Minggu ke-11
Bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.
Minggu ke-12
Usia kehamilan masuk 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas. Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm. Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi sudah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.
Minggu ke-13
Kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini ibu mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik.
(Banyakkan meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari)
Minggu ke-14 (you Are here baby =))
Degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil.
(Elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar berada dalam keadaan yang selesa)
Minggu ke-15
Bayi sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi juga sudah boleh menelan. Ibu akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.
(Banyakkan senaman ringkas atau lakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina menjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.)
Minggu ke-16
Kehamilan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.
Minggu ke-17
Rambut, kening dan bulu mata bayi mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Bayi telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Ibu mungkin mengalami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing.
(Banyakkan minum air masak dan makan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau)
Minggu ke-18
Walaupun mata bayi masih lagi tertutup, bayi sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi dapat mendengar degupan jantung ibu pada masa ini. Bayi juga telah mula baring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.
Minggu ke-19
Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi lahir kelak bayi tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.
(Elakkan mengaru kulit perut dan amalkan penyapuan losyen)
Minggu ke-20
Pertumbuhan bayi pada saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g. Pigmentasi pada kulit ibu mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj turut mula di rasai ibu. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Ibu akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan di bahagian lain.
(Payu dara ibu akan menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair tersebut)
No comments:
Post a Comment