Saturday, August 20, 2011

Rasanya da cukup..

Kuih raya memang da cukup. Tapi perasaan untuk buat lagi masih ada. Kalau sempat buat sebab bahan masih avalaible.

Ini tart nenas. Mahu buat tart gulung sebenarnya. Siap beli lagi roll untuk tart gulung. Tapi separuh jalan tak jadi buat sebab tak reti nak gulung tak bagi kasi patah. End up jadilah tart biasa2 je macam ini. Kuih ini saya tak bape suke. Tapi direquest oleh mySis.

Ini biskut sugi yang saya buat minggu lepas yang lupa nak amik gambar tu. Rupa biasa2 je tapi sedap la pulak. Ingat nak buat lagi. Minyak sapi pulak abes malas nak beli. Jadi yang ni tak bawa balik kg. Tinggal kat sini je. Pas raya nak balik makan =P

Ini biskut semperit tiap tahun mesti ada. Yang ni ikut resepi dalam rasa Ogos 2011. Tapi dia punye resepi lembik sket. Jadi saya pandai2 sendiri tambah itu ini =P

Baju raya dhiya da sampai pagi tadi. Saya beli kat sini. Penghantaran memuaskan. Order jumaat isnin da sampai. Tapi masa tu keje n takde kat rumah. So, mintak posmen buat penghantaran kali kedua. Sebab tu lah pagi tadi baru sampai. Maka, ini lah satu2nya baju raya dhiya yang mama & papa belikan. No more k. Just tambah accessories je sket2 =)


Ini adalah aksi kegemaran dhiya buat masa sekarang ni. Tapi lama2 nanges mintak angkat.

Petang ni mahu ke rumah abang ipar. Bukak puasa kat sana. Esok pulak ke masjid jamek. Jamu mata. Sebab tu la macam da takde masa nak buat kuih lagi. Tata titi tutu!!


Friday, August 19, 2011

eOe online

Yeay gambar da sampai. Da lama sebenarnya tahu pasal eOe ni dari blog kak yana. Tapi tak penah cuci gmbr pun through this website. Haritu memandangkan my hard disk da corrupt and gambar sume ilang baru la gelabah nk cuci gambar dhiya and saki baki memorable pict kat fb. So, godek punye godek dapat lah 117 keping.

Gambar dhiya plus gambar we all together2 masa dhiya belum lahir dulu. Saje nak buat koleksi. Sekarang eOe ada buat promotion till end of this month kot. Tak sure. Sekeping gambar 4R 30sen dan kalau melebihi rm35 free postage. Sebab tu lah i cukup kan jugak 117 keping = Rm35.10 ahahah cukup2 je. Yelah nak dapatkan free postage kan.

Sejak pandai meniarap ni dhiya da takleh tinggal sorang2. Kejap je kitorang tinggal da meniarap dah. Siap guling2 lagi. Kepala dia da bleh angkat tapi bimbang takut dia tak leh control je.



Tuesday, August 16, 2011

Yehaaaa!!!

Dhiya da baik demam. Mamanya pulak batuk plus selesema. Tadi kat ofis macam tk tahan sangat da. Ingat nak amik half day je. Tapi sayang kalu amik half day. So, bertahan sampai petang.

Harap2 esok tak demam. Kalau tak memang amik MC. Demam bulan puasa banyak cabaran dia. Lagipun kerja banyak hands-on. Guna tenaga bukannya fikiran. Tapi i ni kalau keje yang guna fikiran jawabnya tido jelah memanjang. Tapi nk jugak merasa keje yang guna akal fikiran ni. Kita tukang kira je orang lain yang buat. Hahaha baru syiok. Ni dari cleaner, juru ukur, tukang gunting sume buat sendiri. Sape nak amik saya keje angkat tangan.

Dhiya pakai baju aunty farah bagi. tq aunty

p/s: dhiya ade masuk contest. sudi2 like oke. tq2


Monday, August 15, 2011

Nasib baik

Tadi masa balik keje saya duk lane tengah, tengah bagi signal nak masuk lane paling kiri. Duk bagi2 lupa plak nk tengok depan sebab ingat kan kete depan da masuk lane kiri sebab dia dulu bagi signal before saya. Last2 baru pasan dia tak masuk2 pun lagi lane tu. Tapi tengah brek. Ya Allah! Nasib baik saya sempat brek. Yerp brek mengejut dan nasib baik jugak kete belakang follow jauh.

Ya Allah jauhkan lah Aku dari kemungkinan yang tak diingini. AMinnn!!

Sunday, August 14, 2011

dan sampai 3..

haha..semangat. hari ni pas sembahyang subuh da tak tido. dhiya pulak bangun lambat. kul 10 baru bangun. lepas bangun suami pulak jaga. maka berjogetlah saya kat dapur sampai 3 jenis biskut siap =) mestilah semangat. ade sekali je lg wiken untuk buat biskut raya. the other wiken da kat kampung. so kilang biskut raya tutup.

biskut lada

choc chips...
haha nama bagi sendiri sebab resepi telah diubah ikut suka

biskut arab..yg ni semalam punye.
sangat comot. tak reti nk buat cantik2 =)

satu lagi? lupa nk amik gambar. ada masa saya upload.

yeay!!! dhiya da leh angkat muka.. tahniah baby!!! nanti cepat2 merangkak pulak..

oOpss!!! sila abaikan pemandangan dibelakang dhiya.

Saturday, August 13, 2011

Merah lagi...

Raya tahun ni tema nya merah. Kawen hari tu pun merah. Tak2 saya tak suke sebenarnya merah. Tapi kalau duk pilih2 mesti ter'beli' yang warna merah. Dan satu sebab lagi. Baju melayu suami adalah merah. Kain hantaran masa kawen haruslah mengikut tema kan? SO, bermerah2 lagi lah kami raya nanti.

Baju raya dhiya saya beli online. Tak tahu lah kat luar lawa ke tak baju tu. Tengok dalam gambar lawa je. Merah corak polkadot. Harap2 tak besar sangat ngan dhiya. Sebab beli one size bigger. Tak nak lah nanti beberapa kali pakai da tak muat. Ingat nak g shopping baju dhiya kat kedai je since t-shirt suami tak beli lagi. Tapi da terbeli dulu. Rasanya da tak beli da baju tuk dhiya sebab ummi cik dia cakap da belikan jugak untuk dhiya. Pokcik jugak cakap nak beli. Abi je tak cakap pape lagi. Best la jadi dhiya sume orang berebut2 nak beli baju raya. Mamanya takde pun orang nak belikan. Takpelah sedar tak sedar mama da ade 3 pasang baju raya. Nak pakai bila ntah sampai 3 pasang. 1 kain hantaran dulu, tahun lepas tak jahit sebab tengah pregnant. 1 kain mak mertua bagi, 1 je beli sendiri. Nanti t-shirt husband kene 3 helai jugak ke? Hahaha! Perlu ke sedondon sampai 3 pasang ni. Tengok lah cemana kalau terasa nak sedondon dan fulus lebih beli la 2 ke 3 ke. Kalau tak beli satu je warna merah oke =)

Baju melayu suami da siap sebulan sebelum puasa lagi. Awal giler. Hari tu sebenarnya takut lambat hantar tailot da tak nak. So, hantar lah cepat sket. Tup2, seminggu je da siap.

Oh saya mahu beli selipar je lagi. Ingat nak beli warna kuning. Kuning? Takpelah sume merah biarlah selipar plak kuning. Hahaha!!!


Friday, August 12, 2011

Biskut raya

Tahun ni sangat semangat nak buat biskut raya. Da lama tak buat. Sejak kat utp rasanya. Takde masa sebab cuti selalunya da dekat2 nak raya. Mana sempat kan? Time sekolah dulu lah heaven. Time raya je cuti panjang. So, masa 6 hari last puasa bertungkus lumus buat kuih raya ngan my sis. Walaupun tak bape cantik di pandang mata biskut yang kitorang buat tu tapi rasa puas hati sebab leh buat sendiri.

Disebabkan masing2 da kawen rasanya untuk merasa buat kuih sama2 tu dah takde dah. Sebenarnya banyak gaduh dari buat. Masing2 tahu nak bahan2 ada kat depan mata. Lepas da siap masing2 tak nak kemas pulak.

Memandangkan sekarang kat umah sendiri. Sendiri prepare bahan2. Sendiri buat dan sendiri kemas. No more gaduh2 manja =P

Dan terimalah biskut raya comot pertama saya untuk tahun ni =)


P/S: Melor gano doh nok buat biskut suci dale debu tu. Kak anis tok ingat doh. Kalu melor baca ni tulis kat komen deh. Tq2 =) Ingat kalu de nak buat. Office ade buat make2 pas raya.

Mercun

Sejak azali lagi saya sangat tak suka orang main mercun dan dengar bunyi mercun. Sampai sekarang saya tak tahu sinonimnya raya ngan mercun. Kalau bunga api tu tahu la jugak kan. Sebab macam meriah je dekat2 nak raya kalau budak2 men bunga api. Tapi kalau da main mercun tak meriah dah rasa nak marah ade lah.

Kat kampung cara kat kampung. Kat sini pun ada jugak orang main. Tak best la main mercun. Bunyi kuat satu hal lagi satu banyak rugi dari untung. Kalau jadi pape sape susah. Diri sendiri jugak yang susah.

Tambah2 pulak dhiya sensitif pada bunyi2 kuat ni. Dengar mercun je terus tersedar tido. Ishh memang baran lah.

Dhiya demam

Pertama kali dhiya demam. Da banyak kali kena cucuk bulan2 pun tak pernah demam. Mungkin sebab balik kampung hari tu kot. Kat kelate sangat panas. Kita yang dewasa ni pun terasa sangat bahangnya ni kan pulak baby. Pastu, on da way balik KL pulak air-cond asyik on je memanjang. Perubahan suhu mendadak kot. Mula2 panas sangat pastu sejuk pulak. Ingatkan dhiya oke je sebab masa first time bawak dia datang KL hari tu air-cond on jugak.

Ummi cakap biasa untuk budak yang nak membesar. Tapi kita yang kesian kat dia.

Wednesday, August 10, 2011

Salam Ramadhan al-mubarak


Diam tak diam da 10 hari puasa. Baru nak wish. Acila kan. Last wiken balik kg. Dari hari kamis sampai ahad. Saje nak berbukak kat kg. So, da lama tak menjenguk blog sendiri dan kawan2 jugak.

Puasa kali ini agak rajin masak. Baru sekali beli makanan kat bazar. Bukannya rajin sangat sebenarnya, tetiba macam tak selera pulak nak makan makanan beli. Huhuhu! semalam punya la nak makan nasi kerabu, last2 ke tong sampah jugak dia sebab tak berapa sedap. Menyesal beli. Masak sendiri memanglah tak bape sedap jugak sebab takleh try masa masak tapi at least ada lagi selera nak makan =)

Teringat masa dolu2 bukak puasa kat utp. I miss my hosmate and also my kelate utpchat. Ngan geng kelate kalau tak silap sekali je bukak puasa sama2. Ngan hosmate bleh katakan tiap2 hari. Kitorang biase beli makanan kat sri iskandar. Makanan kat sana sume sedap2 oke. Susah nak cari tempat yang kebanyakkan gerai dia sume makanan sedap2 macam kat sana. Oh ho..for me lah. Tak tahu lah orang lain cam mana kan. Tapi hari ini memang mode rindu utp dan orang2 kat sana.


Ini adalah antara kuih berbuka kami. Sejak pandai buat pengat ni macam hari2 pun nak masak pengat. Hahaha! K2 nanti cuba kuih lain pulak =)


Dhiya pelik kenapa tetiba dia leh berapa dalam beg itu. Hehe!!

Tuesday, August 2, 2011