rumah je. Tapi dapat beli baju baru selalu. Dapat beli barang kemas selalu.. Rumah besar, Kereta besar. Dah tu rezeki dia. Mungkin rezeki dia tu Allah bagi melalui husband dia. Allah bagi dia husband yang kaya raya senang lenang.

Kalaupun belajar sampai PhD, kalau dah rezeki biasa2 je kita kena redha lah kan. Yang penting usaha tetap usaha.

Saya ni mula muhasabah diri bila saya gagal bekerja dengan Petronas tujuh tahun lepas. Saya belajar di UTP, dapat biasiswa Petronas tapi saya tidak dapat melayakkan diri bekerja di company gergasi Malaysia itu. Adalah sebab2 dia kan.

Mula saat itu, saya bertambah yakin yang perancangan Allah adalah perancangan yang terbaik. Mungkin kalau saya dapat kerja dulu saya tak kan menjadi Anis yang setabah Anis yang hari ni. Mungkin saya bukan Anis yang sepositif Anis yang hari ini. Mungkin saya tak se humble Anis yang hari ini.

Banyak benda yang saya jumpa dan discover sepanjang tujuh tahun ini. Ilmu kehidupan. Ilmu untuk hidup. Takde dapat dalam buku rujukan masa belajar di universiti mahupun sekolah dulu.

InsyaAllah ilmu yang saya dapat ini akan saya bawa walaupun suatu hari nanti saya da hidup senang sekalipun.