Perkenalan kami bermula di penghujung tahun 2006. Perkenalan ini sebenarnya secara tidak sengaja. Terjadi semasa aku dalam misi mengejutkan seorang kawan untuk bangun subuh (status jantina terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan). Setelah 3 kali deringan berbunyi kawan tersebut masih tidak bangun. Dan aku pun membuat keputusan untuk tidak menelefon lagi. Dah cukup. Lalu capai tuala dan pergi ambil wuduk seterusnya sembahyang sebelum sambung tidur balik.
Kebetulan ketika itu tengah minggu belajar atau dalam bahasa orang putihnya "study week". Aku biasanya tidak akan belajar di bilik semasa minggu belajar ini kerana terlalu banyak gangguan terutamanya tangan ni asyik gatal-gatal nak menekan papan kekunci men'surfing' internet atau bermain game. Tepat pukul 9 aku memulakan langkan ke "information resource center" a.k.a IRC untuk menelaah pelajaran.
Baru je nak duduk, telefon tiba-tiba berdering. Cepat-cepat angkat sebab masih tidak berada di dalam silent mode lagi.
"Hello, kenapa awak telefon saya pagi tadi? Awak ni sapa?"
"Herm, saya takde telefon awak pun, mungkin awak salah nombor kot"
"Eh, tapi suara awak macam familiar" dalam hati...(pulakkkkkkkk!!!!!)
Selepas ganggang di letak aku terus menggeladah nombor telefon yang berada di dalam contact list. Rupa-rupanya nombor si pemanggil tadi adalah nombor yang sama dengan nombor kawan aku yang aku kejut pagi tadi melainkan satu nombor belakang je berbeza.
xxx-xxxxxx3 <-- ni nombor kawan aku tu. xxx-xxxxxx1 <-- ni nombor orang yang call tu. Orang kata kejadian ini berlaku disebabkan oleh cross line antara pengguna maxis. Oh, masa itu aku adalah pengguna maxis yang tegar. Dalam tak sampai 5 minit, pemanggil tadi telefon balik. Dan aku pun cerita la apa yang berlaku. Lepas minta maaf semua..telefon diletak kembali.
Janji nak jumpa
Biasa lah selepas sesi telefon menelefon, berbalas mesej. JANJI NAK JUMPA. Tapi entah di mana silapnya asyik tak jadi. Pernah sekali berMMS gambar melalui telefon rumate (thankssssss rumate) sebab masa tu aku masih setia pada nokia keypad warna warni aku tu jadinya telefon tersebut tiada kelebihan untuk berMMS sebab tu terpaksa pinjam rumate.
Hari lain pula, juga janji nak jumpa tapi ada je halangan dan rintangan.
Menghilang tanpa kabar
Awal tahun 2008, aku dengan jayanya telah menukar status "single" kepada "in a relationship" jadinya beberapa perubahan telah berlaku.
Pertama: Tidak lagi menjadi pengguna maxis yang tegar, terus bertukar menjadi penggune celcom yang tegar. 5+1 =)
Kedua: Tidak lagi menggunakan nokia keypad warna warni, tetapi bertukar kepada telefon yang boleh MMS. Al-maklumlah.
Dan disebabkan aku telah mempunyai seseorang yang sentiasa ingin diingati oleh diri ini, jadinya sedikit demi sedikit aku telah tidak lagi menghiraukan kewujudan kenalan aku itu. Sehingga la beberapa bulan selepas itu, semasa membelek-belek telefon terpandang namanya (lupa masih simpan nombor dia walaupun nombor telefon telah ditukar bersama telefonnya sekali)
Kami bertunang
Begitu cepat masa berlalu dan usia perkenalan kami sudah menjangkau lebih tiga tahun. Tetapi masih belum berjumpa. Hanya menelefon dan berSMS saja.
Tanggal 23 September 2009 aku membuat keputusan untuk mengikat tali bertunangan. Eh!! bukan dengan kenalan aku tu, tapi dengan tunang aku sekarang.
Lepas bertunang (dalam 10 hari selepas itu) Aku mesej dia bercerita mengenai pertunangan aku,. Agak terkejut sebab dia juga telah bertunang dengan pilihan hatinya tanggal 25 September 2009.
Semua ini terjadi begitu pantas, daripada berkenalan sehingga lah dua-dua pun dah bertunang masih tidak pernah bersua muka.
Jemput ke majlis kahwin
Sempena majlis kahwin aku ni, aku jemput dia datang.. Semoga aku boleh jumpa dia di hari tersebut..
p/s: Punye la takde jodoh nye kan kami ni =P

No comments:
Post a Comment