Saturday, August 13, 2011

Merah lagi...

Raya tahun ni tema nya merah. Kawen hari tu pun merah. Tak2 saya tak suke sebenarnya merah. Tapi kalau duk pilih2 mesti ter'beli' yang warna merah. Dan satu sebab lagi. Baju melayu suami adalah merah. Kain hantaran masa kawen haruslah mengikut tema kan? SO, bermerah2 lagi lah kami raya nanti.

Baju raya dhiya saya beli online. Tak tahu lah kat luar lawa ke tak baju tu. Tengok dalam gambar lawa je. Merah corak polkadot. Harap2 tak besar sangat ngan dhiya. Sebab beli one size bigger. Tak nak lah nanti beberapa kali pakai da tak muat. Ingat nak g shopping baju dhiya kat kedai je since t-shirt suami tak beli lagi. Tapi da terbeli dulu. Rasanya da tak beli da baju tuk dhiya sebab ummi cik dia cakap da belikan jugak untuk dhiya. Pokcik jugak cakap nak beli. Abi je tak cakap pape lagi. Best la jadi dhiya sume orang berebut2 nak beli baju raya. Mamanya takde pun orang nak belikan. Takpelah sedar tak sedar mama da ade 3 pasang baju raya. Nak pakai bila ntah sampai 3 pasang. 1 kain hantaran dulu, tahun lepas tak jahit sebab tengah pregnant. 1 kain mak mertua bagi, 1 je beli sendiri. Nanti t-shirt husband kene 3 helai jugak ke? Hahaha! Perlu ke sedondon sampai 3 pasang ni. Tengok lah cemana kalau terasa nak sedondon dan fulus lebih beli la 2 ke 3 ke. Kalau tak beli satu je warna merah oke =)

Baju melayu suami da siap sebulan sebelum puasa lagi. Awal giler. Hari tu sebenarnya takut lambat hantar tailot da tak nak. So, hantar lah cepat sket. Tup2, seminggu je da siap.

Oh saya mahu beli selipar je lagi. Ingat nak beli warna kuning. Kuning? Takpelah sume merah biarlah selipar plak kuning. Hahaha!!!


No comments: