Monday, April 10, 2017

Hai

Sangat banyak rasanya mahu tulis kat sini. Walau ke mana saya pergi akhirnya blog ini jugak yang saya cari. 

Semenjak dua menjak ni saya hilang dalam dunia sendiri. Terjebak dengan filem indonesia. Beza nya banyak dengan filem Malaysia. Walaupun terselit kisah cinta tapi jalan ceritanya penuh pengajaran. Rasa sayang pada negara. Rasa sayang pada teman2. Biasa saya memandang Indonesia sebagai negara yang di bawah Malaysia. Konon nya Malaysia lebih maju. Tapi bila tengok filemnya, saya rasa Malaysia dan Indonesia tak de banyak bezanya. 

Plus Indonesia sangat kaya dengan keindahan alam semulajadinya dan banyak tempat2 menarik.

Puncak tertinggi jawa - Mahameru yang terletak di Gunung Semeru
Labuan Bajo
Pulau Buton yang terkenal dengan tinggalan sejarahnya
Rumah Paris di Yogyakarta =)

Tetiba rasa nak g explore Indonesia. Boleh? Haha...

Bangga pulak dengan darah Indonesia yang mengalir di dalam diri ini (Ceyyyy tetiba...haha!)

Sepatutnya Malaysia pun perlu tonjolkan tempat2 menarik di Malaysia melalui filem2 nya jugak. Saya rasa Malaysia pun banyak tempat2 menarik yang boleh di share dengan dunia. 

2 comments:

Sepriana Mokoagow said...

nice blog..
Salam kenal

eira eixora said...

Salam kenal kembali =)