Saturday, September 29, 2018

Ostrich Wonderland Semenyih

Sebelum ini tidak pernah tahu kewujudan tempat ini.

Dan ini pertama kali sampai.

Tq kepada sekolah Dahlia kerana arrange Lawatan sambil belajar yang sempoi dan bermanfaat ini. Jadi tidak mahu cakap banyak kita layan gambar je ok.

Sebelum tu serba sedikit tentang Ostrich Wonderland.

Terletak di Semenyih
Tiket Dewasa: RM15
Tiket Kanak2: RM10
Bukak pukul 10 pagi.

Kat sini bukan sahaja da Ostrich tapi ada haiwan lain juga macam ayam (banyak jenis), angsa, kuda, kambing, beruk, arnab dll. Banyak anak boleh tengok dan belajar sebenarnya kat sini. Tapi memandangkan ini lawatan budak taska jadi kami hanya spend masa selama 2 jam sahaja. Budak excitednya kejap. Lepas tu penat mau tido kan. Dahlia masa dalam perjalanan pergi & balik dua2 lentok. Tak jauh mana pun dari sungai besi. Dalam 50 minit. 

















Sekian.. 

Friday, September 28, 2018

Gajah putih belum ok!

Gajah putih. Panggilan manja untuk kereta viva kami.

Alhamdulillah bulan 4, 2018.. hari jadi beliau yang ke-9. Bermakna sudah abes bayar =) Bestkan naik kereta free. Tapiii..

Maklum saja barang lama. Saya nampak memang dia dah tua. Longgar sana sini. Sebelum ini tidak pernah buat hal. Ini pertama kalinya, termati di tengah2 jalan. Mujur kemungkinan itu sudah saya agak. Husband sudah follow belakang.

Kebetulan pula di tengah2 hujan. Anak dua orang dalam kereta husband.

Perempuan memang sinonim dengan panik.

Saya turun kereta teman anak dalam kereta husband. Husband pergi cek gajah putih mana yang patut. Kemudian kami decide untuk tinggalkan gajah putih di situ.

Parking kereta husband dan anak tinggalkan pada makcik kedai makan (tawakal).

Saya dan husband meredah hujan sebab husband nak tolak gajah putih. Sebab beliau da blok laluan orang di tengah2 jalan.

Sekarang masih dalam proses pembaikkan.

Me, takleh g mana2 sebab belum pandai drive kereta husband.

Btw, kereta husband pun warna putih juga. Adakah sesuai bagi nama Gajah Putih II?


Till we meet again!

Salam sayang,
Anis

Wednesday, September 26, 2018

Hai blog, rindu!

Ok lah memang bila rindu baru teringat blog

PhD

Perjalanan PhD, selalu dikaitkan dengan perjalanan yang panjang. Everyday discover new things. Dah berpuluh kali repeat experiment yang sama. Saya berharap semoga perjalanan ini cepat2 menemui jalan penyelesaian yang memuaskan hati. 

PhD takde silibus. Jika sudah yakin, bagaimana nak jawab masa viva nanti tak jadi masalah dah. Masalah nya seriously rasa tak confident. Rasa macam banyak lagi benda yang tak tahu. Yang nak kena gali lagi. Doakan yang baik2 saja. 

Kereta buat hal

Terasa patah sebelah kaki bila kereta buat hal. Buntu. Kereta husband tak pandai nak bawa. Motor pun tak pandai jugak. Moga masuk workshop tak lama. 

Pregnancy

Sudah masuk minggu ke 31. Nurse cakap bila2 masa sudah boleh bersalin. Banyak pending work yang bermain2 di kepala ini. 

Data PhD tak cukup2 lagi. Jika data cukup boleh mengarang masa dalam pantang (Hope baby bagi kerjasama) Teringat masa berpantang Dahlia Amani gigih siapkan thesis sebab taknak bayar yuran untuk sem depannya tu. Alhamdulillah berjaya habiskan jugak. Tq kawan2 yang sudi bantu printkan softbound. 

Barang baby alhamdulillah da cukup. Beli sikit2 dan tambah mana2 yang patut. Selebihnya guna yang kakak punya. Barang mama ada satu dua lagi belum beli. 

Menulis

Lately rasa skill menulis sudah berkurang. Asyik merapu saja di FB. Tapi di FB pun nak merapu rasa tak sebebas dulu. Atas sebab2 tertentu kadang2 rasa macam fake. Huh! Tak suka perasaan ni. Mungkin kah kena masuk kelas menulis. Teringin sangat nak menulis buku sendiri. Semoga impian ini tercapai satu hari nanti. 

Di FB banyak kawan2 yang punyai bakat menulis semula jadi. Bila baca wow bestnya baca tulisan dia. Walau tulis panjang2 tetap tak boring baca. Serious mahu jadi macam mereka2 tu. Moga lepas ni makin rajin update blog sambil asah bakat menulis. Tapi thesis pun nak kena tulis juga oii ! Kita go parallel ok. 

Till we meet again. 

Salam Sayang,
Anis




Friday, June 29, 2018

Hai blog, rindu sangat!

Kiranya belum terlambat untuk ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua pembaca blog ini. Secara langsung mahupun tidak. 
Dah lama tak mencoret kat kat sini. 

Banyak cerita berlaku di sepanjang blog tak berupdate ni. 

PREGNANT

Alhamdulillah beberapa bulan lalu saya disahkan pregnant anak ketiga. Pregnant kali ini alahan dia lain macam. Study entah ke mana. Rumah tak terurus. Tapi alhamdulillah its getting better now. 

Tengah mencari mood STUDY balik. Plan nak abes tahun ni. Bila fikir jadi STRESS sangat sebab macam tak sempat je nak abes. Macam tak tahu nak mula balik dari mana. Moga Allah permudahkan Aminn. 

CACA MARBA

Lately banyak benda bermain2 dalam kepala ni. Rasa nak give up semua benda yang dah diusahakan sebelum ni pun ada. Jadi housewife je senang takyah pening2 kepala fikir banyak2 benda. Tapi entahlah. 

HOMESICK

Bila balik kampung lama2 serious homesick bila datang KL balik. Moga impian nak duk kelate termakhbullah walau cepat walau lambat. Tunggu husband pencen je ni lagi 8 tahun. Lepas tu insyaAllah jika saya takde komitmen dengan apa2 boleh lah ikut balik.. Yuhuuu rasa best je kan. Tapi tu lah kita tak tahu lagi masa depan macam mana. Buat masa ni just go with the flow. Kalau boleh tak nak lah stress2. Sekarang ni fikir nak abeskan mana yang dah dimulakan je. SERIOUSLY! 

Wednesday, April 25, 2018

Pengajaran daripada kisah hidup Aliff Syukri

Sebenarnya salah satu sebab Allah hadir kan bermacam2 ragam manusia untuk kita muhasabah diri kita jugak. 

Setiap isnin malam ada rancangan tentang Aliff Syukri. Entah macam mana tertengok jugak.

Mungkin betul. Dari satu sudut kita akan rasa dia berlagak. Tak sesuai perangai macam tu. Selalu bagitau beg jenama tu jenama ni. Kasut jenama tu jenama ni. Part ni serious rasa kena muhasabah diri sendiri. Sekiranya suatu hari nanti Allah bagi peluang untuk merasa nikmat hidup macam tu sekurang2 kita tak berkelakuan macam tu. Bila kita rasa tak elok. Amik pedoman. Dan jangan buat macam tu jugak.  

Tapi ada juga dari sudut positif yang kita boleh ambik. Bila nak keluar memana. Bawa bekal. Memang dapat jimat banyak sebenarnya. Sebab kadang2 makan tak seberapa. Tengok bil da puluh2 ringgit. 

Ok itu je nak komen. Semoga bermanfaat. 


Friday, April 13, 2018

Cara daftar akaun ASB online

Pertama sekali kena update no telefon di pejabat pos atau mana2 bank yang mempunyai agent asb. Contoh: CIMB, Maybank @ RHB. 

Kemudian pergi ke website http://www.asnb.com.my/

Dan ikuti cara2 seperti di bawah =)








Selepas tekan TAMAT

1. Akan dapat email untuk pengesahan. Bukak email dan sahkan.

2. Akan dapat password sementara. Log in dulu menggunakan password sementara. Kemudian tukar password baru. 

3. Log in kembali menggunakan password baru. 

Taraaaa.. sekarang da boleh cek bagi akaun asb di hujung jari sahaja =)


Untuk permohonan ASB Financing boleh contact saya EiraEixora - 019-9885546


Saturday, February 17, 2018

Persiapan menyambut kelahiran anak pertama

Tadi nampak di newsfeed FB saya seorang sahabat bertanyakan tentang bajet untuk membuat persiapan menyambut kelahiran anak pertama. Terlintas untuk berkongsi di sini. Bajet tu sebenarnya depend pada brand @ kedai mana kita beli barang tersebut. Yang penting list barang yang hendak di beli.

Sebelum tu kita bahagikan kepada 2 bahagian:

Keperluan mama

1. Set bersalin dalam RM300++

Sudah 2 kelahiran saya amik set bersalin amway. Senang semua sudah ada. Kecuali bengkung saya tak suka sebabnya bengkungnya besar sangat. Jadi saya lebih selesa memakai bengkung turun temurun daripada family yang kain biasa je.

2. Maternity pad

Sudah 2x saya beli maternity pad tapi guna beberapa keping je dan tak habis. Lepas tu tak pakai dah. Ye lah maternity pad pakai masa bersalin je kan. Yang tak habis tu jadi membazir pulak. Atas nasihat kakak ipar lain kali beli pada Overnight. Dia panjangkan jadi cukup untuk cover masa lepas bersalin dan lepas bersalin pun still boleh pakai masa heavy flow memalam.

