Thursday, June 4, 2020

Sempena ulang tahun perkahwinan ke 10

Pejam celik pejam celik sudah 10 tahun masa berlalu.



Banyak saya belajar sepanjang perkahwinan ini. Even before tu lagi.

Dulu saya sangat skeptikel dengan cinta. Antara kawan2 saya yang paling lambat 'bercinta' sebab saya takut dikecewakan. Lucu pulak bila ingat sebab ni. Tapi itu lah hakikatnya.

Saya juga tidak mahu lelaki yang high taste. Pakai barang2 branded saja. Sebab saya ni biasa2 saja orangnya.

Apa yang buat saya suka dengan husband. Bagi saya dia seorang yang mempunyai matlamat. Tidak main2 dalam menyatakan hasrat untuk jadikan saya isteri dia. Nampak kesungguhan dia. Seiring dengan tindakan dia berjumpa mak ayah saya. Betul. Itu lah tindakan dia yang membuatkan saya yakin dia lah jodoh saya.

Walaupun kami hidup serba sederhana. Allah maha baik kurniakan kami rezeki yang tidak putus2. Dikurniakan 3 orang cahaya mata yang comel melengkapkan lagi kehidupan berumah tangga kami.

Terima kasih Allah atas kurniaan rasa cinta & bahagia ini.

Dan sehingga kini saya tetap dengan quote saya "Love is miracle".

Doakan semoga kami dapat berkasih sayang hingga ke syurga.

Love u ❤️

No comments: