Friday, July 8, 2011

Yeay!! Esok cuti

Sebenarnya esok keje. half day. tapi disebabkan perkara2 yang tak dapat dielakkan makanya esok cuti. yeaY sekali lagi. bestnya!!! bestnya!!! mungkin 2 hari cuti ni tak kemana2 sebab husband keje. Yeay lagi sebab boleh bermalas-malasan di rumah.

Da lama takde gotong royong besar2an. Hajat dihati esok belah pagi nak gotong royong from top to bottom. Wah rajin nya. Takde la rajin mana pun. Ni perancangan je. Belum tentu jalan. Yang penting cadar mesti basuh. Cadar dalam both bilik tetamu da macam hape da. Selimut2 segala. Malam ni da basuh towel. Masalahnya bila basuh cadar + selimut space nak jemur adalah limited =( Tapi basuh jugaklah. Kalau tangguh dan tangguh lagi alamatnya tak berbasuh lah.

Herm, dulu sangat pelik kenapa rumah yang wife dia keje bersepah. Rasa cam senang je kalau basuh toilet tiap2 hari bagi berkilat. Kemas dapur tiap2 hari bagi tak bersepah. Lipat kain tiap2 hari sebab nak suh nampak kemas.

Bila terkena kat diri sendiri baru tahu. Penat balik keje tak ilang lagi. Masak malam macam untuk makan tengahari. Sebab tengahari tak makan kat rumah. Siap masak da kul bape. Kadang2 nak borak2 pun tak sempat. Internet tengok kejap2 je. Tup2 kul 12 sudah. Tu pun kalau sempat kalau tak kul 10 da lentok. Esoknya subuh2 lagi da g keje. See..memang tak sempat buat pape pun.

Jadinya wiken kalau tak pergi mana2 haruslah dimanfaatkan untuk benda2 yang tak sempat dibuat masa weekdays.

2 comments:

mrs.spicy said...

rumoh housewife pon sepoh anis.hahaha

eira eixora said...

yeke..tapi farah leh kemas bila2. Saya wiken br leh bt