Tuesday, April 27, 2010

Colourful of our lab

Hahaha, having so many color in the lab make our day more brighter. Quite surprising because our bos buy this little cute things for our lab.

Here it is =)



This is the old one. Boring kan?



We also play2 around a bit with the glove that Nellie and Yaya made.



"Lawa kan glove yang kami buat," kata Yaya and Nellie.

Sunday, April 25, 2010

At Santai Cafe

Da lama nak ajak dia makan kat sini. Tadi on the way balik dari Kelate ke Melaka, dia singgah jap. Tu yang best tu duk sebelah MRR2 ni. On the way balik kelate boleh singgah dan on the way balik Melaka pun sempat lagi singgah. Clap2 =) wink!! wink!!

Bagi aku la makanan kat sini boleh tahan, dan harga pun berpatutan.

This is our dinner


Tengah menahan perutnya yang boncet =P

Cerita pasal makan...

Lepas cerita pasal turun berat badan, terus citer pasal makan =P

Sebenarnya, yang menariknya herbalife ni sebab walaupun on diet. Tapi kita still boleh amik meal lain sehari sekali. I like.

Pizza Hut delivery for lunch



After we have to postpone our annual lunch (hahaha! takde lah tipu je) "Lunch bersama our bos" we finally decided to just order delivery Pizza.

Dinner at ekin's house

Then, after going back from office on Friday, Me & Atie have been invited by Ekin & Nurul to dinner at Ekin's house. So, dengan penuh semangat wajanya we all pun pergi lah. And we end up eating dinner at 10pm because chilies, halia and also cili booo (don't know how to spell) were running out of stock. So, me and atie again went to carrefour to buy these things.



Thank to Nurul and Ekin.

Again I lost 1.7kg...(excited2!!) =)


After one and a half month(s) [tak sure ade s ke tak], I already lost 3 kg. Waaaaaaa!! so excited. Chaiyok Anis. 1 month more to go. Hopefully I will achieve the target.

Friday, April 23, 2010

Seorang kenalanku..

Titik perkenalan

Perkenalan kami bermula di penghujung tahun 2006. Perkenalan ini sebenarnya secara tidak sengaja. Terjadi semasa aku dalam misi mengejutkan seorang kawan untuk bangun subuh (status jantina terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan). Setelah 3 kali deringan berbunyi kawan tersebut masih tidak bangun. Dan aku pun membuat keputusan untuk tidak menelefon lagi. Dah cukup. Lalu capai tuala dan pergi ambil wuduk seterusnya sembahyang sebelum sambung tidur balik.

Kebetulan ketika itu tengah minggu belajar atau dalam bahasa orang putihnya "study week". Aku biasanya tidak akan belajar di bilik semasa minggu belajar ini kerana terlalu banyak gangguan terutamanya tangan ni asyik gatal-gatal nak menekan papan kekunci men'surfing' internet atau bermain game. Tepat pukul 9 aku memulakan langkan ke "information resource center" a.k.a IRC untuk menelaah pelajaran.

Baru je nak duduk, telefon tiba-tiba berdering. Cepat-cepat angkat sebab masih tidak berada di dalam silent mode lagi.

"Hello, kenapa awak telefon saya pagi tadi? Awak ni sapa?"

"Herm, saya takde telefon awak pun, mungkin awak salah nombor kot"

"Eh, tapi suara awak macam familiar" dalam hati...(pulakkkkkkkk!!!!!)

Selepas ganggang di letak aku terus menggeladah nombor telefon yang berada di dalam contact list. Rupa-rupanya nombor si pemanggil tadi adalah nombor yang sama dengan nombor kawan aku yang aku kejut pagi tadi melainkan satu nombor belakang je berbeza.

xxx-xxxxxx3 <-- ni nombor kawan aku tu. xxx-xxxxxx1 <-- ni nombor orang yang call tu. Orang kata kejadian ini berlaku disebabkan oleh cross line antara pengguna maxis. Oh, masa itu aku adalah pengguna maxis yang tegar. Dalam tak sampai 5 minit, pemanggil tadi telefon balik. Dan aku pun cerita la apa yang berlaku. Lepas minta maaf semua..telefon diletak kembali.

Janji nak jumpa


Biasa lah selepas sesi telefon menelefon, berbalas mesej. JANJI NAK JUMPA. Tapi entah di mana silapnya asyik tak jadi. Pernah sekali berMMS gambar melalui telefon rumate (thankssssss rumate) sebab masa tu aku masih setia pada nokia keypad warna warni aku tu jadinya telefon tersebut tiada kelebihan untuk berMMS sebab tu terpaksa pinjam rumate.

Hari lain pula, juga janji nak jumpa tapi ada je halangan dan rintangan.

Menghilang tanpa kabar

Awal tahun 2008, aku dengan jayanya telah menukar status "single" kepada "in a relationship" jadinya beberapa perubahan telah berlaku.

Pertama: Tidak lagi menjadi pengguna maxis yang tegar, terus bertukar menjadi penggune celcom yang tegar. 5+1 =)

Kedua: Tidak lagi menggunakan nokia keypad warna warni, tetapi bertukar kepada telefon yang boleh MMS. Al-maklumlah.

Dan disebabkan aku telah mempunyai seseorang yang sentiasa ingin diingati oleh diri ini, jadinya sedikit demi sedikit aku telah tidak lagi menghiraukan kewujudan kenalan aku itu. Sehingga la beberapa bulan selepas itu, semasa membelek-belek telefon terpandang namanya (lupa masih simpan nombor dia walaupun nombor telefon telah ditukar bersama telefonnya sekali)

Kami bertunang

Begitu cepat masa berlalu dan usia perkenalan kami sudah menjangkau lebih tiga tahun. Tetapi masih belum berjumpa. Hanya menelefon dan berSMS saja.

Tanggal 23 September 2009 aku membuat keputusan untuk mengikat tali bertunangan. Eh!! bukan dengan kenalan aku tu, tapi dengan tunang aku sekarang.

Lepas bertunang (dalam 10 hari selepas itu) Aku mesej dia bercerita mengenai pertunangan aku,. Agak terkejut sebab dia juga telah bertunang dengan pilihan hatinya tanggal 25 September 2009.

Semua ini terjadi begitu pantas, daripada berkenalan sehingga lah dua-dua pun dah bertunang masih tidak pernah bersua muka.

Jemput ke majlis kahwin

Sempena majlis kahwin aku ni, aku jemput dia datang.. Semoga aku boleh jumpa dia di hari tersebut..

p/s: Punye la takde jodoh nye kan kami ni =P

Tuesday, April 20, 2010

Jemputan ke Majlis Perkahwinan saya...

Ni special invitation untuk teman2 blogger dan kawan2 yang membaca blog saya ini. Majlis saya akan diadakan pada 5 hb Jun 2010 di Kg. Sungai Mas, Machang, Kelantan. Semoga dengan kehadiran kalian semua akan memeriahkan lagi majlis nanti.




Monday, April 19, 2010

Unpredicted journey

There are still so many if and else in my life...

"Ya Allah, permudahkanlah perjalanan hidup ini dan berikanlah kelancaran ke atas apa yang telah kami rancangkan...AMin"

Sunday, April 18, 2010

Bila 2 jadi 1

Bila happy memang happy tapi bila ada masalah rasa cam geram je..

p/s: still malas nak kemas, kain pun tak basuh2 lagi =(

Saturday, April 17, 2010

Seharian mencari rumah sewa

Nasib baik hari ni keje half day.

So, misi mencari rumah sewa start dalam lebih kurang kul 1 tgh hr.

Bermula dari Desa Tsk...Tsk Sel. Ke Sri Kembangan then Puncak jalil...

Wuhuuhuhuh!! tersangat penat badan sebab hasilnya takde. Nape la tetiba umah kat flat ni sume ade orang plak. Seriously rasa malas da nak cari umah sewa dan mungkin kitorang cari rumah kat Melaka and every weekend I akan balik sana.

Ok tak? Hopefully everything will be oke

-PENAT-

Friday, April 16, 2010

My room is so bersepah........

Huhu..lately my room is so bersepah. Pagi nak g keje men campak2 balik keje men campak2. Then malas nak kemas balik.

Tiga malam lepas baru beria kemas2 then dah jadi cam tongkang pecah. Kalau dia tengok my room tunggang langgang cam ni ape la respon dia. But, definitely I wouldn't let him know. Even nanti dia akan tahu jugak kan.

HoHo! cam mane nak teruskan kerajinan diri kemas bilik + basuh baju even da keje. Bila balik keje takde la penat sangat but malas yang teramat.

Nanti kemas tambah satu task lagi. MASAK. But until know I still don't know how to cook..Help meeeeeee!!!!!

Tuesday, April 13, 2010

Bndr Tasik Selatan

DUlu pernah dengar nama ni dalam lagu je...

Pastu bila pandai naik komuter and LRT bagai pernah jugak dengar mesin auto tu sebut "next stesen, tasik selatan"... But, after experienced it by myself I felt like I fall in love with this place.

Herm, entah:

Maybe,

# sebab LRT, komuter and ERL dekat + ade bas yang duk ngangkut g stesen LRT. For me yang takde kete ni senang la sket pergerakan dia.

# lagi satu walaupun flat je tempat yang saya tinggal ni tempat dia boleh dikatakan masih terjaga. Bersih je. Lagipun rumah dekat2 ngan jiran. SO that, in case anything happened senang nak mintak tolong.

# kawan2 pun ramai duk area ni. Miss Atie pun slalu datang lepak & I pun slalu g umah dia... my teman bergosip and share our story....I will miss this moment kelak.

# I feel like I want to stay here even though after I got married, but kat sini parking dia terhad. Banyak kete yang calar balar...dalam dilema =(

Monday, April 12, 2010

Aku mahu kurus jugak sebelum bulan 6 ni walau bagaimanapun.....

Wahahahahaha!!!!!!!...badan ni cam tak kurus2 da pun. Da lama tak timbang, tapi naluri hati mengatakan tak kurus2 pun. Cam mana ni. Ni bukan sape2 suh aku kurus tapi aku sendiri yang nak nampak kurus pada hari tersebut. Alaaaa..... Mungkinkan sebab...


# susah wei nk kawal nafsu makan, makin nak diet makin tergoda ngan makanan....

# asyik rasa nak makan fast food je (NGENGADA)

# setiap hari i limit tgh hari makan nasi tapi bila tiap2 hari makan nasi boring lak. So i amik benda lain jugakkk....


WAAaaaaaaaaaaaa,,,nak makan banyak tapi nak kurus jugak!!!!!

Thursday, April 8, 2010

Sayang, jom nanti kita g Cameroon..


Pertama sekali nak mintak maaf ngan korang kalau semenjak dua menjak ni postnye agak sedikit membosankan. Tapi nak post jugak...Herm, dulu beria cakap pas kawen nak g jenjalan kat Langkawi la mana lah. Tapi memandangkan tempat kerja sekarang sangat susah nak cuti, jadi aku rasa semua tu tak menjadi lah kot.


Haaa...ade satu idea baru, lagi baik kalau g Cameron kan? Lagi pun Cameron tu on da way nak balik Kelate je pun. Kalau g wiken pun sempat. Mesti best kan? kan?

Ni gambar saya ngan gegirl masa g Cameroon dolu2.. rasanya da pernah post kat sini. Tapi nak letak jugak...



rindu korang..

Wednesday, April 7, 2010

Dia kata...

Dia kata pakai cam ni tak lawa..


Saya tukar...

Katanya yang ni pun tak oke jugak..



Last2, saya pakai cam ni je =(

ok ke?

So, untuk memuaskan hati sendiri saya g beli lagi 3 tudung.

Yang ni..


Dan yang ni..


Cubaan selendang macam berjaya, tapi tak tunjuk lagi kat dia



And then yang ni,


First try


Bulatnya

Pusing kanan sket

Still bulat

Pusing kiri sket

Stilll.... =P

Last2, found new idea

Taraaaaa....(pun tak tunjuk kat dia lagi!!!)
Kalau tak suka jugak tak tahu la....


p/s: Moral of the story, tak yah ngengapa pakai tudung fesyen2. Pakai tudung bawal biase tu je....
tapi nak melaram jugak =P

Lebih kurang 6 bulan...

Sudah lebih kurang 6 bulan aku menjadi tunangan dia. Namun aku masih rasa cam biasa sama seperti sebelum menjadi tunangan orang. Herm, until now I rather used to call him boyfriend instead of tunang. Pelik kan? Tapi takpekan asal saya sayang awak and awak sayang saya.

But, from past six months having him as a fiancee and the rest about one and half year having him as a boyfriend he not give so much trouble to me. He always help me if I have problems.

At first I am quite afraid with "engagement" title but after we gone through by our own, it is not too difficult to face any problems happened as both of us always communicate to each other. Yerp, communication is the most important thing.


My momon

Semalam saya sangat terasa ngan dia because lately ni dia jarang call as before. So that, saya mulalah buat perangai comparing him with him that I knew before.

But he replied to me," Jangan besarkan benda remeh temeh, antara kita takde masalah lain kecuali benda kecik2 yang macam ni. But behave, kalau yang kecik2 ni da jadi besar cam mana. Tengok orang lain sampai clash2 because of orang ketiga tapi kita mana ada macam tu, So, jangan buat perangai"

Senyap sekejap aku. Ye, walaupun dulu aku tahu dolu2 dia ade jugak flirt2 ngan girl but now I think he changed a lot.

Teringat pada kawan2 yang menghadapai rintangan dan segala macam dugaan di zaman bercinta. Betapa peritnya ditinggalkan orang yang pernah sayang kita sepenuh hati. Yes, what can I said is only Sabar! Sabar! Sabar!. Tapi saya pun tak tahu saya mampu sesabar kamu atau tidak jika saya menghadapi masalah yang sama. Kadang2 saya terfikir betapa perlu saya mengucapkan syukur atas semua nikmat yang telah diberikan pada saya.

Ummi saya kata, mana ade hidup yang lurus je. Mesti ade liku2 dia, mesti ade cabaran dia. Kalau tak mesti tak syok kan? Herm, itu betul tapi saya tetap akan terkejut bila dengar kawan2 clash ke ape ke. Mungkin itu bukan jodoh dia. Tak siapa tahu kan siapa jooh kita yang sebenar sehingga la kita kawen kelak.

Pernah saya terfikir, kenapa dulu boleh je nak sayang2 dan tiba satu ketika orang yang disayang2 itu ditinggalkan dengan keadaan yang agak kejam. Terus turn 360 degree. At least bagi la dia ruang dan peluang untuk menerima keadaan dulu sebelum buat apa2 keputusan.

Kat sini saya tak mahu menyebelahi sape2. Lelaki or perempuan, sebab situasinya semua sama. Kalau lelaki curang girl yang terasa and vice versa. Harapan saya semoga korang akan tabah menghadapinya. Mungkin Allah telah sediakan yang lagi baik untuk kita. Sebab itu la dia uji kita.

To my dear momon, hopefully you will always take care of my feeling..

Tuesday, April 6, 2010

Dream of...

This



And this



But for the time being I have to spend my money for other stuff

p/s : Please berjimat cermat ANis!!!!

If you want to make a visit, the store is here. Harga boleh tahan. Agak berpatutan.

Monday, April 5, 2010

Membebel..

Entah apa tajuk yang sesuatu untuk entri ini. Sudah lama aku tidak menulis panjang2. Tapi rasa malam ni semacam nak tulis panjang2 kat sini. Bukan apa saja ingin meluah kan apa yang terpendam.

Yerp, sejak kecik lagi aku sudah di asak minda untuk menjadi seorang doktor oleh kedua ibu bapaku. Kerjaya doktor memang menjadi idaman semua orang. Bila tengok doktor je kan, nampak hebat. Dalam hati mesti terfikir yang dia mesti kaya raya, dapat apa yang dia nak dan of course doktor ni bijak pandai. Harapan dan cita2 ni makin mekar di hati apabila aku melangkah kaki ke SBP. Belajar sebersungguh mungkin. Dan akhirnya aku mendapat kejayaan dalam SPM, but not so flying in colour. Dan dengan result itu tidak memungkinkan aku untuk memohon mana2 medical course yang ditawarkan di luar negara.

Jadi aku meneruskan pembelajaran di Matrikulasi Sains. Semasa di matrik sekali lagi aku berada di dalam dilema nak amik fizikal atau hayat. Memandangkan pada fikiran aku sains hayat agak susah aku membuat keputusan untuk meruskan mengjian dalam bidang sains fizikal. Ade juga ura2 mengatakan budak sains fizikal boleh apply dentist bila abes nanti. Walaupun dapat result yang boleh dikatakan ok aku tak apply satu pun untuk dentist kat mana2 u (Masa tu yang amik budak fizikal hanya USM and UPM) tapi semua yang aku apply adalah engineering kat hampir semua universiti. Pada aku masa tu takpe lah Engineering atau MEdic semuanya sama. Dapat keje dapat gaji juga. Dan aku terlupa yang kalau medic nanti abes tak payah susah2 cari kerja, gov terus amik keje. Kalau eng kena cari kerja sendiri.

Aku mendapat tawaran ke USM dalam kejuruteraan elektrik. Tetapi dalam masa yang sama aku juga mendapat tawaran ke UTP dalam kejututeraan kimia + ade biasiswa. So, aku decide pilih UTP. Belajar kat sana best. Cuma aku tak berapa fokus kot. Harapan aku cuma satu, tiada dua dan tiga. Hanya untuk menjadi engineer di mana-mana OPU.

Tapi kini harapan hanya tinggal harapan, aku tidak mendapat tawaran untuk bekerja di mana-mana OPU. Dan silap aku jugak mungkin. Aku start apply kerja kat tempat lain after aku direaleasekan dari Pet. Dalam bulan Oktober 2009. Masa tu aku rasa sudah agak terlambat untuk aku mendapat engineering position di mana-mana company. Tapi aku gagahkan diri apply jugak. Tapi stu pun tiada balasan.

At last, aku apply GEMs program. Memang teramat best. Sambil2 apply keje aku meneruskan GEMs ni. Kawan2 best, Makanan best, persekitaran best & tutor2 dia pun best. Yerp, dalam pahit ade manisnya. At least masa tu aku tak ingt sangat yang aku masih menganggur.

Ngam2 je abes GEMs aku ditawarkan kerja di mana aku bekerja sekarang hasil aku menghadiri job matching beberapa bulan sebelum itu. Bukan sebagai engineer but aku buat keputusan untuk try jugak. Kerja memang best, but ade sumthing yang aku tak dapat kat situ.

And now aku still looking for another job. But it is too difficult for me. I felt like I want to cry everytime I'm applying for job with no one bother to reply my application. I felt like I'm too bad. I have no other option to find a better job. I have no one that have power to help me out from this situation. I have no family members that can help me. It is true that i have to help myself. Prove it to other that I can struggle myself to find better job. But it is very2 difficult to me.

Yes, I have to look back to myself:

- It is my pointer is too low?
- It is because I'm a girl and others can give an accuse for not taking me?
- It is I am not suitable to be an engineer?

I am not so excited to be an engineer, but at least I just want to prove that I can do it.

And some one said, woman must be a teacher. It is?? I have no idea. It sound okay. But deep down in my heart is still not so okay to say woman must be a teacher. There are many woman out there with many title and I also want to be one of them.

Yerp, aku tidak pernah menghadapi sebarang masalah semasa belajar. Semuanya smooth. Dari umur 5 tahun hingga la ke sekolah rendah, menengah, matrikulasi dan universiti. Baru kini aku di uji.

"Ya ALLAH, please give me strength"

p/s: This Saturday I am going to sit for PTD test. Pray for me. i really hope that I will pass this stage.

Friday, April 2, 2010

Saje rasa nak jiwang sket

Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa
dia mencintai kamu. Dia juga tidak mengharap cintanya di balas. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu
satu-satunya.

Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak
perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi
impiannya.

Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati
dan matanya kamu selalu yang terbaik walaupun mungkin kamu merasa
berat badan kamu sudah bertambah.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang
kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat
pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS
itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda,
tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis
yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan
selamat atau mengirim SMS.

Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang
dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah
melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan
saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa
berulang selalu.

Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang
kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah
mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa
banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya
kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran
kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa
kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati
kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema,
atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk
bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli
tentang kamu.

Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila
ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS
'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang
mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang
itu sangat istimewa.


Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang
bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah
menggegarkan dunianya.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan
ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa
memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh
membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar
takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada
seperti seorang kekasih.

Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL
seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu
di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang
memikirkan kamu.

Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan
melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu
mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf
dan tak akan melakukannya lagi.

Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan
mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di
dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak
pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana
permintaan mu.

Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi
sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu
walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia
juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu
menjadi benda-benda berharga buatnya.

Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi
menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,
walaupun hal itu membunuh hatinya..

Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan
dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari
orang lain.
Dia sentiasa menunggu kamu.

Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya
sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia
tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,
dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa
itu cinta.

Thursday, April 1, 2010

Actually ni da lama tapi nak upload jugak



Tengok gambar ni teringat seluar yang saya pakai tu. SAYANG seluar tu best sangat dipakai tapi da terkoyak. Bila masa lagi saya nak g kerteh dan beli seluar tu hanya dengan harga sepuloh hengget. Dan kalau saya pergi pun propability seluar cam tu ade dijual kat pasar malam kampung baru adalah tipis kan? Herm..

Next vacation,,

Bukit Gambang Resort City @ A'Famosa Water World @ Desa Water Park =)