Friday, May 30, 2008

Dah lama tak update..


Salam korang semua..
'
Terasa dah lama tak update blog
Tak tahu nak tulis ape
Tapi sekarang ni saya tengah counting bape ari lagi nak balik umah
Bestnyeeerr..

Walaupun kejap tak sabar rasanya

Pas seminggu pergi Utp balik
Menyambung kehidupan sebagai seorang pelajar
Mungkin buzy sebab nanti dah jadi final year student

Insyaallah aku akan belajar bersungguh2 untuk menghabiskan sisa-sisa perjalanan sebagai pelajar Utp

Ya Allah bantulah aku..

Friday, May 23, 2008

Teringat

Ya Allah, kuatkan hatiku...

Baru beberapa hari aku tak leh berborak panjang dengan dia aku rasa macam lain. Nak buat cam mana tiap2 hari gayut je keje. Bile tak gayut sehari takpe lagi. Dua hari takpe lagi. Masuk hari ketiga aku dah tak leh sabar. Akhirnya meletup jugak tadi. Kesian dia. Aku tahu kesabaran dia tinggi sekali. Melayan karenah aku.

Kenapa aku tak nampak semua ini 10 tahun dulu.
Mungkin ketika itu aku masih mentah untuk memahami tentang semua ini

Kenapa aku tak nampak semua ini 5 tahun dulu
Mungkin ketika itu aku terlalu berhati-hati untuk buat sesuatu keputusan yang kukira agak besar dalam hidupku

Kenapa aku tak nampak semua ini 3 tahun dulu
Mungkin ketika itu aku masih mahu menanti dan mencari

July, 2007
Segalanya bermula
Semuanya yang tak kusangka berlaku jua
Kenapa? Mungkin kerana hebatnya kuasa cinta

Tapi,
Apa yang kurasa terkubur seketika dek kerana ego yang membara
Aku menyepi tanpa khabar berita
Sehingga Syawal bakal menjelang tiba
Kugagahi kudrat memulakan sesuatu yang telah lama tiada
Kutelan sesuatu yang pahit untuk diterima

Dengan rasa yang tinggal setitis cuma
Dia masih bertekad untuk memilikinya
Kukabarkan sesuatu yang dusta
Untuk membuatnya lega

Dengan Kesabarannya
Dengan Keyakinannya
Dengan Semangat yang ada padanya

Membuat aku rebah jua


Ya Allah, rahmatilah perhubungan Kami

p/s aku rindu diaaaaa...

Monday, May 19, 2008

Al-fatihah

Tidak ku sangka pertemuan yang singkat mampu membuat aku menyayangi dia. Walaupun aku hanya dua kali berjumpa dengan dia, sudah cukup untuk aku merasa kehilangan dia. Pertemuan pertama di wad kubang kerian. Aku melawat dia saat dia terlantar di hospital. Ketika itu wajahnya masih mampu tersenyum. Masih mampu berbual2 dengan ummi. Masih mampu bertanya khabar aku.

Pertemuan kedua di wad kuala krai. Bila aku sampai aku lihat wajah dia. Entah mengapa hatiku sayu sekali. Aku tengok wajahnya berpeluh2 menahan sakit. Dia seolah-olah resah dengan keadaannya di tika itu.

Tepat jam 12 malam semalam, ummi mengejutkan aku daripada tidur memberitahu yang dia sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 11 malam 18 hb 5, 2008 di hospital Kuala Krai.

Teringat aku tentang keadaannya di hospital tadi.

Dia meninggalkan aku sebelum aku sempat memanggilnya mek. Dia meninggalkan aku sebelum sempat aku mengenali dia dengan lebih rapat lagi. Namun, aku redha dengan semua ini. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

Abang, sabar sayang..Insyaallah, Allah akan sentiasa dengan orang-orang yang sabar. Semoga roh mek ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin..

Kepada kawan2 semua, marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah.

Sunday, May 11, 2008

Ya Allah lindungilah aku...

Pagi-pagi lagi masa on day way nak g keje tadi, tiba-tiba aku nak terlanggar apa ntah kat tepi jalan tu yang colour merah ngan putih tu. Tiba-tiba aku membuat tindakan berani mati dengan reverse keteku ke belakang (kalau aku tak reverse cam mane kete nak gerak sebabnya benda merah tu dah betul2 kat depan lampu kete aku. Dan tak semena-mena nya kete belakang aku hon dengan kuatnya. Terkejut? Agaklah sebabnya aku tak bajet dia nak hon. Rasanya jauh lagi kot ngan kete dia masa aku reverse tu. Erm..pape lah. Aku tak cuak sangat sebab aku rasa aku tak salah. Tapi aku terhutang budi gak kat tuan punyer kete belakang tu. Mujur gak dia hon, kalau tak mungkin kot perkara yang tak diingini berlaku. Alhamdullilah...

