Sunday, January 23, 2011

Nak sedondon punye pasal

Dulu masa couple tak pernah sama2 janji nak pakai baju apa masa keluar. Sebab malas nak fikir kot. Kalau ade baju yang sesuai je pakai. And unfortunately tak pernah sekali pun masa kitorang keluar terpakai baju color sama =P

Tapi bila da kawen rasa best la plak kalau dapat pakai sedondon ni. Maka disebabkan itu, hubby saya ni terpaksa la menambah koleksi baju dia. Sebab nak bagi sedondon lah katakan =)

Latest pict. Sis wedding. Hubby terpaksa beli baju pink
semata2 nak pakai hari ni. Tapi nampak nice je kan.

Masa kenduri izye, lupa plak nak amik gmbr 2 orang je

Masa g jalan2 kat taman tasik titiwangsa.
Baju tak sama color, tudung pun jadilah.

Kat ipoh, kenduri anak sedara.

Dua 3 hari before bertunang. Sebenarnya baju melayu tu untuk tunang.
Alang2 pakai masa raya dlu. Ni first time pakai sedondon =)

Friday, January 21, 2011

Ada improvement

Kalau da update mesti rasa nak update lagi. Huhuhu! Hubby da tido. Kesian dia. Letih kot. Mungkin keje banyak tadi.

Apa kena mengena ngan ada improvement tu. Tu sebab hubby cakap masakan saya oke sket sekarang ni. Ada banyak menu daripada dulu. Kalau tak tiap2 hari pun makan ayam goreng ngan telur goreng. Bukan dia je yang boring sebenarnya saya pun boring jugak. Pastu beranikan diri cuba lain2 resepi. Yang rasa macam best dan macam menjadi tu buat banyak kali sket. Agak2 da boring buat menu lain plak. But still, mesti kena kerja keras lagi.

Paling best sekali kalau apa yang saya masak tu kena ngan selera dia. Siap bertambah2 lagi. Puas hati rasa. Sekarang rasa badan dia a bit chubby sket compared ngan before kawen dlu. Tak tahu la sebab masakan saya best ke dia makan banyak. Atau memang dia takde choice dan terpaksa makan sebab tujer makanan yang ada.




Ini menu masa cuti thaipusam hari tu. Tomyam + telur bungkus. Budu tu mesti ade. Kata dua2 made in Kelate =P. Idea bt telur bungkus tu masa g makan kat kedai mamak tetiba tengok dia buat nasi goreng pataya. Ala senang je nampak dia bungkus nasi goreng ngan telur. Jadi sy pun try la goreng ayam masam manis (resepi sendiri yang ntah pape je ni) and bungkus ngan telur. Setelah agak bersusah payah akhirnya menjadi jugak YESSS!! dan rasa dia boleh lah tahan. Hubby lagi suka telur bungkus tu lagi daripada tomyam. Memang tomyam tu kurang rasa sket. Jadi sy terpaksa dengan semangatnya abeskan sorang2 tomyam tersebut dengan harapan dia nampak yang tomyam tu sangat sedap. Tapi tak berjaya ppooonn ....=P

Sangat nak update tapi don't have specific thing to update =P

1. Pasal yang ini ummi and one of my friends sangat mahu & sudi tolong saya untuk bayar lump sum. Sebab kata mereka banyak beza kalau bayar ansur2. Thanks sesngt for your help. Sangat membantu dan sangat2 berterima kasih.

Jadi before end of this March insyaAllah saya akan menyelesaikan yang ini dulu. Dan azam tahun baru tidak dilupakan. Akan dipastikan selesai before end of this year atau paling lewat before FEb. Serious ni!! CHaiYOk Anis.

2. Saya juga ada plan untuk sambung belajar. Dulu rancang bulan june ni. Tapi macam da agak terlambat untuk reg dan menyelesaikan segala yang macam makin kusut ni. Apa pun NEKAD nak sambung paling lambat awal tahun depan.

Plan1

Nak sambuang kat UPNM. Amik Teknologi Pertahanan. Kenapa?
  • Sebab dekat dengan umah. Tak payah drive jauh2. Dalam pagar ni je.
  • Teknologi Perang under Master of science, macam agak sesuai ngan degree saya.
  • Nanti kalau2 UPNM nak amik jadi pensyarah lagi senang. Takyah g keje jauh2 =)
Masalahnya;
  • Minat ke nak study pasal army2 ni?
Plan2

Sambung kat UPM. Amik Master in chemical eng. Specialization in process. Kenapa?
  • Memang da ade degree in chem eng.
  • UPM tak jauh sangat dari umah. Leh kot drive slow2. Cepat sket sampai umah kalau balik time ofis hour pun kot.
Plan3

Sambung kat UM. Amik Master of Biomedical (Engineering). Kenapa?
  • Sebab UM je ade course ni. UPM takde.
  • Macam nak belaja sumthing different dari masa degree dulu. At least dpt tmbh knowledge.
Masalah;
  • Agak jauh dari umah. Dah sah2 jammed teruk. Berani ke nak drive?
Any opinion sangat2 dialu2kan. NEKAD nak start apply da skrg. Nak apply biasiswa lagi. Tak larat dah nak guna pnjaman.

