Friday, July 25, 2008

Kampung

Dilahirkan dalam suasana kampung membuatkan aku bersyukur kerana suasana itu sedikit sebanyak mengajar aku tentang erti kehidupan. Mungkin lain orang lain pendapat. Tapi bagi aku kehidupan kat kampung memang best.

Bila bangun pagi jerk, sentuh air kat kolah (tempat simpan air) terasa sejuk sangat. Kalau mandi time tu memang segar gler. Tapi jarang kot mandi time tu..Opsss kantoi. K2...teruskan.

Pastu bukak2 pintu dah nampak pokok kat depan rumah. Segar mata memandang. Huhuhuhu..Sejuk. Bestnye tdo. Tapi semenjak dua menjak ni kalau kat rumah dah tak boleh tido lepas subuh. Pening kepala. Kalau kat Utp takpe lak =P

Walaupun tak semua benda yang kita nak ade kat kampung. Tapi cabaran dan rintangn tu membuat kan aku boleh terima seadanya apa yang ada. Untuk mintak yang lebih2 ngan family aku tau mereka kadang2 tak mampu nak bagi.

Dibesarkan kat kampung jugak membuatkan aku tak kisah ms belajar kt kmk (kulim) dulu. Kulim cam tak bandar sangat. Tapi okayla untuk kami2 student ni. Kadang2 terlepas gak pergi Bukit Mertajam (BM).

Dan yang paling penting aku rasa tak kisah jugak belajar kat tronoh ni. Walaupun jauh dari bandar. Walaupun tempat dia cam takde pape. Diam tak diam dah 3 tahun aku kat sini.

Bila besar ni kadang2 pernah jugak pergi jalan2 ke kota metropolitan cam kL ke Penang ke. Best sebab aku leh rasa dunia baru. Dapat tinggal kat hotel. Dapat makan makanan yang best. Dapat shopping macam2. Bangunan tinggi2. Kalau pergi rumah sedara nak keluar senang. Naik LRT je.

Walaupun cam mna pun kampung lagi best. Waaaa...rindunya

2 comments:

dayLa said...

sy suke kg...sy juge suke bandar...tp kat mane2 pon...home sweet home :D

eira eixora said...

hehe
ditulis di kala kerinduan yang amat sgt...