Friday, March 18, 2016

Simpan emas ok ke tak?

Masih ingat kah lagi kalian tentang entri EMAS yang saya tulis tidak lama dahulu. 

Hari ni saya sudah dapat jawapan untuk persoalan itu. Tips ini saya dapat semasa menghadiri seminar abah kacak di UM tempoh hari. Yerp ada betulnya jugak apa yang beliau bagitau. 

Nak tau tak ni?

+Disclaimer: Pendapat ini tidak applicable untuk emas yang dipakai macam rantai, cincin, gelang dan etc. 

Oke. Macam ni. Beliau berpendapat melabur dalam emas adalah:

  • Lambat balik modal
Sebagai contoh. Kita kena simpan emas tu bertahun2 malah berpuluh2 tahun untuk dijual balik. Makanya sebelum itu duit yang kita laburkan untuk membeli emas itu beku di dalam emas itu saja. Kalau beli tanah boleh juga bercucuk tanam. Kalau beli rumah boleh juga bagi sewa. Nampak tak flow nye di sini. Hakak tak bape pandai nak explain tapi tetap nak explain jgak. Mana la tahu nanti2 nak rujuk plak ke. 

Melainkan anda mempunyai modal yang sangat banyak dan mampu membeli berkilo2 emas untuk urusan jual beli, then ok. 

  • Untung yang sedikit dibandingkan dengan harganya
Yang ni pulak beli dengan harga RM100++ satu gram, tapi untung naik ringgit2 je setahun. Kalau kita terdesak nak jual dalam masa setahun berapa yang kita dapat compare ngan tempoh menunggu selama setahun tu. Lama jugak kan setahun tu. 

  • Ketulenan emas
Sekiranya berjual beli emas secara online perlu menyimpa sedikit curiga kalau2 emas itu tidak tulen. Sesetengah pajak gadai meletakkan garis panduan dan tidak menerima sesetengah kriteria emas. Jadi hati2 semasa buat keputusan untuk membuat belian. 

Untuk langkah selamat, semasa pertama kali beli try bawa ke pajak gadai untuk mereka nilaikan. Ni sebagai langkah berjaya2. Mana la tahu nak pakai duit ke kan nanti2. Emas banyak tapi takleh tukar ke duit. 

  • Sejauh mana emas boleh gantikan wang ringgit
Menurut abah kacak, emas yang boleh gantikan wang ringgit sekiranya pada masa itu wang kertas sudah tidak laku lagi adalah syiling emas yang diiktiraf oleh sesebuah negara sahaja. Bukan semua keluaran emas. Sebagai contoh, Malaysia ada kijang emas. Negara lain ada dia punya jugak. Tapi saya dah lupa. 

 
Oke setakat itu sahaja yang saya tahu. Apa2 pun tepuk dada tanya selera masing2. Saya tak kisah kalau ada yang nak melabur dalam emas. Saya masih memilih untuk beli barang kemas je. Boleh pakai2 kan? 

No comments: