Wednesday, April 25, 2018

Pengajaran daripada kisah hidup Aliff Syukri

Sebenarnya salah satu sebab Allah hadir kan bermacam2 ragam manusia untuk kita muhasabah diri kita jugak. 

Setiap isnin malam ada rancangan tentang Aliff Syukri. Entah macam mana tertengok jugak.

Mungkin betul. Dari satu sudut kita akan rasa dia berlagak. Tak sesuai perangai macam tu. Selalu bagitau beg jenama tu jenama ni. Kasut jenama tu jenama ni. Part ni serious rasa kena muhasabah diri sendiri. Sekiranya suatu hari nanti Allah bagi peluang untuk merasa nikmat hidup macam tu sekurang2 kita tak berkelakuan macam tu. Bila kita rasa tak elok. Amik pedoman. Dan jangan buat macam tu jugak.  

Tapi ada juga dari sudut positif yang kita boleh ambik. Bila nak keluar memana. Bawa bekal. Memang dapat jimat banyak sebenarnya. Sebab kadang2 makan tak seberapa. Tengok bil da puluh2 ringgit. 

Ok itu je nak komen. Semoga bermanfaat. 


No comments: