Wednesday, November 5, 2008

Tiada siapa tahu (part 1)

Sebenarnya dah lama cerita ni bersarang kat dalam desktop aku. Memandangkan aku sayang nak terus delete aku letak kat sini. kalau ade masa insyaallah akan ada part 2..enjoy reading =)

"Argh..dahaganya", sambil matanya melilau mencari kedai minuman. Tiba di hadapan sebuah mini market, dia segera menolak daun pintu dan ketika itu juga lah mata-mata asing memandang kearahnya. Namun itu semua tidak menghalang niatnya tadi. "Ambik..", kasar bunyinya. Setiap kali hendak membayar makanan atau minuman yang dibelinya dia terpaksa meninggikan suara. Bukan niatnya untuk berkasar, tetapi orang-orang di sekelilingnya seolah-olah memaksa dia untuk berkelakuan begitu. "Aku bukannya gila, aku manusia sama macam mereka jugak", gumamnya.

Cermin itu dipandangnya lagi. Sejak kebelakangan ini dia banyak menghabiskan masa terluang di hadapan cermin itu. Sekadar duduk merenung nasib diri. Tidak seperti dulu, setiap kali berhadapan dengan cermin tangannya galak membetulkan mana yang dirasakan tidak sedap dipandang mata. Dia bukanlah lelaki hensem yang digilai oleh wanita-wanita. Dia hanyalah lelaki biasa yang mempunyai daya tarikan tersendiri. Penampilan yang kemas, sikapnya yang ramah membuatkan ramai orang suka berkawan dengannya. Tanpa disedari manik-manik jernih mula menerjuni lurah pipinya melalui jambang yang tumbuh melata. Pipinya yang dulunya berisi kini cengkung menampakkan dia lebih berusia daripada umurnya yang sebenar. Fikirannya kosong.

____________________________________________________________________________________

"Mak, Nani dapat mengajar di Kuala Lumpur", dia tersenyum bangga kerana usahanya bergelumang dengan buku-buku selama di universiti membuahkan kejayaan. Bulan hadapan dia bakal bergelar seorang guru. Siapa sangka anak seorang petani mampu memasuki universiti dan seterusnya menjadi seorang pendidik untuk anak bangsanya. Sememangnya itulah cita-cita Nani sejak dulu. Walaupun terpaksa berjimat cermat sejak di bangku sekolah lagi dia tetap bersemangat untuk mencapai apa yang diimpikannya. "Mak tumpang bangga dengan kamu Nani", ujar Mak Mah terharu. Dia sedar, anak-anaknya tidak menjadikan kesempitan hidup mereka sebagai batu penghalang untuk mereka mencapai kejayaan dalam pelajaran. Abang Nani, Amirul juga telah berjaya menjadi seorang peguam. Sekarang Amirullah yang banyak membantu mereka sekeluarga. Walaupun ayahnya masih bekerja, namun kudratnya sudah tidak mampu untuk mendapatkan hasil seperti dahulu. Sekarang dia mampu tersenyum kerana Nani pula akan melangkah ke alam pekerjaan. "Nanti mak ngan ayah tak yah keje lagi", sememangnya itulah hasratnya sejak dulu. Kesian dia melihat mak dan ayah membanting tulang empat keratnya untuk membesarkan mereka berdua. Sudah tiba masa mak dengan ayahnya merasa hidup senang.

____________________________________________________________________________________

Nani membelek-belek baju kurung kuning air yang dipakainya. Dengan corak bunga besar yang senada dengan warna kain menjadikan Nani bertambah manis. Nampak sopan. Perasaan berkobar-kobar untuk memulakan tugas barunya. Dia disambut mesra oleh rakan sejawatnya. Mereka tidak lokek untuk menghulurkan bantuan dan tunjuk ajar kepada Nani. Maklumlah, dia masih baru dan tidak tahu selok belok di situ.

"Penatnya, bukan senang nak jadi cikgu ni", bisik Nani perlahan. Mungkin disebabkan terlalu penat, seketika kemudian dia terlena. "Ya Allah Nani..kenapa la kau tak tutup tv?" bebel Mira yang baru balik kerja. "Kau tau tak dah pukul berapa ni?..bangun! bangun!", jerit Mira lagi. Dengan langkah malas Nani mencapai tuala untuk membersihkan badannya.

Mira merupakan teman Nani semasa di universiti. Dua orang rakan serumah nya yang lain merupakan rakan-rakan sejawat Mira dan mengajar di sekolah yang sama dengannya. Selalunya dua orang tu balik lewat petang kerana mereka mengajar kelas PMR dan SPM. Jadinya mereka terpaksa bekerja keras dengan mengadakan kelas tambahan di sebelah petang.

____________________________________________________________________________________

No comments: