Friday, May 23, 2008

Teringat

Ya Allah, kuatkan hatiku...

Baru beberapa hari aku tak leh berborak panjang dengan dia aku rasa macam lain. Nak buat cam mana tiap2 hari gayut je keje. Bile tak gayut sehari takpe lagi. Dua hari takpe lagi. Masuk hari ketiga aku dah tak leh sabar. Akhirnya meletup jugak tadi. Kesian dia. Aku tahu kesabaran dia tinggi sekali. Melayan karenah aku.

Kenapa aku tak nampak semua ini 10 tahun dulu.
Mungkin ketika itu aku masih mentah untuk memahami tentang semua ini

Kenapa aku tak nampak semua ini 5 tahun dulu
Mungkin ketika itu aku terlalu berhati-hati untuk buat sesuatu keputusan yang kukira agak besar dalam hidupku

Kenapa aku tak nampak semua ini 3 tahun dulu
Mungkin ketika itu aku masih mahu menanti dan mencari

July, 2007
Segalanya bermula
Semuanya yang tak kusangka berlaku jua
Kenapa? Mungkin kerana hebatnya kuasa cinta

Tapi,
Apa yang kurasa terkubur seketika dek kerana ego yang membara
Aku menyepi tanpa khabar berita
Sehingga Syawal bakal menjelang tiba
Kugagahi kudrat memulakan sesuatu yang telah lama tiada
Kutelan sesuatu yang pahit untuk diterima

Dengan rasa yang tinggal setitis cuma
Dia masih bertekad untuk memilikinya
Kukabarkan sesuatu yang dusta
Untuk membuatnya lega

Dengan Kesabarannya
Dengan Keyakinannya
Dengan Semangat yang ada padanya

Membuat aku rebah jua


Ya Allah, rahmatilah perhubungan Kami

p/s aku rindu diaaaaa...

5 comments:

iNz said...

alala...siannye die..
relax anis =)

seb baek die tak kne g offshore tiap2 minggu tau. kalo kne g offshore tiap2 minggu smpai 5 hr. ade 2 hari je boley ckp. ha, lg haru =p

kate org, ape salahnye berjauh-jauhan sekejap, spy rindu ada. cerita pun ade byk bole kumpul buat collection. kn?kn?

lgpun ktorg kn ade? aih, walopun sy maybe menyepi di dlm blk (maen tenet =p) but i will always have time to listen to u dear. just let me know. oke?

eira eixora said...

hehehe..terharunya. entahla tak paksa pun, tapi dia jadi sendiri.

haha..kita kt rmh tk banyak ckp. tp bila g office tak menang tgn communicator =P

farahana said...

anisss
sy xleh thn la bace blog awk
heheh

dayLa said...

ecece...farahana tuh...
eheheheh
ingatkan sape la td ek...
btw,terharu la bc blog awk..kalau si die yg bace,mst die terharu

eira eixora said...

opsss..cik farahana aka embun. sampai jugak kamu kat blog saya. hehe. tak leh tahan ek. tu baru intro jek. blum msuk part 1 lg. hik hik hik

Dalila.. dia tak baca kot apa yg saya tulis ni. sbb tu sy brani tulis. kalau tak malu...blushing2!