Betul lah orang tua2 kata pantang kena sampai 100 hari. Tak kiralah pemakanan ke, perbuatan ke dan ape2 je. Sebab ny, as for me yang keje private ni. 60 hari da kena start keje. Masa tu memang berpantang lagi benda2 lain. Tapi nk continue pantang kerja tak boleh lah. Gigih jugak pergi kerja and obviously saya memang asyik sakit2 badan and penat sangat.. Plus ulang alik drive plak kan. Ingat nak berurut. Da usha2 da bidan kat KL ni. Cousin kata ada kat area2 umah dia. Ingat nak pergi. Tapi since da lepas 100 hari ni badan da tak sakit2. Rasa bertenaga cam biasa. Dan sakit masa bersalin da lupa cam mana + nyilu2 kat tempat bersalin dlu da takde. Macam tak jadi pulak nk berurut. Ke sebab psycho tak thu lah kan. Da orang duk cakap2 so kita pun terikut2.
Herm pasal bersalinn hari tu. Saya bersalin normal. Lewat sehari dari due date. Due date 24 hb 3 saya bersalin 7.15pm 25hb.
Sebenarnya berdebar2 sangat masa 24hb tu. Biasala kan sebab hari tu due date. Malam sblm 24hb tu siap tak lena lagi tido. Kejap2 bangun tanya ummi ni sakit perut nak bersalin ke tak. Padahal tak sakit sangat pun. Rasa2 cam tu je. Sebab da banyak kali kejut ummi last2 ummi da tak nak layan. Dia cakap kalau sakit betul2 baru kejut. Padan muka.
Esoknya 24hb macam biase takde la pulak sakitnya. Malam je beria. So, 24hb berlalu dengan penuh debaran. Doktor cakap kalau tak lebih 10hari tak kena bedah so takdela takut sangat.
Esokny 25hb, abang ipar ajak g breakfeast umah dia. Pergi tapi seriously rasa tak larat. Perut rasa cam besar sangat. Makan nasi dagang sket je. Pastu g toilet + lama sebab rasa sakit perut nak buang air besar. Sume orang kat luar da risau takut terberanak kat dalam tu. Tapi kluar cool je cakap takde pape. Belum nak beranak lagi. Confident giler.
Then ke umah anak sedara belah husband tengok baby dia. Kejap je sebab tak selesa nak duduk lama. Pastu sempat round2 kg husband maklumlah dulu2 tak pernah ronda2 kat situ walaupun kg sebelah2 je.
Balik citer la kat ummi pergi round2 kg, then ckp kat dia mungkin petang ni kena g hosp kot. Tapi time tu tak rasa sakit pape lagi. Ummi marah cakap jangan merapu2. Lagi sekali padan muka =P
Oh hari tu hari jumaat, masa husband g sembahyang jumaat oke lagi. Bile dia balik tu cakap kat dia memang da tak larat ni. Dia cakap kalau sakit perut cakap. Masalah ny tak rasa sakit pun tapi tak larat yang amat.
Pastu tido sebab bontot da rasa macam tak boleh nak duduk. Tido pun mengiring. Ummi tengok lain macam je. Dia tanya sakit perut tak. Tak sakit. Sakit bontot je sampai nak bangun pun tak boleh. Orang tua2 ni dia pandai tengok sket. Dia syak da nak bersalin kot. So, husband g panggil bidan. Bidan cakap da nak bersalin ni. Tak tahu la sempat sampai spital ke tak. Dan2 time tu jugak perut da mula rasa sakit dalam kul 3 kot ms tu.
Terus g hospital, dalam perjalanan tak rasa sangat sakit lebih kepada berdebar pasal apa yang bidan cakap tadi. Sampai2 je kat spital dalam kul 4 nurse cek jalan da terbukak 5cm. Dia suh amik barang baby dan terus masuk labour room. Ummi teman, sebab takut husband tak kuat semangat tengok darah dan saya pulak memerlukan semangat ummi. Dalam hati da fikir bukan2. Mintak maaf sume. Siap suh doakan lagi. Mulut tak henti2 baca ayat2 yang mana ingat.
Lepas da tukar pakai baju spital dan sume ready perkara pertama nurse buat pecahkan air ketuban. Sebelum air tu keluar tak rasa sakit sangat bile air tu da abes seriously sakit yang amat. Macam tak tahan pun ade. Tapi dia datang kejap2 je. Time tu lah baru saya tahu macam mana sakitnya bila nak bersalin. Makin lama makin kerap. Makin lama makin kerap.. Nurse estimate saya akan melahirkan dalam kul 9mlm. Dia suh tunggu je kat labour room tu. Tapi kalau sakit panggil dia. Tetiba dalam 6.30 contraction makin kerap dan rasa nak buang air sangat2. Suh ummi panggil nurse sebab da rasa macam nak terkeluar da. Dia datang cek jalan lagi. Then dia cakap da 10cm da boleh bersalin. Masa duk push2 tu memang tak cukup nafas. Rasa takde effect pun saya push tu. Tapi push jugaklah sebab tu je the only way yang boleh buat masa tu. Tengah2 duk push tu nurse mintak nak gunting. Nyilu sangat. Lepas 2x gunting dalam masa lebih kurang 45 minit lahirlah "Dhiya Amani Binti Mohd Zulhilmi" Alhamdullilah.