Harap2 nya dengan sambung belajar ni my future career will be brighter compare ngan sekarang ni. InsyaAllah.

Tuesday, January 18, 2011

Nenas

Disebabkan ade orang cakap makan nenas leh bagi effect kat kandungan. Jadi saya telah berhenti makan nenas walau dalam bentuk apa sekali pun sejak disahkan pregnant sehingga ummi datang umah hari tu.

Ummi datang bawak nenas yang masak ranum tu. Terliur je rasa tapi fikir sebab tak leh makan kan redha je lah. Last2 ummi cakap, boleh je makan sebab kandungan da besar. Orang tak bagi makan masa kandungan kecik dulu sebab takut berlaku perkara yang tak diingini kan. Masa tu masih ade kekuatan lagi untuk tak makan.

Alih2 esok balik keje tengok2 dalam peti ummi da siap kopak kulit nenas tu dan siap potong2 lagi. Waa, tak tahan. Terus ngap. Ingat nak makan sket je. Last2, tinggal pinggan kosong je.

Petang tetiba rasa tak sedap perut. Cakap kat ummi mungkin sebab nenas tu kot. Ummi ckp tak. Mainan perasaan je kot. Kan mind set da ckp makan nenas ade effect. Sebab tu lah fikir bukan2. Tapi lepas tu takde pape pon. Dan lepas kejadian tersebut sy makan nenas dengan suka hatinya.

Monday, January 17, 2011

Done!!!

Ujung minggu hari tu dengan gigihnya saya membasuh pakaian baby. Abes sume da basuh. Da lipat2 and letak dalam bakul yang ummi bagi =)

Tinggal bape barang je lagi yang tak dibeli. Nanti pas beli baby bag boleh packing barang2 masuk dalam bag plak.

Tadi g check up kat klinik. Nurse cakap sume oke2 je. Dia suh minum susu 2x sehari. Setakat ni da masuk kotak yang kelima yang 650g tu. Naseb bek anmum ade yang perisa coklat klu tak mesti satu kotak pun tak abes2 lagi. Entahlah tekak ni cam takleh telan kalau yang pure rasa susu tu.

Hopefully sume akan oke2 saje.

Pasal bersalin kat mana. Saya seboleh mungkin dan kalau boleh nak bersalin kat kelate. Tapi kalau in case da terbersalin awal tak kisah lah kat mana pun kan. Sebab tu awal bulan 3 da siap2 suh ummi datang sini. Dan disebabkan due date adalah 24hb 3 jadi ummi cakap 18hb malam tu da bleh balik kelate. So, 21, 22, 23 tu cuti la kan. Tadi tany senior kat ofis leh tak nak awalkan maternity leave. So pape hal saya akan start keje balik pada 21 hb 5 la kan. Tapi dia cakap tak boleh =( Maternity leave hanya akan boleh declare bila da betul2 bersalin. Dan kalau nak amik cuti b4 tu kena amik annual leave. Masalahnya saya pun tak tahu bersalin ikut due ke tak. Last2 malas nak fikir and bersalin kat mana2 pun tk kisah. Nanti kalau bersalin kat sini pastu baru balik berpantang kat kelate.

Friday, January 14, 2011

Mama tak keseorangan

Lately my baby inside my tummy ni makin aktif menendang. Lagi kuat time tengah kusyuk2 buat keje kat ofis. Mungkin sebab dia ingat mama dia ni buat keje sampai tak ingat kat dia. Tu kot pasal dia always remind me and asyik tendang2.

Hehehe!! Setiap kali my baby tendang2 rasa nak senyum je memandang. That's one of the excited moment of being a mother. Ni baby belum keluar lagi tapi feel tu da ada dah. And tonight myhubby is on duty. So, i feel like i tak keseorangan because my baby dok menendang dari tadi lagi.

Just about ten more weeks to go. Tak sabar to see you face to face baby =)

It is not mean to me...

Semalam sangat excited sebab dapat surat dari penaja pengajian yang saya hanya perlu bayar 15% up to total sume pinjaman sebanyak lebih kurang rm75k. DAN yang lagi excitednya if saya bayar lump sum before the end of March 2011 saya akan dikurangkan lagi 50% from the amount yang saya kena bayar which mean i only have to pay about rm6k plus2. But for me as an ordinary person ni 6k pun saya tak mampu bayar jika secara lump sum. Jadi saya terpaksa pilih untuk bayar bulan2 sehingga habis 15% dari jumlah pinjaman sebenar. Secara logik akal memang ia suatu kerugian. Tapi dari rasional lebih baik saya memilih jalan yang saya mampu dan tanpa menyusahkan orang.


