Dalam berbuat apapun kita seharusnya ikhlas. Aku tahu aku pandai cakap je. Kadang-kadang nak aplikasikan apa yang kita cakapkan tu agak susah.
Dulu, masa mula-mula aku tulis blog ni aku sekadar suka-suka je nak ada blog. Nak rasa macam mana berinteraksi di alam maya. Nak luahkan apa yang aku rasa, nak berkongsi suka dan duka. Aku update bila aku suka dan aku tak update bila aku tak suka.
Aku tahu time tu aku betul2 ikhlas tulis blog ni tulus dari hati kecilku. Walaupun tulisan aku kat sini agak terbatas berbanding kat dalam diari2 kecil ku dulu tapi aku memang cukup puas hati dan rasa lega bila apa yang aku rasa terluah di sini.
Namun sejak kebelakangan ini aku rasakan keikhlasan untuk menulis di sini sudah tiada. Aku selalu teragak2 untuk meluah apa yang ada di mindaku. Kenapa?
No comments:
Post a Comment