3. Tshirt baru barang sehelai dua =)

Biasa saya beli tshirt ni. Ye lah tshirt harian kat rumah biasanya lusuh je. Apa kata beli yang baru sehelai dua pakai dalam pantang.

Ni je kot untuk mama..

Keperluan baby

1. Baju tengah hari

Saya beli baju lengan pendek seluar pendek x 4

2. Baju malam

Baju lengan pendek seluar panjang x 2 - guna untuk malam yang macam panas sket. kalau tetiba sejuk boleh bedung.

Baju lengan panjang seluar panjang x 2

3. Kain bedung - 1

4. Changing Map - 1

5. Towel - 2 (senang nak gilir2)

6. Kelambu - 1

7. Mitten & booties x 4

8. Toiletries - 1

9. Wet tissue

10. Pampers - Saiz newborn satu kotak. Abis satu kotak tu baru tukar saiz S.

11. Kain balut perut

12. Bakul Kain + Tilam + Bantal + Bantal peluk + Sarung bantal + Sarung tilam = Beli 1 set. Orang kelate biasa beli ni =)

13. Kain lampin - Satu plastik tu. Ada dalam 10 helai rasanya. Saja beli untuk standby. Last2 buat lap2 macam tu je.

14. Kain sapu tangan

15. Pam susu - saya beli jenama Autumnz (best) Murah dan berbaloi. Tak pernah try brand lain. Jadi takleh compare.

16. Botol susu (Storage) 2 dozen

17. Plastic susu (just in case) beli je.

18. Botol susu biasa beli 1 yang besar 1 yang kecik.

19. Car seat

20. Stroller @ carrier

ok tu je rasanya. Kalau ada tertinggal boleh tambah kat komen =)

Monday, January 8, 2018

My 3 BIG MISSION: 2018

JANA PENDAPATAN RM10,000 sebulan 

Alhamdulillah pada MAC 2018 saya telah terima paycheck bernilai RM10,000. Syukur padaMu ya Allah.


Menunaikan UMRAH. 

This one is really big for me. Rasa sangat2 mahu jejakkan kali ke Tanah Suci. Terima kasih YA Allah. Pada October 2018 Alhamdulillah saya telah menjejakkan kaki ke Mekah untuk buat UMRAH. 


Finish my PhD

Alhamdulillah pada Disember 2018 saya telah berjaya menamatkan pengajian PhD saya.




My 2017

Tahun 2017 baru saja berlalu. 
Saya ada dua pencapaian membanggakan pada tahun 2017. 

IMPIAN

Being me saya memang terkenal dengan perangai boros. Jika masa ada duit tidak sah kalau posmen tidak datang berkali2 dalam seminggu. Tapi tahun 2017 menyaksikan saya tidak boros berbelanja kerana saya telah buat keputusan untuk join GROUP KUTU RM350 sebulan. 

Saya tidak tahu di mana kekuatan untuk saya join kutu sebanyak itu. Yang pasti setiap ujung bulan Alhamdulillah mampu bayar. Yang sebelum ini saya tak tahu ke mana amount itu pergi. Betul saya challenge diri saya. Dan AIM saya adalah nak beli barang KEMAS. 

Sebab sebelum ni saya rasa tak mampu nak beli sebab saya masih belajar dan banyak alasan lain lagi. Tapi dek kerana banyak sangat iklan emas lalu di wall fb jadi saya secara tidak sengaja telah set di dalam minda saya yang saya mahu gelang itu. Kalau google tergoogle gelang itu. Kalau tengok harga tertengok harga gelang itu. 

Alhamdulillah sebelum berakhirnya 2017 saya mampu memiliki gelang itu + subang untuk anak.

Betul, sebelum masuk tahun 2017 saya sebenarnya tidak yakin boleh beli. Tapi dengan strong desire. Dengan minda bawah sedar dah set goal kita. Bila hari2 tengok benda tu akan datang dengan sendiri. 

Ramai orang sudah bagitau saya tentang itu. Tapi kita biasa nya tak sungguh2 buat. 

JOM BERIMPIAN kerana IMPIAN itu percuma. 

Dan alhamdullillah hari Sabtu saya berkesempatan ke Seminar Goal Setting. Secara ringkas seminar ini mengajak kita BERIMPIAN dan masuk dalam IMPIAN itu. Hidup dalam IMPIAN itu dan bekerja untuk IMPIAN2 kita itu. InsyaAllah one fine day Allah akan makhbulkan juga IMPIAN kita itu. 

MASAK

Alhamdulillah. Proud of myself. Skill memasak saya meningkat. Puas hati bila masak. Yang dulunya tak tahu masak langsung. 

Kat sini pun kita boleh belajar sesuatu. Benda yang bukan bidang & minat kita jika kita buat hari2 lama2 kita juga akan mahir. 

Dapat sesuatu? Semoga bermanfaat untuk saya dan anda semua yang baca ni.