Azam tahun baru

Tentang azam tahun baru. Saya sangat nekad untuk melangsaikan sume hutang saya selain hutang bank dan hutang pengajian sebelum akhir tahun 2011. Saya akan pastikan ianya tidak akan tertunggak. Dan saya juga tidak mahu azam ini direnew sebagai azam tahun depan pulak.

Kepada kawan2 yang banyak membantu di saat saya sangat2 memerlukan bantuan korang saya sangat2 berterima kasih. Mungkin apa yang korang buat tidak dapat saya balas tapi jasa korang sentiasa dalam ingatan.


Sunday, January 9, 2011

Tara, ini dia..=)

Ummi da sampai petang semalam bersama2 barang2 ini. Sangat xcited dan terus bukak and take photos. Tapi hari ni baru berkesempatan update kat blog =) Mama sangat happy baby. Hopefully baby ok2 saja ye sayang.

Bakul 1

Bakul 2

Bakul 3

Tiga2

Tilam + bantal.
actually bantal tido ade 2 biji tapi tak lawa pulak kalau tetiba dalam gmbr bantal tido ade 2 kan



Saturday, January 8, 2011

Ummi is coming today

Wah, sangat happy and excited bile my ummi jadi datang umah kitorang. Harap2 ummi bawak barang2 yang disponsor nya itu. Dan agak terkilan sebab ummi sampai petang then esok ade buat makan2 sket kat umah. Tak sempat nak bawak ummi jalan2. Lain kali lah, nanti ummi datang lagi i will make sure yang we all akan bawak ummi jalan2. Destinasi pilihan, macam bukit tinggi je =P Ade kawan cakap best. Tapi untuk pergi balik hari boleh lah. Sebab tak banyak tempat bole pergi kat atas tu. Pergi sehari je da cukup.

Tadi da siap2 kemas. Cuma baju je tak siap basuh lagi. Da dua mesin siap. One more to go. Baju baby tak jadi untuk di basuh hari ni. Tunggu amik lampin and balut perut kat umah pakcik dulu baru basuh sume sekali gus. Sebab nya satu lagi, tong plastik tuk bubuh baju baby belum beli lagi. Ingat semalam nak beli kat The Store. Mak aih tong plastik yang paling kecik pun da rm35++. Kalau kat kedai lain boleh dapat lagi murah kot. Terus tak jadi beli.

Wednesday, January 5, 2011

Yeay!!! Ummi sponsor

Set tilam, bakul baby and balut perut akhirnya disponsor oleh Ummi. Thanks Mi. Tak sabar nak tengok barang2 yang da dibeli. Kat kelate obviously sngat murah.

Tilam kekabu + dua biji bantal golek + sebiji bantal biasa + bakul 3 + semuanya bersarung hanya RM140++ je. Kalau beli kat KL tilam span tu pun da RM60 tanpa sarung.

Dan balut perut baby hanya RM10 untuk 6 helai. Hari tu tengok kat pasaraya sehelai RM5++ bezakan?

Lately baby asyik duk gerak2 je and feeling as a mother makin menjadi2. Kadang2 leh senyum sorang2. Antara percaya atau tidak InsyaAllah end of March nanti saya akan bergelar seorang Mama =)

Tuesday, January 4, 2011

And..she is a girl =)

Semalam sebelum pergi shopping for baby stuffs we all decided to scan baby dulu. Before ni sampai lah da masuk 28 minggu ni belum pernah sekali pun we all jenguk baby kat dalam perut ni. According to the doc due date still 24 March sama macam yang klinik gov bagi. So mengikut orang yang berpengalaman due date itu tak akan lari jauh ngan tarikh kelahiran sebenar. InsyaAllah, hopefully segalanya akan dipermudahkan olehnya.

Pas usha2 baby kat dalam perut doc tu pun cakap la yang baby kitorang ni baby girl =) Jadi masa shopping2 tu tak leh elak lalu terbeli 5 baju berunsurkan pink.

Balik2 terus lipat2 baju and simpan elok2.
Wiken ni baru basuh. Ingat nak beli tong plastic
tu to put her stuffs.

Barang2 yang masih dalam plastic bag.

After ditransform ke dalam baby bath. Entahlah ramai orang cakap tak guna sangat benda ni tapi rasa nak beli. Mungkin berguna masa dikampung.

Masih banyak pending list. Harap dapat disetelkan secepat mungkin. Lampin, balut perut ngan kelambu kakak ipar and makcik offer yang dia punye. Terus setuju. Sebab benda tu guna masa baby kecik je kan. Bila baby besar leh pulangkan balik.


Dear baby,
Mama & Papa really luv you. Duk elok2 ye baby. Don't notty2 k =)