Pastu nak dijadikan cerita, masa singgah kedai on da way balik kete aku nak reverse jugak. Lepas aku pandang kiri kanan belakang depan, line clear. So, dengan yakinnya aku berjaya mereverse keteku. Tapi tak semena-mena datang makcik tu datang dari arah depan ngan kete waja dia yang besar gedabak tu makan jalan aku. Walawe..aku rasa cam nak tercabut je jantung ku. Pastu, aku tekan brek. Nampaknya dia tak nak mengalah. Diciloknya jugak jalan kat sebelah kiri aku, sebbaik lepas kalau tak tak tau lah nak cakap. Alhamdullillah..

Aku masih ada 2 bulan lagi untuk aku bawak kete kat sini. Ya Allah lindungi lah aku daripada segala perkara yang tidak diingini. Tenangkanlah fikiranku semasa memandu. Hindari lah aku dari anasir2 luar yang aku tak suka. Amin...

Saturday, May 10, 2008

Terima kasih atas segalanya..

Cinta Pertama
by Fareast

Mekar di kamar hati cinta pertama
Engkau ciptaan seni idaman kasih
Antara bibir tersiratnya pekerti
Kelembutan yang mendamaikan jiwa

Bermula kau di sini penentu bicara
Kalam kebenaran tiada berdusta
Dirimu berharga dari segala-galannya
Bertakhta keimanan untuk dipertahankan

Hadirlah cinta cinta pertama
Hadirlah cinta cinta utama
Sayangi diri ini cinta cinta pertama
Hati ini cinta cinta pertama

Tiada sia-sia menyintai diri
Sempurna sejahtara

p/s: sayang sangat

Friday, May 9, 2008

Hari ini......

Hari ini aku terjaga awal. Terjaga dan rasa dah tak mengantuk. Kenapa? Aku pun tak pasti kenapa. Aku pejam jugak mata sebab biasanya masa tu memang terlalu awal lagi untukku bangun. Tapi mata ni tak mau pejam. Akhirnya aku bangun, lepas azan subuh terus sembahyang subuh. Perkara yang jarang aku lakukan.

Pastu aku teringin nak makan "sira roti". (Ni makanan oghe kelate kot) Pagi-pagi lagi dah ngidam. Aku pun telefon lah sepupu aku tanya cam mane nak buat. Tapi dia tak ingat. Aku telefon makcik aku dia pulak ada keje. Sabar2 jap lagi aku telefon balik. Walaupun kat dapur ada roti sandwich je aku nak buat jugak sira roti. Apehal aku mengidam ni hah? hehe...aku pun tak tahu apa makna dia.

Prektikel pun dah nak abes. Entah kenapa dekat2 nak abes ni aku rasa keboringan yang melampau. Padahal banyak lagi report aku yang tak siap. Walau apa pun mesti aku akan terkenangkan saat2 aku kat sini bila balik utp nanti. Biasa lah kita akan menghargai sesuatu itu bila dia sudah berada jauh ngan kita. Tak nampak dek pandangan mata.

Sama juga dengan awak. Mungkin sebab kita terlalu sangat cuba untuk mengenali diri masing2. Terlalu banyak sangat kita berbual tiap2 hari buatkan saya jadi mudah marah. Terlalu cepat nak melenting. Mintak maaf pastu buat lagi. Saya pun tak tahu saya akan berubah atau macam ni sampai bila2. Tapi kadang2 tu apa yang awak cakap tak sama ngan apa yang saya fikir dan impikan sejak dulu lagi. Tu yang buat saya marah. Bila saya marah2 awak buat biasa je. Macam saya tak buat pape. Saya tau awak terasa tapi malas nak balas balik kan. Ermm..entahlah

Ni tak basuh kain lagi. Ingat nak basuh semalam . Tapi tak basuh jugak. Ingat nak basuh hari ni tapi tak basuh jugak lagi....k dah2. Lain kali sambung lagi. Best gak tulis panjang2 ni. Nanti ingat nak sambung tulis cerpen pulak. Best jugak hidup dalam dunia imaginasi ni.

Thursday, May 8, 2008

Makin hari...

Makin hari aku makin banyak karenah..

Makin hari aku makin banyak meletakkan syarat..
Makin hari aku makin mintak yang bukan-bukan..

dan

Aku tahu
Aku sedar

Yang dia tidak begitu

Menerimaku seadanya

Tapi kenapa aku begini

Ya Allah, bantulah aku.
Moga jalan yang aku pilih adalah jalan yang terbaik buat ku dan semua.

Wednesday, May 7, 2008

Hidup ini....

Entah mengapa, aku seolah-olah tidak yakin dengan keputusan yang aku buat. Apakah yang aku pandang? Apakah yang aku mahu? Ya Allah. Kuatkanlah aku menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup ini.

Aku rasa aku boleh je menerima apa yang aku ada selama ini, namun disaat aku perlu membuat pilihan. Aku seolah-olah meletakkan terlalu banyak kriteria sehingga menjadikan ia terlalu sukar untuk dipenuhi.

Ya Allah tetapkanlah pendirianku...Bantulah aku..Ampunkan dosa-dosaku..aku terlalu banyak membuat kesilapan dalam hidup ini..Aminnnnnn....